Kerana Sebuah Janji 19

“Abang, dah tengah malam ni. Kenapa duduk luar lagi?”

Dani berpaling bila suara sang isteri menyapa lembut. Sekuntum senyuman dihadiahkan buat Dahlia.

“Abang nak ambil angin kejap.”

“Ada problem ke?”

“Tak.”

“Betul ni?”

Dani menggapai lembut jemari Dahlia. Menarik isterinya itu duduk di sebelahnya. Tanpa banyak soal, Dahlia menurut.

“Abang nak minum?”

Dani menggeleng.

“Dah habis study?”

Dahlia hanya tersenyum.

“Duit belanja ada lagi?”

Dahlia mengangguk perlahan.

“Esok kelas pukul berapa?”

“Pagi, pukul 8.30.”

“Abang hantar ya?”

“Tak payahlah. Lia tumpang Balqis. Macam biasa.”

Dani diam. Dahlia hanya memerhati seraut wajah suaminya yang murung itu. Jelas terpamer kesedihan di wajah duka Dani. Apa masalah sebenar agaknya? Dani kelihatan sedikit serabut. Pulang dari kerja tadi begitulah keadaannya. Asyik termenung dan mengeluh tak sudah-sudah. Berat sangatkah masalah yang dihadapi sehingga mengundang mendung yang tidak bertepi di wajah tampan itu?

“Ceritalah bang.”

“Apa dia?”

“Ceritalah kat Lia.”

“Lia nak tahu apa?”

“Abang macam ada masalah aja? Fasal apa ya?”

“Haii… entahlah.”

Mengeluh lagi. Entah ke berapa kali dia sendiri tidak pasti. Dahlia tersenyum hambar. Bagaimana harus dia hiburkan hati suami yang sedang rawan? Sekali imbas terlintas sikap baran Dani yang tidak menentu sebelum ini membuat dia kecut perut. Dahlia cuba bersikap tenang.

“Macam berat aja bunyinya?”

Dani menoleh. Lama dia merenung Dahlia. Merenung ke dalam dasar mata isterinya itu. Mengharap sebuah pengertian dan secebis simpati. Jika dia berterus-terang bagaimanakah penerimaan Dahlia agaknya? Marahkah? Rajukkah? Jika dia berdiam diri pun pasti tidak boleh. Dia akui, dia tidak pandai hendak menyembunyikan perasaannya. Dani menarik nafas dalam. Mencari bicara yang sesuai agar Dahlia tidak terluka.

“Abang… abang frust.”

“Frust?”

Dani mengangguk perlahan. Sepasang mata redupnya merenung ke dalam anak mata Dahlia. Benar-benar mengharap pengertian dari seorang isteri sebaiknya.

“Abang dan Juliana dah putus.”

Tersentap dengan kata-kata Dani itu, dadanya sebak tiba-tiba. Suaminya sedang kecewa? Kecewa dengan cinta Juliana. Dahlia hilang kata-kata. Kerana dirinya cinta itu tidak kesampaian. Kerana dia cinta itu terputus di tengah jalan. Dia amat pasti kini dua jiwa sedang sengsara. Dua jiwa sedang terluka. Luka yang belum pasti dapat disembuhkan. Dia rasa sangat bersalah pada suaminya itu. Perlahan jemarinya mengusap lembut jemari Dani.

“Kesian dia. Abang yang buat dia jadi macam ni. Abang khianati dia. Abang menduakannya. Abang tahu walau dia sibuk, dia tetap setia dengan abang.”

“Sabarlah. Kuatkan semangat ya.”

“Abang tak dapat jumpa dia lagi, abang akan merindui dia, dia dah pergi. Abang dah kehilangan dia.”

Dani tunduk meramas rambut. Sebak di dada cuba ditahan semampu mungkin. Tubir mata berasa panas. Dia menahan dengan kuat. Tidak mahu Dahlia melihat betapa sengsaranya jiwa, betapa pilunya hati. Tidak mahu Dahlia melihat airmatanya dan menganggap dirinya lelaki lemah. Betapa bersusah-payah dia bersabar dan menahan segala dugaan untuk memiliki seorang Juliana, akhirnya kesudahan ini yang dia dapat. Peritnya putus cinta. Sakitnya menyucuk-nyucuk. Bagaikan sembilu mencalar hati. Siapakah yang kejam? Dia? Juliana? Papa atau takdir?

Dahlia menyeka airmata yang bergenang. Kerana dia, Dani kehilangan Juliana. Kerana dia, suaminya kehilangan kekasih hati.

“Lia try pujuk dia ya?”

“Nak buat apa?”

“Jadi second wife abanglah.”

Walaupun berat Dahlia masih terdaya memberi cadangan. Memberi keizinan untuk suaminya berpoligami. Demi untuk gembirakan hati sang suami. Tapi, Dani hanya menggeleng.

“Tak payahlah Lia, abang dah cuba. Dia tak nak.”

“Alasan?”

“Tak nak jadi pengacau, tak sanggup bermadu.”

“Biar Lia pula yang cuba nak?”

“Lia tak kenal siapa Juliana. Kalau hitam yang dipilihnya maka hitamlah keputusannya. Tak boleh diubah lagi. Dia sangat degil.”

Sekali lagi Dahlia hilang kata-kata. Hebat sungguh kasih Dani pada gadis itu. Siapa dia jika hendak dibandingkan dengan Juliana? Sebagai isteri, sedikit sebanyak hatinya terguris. Suaminya sedang meratapi kehilangan kekasih hati.

6 Suara Merdu Anda:

Husni Saila said...

lia..biar jer laa dani putus ngn juliana..
pk kebahagiaan lia jgak..dani tue dah tangkap cintan ngn lia..huhuhu..xnk lia bermadu..peritnyaa..

dayana said...

Pening dgn Dani ni mana satu yg dia btl2 cinta. Juliana dia cinta n Dahlia pun dia jatuh cinta.Tetapkan hati n pendirian Dani nnt yg dikejar tak dpt yg dikendong keciciran. Hidup biarlah berlandaskan iman dan bknnya nafsu.
Hukum Allah jgn diambil mudah ya Dani n Dahlia.Dani mgkn blh kawin lbh drpd satu sbb dia mampu tp itu dr segi kekayaan tp dlm bab lain blm tentu lg Dani mampu. Berkemampuan ni amat luas n dlm maksudnya. Jd Dahlia seblm mengemukakan usul kaji dulu tahap kemampuan suami anda.

Anonymous said...

pendeknya!

aFaiSh said...

hailaaaa dani..ngoks tol ko ni..
hihihiii..
wah x sabar tunggu AC. =)

nursya said...

alahai sedeynyer...

intan said...

dani2.....
manusia yg xpernah puas utk brsyukur.....
lia adalh satu cntoh isteri yg akn mndpt pyung emas....
tahniah pd lia krn awl2 dh buat prjanjian krn dia tkut akn kcewa dgn cinta pura2 dani....

Post a Comment