Rajuk Sang Hati 24

“Baiklah masa dah tamat. Sila letak pen.”

Cikgu Ashikin berjalan meja demi meja mengutip kertas ujian matematik. Sambil-sambil tu sempat lagi aku menyemak kertas ujian itu. Harap-harap aku luluslah. Boleh tahan susah juga soalannya tadi. Kata cikgu Ashikin minggu lepas, soalan itu dia ambil dari peperiksaan SPM tahun 2004 hingga 2008. Jadi kami diminta mengulang kaji sendiri di rumah. Aku mengeluh bila kertas di mejaku sudah berada di tangan cikgu Ashikin.

“Kali ini siapa yang gagal, cikgu akan denda.”

Riuh seketika kelasku mendengar perkataan denda dari bibir lebar guru wanita yang agak gempal itu. Cikgu Ashikin tersenyum. Loceng berbunyi tanda tamatnya satu sesi mata pelajaran.

“Okey kelas, teruskan usaha ya.”

“Bangun.”

Haziq meemberi arahan. Berlaga-lagalah bunyi kerusi dan lantai simen memenuhi ruang kelas.

“Terima kasih cikgu.”

“Terima kasih cikgu.”

“Sama-sama.”

Cikgu Ashikin berlalu. Aku duduk semula, meneliti jadual waktu comel yang ku lekat pada sudut mejaku. Bahasa Inggeris akan menyusul selepas ini.

“Nissa.”

Aku berpaling bila mendengar suara Hasnul Amin. Sebenarnya tak perlu berpaling pun tak apa, sebab hanya dia saja yang memanggil aku dengan panggilan manjaku itu.

“Apa?”

“Aku nak tanya sikit boleh?”

“Hai, tak pernah-pernah minta izin pun sebelum ni kalau nak bertanya?”

“Mana tahu kalau-kalau kau marah.”

“Tanya ajalah, apa dia?”

“Err, semalam tu siapa?”

“Semalam?”

“Haah, aku nampak kau naik motor dengan somebody semalam, siapa? Pakwe kau ke?”

Naik motor dengan somebody semalam? Oh, along! Aku mengulum senyum. Along disangkanya pakwe aku?

“Kalau aku kata ya?”

“Seriously?”

“Kalau aku kata ya?”

“Seriuslah Nissa. Aku tanya betul-betul ni, janganlah main-mainkan aku.”

“Iyalah, kalau aku kata ya kenapa? Something wrong ke?”

“Tak adalah, aku..”

“Dah, dah. Teacher dah masuk tu.”

Aku lihat wajah Hasnul Amin berubah. Dia renung tepat ke mataku. Aku buat selamba. Walau hakikatnya aku nak tergelak besar melihat perubahan mukanya itu. Along dikatanya pakwe aku? Betul-betul lawak antarabangsa ni. Hasnul Amin berlalu ke tempatnya semula.



************


Lagi satu subjek sesi persekolahan akan tamat. Aku rasa macam nak ke tandas pula. Aku berpaling merenung Maisarah yang berada di barisan sebelah. Deria pandang ku bertembung dengan Atikah. Dia menjeling ku tajam. Aku balas semula jelingannya itu. Eleh, ingat dia sorang saja ada jelingan maut? Aku beralih pandang dan melihat Maisarah semula.

“Mai, karang cikgu tanya kata aku pergi toilet ya?”

“Kau nak pergi toilet ke?”

“Kau pekak ke? Kan aku cakap nak pergi toilet.”

“Yalah tu, nak pergi toilet ke nak ponteng?”

Tiba-tiba Atikah menyampuk dan secara tak langsung darahku mendidih. Nak cari pasal ke minah ni?

“Kau sibuk kenapa? Ada aku bercakap dengan kau? Tak malu!”

“Eleh, dia yang tak malu. Ambil barang orang tapi tak mengaku.”

Serentak itu aku bangun. Aku dapat rasakan satu kelas sedang merenungku.

“Kalau masih sayang mulut tu, tolong jaga ya. Kang tak pasal-pasal bersepai!”

“Qai, sudah sudah. Jangan dilayan mulut tempayan ni.”

Maisarah cuba menenangkan aku. Aku rasa mukaku hangat pijar. Atikah masih tak berpuas hati dengan kes kecurian tempoh hari. Aku lihat Atikah tersenyum sinis. Darahku menjulang. Panas rasa badanku ini.

“Qai, dahlah. Jangan gaduh. Dia saja provoke kau ni.”

Azura berbisik di telingaku. Aku beristighfar. Benar kata-kata Azura. Atikah memang sengaja menjentik emosiku. Tidak, aku takkan melatah wahai Nurul Atikah. Aku berlalu keluar dari kelas. Hasrat aku untuk ke tandas wajib ditunaikan segera. Boleh aku berwuduk terus. Semoga dapat menyejukkan semula hatiku yang panas.

Kerana Sebuah Janji 4

Zarina menutup perlahan pintu keretanya. Dari jauh dia melihat Dahlia tekun membaca di sudut gazebo. Tubuh yang lesu digagahi menuju ke arah gadis itu.

“Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam. Eh, aunty. Baru balik?”

“Hmm.. baru sampai.”

Zarina melabuhkan punggungnya di hadapan gadis itu. Manis senyuman yang dihamparkan Dahlia untuknya.

“Aunty nampak penat, banyak kerja ke?”

“Banyak sangat. Si Maria pulak cuti, kelam-kabut aunty dibuatnya.”

Dahlia tergelak kecil. Dapat dia bayangkan betapa sibuknya wanita anggun ini bertungkus-lumus meneruskan perniagaan keluarga yang ditinggalkan arwah suaminya.

“Kalau aunty penat, pergilah rest.”

“Kejap lagilah. Lia baca buku apa tu?”

“Motivasi aunty.”

“Tak ada kuliah ke hari ni? Awal dah ada kat rumah?”

“Ada dua. Pukul 9 tadi, lepas tu pukul 2. Pukul 4.30 Lia dah ada kat rumah, aunty.”

Dahlia ramah dalam senyuman. Zarina sudah dianggap seperti orang tuanya dan pelindungnya sekarang.

“La, kenapa tak hang out dengan kawan-kawan?”

“Lia malas. Duduk rumah lagi best.”

Zarina tergelak. Wajah gadis manis itu direnung. Hati sudah lama berkenan untuk mengangkatnya sebagai menantu. Namun sedikit khuatir dengan tingkah Dani yang agak kasar melayani Dahlia. Walau tidak pernah seculin pun gadis itu melawan. Kata-kata kesat Dani dibalas lembut. Kadang-kadang tak balas langsung. Dahlia lebih suka mendiamkan diri. Lebih suka beralah dari berbalah. Hati ibu manalah yang tidak terusik?

“Aunty? Kenapa?”

Tersentak Zarina dengan suara lembut yang menyapa.

“Ha? Lia cakap apa tadi?”

Dahlia tersenyum manis. Apalah agaknya yang diangankan mama si Dani ni?

“Lia tanya, kenapa aunty tengok Lia?”

“Oh, itu. Saja, aunty memang suka tengok si manis aunty ni. Lawa orangnya.”

Zarina tergelak melihat wajah Dahlia merona merah. Betul-betul pemalu budak ni. Tak boleh nak puji lebih sikit.

“Aunty, jangan cakap macam tu. Malu Lia tau. Aunty pun cantik juga, anggun bergaya lagi.”

“Hmm, tu aunty dah lama tahu.”

Kata-kata Zarina itu mengundang tawa Dahlia. Seimbas terlintas kata-kata yang mirip seperti itu dari mulut Balqis.

“Hmm.. Lia.”

Dahlia berpaling. Tawa bahagianya beransur-ansur pergi. Wajah anggun itu ditatap sekilas.

“Lia dah fikir pasal wasiat tu?”

Dahlia diam. Rentak jantung mula sumbang. Soalan begini ingin dia elakkan buat waktu ini.

“Belum aunty.”

“Kenapa? Lia tak setuju kahwin dengan Dani? Tak nak jadi menantu aunty?”

Mata redup Zarina tepat menikam mata bundar Dahlia.

“Bukan macam tu aunty. Lia tak boleh nak fikir lagi. Assignment banyak sangat.”

Dahlia menggetap bibir. Alasan itu dikira logik pada akalnya. Namun jauh di sudut hati dia rasa bersalah. Pembohongan lidahnya yang tidak bertulang itu menambah markah dosanya. Maaf aunty, maaf ummi, Lia terpaksa.

Zarina tersenyum. Dia menerima alasan itu dengan lapang hati. Dahlia belum bersedia fikirnya. Dani juga memberontak. Biarlah, biarkan dulu dua jiwa yang sedang kacau itu. Jika terpaksa sangat, dia sendiri yang akan memainkan peranan.

Akulah Cinderella 19

Acara makan-makan bermula selepas maghrib. Datin Zulaikha hanya menjemput teman-teman rapatnya dan Shafiq juga menjemput teman-temannya. Juadah banyak sekali. Adik-adikku sudah cantik berbaju baru. Aku seperti biasa hanya berseluar jeans, t-shirt lengan pendek dan memakai cap. Itulah identitiku. Belum lagi rasanya hendak berubah. Aku duduk di gazebo sambil menjuntai kaki. Memerhati manusia-manusia yang tidak ku kenali itu. Aku bangga dengan adik-adikku yang pandai menyesuaikan diri. Pandai menjaga adab. Kalau ibu dan ayah dapat melihat, pasti mereka juga akan berbangga. Aku melihat Datin Zulaikha melambaikan tangannya kepadaku. Perlahan aku melangkah menuju ke arahnya.

“Syah, kenalkan ini bestfriend mummy. Ini Datin Atika, ini Datin Seri Hashimah dan yang ini Datuk Faridah.”

Amboi, Datuk-Datin juga kawan-kawannya. Sudah berada di dalam golongan atasan, pastilah kawan-kawannya di kalangan orang-orang atasan juga.

“Friends, inilah hero I. Syah namanya. Dialah yang selamatkan I dulu.”

Dengan bangganya Datin Zulaikha memperkenalkan aku kepada mereka. Aku tersenyum manis sambil bersalaman dengan wanita-wanita yang layak ku panggil makcik saja. Aku meminta diri bila terlihat kelibat Sarah yang sedang berbual dengan seorang lelaki. Mungkin itu tunangannya.

“Kak Sarah!”

Gadis itu berpaling dan tersenyum.

“Syah, dah makan?”

“Kejap lagilah. Kak Sarah baru sampai ke?”

“Dah lama dah. Tadi melepak kat kolam belakang dengan kawan-kawan encik Shafiq.”

Aku mengangguk dan memandang pula lelaki yang bersama dengan Sarah itu. Macam pernah tengok, tapi kat mana ya?

“Err, Syah kan?”

Aik? Dia tahu namaku? Kacak juga lelaki ni. Berlesung pipit cukup menawan sekali. Patutlah Sarah sudah tidak memandang Shafiq. Tunangannya lebih tampan dari lelaki itu. Aku berkerut kening cuba mengingati siapakah lelaki ini.

“You two kenal ke?”

Sarah hairan.

“Err, macam pernah tengok tapi tak ingatlah.”

Aku tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“La, dulu saya ada makan dekat restoran tempat Syah kerja dulu tu, ingat tak? Kawan-kawan Shafiq yang buat kecoh dan soal siasat Syah macam-macam tu?”

Ahah! Baruku teringat. Patutlah macam aku pernah tengok saja muka dia ni. Ya, si lesung pipit rupanya.

“Ohoho, ya..ya, ingat dah, ingat dah. Apa khabar?”

“Baik. Syah macam mana? Seronok tak tinggal kat sini?”

Nampaknya dia sudah tahu tentang diriku yang menjadi anak angkat kepada keluarga kaya ini.

“So far so good. Lebih baik dari dulu.”

“Baguslah kalau macam tu. Dengan Shafiq macam mana? Masih berperang ke?”

Aku tergelak besar begitu juga si lesung pipit.

“Saya macam ada tertinggal something aja. Awak tak cerita pun?”

Sarah merajuk manja.

“Nanti saya cerita ya, sayang.”

“Oh ya, Syah. Kenalkan ini tunang akak, Haziq.”

Lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan salam.

“Dah agak dah.”

Salamnya ku sambut senang.

“Jom, we all nak pergi ke belakang.”

Sarah menarik tanganku. Nak tak nak terpaksalah aku mengekori merpati dua sejoli ini. Dari jauh ku lihat Shafiq rancak berbual dengan teman-temannya. Ah! betullah, teman-temannya itu juga pernah datang ke restoran makcik Senah dulu. Si rambut terpacak ada, begitu juga si spek mata dan si hitam manis. Si gempal pun ada juga. Mereka semua terdiam bila melihat aku menghampiri.

“Aku rasa korang dah kenalkan? Ini Syah.”

Shafiq menarik tanganku duduk di sisinya. Aku geram. Tidak perlulah pegang-pegang segala.

“Eh, ini bukan, budak tomboi yang kau..”

Kata-kata si spek mata terhenti bila si gempal menyikunya. Aku merenung mereka dengan tajam. Mereka juga sudah tahu cerita yang sebenar rupanya. Mataku beralih pula kepada Shafiq. Dia hanya tersengih sambil menunjukkan isyarat peace kepadaku. Haziq juga tersenyum lebar. Sementara Sarah pula, terpinga-pinga.

“Ya, betullah tu. Tapi sekarang kami dah berdamai, kan Syah?”

Shafiq merenungku penuh makna. Aku hanya membalas dengan senyuman manis.

“Wah! Macam mana boleh berdamai ni?”

Si hitam manis mula menyibuk ingin tahu.

“Sekarang kami dah jadi adik-beradik angkat. Dah tinggal satu bumbung, mestilah kena berdamai, kan Syah?”

Aku hanya mengangguk perlahan.

“Oho, adik-beradik angkat ya? Hati-hati Fiq, jangan kau angkat dia jadi awek kau pulak.”

Si rambut terpacak mula mengusik. Mengundang riuh tawa di tepi kolam renang itu. Membuat mukaku membahang.

“Haahlah, aku tengok adik angkat kau ni lawa jugak orangnya.”

Si gempal pula menambah perisa. Monyet betul! Jadi-jadilah mengusik aku. Manalah aku nak pergi ni? Shafiq hanya tersenyum malu. Matanya redup memandangku. Mata bertentang mata. Tapi hanya seketika cuma kerana terdengar beberapa orang berdehem dan ada yang pura-pura batuk. Aku hanya tertunduk malu. Menyembunyikan wajahku yang sudah pijar di sebalik cap yang tersarung di kepala.

Rajuk Sang Hati 23

Aku lihat mulut atuk sedikit ternganga sambil menonton berita Dunia Jam 10. Kusyuq benar nampaknya. Apa yang menarik sangat? Tak habis-habis kisah perang di Asia Barat. Bom sana, bom sini. Sesama Islam pun nak berperang. Apa salahnya kalau bersatu hati menentang musuh Islam? Ini tidak, yang tak berdosa jadi mangsa. Apa yang diperjuangkan sangat aku pun tak faham. Yang aku hairan, ramai pula yang pandai buat bom, lepas tu senang-senang saja mengebom diri sendiri demi perjuangan yang tak ke mana tu. Tak sayang nyawa ke? Bukankah tindakan berani mati tu bererti membunuh diri? Bukankah membunuh diri itu berdosa?

“Nissa?”

Aku tersentak, beralih pandang melihat atuk sambil tersengih. Teremosi pula aku. Dari nak menegur atuk tadi, terus tersasar jauh rupanya fikiran aku.

“Atuk, kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni? Karang sejuk dada atuk tu.”

“Kejaplah, atuk nak tengok berita ni kejap.”

“Best sangat ke berita tu? Sampai ternganga mulut atuk orang tengok.”

“Ha? Ya ke? Pandai ajalah kamu ni nak mengenakan atuk ya?”

“La, betullah atuk. Mulut atuk ternganga macam ni.”

Aku ulang balik gaya atuk sebentar tadi. Atuk tergelak besar sambil terbatuk-batuk. Sambil tergelak aku urut dada atuk. Biar senang atuk bernafas. Aku capai air kosong yang memang sudah tersedia depan mata atuk.

“Minum tuk.”

Atuk meneguk air itu dengan penuh hati-hati. Tercungap-cungap atuk mengatur nafasnya kembali.

“Sorry tuk. Orang kacau atuk sampai penat.”

Atuk gosok kepala aku. Aku dengan bersahaja lentokkan kepala ke dada atuk. Dapat ku dengar lagi bunyi halus setiap kali atuk menarik nafas.

“Sakit ya tuk?”

“Sikit aja. Dah lama atuk tak gelak besar, tu yang penat tu.”

“Hmm, kalau penat tak payah cakap apa-apa tuk. Sekarang atuk masuk tidur ya.”

Cepat-cepat aku tutup tv dan memapah atuk masuk ke kamarnya. Perlahan aku merebahkan batang tubuh atuk yang kurus melidi itu. Kasihan atuk, pasti sakit. Pasti atuk tak tertangung derita dek penyakit asmanya itu. Atuk ni pula tak nak guna inhaler, kan dah susah. Aku capai minyak angin dan sapu ke dada atuk.

“Nissa, dengar cakap atuk ya.”

Darahku berderau, apa lagi yang atuk nak merepek ni. Orang tak nak dengarlah atuk. Jangan cakap apa-apa. Seperti biasa suara hatiku itu hanya melantun di dalam hati saja.


***************


Aku letak beg sekolah di tepi pintu. Haruman nasi goreng mak dah menusuk hidung. Jam tangan aku tenung, baru pukul enam suku pagi. Sempat lagi ni aku menjamah nasi goreng mak.

“Mak nak air.”

“Budak ni, tuanglah sendiri. Dah ada depan mata tu.”

Aku mencebik. Orang baru nak bermanja-manja dengan mak. Aku tuang perlahan air milo kegemaranku.

“Mak sendukkan.”

“Ada tangankan? Ha, senduk sendiri.”

“Tak sampai. Bak pinggan tu.”

Mak hulurkan pinggan.

“Nasinya?”

Mak hulurkan nasi pula.

“Sudunya?”

Aku tersengih bila mak jegilkan mata. Ala mak, janganlah marah subuh-subuh hari ni mak, rezeki tak masuk nanti. Orang saja nak gurau-gurau dengan mak aja.

“Kamu nikan Nissa, bilalah nak berubah perangai? Umur dah 17 tahun. Perangai macam budak-budak. Nakalnya mengalahkan si Haikal tu.”

“Berubah? Nak kena transformlah ni? Mak nak orang transform jadi apa? Optimus Prime ke Bumblebee?”

“Apa benda alah yang kamu cakap ni?”

“Tadi mak suruh orang transform. Orang side Autobots tau mak. Mak jangan suruh orang masuk side Decepticon pulak, orang tak nak.”

“Aku ketuk jugak kepala budak ni karang. Pagi-pagi buta dah merepek tak tentu hala. Dah cepat makan karang terlambat.”

“Belum pagi lagi mak, subuhlah subuh. Baru pukul 6.20, waktu subuh pun ada lagi ha.”

PEKK!!

Mak tampar bahu aku. Aku tergelak. Seronok usik mak. Tambah-tambah lagi tengok wajah geram mak.

“Mak.”

“Hmm..”

“Err, tak ada apalah.”

Mak jeling geram pada aku. Aku buat-buat tak nampak sambil suap nasi goreng ke mulut.

“Maakk..”

“Apanya? Mak, mak dari tadi?”

“Errr, tak ada apalah.”

“Tengok tu? Cakap! ”

“Kang orang cakap kang, mak marah.”

“Apa bendanya? Kamu dah buat apa sampai takut mak marah?”

“Mana ada buat apa-apa.”

“Dah tu?”

“Orang nak tanya satu soalan aja.”

“Hmm, soalan apa?”

“Mak janji jangan marah orang.”

“Amboi, siap berjanji ni kenapa?”

“Ala, janjilah mak.”

“Yalah, mak janji.”

Sebelum aku menyoal mak, aku habiskan dulu nasi goreng dalam pinggan dan air miloku. Karang tak pasal-pasal kena halau dari rumah, dah kempunan.

“Hai, nak dengar satu soalan kamu pun, jenuh mak menunggu ya?”

“Kejaplah mak. Oang habiskan ni. Karang mak juga yang kata membazir.”

“Sambil makan tak boleh tanya?”

“Tak boleh, tak ada feel.”

“Banyaklah kamu punya feel. Cepat nak tanya apa? Mak nak kejutkan adik kamu pulak ni.”

“Hmm, nasib baik mak sebut pasal adik. Agak-agaknya bilalah mak nak bagi orang adik perempuan?”

Mak berkerut kening merenungku. Aku dah berdiri. Bersedia dari serangan balas mak.

“Itu ke soalan kamu?”

Aku angguk laju. Bibirku mengulum senyum melihat muka mak dah merah padam. Tak pasti pula aku samada mak marah atau menahan malu.

“Tak ada kerja? Ha? Pagi-pagi nak mengusik mak ha? Mengada-ngada, pergi sekolah cepat!”

“Eh, mak dah janji tak nak marahkan? Mak janji tadi, tak baik mungkir janji mak. Dosa, munafiq nanti.”

“Aku rotan jugak budak ni karang. Nanti kamu!”

Aku hanyun langkah seribu sambil tergelak besar. Capai kasut sekolah dan pakai di luar rumah.

“Ala mak, jangan marah mak, orang tanya aja. Kalau tak nak bagi orang adik perempuan pun tak apa. Orang boleh manja-manja dengan mak lagi. Ya mak ya? Janganlah marah mak. Orang nak pergi sekolah ni.”

“Kamu nikan kalau sehari tak menyakat mak tak sah ya?”

“Tak.”

“Esok kalau kamu dah ada anak kamu rasalah.”

“Mana boleh tiba-tiba esok ada anak mak? Tak logiklah mak ni.”

“Tak logik ya? Ha, apa kata kamu kahwin cepat, beranak cepat, dapat mak cucu, boleh?”

“Eh, ke situ pulak mak ni. Tak naklah orang.”

“Ha, tahu pun kamu tak nak ya? Tadi kata nak adik sangat?”

“Orang nak adik, bukan anak. Mak ni selalu wrong information tau.”

“Samalah tu. Baby juga. Kalau nak, mak boleh buka mulut lelong kamu ni ha.”

“Mak ni! Ada ke lelong?”

“Ha, tak betul? Lelonglah mahal. Siapa letak harga paling mahal dialah dapat. Paling kurang mak letak RM10,000, nak?”

Apa pulak mak merepek ni? Malaslah aku melayan mak. Aku nak kenakan mak, aku yang terkena balik. Tak best! Aku salam tangan mak dengan muncung macam dolphin.

“Orang pergi dulu ya mak.”

“Ha, yalah. Tu mulut tu, kenapa muncung? Dah kalah?”

“Orang nak cepatlah.”

“Yalah tu.”

Mak tergelak di muka pintu. Cepat-cepat aku melangkah ke luar dari pintu pagar rumah. Tak boleh jadi, mak kenakan aku balik. Geram!

Kerana Sebuah Janji 3

Balqis merenung sayu wajah temannya itu. Murung dan agak pucat kebelakangan ini. Lepas satu, satu masalah yang bertamu.

“Dahlia, makanlah. Dari tadi nasi kau tu tak berusik.”

Dahlia mengalih pandangannya ke wajah Balqis, teman sekampusnya. Senyum hambar terukir.

“Kan aku cakap tadi tak nak makan, kau paksa juga.”

“Makanlah sikit Lia, aku risaulah tengok kau macam ni. Kang sakit lain yang datang pulak. Makan ya?”

“Aku okeylah. Tak payah risau-risau.”

“Okey apanya? Pucat aja muka kau. Nasib baiklah dah semulajadi cantik. Kalau tak, mahu rupa zombie kot.”

Mereka sama-sama tergelak.

“Teruklah kau ni. Tak ada maknanya cantik. Kau lagi cantik dari aku.”

“Well, tu aku memang dah lama tahu dah.”

Dahlia mencebik.

“Hii.. perasannya.!!”

Balqis tergelak besar. Akhirnya berjaya juga dia membuat Dahlia tertawa. Tak sanggup rasanya melihat wajah yang lembut itu bemurung.

“Eh Qis, kau dah siapkan assignment yang cik Mariani suruh buat tu?”

“Baru separuh. Kau?”

“Aku belum buatlah. Kalau kau dah siap, aku ingat nak pinjam kejap.”

“Eh, tak ada, tak ada. Buat sendiri. Jangan nak tiru aku.”

“Aku bukan nak tiru. Nak tengok formatnya aja. Kedekutlah kau ni.”

“Bukan kedekut Lia, cik Mariani andalusia tu dia mesti tahu punya.”

Dahlia mengetuk-ngetuk jemarinya di meja kafeteria itu.

“Makanlah cepat Lia, kang ada kelas lagi.”

“Aku tak lalulah.”

“Nak saya suapkan ke?”

Dahlia dan Balqis tersentak. Serentak mereka berpaling ke arah empunya suara. Adam tersenyum manis. Dahlia diam. Seperti biasa dia cuba merendahkan pandangan.

“Adam, buat apa kat sini? Tak ada kelas ke?”

“Baru habis. Boleh join?”

“Err..”

Balqis merenung Dahlia. Gadis itu memberi isyarat mata supaya menolak. Namun baru sahaja Balqis ingin membuka mulut, Adam sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Dahlia.

“Kenapa awak tak lalu makan?”

Adam merenung wajah tenang itu. Sedikit terganggu dengan kehadirannya mungkin.

“Sakit ke?”

Dahlia hanya menggeleng perlahan.

“Balqis, kawan kau ni bisu ke?”

Balqis tergelak. Dah tahu sangat dengan perangai Dahlia. Gadis itu tidak akan sewenang-wenangnya berbual dengan lelaki. Malah dia belum pernah melihat Dahlia berbual mesra dengan mana-mana lelaki. Sedangkan dia tahu. Dahlia cukup ramai peminat di kolej ini. Saban hari ada saja yang berkirim salam kepada gadis itu.

“Hai Qis, kau pun bisu juga?”

Balqis tersentak. Terpinga-pinga bila Adam memetik jari di depan matanya. Bibir mungil Dahlia mengelopak senyuman tipis. Adam terpesona.

“Cantik senyuman awak Dahlia. Kalau senyum begitu hari-hari kan bagus.”

“Apa yang bagusnya?”

Balqis menduga. Sudah dapat menebak apa yang ada di dalam hati lelaki itu. Adam Firdaus, salah seorang pelajar lelaki yang tidak pernah jemu berkirim salam kepada Dahlia. Lelaki yang tidak mudah putus asa. Memiliki gaya dan ketampanan yang sering di angan-angan oleh gadis-gadis remaja. Senyuman yang dihiasi lesung pipit sebelah kiri menambah faktor kenapa lelaki ini digilai pelajar-pelajar perempuan di kolej ini. Kecuali Dahlia. Dahlia seorang saja yang tidak nampak kelebihan lelaki itu. Dahlia saja yang tidak berminat dengan kata-kata romantis Adam Firdaus. Dahlia saja yang begitu. Dahlia saja yang tidak sama dengan gadis lain. Mungkin kerana itu juga, Adam Firdaus tidak mahu mengalah. Adam Firdaus tetap akan mengejar Dahlia walau jauh mana gadis itu berlari.

“Oi makcik! Kau dengar ke?”

Balqis tersentak. Sekali lagi dia terpinga-pinga.

“Ha? Eh? Kau cakap apa tadi?”

“Sah! Mimpi di siang hari. Aku tahulah aku handsome Qis, janganlah kau tengok aku macam tu, aku takut kau tak tidur malam nanti.”

Serta-merta wajah Balqis terasa panas. Malunya! Malu sungguh dia! Kenapalah dia tengok anak teruna orang sampai macam tu sekali? Adam tersengih lebar. Seronok dapat melihat wajah Balqis yang sudah merona merah. Balqis mengerling Dahlia. Temannya itu memberi isyarat mata supaya segera beredar dari situ.

“Tak apalah kita orang blah dulu. Jom Lia.”

“Eh, la.. soalan aku tak jawab lagi? Ni, nasi ni siapa nak habiskan?”

“Kau ajalah yang makan. Don’t worry Lia tak usik langsung makanan tu. Nasi tu belum bersisa lagi ya. Makanlah.”

“Awak makanlah. Saya dah bayar.”

Dahlia tersenyum manis. Adam terkedu. Sungguh, inilah pertama kali Dahlia senyum padanya. Inilah pertama kali Dahlia bercakap dengannya. Suara gadis itu gemersik indah berlagu. Lembut dan mendamaikan. Sungguh, dia terpesona.

Wasiat Cinta 14

Fikiran Tihani ligat berputar memikirkan apa yang harus dibeli untuk anak kesayangannya itu. Bulan depan genaplah umur Mikhail setahun. Sudah pandai berjalan. Terkedek-kedek anaknya itu mengatur tapak. Amat menghiburkan. Kalaulah Faizal boleh melihatnya, pasti dialah lelaki yang paling bahagia agaknya.

“Sayang, mari kita teka anak kita lelaki ke perempuan nak?”

Faizal mengusap-ngusap perut Tihani yang baru berusia lima bulan.

“Ala bang, sama aja lelaki atau perempuan. Asalkan sihat dan sempurna.”

Tihani tersenyum bahagia.

“Eh, mana sama. Lelaki lain, perempuan lain. Tak sama.. tak sama.”

Faizal tersengih.

“Abang ni!”

Senyuman manis bertukar menjadi masam.

“Yelah..yelah, sorry.”

“Abang nak bagi nama apa pada baby ni?”

“Hmm, kalau lelaki abang nak namakannya Mikhail.”

“Kalau perempuan?”

“Perempuan pulak hmm… Rania.”

Tihani tersenyum nipis. Memori indah bersama Faizal masih segar di ingatannya. Masih tergambar betapa bahagianya saat dia bersama Faizal. Anak kita lelaki bang, Hani beri nama Mikhail, seperti yang abang mahu.

“Hai, senyum sorang-sorang nampak?”

Satu suara asing membuatkannya tersentak. Dia mendongak. Iskandar senyum meleret di sebelah Tihani. Mukanya membahang. Tak pasal-pasal lelaki perasan bagus ni dapat menyaksikan dia melamun. Siap senyum sendirian pula tu.

“Hai.”

Dia hanya membalas senyuman Iskandar dengan muka yang kelat.

“Lama tunggu? Sorrylah saya pergi isi minyak dulu tadi. Tak sangka pulak ramai orang.”

“Lama jugak. Sampai nak habislah air suam saya ni.”

“Dan sampai awak sempat melamun, kan?”

Iskandar tersengih. Tihani menjeling geram. Melihatkan itu, Iskandar tergelak.

“Duduklah.”

“Oh ya, kita belum lagi berkenalan secara rasmikan? Hai, saya Iskandar Haq bin Osman. Panggil Iskandar aja atau Is atau abang Is.”

Iskandar tersenyum lebar sambil menghulurkan tangan tanda berjabat. Tihani mencebik. Memang perasan bagus betul lelaki ini. Bermulut manis. Namun huluran tangan Iskandar disambut jua.

“Tihani. Tihani Annur bt Hamzah.”

“Dah tahu dah.”

Iskandar tersenyum lawa. Seorang pelayan wanita datang mengambil pesanan. Tihani hanya memesan Chicken Chop dan jus epal. Manakala Iskandar memesan Pineapple Fried Rice dan jus oren.

“So, apa yang dilamunkan tadi? Boleh share?”

“Boleh, boleh blah.”

“Amboi, sombongnya?”

Iskandar mula geram. Tidak pernah ada gadis yang berani berkata begitu kepadanya sebelum ni.

“Saya hanya nak jadi kawan awak aja. Takkan tak boleh?”

“Itu ke tujuan awak suruh saya belanja ni?”

“Ya, betul. Sudi tak terima saya sebagai kawan?”

“If I say no?”

“Janganlah begitu, saya ikhlas. Boleh ya?”

Iskandar tidak akan mengalah. Dia akan terus cuba memikat gadis itu. Entah kenapa gadis itu amat menarik hatinya. Sungguh manis. Dengan hanya memakai blouse berbunga halus berwarna jingga dan bergaun kembang paras betis sudah cukup membuat hatinya tertawan.

“Boleh ya?”

Dia mencuba sekali lagi bila melihat Tihani diam.

“Okey, dengan satu syarat, tak lebih dari seorang kawan tau.”

“You have my word.”

Sambil menunjuk isyarat peace. Tihani ketawa senang.

“So, saya masih tak boleh tahulah apa yang awak lamunkan tadi?”

“Hmm, hanya teringatkan kenangan lama.”

“Oh, kenangan dengan ex-boyfriend ya?”

“Arwah suami actually.”

“Hah?”

Iskandar terkejut. Bukan sedikit terkejutnya. Mungkin istilah terkejut beruk boleh di guna pakai. Walaupun dia sendiri tidak pernah melihat bagaimana seekor beruk terkejut. Dia masih melongo. Bulat matanya tidak berkelip memandang Tihani. Tidak percaya bahawa gadis comel di hadapannya ini pernah berkahwin. Makanan yang dipesan sudah sampai. Iskandar tidak peduli pun. Matanya meratah wajah gadis itu.

“Kenapa tengok saya macam tu?”

“Tak, bukan, macam tak percaya pulak awak ni..,”

“Janda?”

“Tak, ya, eh! Bukan. Rupa awak macam anak dara.”

Dalam gugup Iskandar cuba bersuara. Serba-salah sebenarnya. Tihani tersenyum. Sudah biasa dengan reaksi begitu. Sudah sering dilihatnya. Memang orang tidak akan percaya yang dia sudah bergelar janda. Belum lagi dia beritahu tentang anak. Bagaimanalah agaknya reaksi lelaki perasan bagus ini?

“Itu satu pujian ke?”

“Anggaplah begitu. Saya betul-betul minta maaf kalau awak tersinggung.”

“Tak apa saya dah biasa, makanlah.”

Perlahan Iskandar mencapai sudu dan garfu.

“Err, kalau tak keberatan bagi awak, boleh ceritakan apa yang berlaku?”

Tihani mengeluh perlahan. Membuka memori lama amat sukar baginya. Bisa membuat dia sedih.

“Suami saya meninggal setahun lalu, kerana serangan jantung.”

Perlahan dia membuka cerita.

“Awak tahu dia sakit?”

Tihani menggeleng perlahan. Kalaulah dia tahu. Pasti dia bersedia. Pasti dia akan berusaha sedaya-upaya mencari penawar.

“Semua orang tak tahu. Semua terkejut dengan permergiannya. Sebab sebelum ni dia sihat, ceria dan kuat.”

Airmata mula terbit di tubir mata. Dia cuba menahan sebak. Dia tidak mahu menangis.

“Kalau awak sedih tak payah ceritalah.”

Tiba –tiba Iskandar berasa serba salah. Dia sudah membuat gadis itu sedih.

“Tak apa, saya okey.”

Tihani senyum hambar.

“Suami saya pergi masa saya betul-betul perlukan dia. Semasa saya sarat mengandung sembilan bulan.”

Hampir tersedak Iskandar mendengarnya. Sekali lagi dia tidak percaya. Macam drama pula cerita gadis ini. Dia dah ada anak?

“Awak dah ada anak?”

“Ya, lelaki. Mikhail namanya.”

Tihani mula tersenyum bahagia bila menyebut nama si manjanya itu. Lambang cintanya dan Faizal.

“Oh, nama yang sedap. Mesti comelkan macam mak dia.”

Tihani tergelak. Lelaki ini memang betul-betul bermulut manis.

“So, awak tak kisah ke berkawan dengan ibu tunggal seperti saya. Ikhlas lagi tak?”

Iskandar rasa tersindir. Dia tahu dia memang seorang kasanova, tapi mungkin tidak dengan Tihani. Mungkin dia benar-benar ikhlas ingin berkawan dengan gadis itu.

“Janganlah cakap begitu. Saya bukan lelaki seperti yang awak sangkakan. Saya ikhlas, betul tak tipu.”

Sambil tangan kirinya memegang dada dan tangan kanan mengangkat sumpah. Tihani ketawa lucu. Kalau lelaki ini ikhlas berkawan dengannya tiada sebab untuk dia menolak lagi.

Rajuk Sang Hati 22

Penyapu lidi aku letak di tepi. Puas hati dengan keadaan keliling yang dah bersih dari daun-daun kering, aku cuci tangan. Dah jadi rutin setiap hari minggu aku kena sapu daun kering dari pokok mempelam yang ayah tanam sepuluh tahun dulu. Aku berpaling bila dengar bunyi motor ayah.

“Along nak pergi mana?”

“Nak pergi kedai, nak ikut?”

“Nak, kejap.”

Aku berlari ke dalam rumah, ambil purse dan topi keledar.

“Mak, orang ikut along pergi kedai!”

Sekali nafas saja aku melaung. Aku sarung selipar dan membonceng di belakang along.

“Along kita round-round nak? Dah lama kita tak round satu taman.”

“Ala, along malaslah. Lagipun minyak motor sikit ni.”

“Ala, isilah, jomlah along. Orang lama tak round petang-petang macam ni.”

“Tipulah!”

“Betullah, siapa nak bawa orang round kalau bukan along? Lagipun kalau round dengan along selamat sikit. Tak ada orang kacau. Badan alongkan besar.”

“Hmm, yalah yalah, kalau pasal bodek…”

Aku tergelak sambil menikmati udara petang. Along memang best! Tak pernah hampakan aku. Kami sampai di kedai pakcik Hussin. Apa yang along nak beli aku pun tak tahu. Aku ralit membaca tajuk yang terpampang pada majalah-majalah hiburan yang tergantung di kedai pakcik Hussin. Macam-macam cerita menjadi tarikan pembeli, di samping penghias kulit muka depan yang jelita belaka. Kalaulah aku secantik mereka pasti Irfan tertarik. Pasti Irfan sedar akan kewujudan aku di SMAB.

“Ini abang Afnan ya?”

Aku berpaling bila mendengar satu suara menegur along. Lelaki itu terpandang aku dan merenungku lembut. Aku hanya bermuka selamba. Mungkin kawan along agaknya. Tapi aku macam pernah nampak dia di mana-manalah. Kat mana ya?

“Haah, kau ni..”

“Saya Hisham. Adik Salina.”

“Oh, adik Salina. Salina apa khabar? Kat mana dia sekarang?”

“Dia masih kat Uitm. Tapi nak bertunang dah minggu depan. Jemputlah datang.”

“Oh, baguslah. Dengan orang mana?”

“Orang Kedah, bang.”

“Orang Kedah, dengan Azizi ke?”

“Haah, dengan Azizi. Abang kenal ya?”

“Apa tak kenalnya. Satu sekolah. Cuma lain-lain kelas. Si Azizi tu memang dari dulu lagi syok kat kakak kau.”

Mereka tergelak. Sempat pula si Hisham tu menjeling aku. Wait! Hisham? Hisham ini ke yang call aku malam tu? Alamak..

“Abang cuti ke? Bila balik?”

“Cuti tak cutilah, kira dah habislah ni, tinggal nak buat praktikal aja.”

Hisham mengangguk kemudian berpaling merenungku yang berdiri tegak di belakang along.

“Awak sihat Qairunissa? Dah okey?”

Along berpaling merenungku. Aku hanya tersenyum.

“Nissa, orang tanya tu.”

“Saya sihat dan saya okey. Thanks.”

Aku lihat dia agak kekok untuk senyum. Namun matanya masih melekat pada wajahku. Aku rasa dia nak cakap lagi dengan aku tu, tapi segan kat along punya pasal terpaksalah cover.

“Kalau macam tu saya balik dulu. Jangan lupa datang majlis kakak.”

“Bila tu?”

“Sabtu depan. Jemputlah satu keluarga ya.”

“InsyaAllah. Kirim salam pada Salina. Cakap kat dia tahniah ya.”

“InsyaAllah. Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam.”

Hisham mengayuh basikalnya sambil mengangkat tangan ke arah along. Aku hanya memandang sepi.

“Nissa kenal dia ke?”

“Tak juga.”

“Dah tu dia macam kenal Nissa aja. Oh, along tahu, dia peminat Nissa ya?”

“Eh, ke situ pulak along ni, taklah. Dia tu kalau ada tournament apa-apa kat SMAB selalu join. Kiranya dia famous jugalah kat SMAB tu.”

“Oh gitu. Tadi dia tanya Nissa dah okey? Okey apa?”

“Ha? Oh, entah! Orang jawab aja apa dia tanya. Tak ada apa-apalah.”

“Sure?”

“Yalah along ku sayang. Cepatlah pergi beli apa yang along nak beli. Orang dah tak sabar nak round-round ni.”

“Yalah, yalah. Tunggu sini.”

Fuh, lega! Nyaris kantoi dengan along. Si budak Hisham ni pun satu. Tanya soalan-soalan yang boleh mendatangkan syak wasangka tu kenapa? Nasib baik aku bijak. Bijak mengelak. Aku menghela nafas.

Cerpen - Cinta Eton & Meon

Zaiton menjeling geram melihat gelagat Sameon yang tersengih-sengih macam kerang busuk itu.

“Kau nak apa? Tersengih-sengih.”

“Ala, Eton.. pagi-pagi dah nak angin ni kenapa?”

“Pagi apa kebendanya? Dah tengah hari rembang ni. Baru bangunlah tu.”

“Eleh, tolong sikit. Aku subuh-subuh hari dah terpacak kat bendang tu tau. Kau tu yang baru buka kedai.”

“Woi, aku buka kedai pukul 10 tadi lah. Kau apa tau?”

Meon tersengih lagi.

“Kau ni Eton, kalau marah bukan main lawa lagi.”

“Kau tak kerja ke Meon, kacau aku kat sini buat apa? Traktor kau tu dah nazak ke?”

“Eleh, kutuk-kutuk aku punya traktor pulak, kau punya mesin jahit tu lagi dah tenat. Beli ajalah yang baru.”

“Bak duit! Kau ingat murah?”

“Boleh, dengan syarat.”

“Syarat apa?”

“Kahwin dengan aku.”

“Buweekk! Tak hingin!”

“Tak nak sudah.”

Sameon mencebik. Walaupun bergurau, dia terasa sedikit kecewa.

“Oit, Meon! Kau marah ke?”

“Taklah. Nak buat macam mana orang tak sudi.”

“Hiii… mengada! Cepatlah cakap kau nak apa datang kedai aku ni?”

“Sajalah nak jumpa kau. Tak boleh?”

“Ah, malaslah aku layan kau!”

“Eleh, kau ni cepat perasan ya, Ton?”

“Eh, kau blah dari sini. Jangan kacau aku. Blahlah cepat!”

Zaiton sudah mencerlung ke arah Sameon. Geram melihat lelaki itu masih tersengih.

“Aku nak ambil baju mak akulah!”


***********

“Kau nak order apa?”

“Milo aislah.”

“Makan?”

“Malaslah makan.”

“Makan pun malas? Apa punya orang daa..”

“Suka hati akulah, kau sibuk kenapa?”

“Aku ni susah hati bila kau tak makan, dahlah badan tu macam cicak kubing. Nak diet konon.”

“Bila masa pulak aku cakap nak diet? Suka suki je.”

“Eleh, orang perempuan kalau malas nak makan tu, kira nak dietlah. Nak jaga badan. Eh, Eton, tak payahlah nak diet-diet, kau dah kurus kering dah. Buruk tahu?”

Zaiton tak jadi membuat serangan balas, bila matanya terpandang Yusof, anak ketua kampung. Sameon juga menoleh ke arah yang sama.

“Dahlah Eton, dia tak pernah pandang kau pun.”

“Aku tahu.”

Zaiton bernada sayu. Mengerti siapa dirinya jika berbanding dengan Yusof.

“Kau pun tahu dia dah ada girlfriend kan?”

“Aku tahu.”

“Tahu, tahu tapi menaruh harapan jugak.”

Zaiton tersenyum hambar.

“Mengharapkan keajaiban barangkali?”

“Keajaiban? Kau jangan bermimpilah Ton. Dia tak tahu pun kau suka dia, kan? Kalau kau nak keajaiban berlaku pergilah bagitahu dia yang kau sukakan dia.”

“Gila!”

“Gila apa pulak?”

“Malulah aku ngok!”

“Tau pun malu, habis yang pandang-pandang anak teruna orang macam tu tak malu?”

“Eh, kau Meon, bukan main lagi ya ngutuk aku?”

“Tak betul ke?”

“Nyampahlah cakap dengan kau!”

“Yelah, dengan aku nyampah, dengan Usop tak nyampah lansung.”

“Mestilah, dah aku suka dia, kau jealous ke?”

Sameon terdiam. Cemburukah dia?


***************

Petang itu, berita yang baru didengari Zaiton cukup menyedihkan. Dia kecewa teramat sangat. Yusof akan berkahwin dengan gadis pilihannya, Marina. Zaiton tahu Marina itu gadis yang sangat cantik berbanding dirinya.

“Dahlah tu.”

“Kau tak faham Meon apa yang aku rasa.”

Tersedu-sedan Zaiton menahan tangisan. Hati Sameon bagai disiat-siat melihat gadis itu menangisi cintanya yang tidak kesampaian. Andai diberi peluang, ingin saja dia mengubati luka di hati Zaiton.

“Aku faham.”

“Tak. Kau tak faham. Kau tak akan faham.”

“Mana kau tahu aku tak faham?”

“Mencintai seseorang dalam diam, tanpa orang itu mengetahuinya, pedihnya tuhan saja yang tahu Meon. Kau tak pernah rasa semua tu.”

“Mana kau tahu aku tak pernah rasa?”

Zaiton diam. Lebih berminat melayan sendunya. Dia bakal kehilangan Yusof, lelaki idaman hati.

“Hai.. dahlah Ton. Lupakan dia. Teruskan hidup kau. Suatu hari nanti pasti kau akan berjumpa insan yang lebih baik dari dia.”

“Betul ke?”

“Betul. Percayalah.”

“Aku sayang dia Meon.”

“Aku tahu.”

“Tapi dia tak tahu pun.”

“Aku tahu.”

“Tahu, tahu. Macamlah kau pernah rasa apa yang aku rasa.”

“Aku pernah rasa, sampai sekarang sebenarnya.”

“Iya? Pada siapa?”

Zaiton sudah mengesat airmata yang membasahi pipinya. Sedikit berminat dengan cerita yang baru keluar dari bibir Sameon. Sebelum ini lelaki itu terlalu berahsia tentang perasaannya.

“Adalah. Sibuk aja nak tahu.”

“Ala Meon, cakaplah. Siapa? Aku kenal ke?”

“Kenal kot.”

“Iya? Siapa ya?”

Sameon menjeling. Sedikit terpegun melihat aksi comel Zaiton yang sedang berfikir.

“Tak payah sibuk-sibuk nak fikir. One day kau tahulah.”

“One day tu bila? Ala, kenalkanlah pada aku sekarang, ya?”

“Masalahnya, dia tak tahu pun aku suka dia.”

“Oh.. sama kes macam akulah ni?”

“Tau pun. Lagi cakap aku tak faham apa yang kau rasa?”

Zaiton tersengih.

“Sorry. Eh, bila kau nak cakap kat dia?”

“Tak tahu.”

“Jangan tunggu lama-lama Meon, nanti terlepas macam aku. Kau nak?”

“Eh, janganlah.”

“Tau takut.”

“Tapi aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia. Seganlah.”

“Ala, apa susah kau kiss aja pipi dia, then cakaplah apa yang kau nak cakap.”

“Woi, gila!”

“Kau takut?”

“Tak manislah macam tu. Biadap namanya.”

“Eleh, tak beranilah tu.”

“Kau jangan cabar aku Ton.”

“Memang aku cabar kau, kalau kau betul-betul suka dia, buatlah macam aku suruh.”

“Gila!”

“Penakut!”

“Eton, sekali lagi kau cakap aku takut, aku..”

“Aku apa? Ha? Aku apa?”

“Aku bukan penakutlah!”

“Eleh. Dahlah Meon nasib kau akan jadi macam akulah nampaknya.”

“Kau betul-betul nak aku buat macam tu ke?”

“Ala Meon, kau ni malu tapi mahu, kan?”

“Kalau dia lempang aku macam mana?”

“Itu adalah risikonya.”

“Eh, tak naklah.”

“See, penakut! Malu aku ada kawan penakut macam kau ni.”

“Eton, kau ni betul-betul mencabar aku. Aku buat betul-betul karang.”

“Ha, pergilah. Aku nak sangat tengok.”

“Betul ni? Kau tak marah aku kan?”

“Apsal pulak aku nak marah, kan aku yang cabar kau ni. Hissyh!”

CUPP!!

Zaiton terkasima. Kaku di situ melihat Sameon. Hangat ciuman Sameon di pipinya mengundang bahang di wajah Zaiton.

“Jangan marah ya, Ton.”

Sameon tersengih menutup gabra.

“Aku suruh kau cium awek kaulah bodoh! Apsal aku pulak yang kau cium ha?”

“Sebab kaulah awek aku.”

“Ha?”

“Ya, Ton. Aku suka kau. Dah lama aku suka kau. Boleh kau bagi peluang kat aku untuk sayang kau?”

Zaiton kelu. Tidak menyangka langsung Sameon ada hati pada dirinya selama ini. Perlahan dia bangun menutup semua suis di kedai jahitnya. Menapak perlahan menuju ke pintu kedai. Dia berpaling.

“Kau kena minta izin kat mak dan ayah aku dulu.”

Sameon juga menapak keluar. Wajah malu Zaiton dipandang lama. Sameon tersenyum senang.

“Sekarang jugak aku jumpa!”

Kerana Sebuah Janji 2

Dani tersentak bila petikan jari betul-betul berada di depan matanya. Secepat kilat kepala ditoleh ke kanan. Mursyid tersengih.

“Jauh termenung? Sampai aku masuk pun kau tak dengar.”

“Kau nak apa?”

“Whoaa… kenapa macam singa lapar ni? Kau tak breakfast ke tadi?”

Dani diam. Sebatang pen di tangan di ketuk-ketuk ke meja. Hari ini dia hilang mood untuk bekerja.

“Ok tell me what’s wrong? Rindu kat Juliana ke?”

Mursyid yang tersengih lebar itu dipandang tepat. Satu keluhan berat dilepas kasar.

“Dah mengeluh pulak. Bergaduh lagi? Aku tak fahamlah hubungan korang ni, kejap okey kejap tak. Kali ni apa pulak masalahnya?”

“Kau boleh tolong aku tak?”

“Boleh, boleh. Tolong apa?”

“Tolong diam!”

Mursyid tergelak.

“Dah tu kau senyap je dari tadi, aku tanya kau diam. Mengeluh tak sudah-sudah. Aku layan dirilah.”

Mursyid menyambung gelaknya. Dah faham sangat dengan satu-satunya sahabat baiknya sedari kecil ini. Kalau begini keadaannya, tak lain tak bukan ada masalah besar yang tak terpikul oleh Dani. Masalah yang selalunya dicurahkan kepada dirinya saja. Dani mengeluh lagi.

“Kau tahukan semalam wasiat arwah papa dibaca?”

“Yup. Apa yang kau dapat?”

Mursyid mengangkat kening tiga kali sambil tersenyum sumbing.

“Masalah.”

“Hah?”

“Aku dapat masalah baru.”

“Explain please..”

“Dahlia.”

“Ya, kenapa dengan Dahlia?”

“Kahwin.”

“Okey. Kahwin. Dahlia kahwin. Kahwin dengan siapa?”

“Aku.”

“Okey, kau, Dahlia kahwin. Hah?”

Dani mengetap bibir dengan sikap blur Mursyid.

“Dahlia kahwin kau? Kau dengan Dahlia, kahwin? Kau kena kahwin dengan dia?”

“Faham ke ni?”

“Okey, kejap. Wasiat tu. Kau, Dahlia kahwin?”

“Hisyyh! Apsal kau ni lampi sangat? Wasiat tu mensyaratkan aku kena kahwin dengan Dahlia dulu baru dapat harta. Ada Faham?”

“Oooohhh.. gitu. Faham, faham.”

Mursyid menyeringai. Dani hanya memandang geram sahabat baiknya itu.

“Aunty cakap apa?”

“Nak cakap apa lagi. Ikut je lah. Lagipun mama memang suka budak tu, sayang sangat.”

“Ha, okeylah tu. Aku tak nampak apa masalah yang besar sangat.”

“Kau cakap senanglah. Juliana aku nak letak mana? Kalau dia tahu ni mampus aku.”

“Ala, kahwin aja senyap-senyap, habis cerita.”

“Kepala hotak kau! Kalau press dapat tahu macam mana?”

Mursyid tergelak.

“Okeylah, yang kau susah hati sangat ni kenapa? Kena kahwin paksa ke? Kalau kau tak nak kahwin dengan dia pun tak apakan? Tak ada siapa nak paksa.”

“Memanglah tak ada siapa paksa. Tapi harta pun kira burn jugalah.”

“Kau nak yang mana?”

“Aku nak harta aku. Dahlia aku tak nak.”

“Kenapa kau tak nak? Okey aja aku tengok si Dahlia tu. Cantik manis, putih melepak, suara pun lembut je. Okey apa?”

“Amboi, puji sakan nampak? Kau berkenan kat dia ke?”

“Kenanlah jugak. Tapi dia tak pernah pandang aku pun.”

“Oh, tu sebab kau selalu datang rumah aku ya?”

Mursyid tersengih.

“Salah ke? Kau jealous?”

“Tak ada makna aku nak jealous. Besar kuman pun tak ada perasaan aku pada dia tau.”

“Jangan cakap besar Dani. Ingat kuasa Allah. Dia kan bakal bini kau.”

Dani terdiam. Astagfirullahalazim… dia beristigfar. Dani meraup muka. Keluhan berat dilepaskan sekali lagi.

“Asyik mengeluh je. Apa lagi yang tak kena?”

“Kau tahu tak wasiat tu cakap apa lagi?”

“Ha, apa? Apa?”

“Wasiat tu cakap..”

“Chup..chup, wasiat tu boleh bercakap ke?”

Dani terkedu. Budak Mursyid nilah, geram betul dia! Mursyid tergelak besar.

“Kau nak dengar ke tak ni?”

“Okey, okey. Teruskan.”

Mursyid tahan senyum. Dani menjeling geram. Geram dengan perangai kebudak-budakan Mursyid itu. Entah bila nak matang dia sendiri pun tak tahu.

“Menurut wasiat tu, aku dapat 40% dari keseluruhan harta papa. Mama pula dapat 30% aja.”

“30% lagi?

“30% lagi, untuk cucu papa.”

“Cucu? Siapa cucu papa kau? Aku tak tahu pun? Bukan kau anak tunggal ke? Oh, aku tahu.. agaknya kau ada adik-beradik tiri kot? Anak bini kedua ke ketiga ke maybe keempat. Ha, betullah tu. Adik-beradik tiri kau tu dah ada anak, jadilah cucu papa kau, kan? Kan?”

Dani merenung tajam ke wajah selamba Mursyid. Lelaki itu pura-pura menggaru dagunya yang dihiasi sedikit janggut.

“Syid, kau jangan menyampuk boleh tak? Sejak bila pulak perangai papa aku macam tu?”

“Dah tu tadi kau sebut cucu.”

“Aku tak habis cakap lagilah ngok!”

“Oohh.. ada lagi kee… okey sambung, sambung.”

Mursyid tersengih bila melihat muka bengang yang dipamerkan Dani.

“Cucu papa aku tu mestilah hasil perkahwinan aku dan Dahlia. Ada faham?”

“Oh gituu… cakaplah anak kau! Kan senang.”

“So, 30% lagi untuk anak aku nanti dan Dahlia sebagai pemegang amanahnya. Sehingga budak tu berumur 21 tahun.”

“Gila kejam papa kau.”

“Tahu tak apa. Tu yang buat aku runsing tu. Dahlah kena kahwin dengan orang yang aku tak cinta, kena pastikan dapat anak pulak.”

“Aku rasa papa kau sengaja buat macam tu.”

“Kau agak-agak kenapa ha?”

“Sebab dia nak protect Dahlia.”

“Protect? Meaning?”

“Dia takut kau sia-siakan si Dahlia tu. Kalau dia buat syarat kau kena kahwin dengan Dahlia baru dapat harta, then kau pun kahwin, lepas tu anytime kau boleh ceraikan Dahlia. Bila dia tambah lagi satu syarat yang 30% tu untuk anak kau, mesti kau akan bertahan.”

Otak Dani ligat mencerna apa yang dikatakan Mursyid. Fakta sahabatnya itu memang benar.

“Tapikan Dani, kalau kau tak ada anak dengan Dahlia macam mana?”

“Maksud kau?”

“Ok, let say, Dahlia tak boleh pregnant. How about 30% tu?”

“Akan diwakafkan.”

“Whooa… 30% banyak tu. Memang kau terpaksa berusaha keras nampaknya.”

Mursyid tergelak. Dani pula diam. Menerima Dahlia hadir dalam hidupnya pun begitu payah, inikan pula hendak bertahan hidup dengan gadis itu. Rambut yang kemas rapi tadi telah kusut-masai diramasnya. Kenapa papa buat macam ni? Kenapa Dahlia? Kenapa bukan Juliana? Kalau Juliana, pasti dia tidak susah hati begini. Kerana gadis itu telah lama bertapak di dalam hatinya bukan Dahlia, bukan gadis kampung itu!

Dapat Award Pulak!!

Award From Siti





1)Ucapkan terima kasih pd owg yg tag anda,dan link kn mereka.

First thing first, thank you a lot to adik siti sbb bg award ni.. (walaupun saya rasa blog saya tak cantik mana pun..hehhee..)

2)Berikan award ni pada 15 owg yg anda suka

15 org? ramainya... saya hadiahkan award ni pada sapa2 aja yg nak.. terutamanya utk followers.. ambillah jgn malu2..

3)Tuliskan 7 fakta yg anda tahu tentang owg yg tag anda..hoho!

Hmm.. 7 ya? tatau arr.. sikit2 bolehlah ya.. tu pun ntah betul ke tak..

(Siti)
cute girl,
gila2 sket perangainya,
mcm bdk baik (hehehe..)
peramah
penulis berbakat


Okey sapa2 yg nak award ni ambil kat SINI ya

Wasiat Cinta 13

Iskandar merenung bisnes kad Tihani tempoh hari. Hatinya berbelah bahagi samada mahu menelefon gadis itu atau tidak. Malu pula hendak menuntut bayaran keretanya. Bil di tangan ditenung. Bukannya mahal sangat, tidak sampai seratus ringgit pun. Sudah pasti nanti gadis itu fikir yang dia ini berkira orangnya. Alamak, tak macholah macam ni. Tapi bila difikirkan semula gadis itulah yang menawarkan diri untuk membuat pembayaran. Lagipun inilah masanya dia hendak mendekati gadis itu. Masakan tidak, hatinya digaru rasa ingin tahu tentang gadis itu. Ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Ah, telefon sajalah! Nekadnya. Telefon bimbit ditekan mengikut nombor yang tertera di bisnes kad Tihani.

“Hello.”

“Hello, assalamualaikum.”

“Walaikumsalam, siapa ni?”

Tihani pelik. Suara di talian tidak pernah didengarnya.

“Err, boleh saya bercakap dengan cik Tihani Annur?”

“Ya saya, boleh saya tahu siapa di talian?”

Sopan suara Tihani menyoal. Agaknya dia adalah gadis paling sopan di dunia. Tihani tersenyum kecil, gelihati dengan lawaknya sendiri.

“Err, saya Iskandar Haq.”

“Ya, encik Iskandar Haq. Boleh saya bantu?”

“Mungkin cik Tihani Annur tidak kenal saya, tapi kita pernah berjumpa sebelum ni.”

“Pernah jumpa? Encik dari syarikat yang mana satu ya?”

“Err, bukan. Ingat tak kita pernah accident kereta dulu?”

Pantas saja Tihani terbayang peristiwa kemalangan kereta dengan seorang jejaka. Mana boleh dia lupa, kerana itu adalah kemalangan pertama dalam hidupnya. Dan lelaki di talian itu adalah lelaki yang berlagak bagus tempoh hari.

“Oh ya, ya, saya ingat. So, encik Iskandar Haq nak tuntut bayaranlah ya?”

“Nampaknya begitulah. Lagipun cik Tihani Annur yang janji nak tolong bayar, kan?”

“Haah, macam mana? Dah siap ke kereta encik? Berapa jumlahnya?”

“Tak adalah mahal sangat, tak sampai seratus pun.”

“Oh, okey. Bagilah nombor akaun encik, nanti saya bank-in. Hari ini juga saya buat.”

“Tak, saya tak nak!”

Apa pulak nak bank-in? Habislah peluangnya untuk mengenali gadis itu.

“Hah? Tak nak? Tak nak duit? Maksud encik saya tak payah bayar ke?”

Tihani sedikit hairan dengan jawapan dari Iskandar itu.

“Ada saya kata tak payah bayar ke? Awak tetap kena bayar juga. Mesti!”

Pulak? Baru sekejap tadi kata tak nak. Tihani mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Hairan bin ajaib dengan kata-kata lelaki yang berlagak bagus di talian itu.

“Okey, berterus-terang aja. Macam mana saya perlu bayar ganti rugi kepada encik?

“Senang aja. Belanja saya makan, itu adalah caranya.”

“Hah?”

Terkejut bukan kepalang. Lelaki itu memang pelik. Adakah lelaki berlagak bagus itu cuba hendak memikatnya? Tihani musykil. Menggaru-garu hujung dagu pula.

“Okeylah. Bila? Di mana?”

“Okey, malam ini boleh? Tempatnya awak yang tentukan.”

Tihani menyatakan persetujuannya dan berjanji akan berjumpa di sebuah coffee house. Dia mengeluh berat setelah talian dimatikan. Tak pasal-pasal malam ini kena keluar dating dengan lelaki yang berlagak bagus itu. Mengada-ngada betul! Apa salahnya bagi saja nombor akaun? Bukankah senang begitu?

“Cik kak! Apa yang mengelamun ni?”

Nadia sudah tersengih di sisinya.

“Oh, tak ada. Eh, kau ingat tak aku pernah cerita pasal lelaki yang keretanya aku hentam dulu?”

Laju saja Nadia mengangguk.

“Keretanya dah siap repair, dia tuntut bayaran.”

“Kau ada duit tak?”

“Ada, kau jangan risaulah. Dia kata tak sampai seratus pun.”

“So, bila nak bayar?”

“Aku minta nombor akaun, tapi dia tak nak bagi.”

“Habis tu, macam mana nak bayar?”

“Dia ajak jumpa malam ni.”

“Hah?”

Dahi Nadia berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu. Kemudian senyuman terukir lebar di bibirnya.

“Aku tahu, mesti dia dah tangkap lentok dengan kau bukan? Mesti dia cuba nak pikat kau.”

“Kau ni, ke situ pulak. Tak relevan langsung.”

Nadia tersengih.

“Wei, hensem ke? Boleh lawan tak kehenseman encik Saiful tu?”

“Bolehlah tahan. Tapi berlagak nak mampus. Perasan bagus!”

“Kau ni, tak baik tau cakap macam tu. Kenallah dulu, manalah tahukan serasi pulak.”

“Banyaklah kau punya serasi.”

Tihani membaling pen ke arah Nadia. Tetapi gadis itu berjaya mengelaknya.

“Ehem, senang nampak?”

Satu suara mengejutkan mereka berdua. Nadia tersengih, Tihani mula menikus. Takut dimarahi. Encik Saiful ini memang suka mencari silapnya.

“Kerja dah siap? Kalau belum, siapkan dulu kerja, baru boleh main.”

Tegas arahan Saiful. Muka pun sudah serius. Dia memandang Tihani yang duduk kaku.

“Tihani, masuk bilik saya sekarang.”

Saiful mengarahnya sambil berlalu. Terkebil-kebil Nadia dan Tihani.

“Cepatlah wei!”

Nadia menepuk bahu sahabatnya itu. Tihani mengangkat punggung perlahan. Apa lagi yang tak kena ni? Hatinya mula tidak keruan. Melangkah longlai ke bilik Saiful.

“Ada apa encik.?”

Tihani sudah berdiri di depan Saiful.

“Duduklah.”

Lembut suara Saiful memberi arahan. Tihani akur. Duduk merenung wajah Saiful. Saiful membalas lembut renungan itu. Dia tersenyum manis.

“Awak sihat?”

Perlahan Tihani mengangguk. Apalah encik Saiful ni. Kalau dah boleh datang kerja tu sihatlah namanya. Hatinya membebel.

“Macam mana problem awak hari tu? Dah settled?”

“Problem?”

“Ya, problem yang buat awak sampai menangis tu. Sampai saya kena peluk awak, pujuk awak.”

Saiful mengangkat kening sambil tersenyum nakal. Tihani tunduk menahan malu. Mengapa harus membangkitkan soal itu? Malunya kepada Saiful sukar dibendung.

“Awak free malam ni?”

Saiful menyoal bila melihat Tihani tunduk diam. Seboleh mungkin dia ingin membuat Tihani berasa selesa bila berada bersamanya. Tidak mahu marah-marah kepada gadis itu lagi.

“Malam ni tak free. Kenapa encik?”

Tak akanlah encik Saiful mahu mengajaknya berjumpa client malam-malam? Ini tak boleh jadi.

“Tak free? Awak ada date ke?”

Saiful ingin menduga.

“Ya.”

Wajah Saiful berubah. Gadisnya itu ada temujanji? Dengan siapa? Siapakah lelaki yang cuba memikat Tihani? Aduhai, kenapalah mesti ada persaing?

“Dengan siapa?”

“Kenapa encik nak tahu?”

Tihani memberanikan diri. Ini sudah lebih. Tak akanlah semua hal peribadinya harus diberitahu kepada bosnya ini.

“Sajalah, tak akan tak boleh pulak? Sensitif sangatlah awak ni.”

“Kawan.”

“Oh, saya ingat baru nak ajak awak keluar dinner dengan saya.”

“Maaf, malam ni memang tak boleh.”

“Tak apalah, maybe next time?”

“Ya, maybe next time.”

“Okey, saya tuntut janji awak tu one day.”

Tihani hanya tersenyum manis.