Melankolik Cinta Cassandra 3

Cassandra kaget tatkala bertentangan mata dengan sepasang mata sepet yang dirinduinya itu. Sampai ke sini Jimmy Yap mencarinya? Bagaimana lelaki ini tahu wujudnya galeri ini? Untuk bertanya tentang itu lidahnya menjadi kelu. Apa yang pasti segala urat sendinya terpaku diam dan tidak boleh bergerak. Apa mahunya Jimmy ke sini? Tidak cukup lagikah lelaki itu melukakan hatinya?

“How are you dear?” Ada getar dalam suara Jimmy Yap.

Ada resah yang terhidang di wajahnya. Tingkahnya serba canggung. Lelaki itu kelihatan serba salah. Cassandra tidak peduli itu semua. Tidak teringin langsung dia hendak menjawab soalan Jimmy Yap itu. Apa yang berlegar di benaknya ialah kemahuan Jimmy Yap sekarang. Apakah tujuan lelaki itu ke sini? Masih belum jelas lagikah dengan pendiriannya dahulu? Di antara mereka tiada sebarang ikatan perasaan lagi. Cassandra ingin membuang jauh nama lelaki itu dari hatinya. Seiring dengan perlakuan Jimmy Yap yang menghancur lumatkan hubungan mereka.

“How do you know I’m here?” Soal Cassandra agak keras. Berkerut wajahnya memandang Jimmy Yap.

Jimmy Yap tergelak halus. Sedikit sebanyak dapat menutup kegelisahan yang bertandang tidak semena-mena. Sepasang mata sepetnya merenung lembut ke wajah Cassandra. Satu-satunya gadis yang melekat kuat di dalam hatinya, yang sukar dikikis malah payah sekali untuk dileburkan dari jiwa lelakinya.

“I missed you,” ucapnya.

Secara spontan wajah Cassandra mencemik mual. Seolah-olah perkataan itu sangat menjijikkan.

“Answer me!” Tengking Cassandra.

“Is it really important to you?” Soal Jimmy Yap kembali.

“Of course!” Jawab Cassandra sambil berpeluk tubuh. Matanya memanah tepat ke arah Jimmy Yap.

Giliran Jimmy Yap mencemik bibir sambil menjongket bahu. Masakan dia ingin membongkar rahsia penemuan galeri seni ini kepada Cassandra? Masakan dia mahu bercerita bahawa ayah gadis itulah yang menjadi baruanya? Tidak, biarlah ianya tersimpan kemas di hatinya.

“Someone told me,” jawab Jimmy Yap bersahaja.

“Who?” Soal Cassandra tidak berpuas hati.

“Believe me, you never want to know,” jawab Jimmy Yap sambil tersenyum sinis.

“Just tell me!” Bentak Cassandra.

“Forget about it okay? The most important is I found you,” kata Jimmy Yap sambil mengukir senyum sumbing.

Cassandra merengus kasar. Sakit hatinya melihat senyum sumbing Jimmy Yap itu. Seolah-olah lelaki itu sudah mencapai kemenangan. Seolah-olah dia sudah memenangi pertaruhan yang sangat besar. Cassandra berpaling kasar dengan langkah yang agak besar menuju ke ruang pejabatnya.

Jimmy Yap setia mengekori sambil deria pandangnya memerhati sekeliling galeri itu. “Hmm… interesting,” gumamnya perlahan.

Secara jujur dia mengakui bakat gadis kesayangannya itu. Sungguh berseni. Pasti setiap lukisan yang terpamer di situ begitu tinggi nilai harganya. Patut saja gadis ini sanggup bertegang urat dengan ayahnya demi merealisasikan impiannya ini. Dalam diam dia berasa bangga.

“Don’t follow me!” Cassandra membentak geram.

Jimmy Yap tergelak halus. Masih belum hilang lagi amarahnya Cassandra. Namun dia tidak akan berputus asa untuk terus memujuk dan memulihkan hubungan mereka.

“We need to talk,” ujarnya lembut.

“Theres’s nothing to talk about!” Tukas Cassandra dengan kasar. Ah, dengan Jimmy Yap dia tidak mahu berlembut lagi.

“I can explain,” pujuk Jimmy Yap lagi.

“Hey casanova, listen here. I don’t need any explanation or anything from you because I’m sick of your face. I wish could never hear your voice ever again. So get lost!” Tengking Cassandra lagi.

Dia tidak teragak-agak untuk menghalau Jimmy Yap keluar dari galerinya. Dia benar-benar meluat melihat wajah Jimmy Yap yang tersenyum tersengih dari tadi. Seolah-olah tiada apa yang berlaku di antara mereka.

“Casanova?” Tanya Jimmy Yap sambil tergelak sinis.

Cassandra menjeling geram ke arah Jimmy Yap. Panas hatinya dengan sikap degil lelaki itu. Entah mengapa jika berhadapan dengan lelaki ini dia menjadi sangat geram. Kewarasannya hilang, malah kesabarannya makin menipis. Walaupun masih ada sisa rindu yang berdenyut di jiwanya, namun kemarahan dan kelukaan hatinya telah menjadi benteng utama dari terus cair dengan bujukan lelaki itu. Dia tahu, jika terus-terusan Jimmy berada di sini bermakna dia akan tewas. Jadi, jalan yang paling mudah adalah menghalau lelaki ini pergi.

“Go away Jimmy, please…,” pintanya perlahan.

Sebak yang bertandang tidak semena-mena mengundang pedih di bibir mata. Cassandra mengedip-ngedipkan kelopak matanya yang beralis lurus itu untuk menghapuskan air jernih yang mula bergenang. Dia tidak mahu dilihat lemah oleh Jimmy Yap. Dia tidak mahu lelaki itu melihat dia menangis kerana dikhianati cinta. Dia tidak mahu Jimmy menyalah tafsir tentang kesedihan hatinya tika itu. Malah apa yang penting dia tidak mahu lelaki itu memujuknya seperti selalu. Seperti dulu-dulu, sewaktu dia bahagia bersama mekarnya cinta Jimmy. Dia tidak mahu Jimmy menariknya ke dalam dakapan dan membisikkan kata-kata cinta yang indah berlagu di kupingnya.

“Why should I? Look, we need to talk. To clear all these thing,” pujuk Jimmy Yap lagi.

“I told you, I won’t hear anything!” Bentak Cassandra. Geram kerana Jimmy Yap buat-buat tidak faham dengan kehendaknya.

“Be calm dear, give me a chance. Please…,” Jimmy Yap bersuara tenang dan terus memujuk lembut.

“You’ll never give up, right?” Cassandra merenung sinis ke arah Jimmy Yap.

“Yes my dear,” Jimmy Yap tersenyum. Seolah-olah kemenangan sudah berpihak kepadanya.

Cassandra mengeluh dan hampir berputus asa. Wajahnya menunduk.

“Please, just go away…,” pintanya perlahan.

“I know you hurting… I’m so sorry,” Jimmy Yap merengus berat. Cassandra sedikit pun tidak mahu melihat ke wajahnya. Begitu sekalikah amarahnya? Begitu sekalikah rajuknya? Sudah bencikah gadis itu kepadanya?

“Honey…,” melihat kebisuan Cassandra yang tiada berpenghujung itu, Jimmy Yap akur. Mungkin Cassandra perlukan sedikit ruang dan dia akan memberi ruang itu kepadanya. Dia akan cuba bersabar.

“Okay, I’ll go. But promise me to pick up the phone when everytime I call you. See you dear,” Jimmy Yap berpaling dan melangkah longlai ke daun pintu. Namun derap langkahnya terhenti. Dia berpaling semula untuk melihat wajah kesayangannya itu. Senyuman manis dihadiahkan tatkala mata mereka bertembung.

“There’s one thing I want you to know, I’m always miss you and love you. Remember that,” ucapnya penuh romantis.

Cassandra mengetap bibir dengan kuat melihat susuk tubuh itu hilang dari pandangan mata. Berdenyut-denyut rasa jantungnya menelan kata-kata manis Jimmy Yap itu. Perasaannya bercampur-baur. Ada rasa suka, ada rasa rindu, ada rasa benci. Semuanya terhimpun dan membentuk sendu. Kelopak matanya dikatup rapat. Lelehan air jernih akhirnya menuruni pipi mulusnya. Sungguh, dia dihenyak pilu.



Kamal Oh Kamalia 15

Aku tarik muncung sedepa. Wajah-wajah di hadapanku ini mengulum senyum dan cuba berlagak biasa. Macamlah aku tak tahu mereka sedang menahan ketawa. Aku jeling pembantu butik yang manis itu. Dia pun nak tumpang sekaki juga? Inilah yang buat muncung aku bagai muncung itik. Kak Effa ni pun satu, saja nak kenakan aku ke apa? Sengaja bagi baju begini untuk aku cuba. Dress kembang separas lutut itu memang cantik. Warna kuning cair dan sangat lembut teksturnya. Tapi bila sudah tersarung ditubuhku terus saja baju yang indah itu jadi sehodoh-hodoh baju. Bayangkan saja dengan sneakers yang aku pakai, dengan bulu kaki aku yang bersepah, tak ke pelik rupanya? Sumpah, aku rasa nak menyorok saja bila ada mata-mata yang sempat mengerling dari luar butik itu yang bercermin jernih itu. Ish, memalukan kaum betullah!

Aku masih tercegat di luar fitting room sambil berdiri bercekak pinggang dan kaki sedikit terkangkang. Sengaja aku bereaksi begitu. Geram dengan kak Effa sebenarnya. Aku bukan nak baju begini. Bukan aku nak pakai seksi macam maknyah-maknyah kat luar sana. Aku cuma nak pakai baju kurung atau seluar yang boleh aku menutup segala kekurangan aku ni daripada terkantoi depan Azlin Nasihin nanti. Ini tidak, ada ke dibawanya aku ke butik mahal macam ni? Dress ni saja dah beratus, bankraplah aku macam ni.

“Kalau rasa nak gelak tu gelak ajalah. Tak payahlah nak tahan-tahan. Buruk benar buat muka macam tu.”

Aku menempelak mereka. Geram dan bengang yang mendorong aku berkata begitu. Serentak itu juga mereka menghamburkan ketawa berdekah-dekah. Huh, bukan main seronok lagi gelakkan aku.

“Kak, baju apa ni?”

“Kenapa? Cantik apa baju ni.”

“Betul-betul cantik sangat.”

Sampuk Dina sambil menyambung tawa yang masih bersisa.

“Memang cantik kau pakai Mal, sesuai sangat dengan warna kulit kau. Tapi satu aja yang buat aku sakit mata. Tu bulu kaki kau tu, kasi cukurlah.”

Iqbal menyambung gelak sambil tertunduk-tunduk pulak tu. Amboi, bukan main seronok lagi mengenakan aku, bahagia betul korang ya.

“Kak cancellah baju macam ni. Saya tak nak.”

“Habis kamu nak baju macam mana?”

“Yang tutup aurat kak. Senang cerita.”

Kak Effa merenung Dina dan Iqbal.

“Sure ni?”

Soalnya lagi. Aku mengangguk perlahan.

“Hai, Mal Mal. Dah elok-elok jadi lelaki nak jadi perempuan. Aurat yang tak perlu nak ditutup, kau sibuk nak tutup. Pelik betullah.”

“Kau diamlah! Aku ada sebab kenapa aku pilih baju yang tutup aurat ni.”

“Ha, apa sebabnya?”

Iqbal mengangkat kening menunggu aku menyambung kata-kata.

“Dengan mentup aurat semua dapatlah aku sembunyikan segala kekurangan diri aku ni. halkum aku ke, tangan kasar aku ni ke, bulu kaki ke dan dapat jugak tutup sedikit susuk tubuh aku ni.”

Kak Effa mengangguk perlahan bagai menyetujui kata-kataku itu.

“Okey, jom kita cari butik muslimah.”

Aku menghembus nafas lega.

****

Aku menjeling geram melihat Iqbal ketawa tidak berhenti-henti dari tadi. Rasa macam nak sepak saja punggung dia. Entah apa yang kelakar sangat aku pun tak tahu. Dia ingat aku ni badut apa?

“Sanalah!”

Aku merengus geram sambil menolak bahunya yang santai di atas katil aku. Aku juga melabuhkan punggung di situ sambil mata merenung satu persatu pakaian wanita yang aku beli siang tadi. Semuanya bersepah atas katil. Dari sekecil-kecil baju sehingga yang sebesarnya siap dengan tudung sekali. Aku mula garu kepala. Di mana pula aku nak letak baju-baju ni? Nak kena beli almari lain pula nampaknya.

“Bal, ada space tak wardrobe kau?”

“Ha? Eh kau jangan mengada nak sumbat semua benda alah ni dalam wardrobe aku eh. Kalau ada pun aku tak akan bagi.”

“Kedekut!”

“Suka hatilah!”

Kami diam seketika. Aku masih berkira-kira di mana hendak ku letakkan baju yang begini banyak. Bukannya sehelai dua, tapi stok sebulan tu. Susut duit aku. Tapi demi Azlin Nasihin aku sanggup. Tiba-tiba meledak tawa Iqbal membuat aku memandangnya pelik.

“Apa hal?”

Iqbal tidak mengacuhkan soalan aku cuma tangannya menunujukkan sesuatu. Membulat mataku melihat pakaian dalam wanita juga turut ada bersama. Tak semena-mena wajahku membahang.

“Ini mesti Dina dengan kak Effa punya kerja ni. Saja nak pedajal aku kan?”

“Betullah tu. Nak jadi perempuan mesti complete. Apa hal pulak dada kau leper aja? Tak logik langsung.”

“Kan aku dah cakap, aku pakai tudung dan baju kurung tu semua. Boleh cover punya.”

“Tak akan kat rumah pun nak pakai baju kurung dan pakai tudung? Secara logiknya mana ada lelaki dalam rumah tu untuk kau tutup aurat.”

“Ek?”

“Aku masih tak faham dan tak boleh bayangkan.”

“Tak payahlah kau pening-pening nak bayangkan dan nak fahamkan semua benda tu. Tahulah aku nak buat macam mana nanti.”

Iqbal menepuk-nepuk bahuku perlahan.

“Aku doakan kau berjaya, kawan.”

Aku hanya mampu tersenyum hambar.

“Thanks Bal.”

“Kalaulah Azlin tengok usaha kau nak pikat dia ni, mahu banjir kot.”

Aku tergelak kecil. Siapalah aku di mata Azlin Nasihin? Menegurnya berkali-kali tidak diendahnya. Aku hanya mampu mencuri pandang dari jauh. Hanya mampu melihat senyum dan tawanya dari jauh. Mengapa susah sangat aku hendak memikat dia? Sudah berpunyakah? Menurut kata Dina dia sudah merisik, Azlin Nasihin tidak punya kekasih hati. Tidak di kampus ini, tapi di luar sana? Aku mengeluh berat.

“Apa lagi Mal? Mengeluh tak habis-habis?”

“Bal, kau rasakan dia dah ada special tak?”

“Entah. Manalah aku tahu. Tapi dari firasat aku ni, orang cantik macam dia tu, mesti dah disambar orang punya.”

“Kau janganlah takutkan aku Bal.”

“Ala, rilekslah bro, aku agak-agak aja. Kan aku cakap tadi firasat.”

“Ah, banyaklah kau punya firasat.”

Iqbal tergelak. Tangannya membelek-belek baju-baju yang berlonggok di atas katil.

“Hmm, cantik-cantik. Berapa kau berhabis ni Mal?”

“Adalah sikit.”

Iqbal menggeleng kepala perlahan. Adalah yang difikirkan tu.

“Mal, semua ni membazir kau tahu tak? Lepas ni kalau dah tak pakai nak bagi siapa?”

“Nanti aku sedekahlah pada sesiapa aja. Small matter.”

“Mal, bukan ke elok kau try secara normal aja. Maksud aku secara natural, sebagai lelaki baru macho namanya. Tak perlulah transform macam ni. Berdosa.”

Iqbal masih mencuba menegur aku. Bukannya aku tak fikir tu semua tapi aku dah cuba. Azlin Nasihin bukan jenis perempuan yang mudah didekati sewenang-wenangnya. Itu yang membuat aku sangat tertarik pada dirinya. Bak kata orang lagi susah nak dapat lagi mencabar. Memang Azlin Nasihin sedang mencabar aku tanpa disedarinya.

“Aku tahu apa aku buat Bal.”

“Baguslah kalau kau tahu. Aku takut kau terpesong aja.”

“InsyaAllah tak.”

“Kau nanti jangan nak duduk dekat-dekat dengan dia. Kalau boleh jarakkan sikit.”

“Tahulah aku.”

Telefon bimbit Iqbal berbunyi. Senyuman lebar terukir di wajah itu. Siapa lagi kalau bukan Dina yang telefon. Jika tidak, masakan roman wajah Iqbal tiba-tiba saja bertukar ceria dan manis.

“Okey, aku keluar dulu.”

“Pergilah buat report.”

Iqbal tergelak kecil. Begitulah mereka. Dah macam belangkas. Dah tak boleh nak berlekang. Siang berjumpa, malam bertelefon. Tak jemu-jemu. Ada saja topik mereka ya? Agaknya jika aku bercinta dnegan Azlin Nasihin pun begini kot. Meniti hari-hari penuh bahagia bersama gelak tawanya dan senyuman manisnya. Akan aku cuba memintal buih-buih rindu menjadi kalung cinta. Akan aku gapai bintang di langit untuk dipersembahkan padanya. Aku tersenyum. Memang indah jika itu yang berlaku.

Melankolik Cinta Cassandra 2

Cassandra mencemik bibir, jelak dengan perlakuan teman-temannya yang sedang berhibur di kelab malam itu. Berpelukan dan bergeselan dengan pasangan masing-masing, memualkan penglihatannya. Serasa nafasnya sesak lalu menggetus senak di ulu hati. Sudahlah bau di ruangan itu menyesakkan nafasnya, mata pula disajikan dengan perlakuan tidak bermoral teman-temannya itu. Tidak semena-mena kepala Cassandra terasa berdenyut.

Begitukah dia dahulu? Cassandra tertanya sendiri. Bagai menyesal dengan perlakuan silamnya yang tanpa segan silu merendahkan martabat diri sebagai seorang perempuan. Terlalu mengikut nafsu jiwa remaja. Tenggelam dalam keasyikan dan khayalan keseronokan. Entah apa faedah yang dia perolehi dia pun tidak tahu. Terkinja-kinja menjadi perhatian dari lirikan mata lelaki-lelaki yang mengagumi keindahan yang ada pada dirinya. Bangga jika lelaki-lelaki datang melutut rayu menggadai keegoan masing-masing demi meraih kenikmatan semalam cuma.

Mujur. Mujurlah dia tidak sejauh itu langkahnya. Dia masih utuh memegang prinsip jinak-jinak sang merpati, hanya boleh diratah melalui kornea mata, namun tidak sekali-kali dibenarkan menyentuh tubuhnya tanpa kebenaran. Cassandra tersenyum hambar.

Cassandra dapat rasakan sejak mengalami mimpi pelik kebelakangan ini, jiwanya terasa kosong. Dia tercari-cari maksud di sebalik mimpi itu yang mula mengganggu lenanya. Dia mula kurang berminat untuk berseronok. Dia mula terasa bosan. Terasa sesak nafasnya jika dia terus berada di sini. Dia ke sini pun atas desakan Christina, kawan baiknya. Cassandra mengeluh.

“Hey, what’s wrong with you? Come on, let’s dance,” sapaan suara lunak Christina dari kiri bahunya membuat dia tersentak.

Tekak yang kering disuakan liur berkali-kali. Cassandra membetulkan duduknya lalu menoleh ke arah temannya itu.

“No thanks,” Cassandra menolak lembut.

“What’s wrong babe?” Soal Christina kehairanan. Tidak pernah Cassandra murung begini. Apa yang tidak kena?

“No, it’s nothing. I’m just unwell,” terang Cassandra.

“Really?” Kura tangan Christina selamat mendarat di dahinya. Berjeda seketika bagai seorang doktor memeriksa seorang pesakit. Berkerut kening Christina yang cantik dipantis itu. Pandangan matanya menghantar sayu ke wajah Cassandra.

“You got fever dear,” kata Christina. Mungkin itulah punca temannya itu berwajah murung.

“Erm… a little bit,” jawab Cassandra malas.

Dia memang sudah dapat merasakannya sebelum keluar dari rumah tadi. Tapi digagahi juga kudratnya kerana Christina begitu beriya-iya mengajaknya keluar. Tidak sampai hati untuk dia menolak, akhirnya dia bersetuju juga demi menjaga hati temannnya itu.

“I’ll take you to see a doctor,” ajak Christina.

“No need. I’m okay,” tolak Cassandra perlahan.

“No, you are not. There must be something wrong,” sanggah Christina lagi. Terasa menyesal pula mengajak Cassandra keluar hari ini.

“Nothing’s wrong dear. I’m okay. No worries,” kata Cassandra cuba meyakinkan Christina.

“But you look so pale?”

“Am I?”

“Yup.”

Cassandra mengeluh lesu. Dia tahu mengapa dirinya menjadi tidak keruan akhir-akhir ini. Sejak kedatangan mimpi itu, dia tidak cukup tidur dan banyak termenung. Pastilah pelik pada pandangan mata orang-orang yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang mudah tersenyum, ketawa dan sentiasa riang kini menjadi murung pula. Nafasnya yang panas terhela perlahan.

“Go, take a rest,” arah Christina.

Cassandra tersenyum tawar. Ibarat masakan yang tidak bergaram. Tiada rasa. Tiada seri. Sememangnya itulah yang dia mahukan. Berehat di rumah saja. Temannya yang jangkung dan putih melepak ini sememangnya teman yang baik. Begitu memahami jiwanya. Sudah lama juga dia mengait sulam persahabatan dengan Christina sehingga wujud keserasian di antara jiwa mereka. Tinggal bersama-sama juga membantu mereka berdikari dan matang bersama.

“Thanks babe,” ucap Cassandra.

Christina tersenyum bimbang. Tidak pernah Cassandra begini. Layu dan lesu. Cassandra yang dia kenal sangat kuat dan tabah orangnya. Sentiasa berusaha keras demi menjadi insan yang dirinya inginkan tanpa menghiraukan jerit pekik ayahnya yang mahukan Cassandra meneruskan empayar perniagaan mereka. Cassandra tidak betah dengan dunia bisnes. Dia lebih senang memilih kesenian. Sebagai teman yang paling rapat dalam hidupnya, dia sangat berbangga dengan kejayaan Cassandra yang sudah pun memilki galeri seninya sendiri.

“Go. I’ll see you at home,” Christina menolak sedikit bahu temannya itu agar segera beredar. Tidak guna duduk bersantai di kelab malam ini jika tubuh tidak sihat. Udara di sini bukannya bersih pun.

Cassandra mengangguk perlahan. Tubuh yang lesu digagahi juga bersama langkah yang lemah. Ingin segera pergi dari suasana yang melemaskan dirinya ini. Ingin segera bersantai di rumah sambil menikmati haruman lavender di kamarnya.


***


Di ruangan ini dia terlantar lesu di atas sofa sambil deria pandangnya menghala ke channel AXN. Sambil menarik selimut hingga ke pangkal leher, Cassandra mencapai telefon bimbitnya bila terdengar bunyi alunan pesanan ringkas. Dia mengecilkan matanya. Jimmy? Lalu, pantas jemari halusnya menekan kekunci comel untuk membacanya.

‘Hi dear, missed you!’

Cassandra mencemik. Muak dengan bicara manis Jimmy Yap yang cuba menawan hatinya kembali. Apakah lelaki itu fikir semudah itu dia ingin memberi kemaafan setelah tegarnya mencipta onar di dalam perhubungan mereka? Apakah lelaki itu fikir dengan sedikit bujukan dan pujian bisa mencairkan hatinya? Tidak semudah itu Jimmy! Bentak hatinya.

‘Where have you been? Why don’t you answer my call? I really missed you dear.’

Kata-kata itu ditatap lagi. Cassandra mula berkira-kira mahu membalasnya ataupun tidak. Hatinya yang membengkak masih belum surut sakitnya. Belum dia temui lagi penawarnya. Namun sedikit sebanyak rindu yang masih bersisa di ranting jiwanya menyirna segala kelukaan di hati.

‘Oh please…,’

‘I swear! I miss you like crazy. Do you still mad at me?’

‘You think?’

‘I think, yes you are. But please dear, forgive me.’

‘Why should I?’

‘Because you love me, like I do and we love each other.’

Begitu yakin sekali Jimmy Yap menyusun kata-kata cinta untuknya. Dengan bicara yang agak romantis dan sedikit merintih bisa saja meruntuhkan tembok hatinya saat itu. Demi rindu yang masih bersisa, Cassandra cuba mengabaikan rasa bengkak yang menghuni sanubarinya. Entah ke berapa kalilah harus dia memaafkan kesalahan kekasih hatinya itu? Apakah kali ini dia bakal tewas lagi?

‘I’m sleepy. Good night.’

Cassandra tersenyum sinis. Senang dengan jawapannya itu. Biar Jimmy Yap terasa hati. Dia tidak peduli. Hati sendiri yang harus dia jaga sekarang ini. Malas mahu melayan, terus saja dia menekan punat off di telefon bimbitnya. Baru aman! Lebih baik dia tidur saja. Lagipun tubuhnya saat ini tidak mengizinkan untuk dia terus bersengkang mata melayan kerenah Jimmy Yap.

Ah lelaki itu, kenapa tidak mampu untuk dia hapuskan dari hatinya? Kenapa setiap kali ingin membenci ada rindu yang mengusik jiwa? Senyumannya, suara romantisnya malah matanya yang sepet itu tidak mampu untuk dia buang jauh-jauh. Cassandra pejamkan mata.

Jimmy Yap, lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya empat tahun dahulu. Membawanya ke alam percintaan yang penuh warna-warni bagai pelangi petang yang hadir selepas hujan panas. Cintanya yang setulus hati terhadap lelaki itu telah membuat sanubarinya menjadi tepu dan tidak bisa diisi oleh insan lain. Sungguh tebal kasihnya kepada Jimmy Yap sehingga keburukan lelaki itu dia pandang sepi. Segala kerenah lelaki itu dia tolak ke tepi demi menjunjung cinta nan suci. Namun siapa tahu, dalam meniti kebahagiaan ada onar yang merintangi? Duri yang bisa telah menusuk hati akibat onar ciptaan Jimmy Yap. Tega sungguh lelaki itu menduakan dirinya. Seimbas kisah duka itu melayari.

Hari itu dia berkunjung ke rumah Jimmy Yap setelah tiga bulan berada di Kanada. Sangkanya kepulangan dan kehadirannya di rumah itu dapat memberi kejutan pada kekasih hati. Langsung tidak menyangka diri sendiri yang terkejut besar saat daun pintu dikuaknya. Membulat matanya menanggapi kecurangan Jimmy Yap yang telah hanyut dalam asmara ciptaannya sendiri. Malah dia kenal siapa gadis yang berada di dalam dakapan Jimmy Yap itu. Kelly! Penyambut tetamu yang baru saja berkhidmat di pejabat Jimmy Yap, telah berjaya meragut kesetiaan lelaki itu kepadanya.

“What are you doing?!” Pekiknya sebaik saja melihat kedua-dua tubuh itu berdakapan. Dia tidak menangis langsung kerana perasaan marahnya telah mengatasi rasa sedih itu. Meluap-luap, tunggu masa untuk meletup sahaja.

“Cassandra? Honey, I can explain,” jawab Jimmy Yap terkejut. Dia benar-benar tidak menyangka sama sekali bahawa dia sudah tertangkap. Dia berdiri sambil kelam-kabut memakai pakaiannya semula.

Cassandra memanah tajam ke arah Jimmy Yap. Dia melangkah laju ke arah mereka. Dadanya berombak kencang menahan amarah.

“Come here you!” Tengking Cassandra sambil menarik rambut Kelly. Dia benar-benar ingin melepaskan geramnya terhadap perempuan itu.

“Let me go!” Kelly menjerit kesakitan.

Dia cuba meronta untuk melepaskan diri. Tetapi Cassandra menarik kuat rambutnya sehingga dia terpaksa berdiri. Mahu ataupun tidak dia terpaksa mengikut rentak Cassandra yang sudah tidak terkawal. Lalu tubuhnya dihumban ke lantai dengan kuat. Kelly menangis kesakitan. Dia tidak mampu melawan kerana tubuhnya lebih kecil dari Cassandra.

Jimmy Yap terus merangkul pinggang Cassandra bila dia melihat gadis itu sudah pun mengambil sebiji pasu bunga seramik untuk mencederakan Kelly. “Take it easy Cassandra!” Pinta Jimmy Yap cuba memujuk.

Bila terasa tubuhnya dipeluk oleh Jimmy Yap dari belakang terus terlepas pasu bunga itu.

“Don’t touch me!” Dia meronta dan menolak Jimmy Yap sehingga lelaki itu terduduk semula di atas sofa.

Cassandra merenung pasu bunga yang sudah berkecai di atas lantai. Dia memanah tajam ke arah Kelly yang sedang tunduk menangis.

“Cassandra, please… I can explain,” pujuk Jimmy Yap lembut.

Dia cuba meraih lengan Cassandra. Serentak itu juga satu tamparan hinggap di pipi Jimmy Yap.

“No need!” Bentaknya kasar.

Lalu berlari keluar dari rumah itu. Jika dia terus berada di sini pasti dia akan bertindak di luar batas. Ketika itu barulah airmatanya laju menuruni pipi. Tidak disangka madu yang diberi tuba yang dibalas. Luluh hatinya berkeping-keping. Hancur lumat perasaannya hanya dia saja yang tahu.

Cassandra mengeluh. Kisah luka yang tersingkap itu mampu membuat matanya berkaca. ‘How dare you Jimmy…,’ rintih hatinya hiba. Dia akan cuba membuang jauh kisah cintanya yang penuh duka. Segala kenangannya bersama Jimmy Yap akan dia lipat kemas dalam memori. Dia akan cuba berbuat sesuatu untuk mengisi kekosongan hatinya.

Kebetulan dia dapat merasakan hatinya agak pelik kebelakangan ini. Kekosongan jiwanya bukan kerana kehilangan cinta malah lebih dari itu. Dia sendiri tidak tahu apakah ia? Dia dapat merasakan bahawa dia sedang merindui sesuatu. Yang pasti dia bukan mendambakan kehadiran insan lain untuk memenuhi hatinya dengan bunga-bunga kasih. Malah, lebih dari itu. Dia sendiri tidak pasti. Cassandra sedar sejak mimpi itu hadir, sejak itulah dia dilanda resah tidak bertepi.

‘What should I do?’Cassandra bertanya sendiri. Di mana harus dia mulakan pengisian jiwanya? Siapa yang harus dia temui? Persoalan demi persoalan berlegar di benaknya. Jika kerana ini kesihatannya terganggu dia patut berbuat sesuatu. Pasti!




Kamal Oh Kamalia 14

Berpeluh-peluh dah aku ni. Berkali-kali mencuba. Asyik terjatuh saja buku di atas kepala ni. Kak Effa ni pun satu, aku bukan nak belajar jadi model, tak perlulah nak berjalan catwalk bagai. Kan dah menyusahkan aku. Aku teruskan lagi bila mata kak Effa menyorot tajam ke arahku.

“Jangan main-main Kamal. Ikut cara yang akak tunjuk.”
“Susahlah kak.”

“Tak ada susahnya kalau kamu ikut betul-betul. Ha, kaki tu jaga. Rapat dan kecilkan langkah. Jangan nak berjalan macam askar.”

Habis, memang cara jalan aku macam tu nak buat macam mana lagi? Ingat senang ke nak ubah?

“Bahu tu tegakkan. Janganlah melengkung macam tu. Patutlah buku atas kepala asyik terjatuh aja. Tegakkan badan!”

Ish, garangnya! Patutlah kak Effa ni tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Takut lelaki nak dekat agaknya. Sekali menjerit macam suara halilintar. Nasib baiklah aku memang perlukan bantuan dia, kalau tak mahu aku pun cabut lari. Kalau dengan mak aku ni mahu kak Effa dah kena leter sehari suntuk. Harap muka saja lawa tapi orangnya tegas dan garang.

Aku cuba dan terus mencuba. Berkali-kali aku gagal. Barulah aku tahu bukan senang nak jadi model. Bukan senag nak jadi perempuan. Seperti kata Iqbal, mungkin sebab ini bukan sifat lahiriah aku, tu sebab jadi sangat susah. Setelah dua jam aku mencuba, akhirnya usahaku membuahkan hasil. Boleh berjalan agak laju sedikit dari mula-mula tadi. Malah lebih bangga buku di atas kepala langsung tidak jatuh. Nampaknya aku sudah boleh menguasai lenggok orang perempuan. Agaknya kalau maknyah-maknyah sedunia tengok ni mahu makan hati ni.

“Bagus Kamal. Okey sekarang akak nak kamu duduk sini.”

Kak Effa merujuk pada sebuah meja di sudut studio itu. Tanpa banyak soal aku pun mengikut saja arahannya. Berkerut dahiku bila kak Effa berlalu keluar dari studio dan meninggalkan aku termangu di situ. Mungkin ada sesuatu yang kak Effa nak ambil agaknya. Namun terdetik juga di hatiku, entah-entah kak Effa sedang memerhatikan aku. Maka aku pun cuba praktikkan apa yang sudah aku belajar sebelum ni. Duduk dengan betul, tanganku di atas riba dan menantinya dengan sabar. Walaupun aku tak selesa tapi tak mengapalah demi Azlin Nasihin aku kuatkan semangat.

“Ha, macam nilah bagus!”

Suara kak Effa yang tiba-tiba menjerkah aku dari belakang, membuat aku tersentak yang bukan sedikit. Mengundang gelak kecil dari wanita itu. Kemudian mataku beralih pada senaskah suratkhabar yang diletaknya di atas meja.

“Apa ni kak?”

“Surat khabar.”

Buat lawak pulak dia! Nasib baiklah kau tu cikgu aku kak Effa oii, kalau tak dah kenyang makan aku punya maki dah. Aku pamer sengih tak ihlas bercampur bengang.

“Tahulah kak. Maksud saya untuk apa surat khabar ni?”

“Untuk bacalah. Kamu baca.”

“Saya?”

“Yelah kamulah.”

Aku mengambil naskah itu dan melihat tarikhnya dahulu. Surat khabar itu bertarikh semalam. Untuk apa suruh aku baca surat khabar semalam? Kak Effa ni tak reti membaca ke? Mustahillah pulak. Atau dia tak sempat nak tengok berita kot? Ah, hentam sajalah. Dah orang suruh baca tu banyak betul soalan.

“Chop!!”

Baru saja aku menyebut sepatah perkataan pada tajuk utama akhbar itu, suara kak Effa yang lantang itu membuat aku berhenti serta-merta. Kus, semangat! Terkena sampuk ke apa prempuan ni? Tiba-tiba saja menjerit macam tu. Apa lagi yang tak kena? Dia tersengih sambil menongkat dagu.

“Kenapa kak? Salah ke saya baca yang ni? Nak baca bahagian mana?”

“Kamu boleh baca mana-mana bahagian yang kamu suka. Tapi dengan syarat.”

“Syarat? Syarat apa pulak kak?”

“Baca dengan gaya suara perempuan!”

“Ha?”

Membulat mata aku mendengar kata-kata terakhirnya itu. Dengan suara perempuan? Macam mana nak buat? Alamak, inilah bahagian paling susah aku rasa.

“Tukar suara. Haluskan.”

Tukar suara? Haluskan? Ish, macam susah aja?

“Cuba Kamal.”

Aku mengangguk perlahan. Memang aku tiada pilihan pun. Nak tak nak aku buat juga seperti yang kak Effa suruh. Muka dia ni serius betul. Tak rasa nak tergelak ke dengar suara aku yang serak-serak halus ni. Tenggelam timbul macam suara bapok tepi jalan?

“Haluskan lagi.”

Haluskan lagi? Hai, buat sajalah Kamal. Aku terus mencuba sampai kak Effa benar-benar puas hati. Sedangkan aku rasa dah nak putus nafas kena kempiskan perut kawal suara. Bukan saja kena keluarkan suara halus tapi gaya bercakap, gaya membaca, gaya senyum, gaya ketawa pun semua kak Effa ajar. Malah cara menjerit pun diajar sekali. Tak ke haru tu? Bukannya aku nak bercakap dengan Azlin nanti menjerit-jerit pun. Tak faham betullah!

Aku mengerling jam tangan. Dah petang sangat ni. Kelas pun dah nak habis. Dalam minggu ni memang masa aku banyak dihabiskan di studio ini. Penat tu jangan diceritalah. Habis saja kuliah bergegas pula ke sini. Aku korbankan masa tidur aku, aku curi sedikit masa belajar aku demi Azllin Nasihin aku sanggup. Bila aku fikir-fikir balik bagus juga, sebab aku dapat banyak info pasal perempuan. Perempuan itu, perempuan ini. Kak Effa tak pernak lokek dengan ilmunya. Memang professional.

“Okeylah kak, saya balik dulu.”

“Hmm, oh ya Kamal. Esok kita akan start cari pakaian perempuan. Kamu dah ready?”

Aku telan kesat air liur. Esok? Aku akan mula berubah? Tiba-tiba rasa berdebar-debar. Betul ke apa yang aku buat ni?

“Kamal?”

“Ha? Ah ya ya. Esok ya kak? Okey okey.”

“Akak akan ikut kamu pergi cari baju yang sesuai untuk kamu. Dan bila dah ada baju nanti, kamu kena praktikkan apa yang akak ajar dengan memakai pakaian perempuan. Faham?”

“Faham kak. Esok ya kak?”

“Ya esok. Kalau boleh ajak sekali Dina dan Iqbal.”

“Okey kak. Saya pergi dulu boleh kak?”

“Hmm..”

“Boleh ya kak? Pergi ya kak?”

“Iya!”

Alamak, kan dah kena marah. Cepat-cepat aku buka langkah seribu. Langkah laju seperti biasa. Tiada istilah lenggang kangkung yang melekat pada aku. Ah, aku tetap lelaki. Segala apa yang aku belajar tak merubah langsung fitrah aku.

Prolog & Melankolik Cinta Casandra 1

Bunga-bunga yang beraneka warna dan jenis itu belum pernah dia lihat sebelum ini. Belum pernah dia hidu bunga-bunga sewangi ini. Segar. Cassandra memandang sekeliling. Tiada sesiapa di sini. Hanya dia. Bagai berada di ladang bunga pula. Semuanya cantik-cantik belaka. Cuaca yang elok, langit yang membiru dan udara yang nyaman menjadi pelengkap kepada taman secantik ini.

Cassandra melangkah perlahan-lahan. Kedua-dua tangannya didepangkan untuk merasai bunga-bunga itu sepanjang kakinya melangkah. Melintuk-liuk kuntuman-kuntuman itu saat berlaga dengan telapak tangannya. Cassandra tersenyum riang. Asyik sekali dia memerhati sekitarnya. Begitu cantik! Dia benar-benar tidak pernah melihat kesemua jenis bunga-bunga itu. Seolah-olah bunga-bunga itu datangnya dari syurga. Siapakah yang tanam?

Cassandra terus melangkah. Dia tidak tahu ke mana arah destinasinya. Dia hanya menurut langkah kaki. Penuh berhati-hati. Bimbang juga akan merosakkan tanaman orang. Dia memetik sekuntum bunga lalu diselitkan di celah telinganya. Cassandra tersenyum lagi. Cantikkah dia memakai bunga ini? Dia memandang keliling. Sunyi. Hanya deruan sang bayu yang kedengaran. Pasti berlaga dengan daun dan bunga-bungaan di situ sehingga menghasilkan bunyi yang mengasyikkan. Bagai ada irama pula. Sememangnya dia terhibur. Cassandra meneruskan langkah sambil menghirup udara segar. Sesegar embun pagi. Namun perasaan cuak tetap muncul dalam dirinya. Adakah bahaya sedang menantinya?

Langkah kakinya terhenti saat terpandang seorang wanita berpakaian serba putih. Wanita itu berdiri di tengah-tengah bunga-bungaan di situ. Persisnya seperti bidadari sahaja. Dia tidak jelas siapa. Yang pastinya wanita itu berhijab lengkap. Hanya mata saja yang nampak. Cassandra cuba mendekati untuk memastikan adakah wanita itu benar-benar wujud atau hanya illusi semata-mata. Cassandra melangkah perlahan-lahan sehinggalah jarak di antara dia dan wanita itu hanya tinggal beberapa meter sahaja. Cassandra berdiri kaku.

Wanita itu menghulurkan tangan.

Cassandra mula teragak-agak. Dia cuba memandang di belakangnya. Mana tahu andai ada orang lain yang dimaksudkan oleh wanita itu, namun jangkaannnya meleset. Memang dari tadi tiada sesiapa pun, yang ada hanya dia. Jadi wanita itu maksudkan dirinya? Wanita itu menghulurkan tangan kepadanya? Tidak semena-mena jantungnya berdegup laju. Dia cuak. Siapakah wanita itu? Jelmaan bidadari atau syaitan? Sekali lagi Cassandra teragak-agak. Ingin pergi menyambutnya atau membiarkan saja? Perasaannya kuat ingin mendekati, namun akal warasnya menolak bulat-bulat. Dia berdiri kaku di situ. Masih berkira-kira untuk mendekati wanita itu atau tidak. Cassandra buntu. Siapakah wanita itu?


Bab 1


Dia bermimpi lagi rupanya. Sudah tiga malam berturut-turut dia bermimpi benda yang serupa. Mimpi yang dia tidak tahu apa maknanya. Cassandra meraup wajah bujur sirihnya yang sedikit basah disapa manik-manik halus. Malam ini terasa panas. Nak kata penghawa dinginnya rosak, tidak pula. Entah kenapa dia berasa hangat dan meruap.

Cassandra melangkah lemah ke arah jendela yang bertabir nipis. Diselak lembut tabir nipis yang berwarna putih salji itu lalu telapak tangannya menolak jendela kayu bercermin gelap ke arah luar. Tanpa segan silu semilir malam menerobos ke dalam kamarnya lewat jendela yang sudah terperangah. Tiada seculin pun rasa gentar di dalam diri gadis itu menanggapi pekat malam. Sepasang mata sepetnya meratah setiap keindahan di dada langit. Terkebil-kebil menafsir sendiri mengapa malam diciptakan, mengapa bintang menghiasi dan mengapa bulan sebagai penyeri? Ternyata dia tidak mampu menyelak persoalan yang bermain di mindanya itu.

Cassandra mengeluh. Sejak muncul mimpi aneh itu dia rasa tidak sedap hati dan gelisah seolah-olah hendak mengambil keputusan peperiksaan SPM saja lagaknya. Matanya mengerling ke arah jam bulat berwarna merah yang elok tergantung megah di dada dinding bersebelahan pintu kamarnya. Dalam kesamaran lampu tidur dia cuba mengecilkan mata melihat jarum jam yang sentiasa berkerja tanpa henti itu. Pukul empat lima belas pagi. Sama seperti tiga hari lepas.

Cassandra berpeluk tubuh. Kehangatan yang dirasainya tadi menghilang dan kini diganti pula kedinginan embun pagi yang telah pun membangkitkan roma-roma halus yang enak bermanja di tubuh gebunya itu. Tanpa berlengah dia menutup semula jendela kayu bercermin gelap itu lalu kembali melabuhkan punggungnya di katil. Sepasang mata sepetnya sudah segar. Sesegar dedaun yang basah bermandikan embun.

Tekak yang kehausan membawa derap langkahnya ke ruang dapur. Peti sejuk berjenama Samsung itu dibuka sambil matanya melilau melihat isi perut peti sejuk itu. Dia mencebik. Tiada yang menarik seleranya tika ini lalu peti sejuk itu ditutup semula. Dia mencapai pula cangkir seramik yang terjuntai di penyangkutnya. Hanya air suam saja yang menjadi pilihan hati.

Cassandra mengeluh lemah. Kotak fikirannya masih menerawang ke setiap detik kemunculan mimpi yang tidak pernah diundang kedatangannnya itu. Entah kenapa mimpinya kali ini pelik benar? Seolah-olah cuba memberitahunya sesuatu. Dia amat pasti mimpi itu mempunyai maksud. Apakah maksud mimpi itu? Haruskah dia mencari si bijak pandai yang boleh menafsir mimpi?


***


Soleha membetulkan tudung labuhnya. Wajah mulusnya sedikit pucat menahan nyeri di bahagian bawah pusatnya yang tidak semena-mena datang menyerang. Namun dia gagahi diri untuk bertahan dan cuba mengumpul seluruh kekuatan yang ada. Hari ini tidak boleh tidak dia mesti hadir ke sekolah. Anak-anak muridnya ada peperiksaan dan kertas Agama Islam yang diajarnya bermula pada pukul sembilan setengah pagi.

Sepasang kakinya melangkah perlahan ke meja makan. Segarit senyum terukir saat melihat suaminya sedang menuang air kopi ke dalam cangkir seramik berwarna kuning. Betapa beruntung dirinya memiliki suami semulia Hanafi. Tingkahnya yang santun dan tutur kata yang sentiasa lembut padanya, membuat cintanya membukit hari demi hari.

Melihat kelibat isteri tercinta menuruni tangga, Hanafi berkerut wajah. Dia segera menerpa ke arah Soleha lalu dituntun isterinya itu ke meja makan.

“Leha nak pergi juga ke?” Soal Hanafi.

Hanya anggukkan lembut berserta senyuman manis sebagai jawapan kepada soalan suaminya itu.

“Kena pergi jugak bang, minggu ni minggu exam, kebetulan hari ni paper agama. So, Leha memang kena datang,” terang Soleha. Cuba menjelaskan mengapa perlu dia hadir juga ke sekolah hari ini. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa jika dia mengambil cuti.

Hanafi hanya mampu menggeleng. Kedegilan Soleha sedikit sebanyak membuat dia geram bercampur bimbang. Bimbang jika Soleha tidak dapat bertahan sepanjang hari.

“Tapi Leha kan sakit? Mana boleh macam ni? Kalau jadi apa-apa macam mana?” Soal Hanafi lagi.

Kerisauannya itu dia luahkan juga pada Soleha agar isterinya itu mengerti apa yang bersarang di hatinya.

“Abang jangan risaulah. Leha tak apa-apa,” sanggah Soleha.

“Mestilah abang risau, Leha kan isteri abang? Nak pengsan kat sekolah ke?” Tanya Hanafi sedikit geram.

“InsyaAllah tak ada apa-apa,” jawab Soleha lembut. Dia mengukir senyum untuk menyedapkan hati Hanafi.

Hanafi membalas senyuman itu dengan hambar. Riak wajah yang pucat itu ditatap redup. Dia tahu Soleha berusaha sedaya-upaya menahan sakit agar tidak ketara di depan matanya. Dia tahu itu.

“Janji dengan abang, Leha kena hati-hati. Kalau jadi apa-apa, cepat-cepat call abang okey? Ubat pun mesti makan on time ya?” Pesan Hanafi. Secara tidak langsung mengizinkan Soleha bekerja hari ini.

Soleha mengangguk. “Terima kasih ya bang,” ucapnya lega.

“Sama-sama kasih,” balas Hanafi sambil menjeling geram.

Tingkahnya itu mengundang tawa kecil Soleha.

“Abang handsome tau kalau jeling Leha macam tu,” usiknya pula.

Dari berasa geram terus Hanafi tersenyum lebar mendengar pujian Soleha itu. “Baru tahu abang ni kacak lagi tampan ke?” Hanafi mengangkat keningnya. Dia tersenyum nakal.

Soleha mencebik manja. “Haah, baru hari ni Leha tahu. Maaflah tak perasan pulak suami Leha ni kacak lagi tampan sebelum ni,” balas Soleha.

“Amboi, melampaulah tu. Hari-hari tengok muka abang ni boleh tak perasan ya?”

Soleha tergelak riang. Senang hati bila Hanafi mencubit pipinya.

“Meh minum,” ajak Hanafi sambil menghulurkan secangkir kopi yang sudah suam.

Soleha menyisip perlahan kopi itu. “Hmm, sedap. Pandai abang buat kopi,” pujinya.

“Tengok oranglah,” jawab Hanafi sambil mengenyitkan matanya kepada Soleha.

Soleha tersipu. Kemudian dia merenung Hanafi semula.

“Kalau macam ni, senanglah hati Leha nak tinggalkan abang nanti, kan?”

Hanafi terkedu.

“Leha, kenapa cakap macam tu? Abang tak sukalah. Leha seronok ke nak tinggalkan abang ni?” Soal Hanafi. Tidak semena-mena hatinya terasa sebak.

“Bukan seronok. Sampai masanya nanti, Leha tetap kena pergi juga, kan?” Tanya Soleha pula.

Bukan tujuannya untuk menyakiti hati suaminya itu, tetapi dia sekadar ingin mengingatkan hakikat yang sebenar.

“Dah, dah. Jangan nak merepek pagi-pagi ni. Cepat minum, nanti kita terlambat,” kata Hanafi cuba mengubah topik.

Soleha mengangguk. Senyuman manis dia hadiahkan untuk Hanafi setelah melihat wajah keruh suaminya itu.

Hanafi membalas. Dia sedar dia cuba mengelak setiap kali Soleha mengungkit perkara ini. Bukan dia tidak mahu menerima hakikat, tetapi dia belum bersedia sebenarnya. Hanafi menarik nafas dalam. Belasnya pada Soleha bagaikan tiada kata-kata yang dapat dia luahkan. Tubuh Soleha yang montok dan gebu itu makin menyusut. Kulitnya makin kering, rambut juga banyak yang gugur.

Semenjak Soleha menghidap kanser servik, tubuh isterinya itu berubah. Pembunuh kedua wanita itu telah menyerang isterinya tiga tahun lalu. Itu pun dia mengetahuinya selepas Soleha keguguran anak sulung mereka. Setelah ujian pap smear dilakukan, doktor mengesahkan ada ketumbuhan kecil di pangkal rahim Soleha. Sel-sel di pangkal rahimnya mula tumbuh tidak normal dan membentuk satu ketumbuhan.

Hanafi menghela nafas pula. Ada hiba berlagu sayu di tasik hatinya. Ada ngilu yang menjalar di benaknya. Penyakit Soleha sudah sampai ke peringkat akhir, sudah tahap empat. Sudah merebak melalui sistem darah, berakar menjalar ke bahagian tubuh lain. Sudah sering dia menasihati Soleha agar berhenti menjadi guru agama di sekolah itu. Berehat saja di rumah. Tugas mencari rezeki itu adalah tugasnya. Tetapi kedegilan Soleha sering kali membuat dia tewas. Kerana kasih dia turutkan kemahuan isterinya itu. Kata Soleha, dia ingin berbakti buat kali terakhir untuk murid-muridnya. Dia mohon kesempatan itu diberi padanya selagi dia masih bernafas. Soleha tidak betah hanya menunggu sakaratul maut di rumah.

Hanafi takut hendak memikir segala kemungkinan yang menerpa. Dia amat pasti suatu hari nanti dia akan kehilangan Soleha. Cuma hanya menunggu detik waktu bertatih hari demi hari. Hati yang gundah cuba disirna dengan senyuman. Merenung penuh cinta wajah yang telah membuat dia tidak tidur malam suatu masa dulu. Tenang dan sentiasa tersenyum.

“Abang hantar ya?”

“Tak apalah Leha drive sendiri.”

“Tak, tak boleh. Abang tak benarkan.”

“Nanti abang lambat pula?”

“Tak mengapa.”

Soleha beralah setuju. Tidak mahu terus meningkah suara sang suami yang tegas dalam kelembutan. Tidak mahu mewujudkan suasana tegang akibat kedegilannya lalu menjemput hadir amarah suaminya itu. Kesempatan yang diberi oleh Hanafi untuk dia terus bekerja hari ini adalah satu nikmat dan pada pandangannya itu sudah cukup baik. Dia tidak perlu mempertikaikan keperihatinan suaminya itu terhadap dirinya. Memang itu wajar dilakukan oleh seorang suami sebaik Hanafi. Soleha berjeda dan terpekur seketika hingga menggamit tanda tanya pada roman wajah Hanafi.

“Kenapa Leha?”

“Nanti Leha nak balik macam mana?”

“Oh, abanglah yang ambil. Leha call abang bila dah selesai semuanya ya?” Seulas bibir Hanafi mengukir senyuman berserta anggukan kecil.

Ingin menghapuskan segala kerisauan yang menjentik hati Soleha. Mana mungkin dia membiarkan isteri kesayangan pulang sendirian di saat-saat begini? Hanya lelaki yang tidak berjiwa penyayang saja tega membiarkan insan kesayangannya mengharungi kepayahan. Kepada Illahi, dia panjatkan syukur kerana telah meminjamkan jiwa yang pengasih dan penyayang untuk dicurahkan kepada isteri tercinta.

“Dah bang? Jomlah!”

Gemersik suara Soleha membuat fikirannya bercempera. Serentak itu dia mengangkat punggung dan memimpin Soleha menuju ke kereta. Pintu kereta dibuka istimewa buat Soleha. Senyuman madu yang dihadiahkan isterinya itu benar-benar menggugah jiwa lelakinya. Serasa bersemangat saja untuk dia bekerja pagi ini. Usia perkahwinannya yang sudah pun mencecah tiga tahun itu tidak pernah sekalipun mengundang jemu di hatinya. Tidak pernah jenuh dengan kerenah isterinya. Malah kasih yang tercipta sejak sekian lama itu semakin hari semakin segar. Bagai bunga mawar yang baru berkembang di waktu pagi.

Kereta Peugeot 406 miliknya sudah meluncuri jalan raya yang sedikit lembab akibat hujan sepanjang malam tadi. Sekilas dia memandang Soleha yang bersandar lesu. Walaupun wajah itu agak tidak bermaya, manisnya tetap menggoda. Wajah Soleha persis gadis Arab. Matanya yang bundar itu diserikan dengan hidung yang mancung terletak. Berkulit putih kuning. Jika dia merenung nakal ke wajah isterinya itu, pasti wajah yang putih kuning itu bertukar merah. Sangat jelas dan tidak boleh diselindung. Hanafi tahu, suatu hari nanti dia pasti akan merindui wajah kesayangannya itu.




Kamal Oh Kamalia 13

“Ha, macam mana training kau dengan kak Effa tadi?”

“Seksa siot!”

Iqbal berkerut kening minta penjelasan.

“Macam kena dera.”

“Storylah kat aku. Kak Effa suruh kau buat apa?”

Aku mengeluh. Nak cerita ke tak nak ni? Kalau cerita karang confirm kena gelak punya.

“Hmm… macam-macam.”

“Macam-macam? Apa dia?”

Iqbal sudah membetulkan duduknya. Dari berlunjur kini bersila.

“Dia ajar aku cara berdiri dan duduk dengan betul.”

“Ha okeylah tu. Aku tak nampak apa masalahnya pun?”

“Memanglah tak ada masalah, cuma seksa aja.”

“Ala, kalau setakat berdiri dan duduk dengan betul tu apalah yang seksa sangat.”

“Mahunya tak? Duduk mestilah tegakkan badan, tegakkan bahu, lentikkan pinggang naikkan dada. Kalau berdiri pulak, tak boleh nak terkangkang, macam orang berkawad aja. Kena kepit. Senak aku Bal.”

Pecah ketawa Iqbal mendengar rungutan aku itu. Memang sudah aku agak itu reaksi dia. Aku turut tergelak kecil melihat Iqbal ketawa terbahak-bahak.

“Seronok eh gelakkan aku?’

“Mahunya tak. Patutlah kau cakap seksa.. aku dengar pun dah seksa.”

“Tahu tak apa.”

“Lepas tu jari tak boleh nak ketuk-ketuk meja macam selalu yang aku buat tu.”

“Ha, kenapa pulak?”

“Dia kata kena sorok sikit sebab jari aku kasar tak macam jari perempuan.”

Sekali lagi Iqbal meledak tawa. Aku hanya menjeling geram.

“Itulah kau, tak ada kerja cari kerja. Kan dah susah.”

“Aku tak kira Bal. Janji aku dapat mendekati Azlin tu. Geram aku dengan minah tulah.”

“Hai, lain macam aja bunyi geram tu?”

Iqbal angkat kening sambil tersenyum nakal. Aku baling kusyen kecil ke muka dia. Sambil tergelak dia menyambutnya.

“Jangan nak fikir yang bukan-bukan eh. Aku geram sebab dia jual mahal sangat. Dia bolayan aku ni.”

Iqbal sambung gelak.

“Agaknya Bal, macam tu ke orang perempuan selama ni ha?”

“Maksud kau?”

“Yelah, cara duduk cara berdiri semua nak kena jaga. Tak ke seksa namanya tu?”

“Kau ni kalau aku kata bengap karang marah pulak. Dah semulajadi dia orang macam tu. Allah bagi dia orang body contur yang hebat tau tak. Cuba kau tengok senang-senang aja dia orang boleh pakai high heel. Kadang-kadang tu sampai empat lima inci. Steady aja aku tengok. Then cuba kau tengok kalau dia orang mengandung. Senang aja bawa perut ke hulu ke hilir. Tak ada pun dia orang merungut.”

“Betul jugak eh.”

“Memang orang prempuan ni makhluk Allah yang paling indah Mal. Dia orang ni memang istimewa. Very special. Oleh kerana dia orang ni lemah dan lembut, kita sebagai lelaki nilah yang kena protect dia orang, bukan rosakkan dia orang.”

“Wah, kau bukan main lagi Bal. Pakar motivasilah pulak.”

“Well, see the leg la..”

Aku mencebik. Pantang aku ampu sikit mulalah datang riaknya tu.

“Sekarang kau dalam proses menyelami dunia wanita. Itu sebab kau rasa seksa sikit. Sebab benda yang kau buat tu bukan fitrah kau. Kau lelaki sejati. Tapi otak mereng kerana sorang perempuan.”

“Oit! Kurang asam kau. Agak-agak dah beli insuran untuk mulut tu tak?”

Iqbal tersengih.

“Ala, janganlah touching.”

Aku diam. Berfikir sejenak. Apa pulak latihan aku untuk esok ya? Harap-harap kak Effa tidaklah kejam sangat. Aku bukan nak jadi wanita elegan pun. Aku cuma nak jadi perempuan biasa aja. Tapi bila difikirkan semula lebih baik aku belajar saja nanti karang kantoi pula depan Azlin Nasihin.

“Boleh aku tanya kau?”

“Apa?”

“Sampai bila kau nak menyamar ni?”

“Entah! Sampai aku berjaya pikat dialah kot.”

“Aku ni bukan apa, kalau terkantoi nanti, kau habis!”

Berderau darah aku mendengar kata-kata Iqbal itu. Harap-harap segalanya berjalan lancarlah.

***

Terjeda aku depan komputer ribaku ini. Merenung jauh pada sebuah email dari pengirim yang tidak pernah jemu menghantarnya padaku. Bukan kerana tidak biasa tapi kirimannya kali lebih membuat aku terkejut. Makin aku diam makin menjadi pula dia ni. Apa yang aku cakap dulu tidak berbekaskah di hati dia? Aku hampir buntu melayan kerenah Natrah yang semakin berani meluahkan rasa tanpa rasa silu pada aku. Sepatutnya lelakilah yang memulakan langkah dahulu tapi ini terbalik pulak. Bila fikir balik zaman sekarang mana ada kisah lagi tentang siapa yang harus mulakan dulu. Tiada lagi istilah perigi mencari timba. Zaman sekarang adalah zaman siapa cepat dia dapat. Siapa lambat jawabnya terkulat-kulat. Eh, dapat macm pantun pulak bunyinya. Ah, tak kisahlah apa yang aku tahu aku masih lelaki konservatif. Aku rasa lain macam jika perempuan yang mulakan langkah dulu. Seperti Natrah ni. Sikap berterus-terangnya membuat aku serba salah dan resah.

Salam Mal,

Maaf kalau Nat kacau Mal study. Nat pun tengah study ni. Tapi apa yang Nat baca semua tak masuk dalam kepala. Entahlah Mal, Nat asyik ingatkan Mal aja. Nat tahu walaupun Mal dah berulangkali menolak Nat, tapi Nat masih tak boleh terima.

Nat sayang Mal. Mal boleh nampakkan? Nat sanggup buat apa saja untuk Mal. Kalau Mal suruh Nat balik Malaysia dan duduk dekat dengan Mal pun Nat sanggup. Nat sanggup berjauhan dari family asalkan dekat dengan Mal. Nat harap sangat pergertian dari Mal. Kadang-kadang Nat tak boleh kawal rasa rindu ini. Nat rasa dah macam orang gila aja. Asyik tersenyum tesengih bila terimbas kenangan kita dulu-dulu. Memang Nat gila pun. Gilakan Mal! Hehehe…

Okeylah Mal. Nat stop kat sini dululah. Nanti Mal boring pulak kan? Sorry banyak-banyak kalau Nat kacau Mal ya.

Sayang selalu,

-Natrah-

Aku mengeluh berat. Tak tahu nak buat apa lagi dengan budak Natrah ni. Tak faham bahasa ke perempuan ni? Dah aku kata tak suka tu, tak sukalah. Berapa kali harus aku ulang? Seperti biasa, seperti email-emailnya sebelum ni aku hanya tong sampahkan saja. Tak kuasa aku nak membalasnya. Secara tidak langsung aku memberinya jawapan secara diam. Aku berharap sangat Natrah faham apa yang cuba aku sampaikan.

Aku rebahkan badan. Antara Natrah dan Azlin Nasihin dua-duanya sama cantik sama bijak. Kelebihan Natrah adalah aku sudah mengenalinya dari kecil. Aku tahu perangai dia macam mana, dia suka apa dan apa kelemahannya, tapi untuk Azlin Nasihin aku tidak tahu apa-apa. Sedangkan namanya sudah melekat dalam hatiku. Maka dengan itu wajarlah aku mendekatinya. Secara semulajadi sudah pun aku lakukan. Ternyata dia menolak. Sekarang aku akan cuba dengan cara gila ini. Berhasil atau tidak itu perkara kedua. Yang penting aku mencuba.

“Tolonglah mak. Mal tak nak.”

“Habis tu mereka mengharap Mal. Mak nak buat apa lagi?”

Aku merengus geram.

“Mak nak ke Natrah jadi menantu mak?”

“Kalau boleh mak tak naklah. Macam tak ada orang lain. Tak berkembang keturunan kita nanti.”

“Ha tahu pun mak. Yang penting ialah hati Mal ni mak. Mal tak suka dia pun. Mal anggap dia macam adik Mal aja. Memang tak boleh lebih dari tu pun.”

Mak diam. Diam mak itu membuat aku cuak.

“Mak tahu. Habis tu dia orang dah merisik ni macam mana?”

Aku tersenyum sumbing.

“Perempuan merisik lelaki? Mak biar betul. Mana semua adat-adat yang mak junjung tu?”

Mendengar kata-kata aku, mak mengeluh perlahan.

“Entahlah Mal. Dari segi agama tak salah.”

Pulak dah? Mak aku ni macam mana? Tadi bukan main lagi aku dengar mak mempertahankan segala adat yang dia junjung selama ini.

“Mak, dengar ni. Salah ke tak salah ke, Mal tetap tak nak. Mak jangan nak pandai-pandai nak satukan kami. Tolonglah mak. Mal rayu kat mak ni.”

Mak bungkam. Mungkin tersepit di antara permintaan aku dan mak andak. Aku harap mak mendahului perasaan aku.

“Mak, bahagia Mal, bahagialah mak. Mak sanggup ke tengok Mal derita?”

“Apa alasan mak nak bagi Mal?”

“Mak reka apa saja alasannya. Mal ikut aja. Mak, tolonglah mak. Mal ni belajar pun tak habis lagi. Kerja pun belum lagi. Kenapa yang sibuk-sbuk nak satukan Mal dengan dia ni? Mal tak faham betullah.”

“Natrah tu dah lama sukakan kamu. Tak kesian ke?”

“Mak mana boleh kahwin atas dasar kesian mak. Tak ke mana perginya.”

Mak diam lagi.

“Mak besar harapan Mal kalau mak tolak. Mal ni anak sulung mak. Jasa mak pun Mal belum balas. Duit gaji Mal pun mak belum rasa kan mak?”

Mak tersenyum.

“Lagipun Mal dah janji dengan arwah ayah. Jaga mak dan adik-adik. Kalau awal-awal mak dah suruh Mal kahwin apa ceritanya? Dah menambah satu lagi beban buat Mal. Tolong ya mak? Jangan setuju.”

“Tengoklah.”

“Mak janganlah tengok-tengok. Mal harap sangat ni. Tengahari karang Mal nak balik dah. Mal percaya sepanjang Mal tak ada nanti mesti dia orang pujuk mak habis-habisan. Mal harap mak jangan buat keputusan tanpa pengetahuan Mal ya mak? Kalau mak susah sangat nak bagi alasan, mak buruk-burukkan Mal pun tak apa.”

Itu kisah dua hari lepas. Sebaik mak andak pergi mengejutkan Natrah dari tidurnya, tanpa berlengah aku dan mak buat mesyuarat tingkap. Cakap pun macam bisik-bisik aja. Bimbang jika tertangkap. Aku tahu mak susah hati. Aku lagi susah hati. Mana mungkin aku menerima Natrah menjadi suri hidup aku tanpa sekelumit rasa kasih. Mana mungkin aku menerima dia seandainya aku sendiri masih terumbang-ambing. Bukan saja dia malah mana-mana gadis pun belum layak untuk aku sunting untuk bersama aku hingga ke akhir hayat. Apa yang aku mahu sekarang adalah rancangan aku untuk memikat Azlin Nasihin berjaya. Aku harap Allah ampunkan dosa aku atas perbuatan aku yang melampaui batas agama ini.