Melankolik Cinta Cassandra 15

Individu tanpa agama dan keimanan, adalah umpama binatang yang buas dan jahat, yang sentiasa menerkam. Dalam hal ini, kebudayaan dan undang-undang tidak sanggup sama sekali membatasi kejahatannya atau mempertumpulkan kuku-kuku cengkamannya.

Termenung panjang Cassandra memahami bait-bait petikan yang terdapat di dalam buku Iman Dan Kehidupan itu. Kalau tak ada agama, umpama binatang yang buas dan jahat? Mengapa sekejam itu perumpamaan yang terdapat di dalam buku ini? Jahat sangatkah insan yang tidak beragama seperti dirinya? Dia tidak jahat. Dia dari keluarga baik-baik.

Cassandra mengeluh. Akhirnya buku itu ditutupnya perlahan. Sudah penat menelaah. Sejak buku itu diserahkan padanya, dia bagaikan tidak sabar untuk membacanya. Pada mulanya agak membosankan namun lama-kelamaan dia bagai tertarik untuk meneruskan pembacaannya. Apa yang dia fahami setakat ini adalah iman dan taqwa saling berkait. Taqwa adalah satu hal yang sangat penting dan harus dimiliki oleh setiap Muslim. Taqwa adalah refleksi iman seorang Muslim kerana iman itu sendiri ertinya percaya.

“Percaya kepada Allah adalah rukun iman yang pertama.”

Terngiang-ngiang lagi tutur kata yang lembut dari Soleha. Mungkin benar kata wanita itu. Jika tidak percaya kepada Tuhan bagaimana mahu menganuti agama ini? Jadi asasnya adalah kepercayaan iaitu iman. Iman itu mungkin pada logiknya seperti akar tunjang. Jika tiada, pokok yang gah sebesar pemeluk pun boleh rebah. Orang beriman selalu berjalan ke arah yang benar. Apakah maksud berjalan ke arah yang benar itu? Apakah selama ini jalan yang dia pilih satu pembohongan? Bagaimana dia ingin mengetahui jalan itu benar atau tidak?

Cassandra mengeluh lagi. Persoalan-persoalan yang dia jawab itu merupakan logik akalnya saja. Namun tidak mustahil juga rasanya. Ah, tak boleh jadi ni, dia harus berjumpa dengan Soleha semula. Banyak persoalan yang ingin dia tahu jawapannya. Harapan Cassandra sangat besar kali ini. Dia benar-benar ingin mengetahuinya.

***

Cassandra berjalan perlahan-lahan sambil menolak troli. Matanya memerhati deretan setiap jenama syampu yang bersusun di pasaraya itu. Mencari-cari yang bersesuaian dengan rambutnya. Oleh kerana terlampau asyik sangat memerhati tanpa sedar dia telah melanggar troli seseorang.

 “Maaf,” ucapnya perlahan sambil menunduk.

“Tak mengapa, saya juga cuai,” jawab suara itu. Suara seorang lelaki.

 Mendengarkan suara itu Cassandra mendongak. Wajahnya disimbah riak terkejut. Bukankah ini suami Soleha?

 “Eh, ustaz?” Sapa Cassandra.

“Eh, awak Cassandra? Maaf, tak perasan pula tadi,” ucap Hanafi sambil tersenyum manis.

 Cassandra tergelak kecil sambil mengeleng.

“Saya juga tak perasan. Apa khabar ustaz?” Tanya Cassandra sekadar berbasa-basi.

“Saya sihat. Awak?”

“Saya juga sihat. Jika tidak, tak adalah saya bershopping di sini.” Hanafi tergelak kecil.

“Betul juga. Banyak beli barang?” Hanafi menjenguk sedikit ke dalam troli Cassandra sambil tersenyum.

“Barang dapur aja ustaz.” Hanafi mengangguk perlahan.

 “Hmm, jika begitu saya pergi dulu ya Cassandra.”

 Cassandra hanya mengangguk walaupun dia masih ingin meneruskan perbualan lagi. Ingin dia tanyakan persoalan tentang iman yang telah pun mencuit sedikit hatinya. Pada fikirannya, Hanafi juga boleh menjawab soalan-soalan itu. Bukankah dia juga seorang ustaz?

“Err, Ustaz Hanafi!” Laung Cassandra tanpa berlengah.

Langkah Hanafi terhenti seketika apabila terdengar satu suara memanggilnya dari arah belakang. Dia berpaling. Kelihatan Cassandra yang sudah jauh beberapa langkah itu sedang menggamitnya. Hanafi berkerut dahi. Dia hanya kaku di situ bila melihat gadis itu sudah pun mengatur langkah ke arahnya.

 “Maaf ustaz. Err, saya sebenarnya ada sesuatu nak bertanya pada ustaz ni,” kata Cassandra sedikit tercungap.

 “Apa dia?” Tanya Hanafi semula sambil berkerut kening.

“Err, saya rasa tidak elok bercakap di sini. Apa kata minum di mana-mana?” Pelawa Cassandra bersahaja.

Hanafi tersentak dengan pelawaan Cassandra itu. Mana mungkin dia keluar berdua-duaan dengan gadis itu walau hanya sekadar untuk minum?

 “Tak mengapa, kita berbual saja di sini. Apa halnya?” Hanafi menolak lembut. Bimbang juga Cassandra berkecil hati.

“Erm, ustaz nak cepat ke? Sebab saya bercadang nak buat sesi soal jawab sikit dengan ustaz. Boleh?” Laju saja Cassandra bertanya.

“Boleh, tak ada masalah. Tentang apa tu?”

“Iman.” 

Hanafi mengangguk perlahan. Berfikir sejenak dengan pelawaan Cassandra itu tadi. Tak akan pula nak berbual panjang lebar di sini? Hendak dijemput ke rumah pun, Soleha tiada. Isterinya itu ada kelas agama waktu-waktu begini. Nampaknya terpaksalah dia bersetuju.

“Baiklah, kita nak minum di mana?” Hanafi bertanya semula.

 “Err, di mana-manalah yang ustaz rasa selesa,” jawab Cassandra polos.

“Kalau begitu kita ke kedai mamak depan sanalah ya?” Hanafi memberi cadangan. Dia rasa di situ lebih terbuka.

“Boleh, tak ada masalah. Kalau begitu, saya pergi bayar dulu,” Cassandra tersenyum ceria.


Hanafi mengangguk sambil membalas senyuman itu.

Melankolik Cinta Cassandra 14

"Abang…," seru Soleha perlahan.

Hanafi berpaling serta-merta. Alat kawalan jauh dicapai lalu memperlahankan suara televisyen. Soleha melabuhkan punggungnya di sebelah Hanafi.

"Ada apa sayang?" Tanya Hanafi lembut.

"Abang penat ya? Nak Leha picitkan?" Tanya Soleha pula.

"Ada apa-apa ke ni? Tiba-tiba je rajin nak picit abang?" Tanya Hanafi sambil tersenyum nakal.

Soleha tidak mempedulikan senyuman suaminya itu. Kepalanya direbahkan di dada Hanafi. Tanpa disuruh Hanafi memaut bahu Soleha dan meramas lembut. Senang dengan sikap manja isterinya itu.

"Mana ada apa-apa. Leha cuma nak buat yang terbaik untuk abang sebelum Leha pejamkan mata untuk selama-lamanya," ujar Soleha perlahan.

Hanafi terdiam. Bagai ada jarum-jarum halus yang sedang mencucuk hatinya tika ini. Sakit. "Kenapa cakap macam ni Leha, abang tak sukalah…."

"Suka atau tidak, itulah hakikatnya bang. Bukan lama lagi Leha akan bernafas di muka bumi ni," tukas Soleha lembut.

"Leha, abang ajak Leha buat operation Leha tak nak. Sanggup ya menderita sakit macam ni? At least, lepas operate bolehlah buat kimoterapi."

"Bukan sengaja tak nak bang. Kosnya mahal. Doktor pun cakap harapannya tipis, kan? Cuma dua puluh peratus peluang untuk hidup. Kalau dari awal kita tahu, bolehlah kita buat pembedahan tu, ni dah kritikal. Dah stage empat dah pun. Risiko bang."

"Sekurang-kurangnya kita mencuba. Dua puluh peratus harapan untuk hidup tu pun satu peluang juga, kan? Selebihnya biarlah Allah yang tentukan. Kita berdoa dan tawakal saja. Leha buat operation ya?" Pujuk Hanafi. Untuk yang ke berapa kali dia pun tidak pasti. Dia tidak suka Soleha berputus asa begini.

"Kalau pembedahan tu gagal?" Soal Soleha kembali. Jemarinya bermain-main dengan jemari Hanafi.

Hanafi memejam mata. Dia tahu peluang untuk Soleha sembuh memang tipis. Kegagalan untuk pembedahan itu lebih berisiko tinggi dari berjaya. "InsyaAllah, operation itu akan berjaya. Kita doa sama-sama," jawabnya dengan yakin. Sebenarnya lebih menyedapkan hatinya sendiri.

"Sama saja kan bang?"

"Apa yang sama?"

"Buat pembedahan atau tidak, sama saja. Jika buat, Leha akan mati dengan cepat tanpa sempat berbuat apa-apa. Jika Leha tak lakukan pembedahan tu, sekurang-kurangnya Leha masih boleh menikmati udara ni, masih boleh berbakti di sekolah, masih boleh menjaga abang."

"Tapi Leha…."

"Sekurang-kurangnya Leha tak ralat bang. Sekurang-kurangnya Leha puas."

Hanafi menghela nafas panjang. Sekali lagi dia gagal memujuk isterinya untuk menjalani pembedahan. "Suka hati Lehalah. Apa yang Leha perlu tahu, setiap tindakan dan apa jua yang Leha nak buat, abang akan sokong," ujarnya mengalah.

"Betul bang?" Soleha mendongak. Wajahnya jelas ceria.

"Betul sayang," Hanafi mengangguk sambil tersenyum. Tidak mengapalah kalau beralah sikit, jika itu boleh menceriakan isterinya.

“Terima kasih bang kerana faham kehendak Leha,” Soleha meraih jemari Hanafi lalu dikucup lembut tangan kasar suaminya itu. Tidak semena-mena tubir matanya hangat.

Hanafi melihat mata Soleha sudah berkaca-kaca lalu dia menyeka lembut. “Sama-sama sayang. Kalau ini yang Leha mahukan, abang ikutkan aja. Kalau ini yang boleh gembirakan hati Leha, abang akan turutkan,” tutur Hanafi lantas merangkul tubuh Soleha dalam dakapannya. Dia menahan sebak di hati.

"Abang…,” seru Soleha perlahan.

“Hmm? Ada apa sayang?” Hanafi meleraikan pelukannya.

Soleha menegakkan semula tubuhnya dan memandang sayu ke wajah Hanafi. “Andainya Leha tak boleh jadi isteri yang sempurna untuk abang, maafkanlah Leha ya bang. Leha tak minta jadi begini bang. Kalau boleh Leha nak hidup lama dengan abang. Leha nak tua bersama-sama dengan abang. Leha teringin nak melahirkan zuriat abang. Tapi Leha tak dapat nak buat semua tu. Leha tak berdaya bang. Leha tak mampu. Leha tak dapat jadi isteri yang baik, yang sempurna untuk abang," Soleha menangis.

Hanafi kelu. Sungguh, dia tidak boleh melihat airmata Soleha itu. Lalu tubuh isterinya itu didakap lagi. Kali ini lebih erat. Dia ingin menyalurkan semangat buat Soleha. Dia ingin mententeramkan jiwa Soleha. Dia tahu Soleha seorang yang tabah. Belakang Soleha digosok lembut.

"Leha, sudahlah jangan cakap begitu. Jangan sedih-sedih macam ni. Tak elok untuk kesihatan Leha, kan? Dah sayang, kita tidur ya?" Ajak Hanafi bersama suara yang bergetar. Susah juga mahu menyembunyikan rasa sebaknya.

Soleha masih dalam esakannya. Dada Hanafi basah dek airmatanya. Dia tidak tahu mengapa dia sangat beremosi malam ini. Mungkin kerana hormonnya tidak stabil ketika ini. Soleha menarik nafas dalam, cuba bertenang seboleh mungkin.

"Maafkan Leha buat abang risau."

"Leha dah penat ni, jom kita tidur ya?"

Soleha mengangguk perlahan. Lalu tubuhnya dicampung Hanafi. Sedikit senyuman terukir di bibir pucat itu. Kepalanya direbahkan semula ke dada Hanafi sambil tangannya memaut leler suaminya itu.

Hanafi tersenyum senang. Sambil berjalan menuju ke katil dia dapat menghidu haruman rambut Soleha dan menjentik satu perasaan di jiwanya. Hanafi cuba mengawal gelora. Sabarlah wahai hati, ini bukan masanya. Soleha tidak stabil malam ini. Dia perlu rehat yang cukup. Hanafi memujuk dirinya sendiri.

"Abang, Leha tak nak tinggalkan abang sorang-sorang. Kesian abang tak ada siapa yang jaga nanti," kata Soleha sebaik tubuhnya mencecah tilam.

"Leha tak akan tinggalkan abang. Tempat Leha di sisi abang," kata Hanafi sambil menarik selimut untuk Soleha.

Soleha tersenyum kecil. "Abang tahukan Leha akan pergi? Sakit Leha ni dah tak ada harapan lagi bang. Sampai masa, Leha akan tinggalkan abang juga. Cuma lambat atau cepat, itu saja. Nanti abang pasti akan berasa sunyi, kan?" Teka Soleha sambil mencari mata Hanafi.

"Taklah. Keluarga abang ada, kawan-kawan pun ada. Lagipun, abang percaya Leha tak akan tinggalkan abang," nafi Hanafi lagi. Dia berpura-pura membetulkan selimut Soleha agar matanya tidak bertembung dengan mata Soleha.

Senyuman tipis mekar lagi di ulas bibir Soleha yang kering itu. Senyuman itu pun hanya sekadar menyedapkan hati Hanafi saja namun jiwanya meronta-ronta kesedihan. Sedih kerana Hanafi tidak mahu menerima hakikat permergiannya suatu hari nanti.

"Dahlah jangan merepek-repek lagi. Leha tidur ya? Leha penat ni," pujuk Hanafi lagi. Kucupan kasih singgah di dahi isterinya itu. Dia juga turut merebahkan tubuhnya bersama keluhan kecil. Terkebil-kebil matanya di dalam samar-samar lampu bilik. Setiap patah yang keluar dari bibir Soleha sebentar tadi cukup menjerut hatinya. Jujur, dia masih belum bersedia.

"Cassandra tu cantikkan bang?" Tanya Soleha tiba-tiba setelah lama berdiam diri.

Hanafi berkerut kening. Serta-merta mengalih kepalanya ke arah Soleha. Menatap wajah isterinya yang bersahaja merenung siling.

"Laa.. tak tidur lagi? Dah-dah, esok-esok aja kita sambung ya?"

"Kulit dia cantik, putih bersih. Mata dia sepet tapi lawa." Soleha tertawa kecil.

Hanafi hanya membatu diri. Lebih baik mendengar saja dari menyampuk. Nanti panjang pula omelan isterinya itu.

"Dari pandangan mata Leha ni, Cassandra tu bijak orangnya. Cuma, kurang sabar sikit. Bahasa Melayunya pun bukan main fasih lagi."

Hanafi mengakui itu. Gadis Cina itu sangat fasih berbahasa Melayu. Sama seperti gadis Cina yang…. Ah, itu gadis yang sama! Gadis Cina yang dia langgar di restoran tempoh hari adalah Cassandra! Patutlah dia macam pernah jumpa. Tapi, santun pulak kali ini? Tak adalah garang macam dulu. Tak sangka, dia berjumpa lagi dengan gadis itu. Dalam diam Hanafi mengukir senyum nipis.

"Abang tahu, mak dia baba nyonya dan beragama Buddha, ayahnya pula Cina Katolik. Tapi dia tak ikut mana-mana agama pun bang. Dia tu freethinker. Dia kata, dia tak percaya mana-mana agama pun. Dia kata, dia dah study semua agama kat dunia ni kecuali Islam. Leha tanyalah kenapa dia tak berminat nak study pasal Islam? Ada ke dia cakap Islam ni kolot, rumit dan pengganas? Hmm… kalaulah dia tahu betapa indahnya Islam. Betapa mudahnya Islam ni. Mesti dia jatuh cinta dengan Islam, kan bang?" Soleha berpaling merenung Hanafi dalam kesamaran. Suaminya itu memejamkan mata. Dia pasti Hanafi masih belum tidur. Hanafi hanya berpura-pura sahaja. Soleha menggoyangkan bahu Hanafi.

"Abang… abang dengar tak apa Leha cakap ni?" Rengek Soleha.

"Hmm?" Hanafi menyahut malas.

Soleha tersenyum manis. Seperti jangkaannya Hanafi masih belum tidur. "Abang tahu, Leha bagi dia pinjam buku kegemaran Leha. Ala, yang tajuknya Iman Dan Kehidupan tu. Biar dia baca tentang iman dulu. Nanti baru senang nak cerita kat dia apa itu Islam, kan bang?" Soleha diam seketika. Kemudian berpaling merenung suaminya lagi.

"Abang! Dengar tak apa Leha cakap ni?" Soleha menolak bahu Hanafi. Bibirnya muncung.

Hanafi membatu diri, sementara Soleha pura-pura merajuk. "Tak apalah bang, abang tak nak dengar suara Leha sekarang pun tak apa. Leha tak kisah. Nanti, bila Leha dah tak ada baru abang rindu pada suara buluh perindu Leha ni tau."

Kata-kata soleha itu berjaya membuka mata Hanafi seluasnya lalu dia berpaling merenung Soleha.

"Kenapa Leha cakap macam tu? Siapa kata abang tak nak dengar? Abang dengarlah isteri abang ni potpet-potpet macam bertih jagung. Tak penat ke? Tidurlah ya? Dah lewat ni. Esok kita sambung lagi."

"Yelah…." jawab Soleha berlagu. Berpura-pura merajuk.

"Tengok tu? Amboi, panjangnya muncung. Boleh sangkut baju tau. Mari sini abang nak cium sikit."

Serta-merta Soleha kemamkan bibirnya. Membuat Hanafi tergelak besar.

"Sayang takut eh?" Hanafi tersenyum nakal. Terhibur dengan keletah isterinya itu.

"Eh, apa pasal mata Leha ni tiba-tiba aja berat ni? Leha tidur dulu ya bang, ngantuklah," kata Soleha memberi alasan.

"Aik? Baru nak cium dah mengantuk? Mana perginya muncung yang panjang tu?" Tanya Hanafi sambil mencuit bibir nipis Soleha.

"Selamat malam abang," ucap Soleha tanpa menghiraukan usikan Hanafi itu. Sempat juga dia menjelirkan lidahnya tanda mengejek.

Hanafi tergelak lagi sambil menggelengkan. "Selamat malam sayang. Tidur tau. Jangan lupa baca doa."

Soleha tersenyum. Setelah membaca doa, dia menutup matanya perlahan. Sebuah kucupan hangat terasa singgah di dahinya. Tangan Hanafi yang melingkari pinggangnya digenggam erat.



Tahun ini, saya tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2012. Adakah anda peminat novel Akulah Cinderella? Jom undi novel ini bermula 1 Jun - 1 July 2012. Anda boleh mendapatkan borang undian rasmi dalam laman Sastera, Dunia Buku (Berita Harian), selain mendapatkannya di 64 rangkaian kedai buku POPULAR seluruh negara.

Boleh juga undi secara online. Lebih cepat dan lebih mudah. Cuma layari :

www.popular.com.my
www.bookfestmalaysia.com

Melankolik Cinta Cassandra 13

"Jemput minum Cassandra." Soleha meletakkan dua cangkir kopi di atas meja. Perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhadapan dengan Cassandra. Senyuman manis dihadiahkan buat gadis itu.

"Terima kasih kak. Susah-susah saja menjemput saya sampai ke rumah. Berbual di padang permainan itu pun dah cukup."

"Ala, kat situ panas. Sambil bersembang boleh minum-minum. Ha, jemputlah makan goreng pisang tu."

"Buat sendiri ke kak?" Soal Cassandra sambil mencapai goreng pisang itu.

"Taklah. Beli kat simpang depan sana. Akak ni bukan rajin sangat Cassandra."

"Panggil Cass pun cukup kak."

Soleha mengangguk sambil tersenyum. Wajah Cassandra diperhati. Gadis ini cantik. Matanya sepet tetapi cantik. Budi pekertinya juga bagus. Soleha amat menyenanginya.

"Apa yang penting sangat Cass nak jumpa akak ni?"

"Oh, erm.. boleh saya tanya tentang topik hari tu?" Teragak-agak Cassandra menyuarakan rasa ingin tahunya. Tangannya perlahan meletakkan cangkir kopi di atas meja semula.

"Yang mana tu?"

"Tentang ketuhanan?" Terangkat sedikit keningnya sambil merenung tepat ke wajah Soleha. Bimbangnya juga dengan reaksi wanita itu.

"Okay, apa yang Cass nak tahu?"

"Kakak cakap dulu, err.. pasal iman. Boleh kakak ulang semula?"

"Maksud Cass, rukun iman yang pertama?"

"Err.. apa tu kak?"

Soleha tersenyum. Lalu cangkir kopi diletakkannya di atas meja semula. Dia bangun menuju ke rak buku yang tersusun rapi di satu sudut ruang tamu sebelah kanan berhampiran dengan ruang makan. Sebuah buku diambil dan dilihat tajuknya. Soleha memandang semula ke arah Cassandra. Sambil tersenyum, dia menapak perlahan ke arah gadis itu lalu menyerahkan buku tersebut.

Cassandra menyambutnya dengan wajah sedikit terpinga. Buku itu direnung dan dibaca. ‘Iman dan Kehidupan,’ hasil tulisan Dr. Yusuf Qardhawi. Dia merenung semula ke arah Soleha. Tanpa suara, matanya telah pun memberi isyarat tanda bertanya.

"Buku tu bagus untuk Cass belajar dan nak tahu pasal iman. Manusia ni mempunyai pilihan untuk mentaati apa yang diimaninya atau yang disembahnya," bagai mengerti isyarat mata gadis itu, Soleha menerangkan tujuannya memberikan buku itu.

"Maksud kakak, pilihan untuk beragama? Tapi saya sudah membuat pilihan saya sendiri kak."

"Tidak mempercayai mana-mana agama?" Soleha menduga sambil mengukir senyum.

Cassandra mengangguk.

"Cass sudah mengkaji setiap agama di dunia ni?"

"Semua sudah, kecuali.."

"Kecuali Islam?"

"Ya."

"Mengapa? Tak menarik?"

Cassandra diam. Patutkah dia meluahkan pendapatnya tentang agama nan satu ini? Mungkinkah Soleha akan naik berang atau berkecil hati?

"Erm, kakak jangan marah ya. Bagi saya Islam agama yang kolot dan rumit. Islam agama pengganas kak."

Soleha tersenyum manis. Dia tidak terkejut langsung dengan pernyataan Cassandra itu. Itu biasa baginya.

"Tak, akak tak marah Cass. Cass baca buku tu dulu, kalau tak faham tanya tau. Banyak lagi buku-buku tentang Islam yang bagus untuk Cass baca. Bila dah habis baca nanti baru Cass beritahu akak semula apa pendapat Cass tentang Islam ya?" Begitu lembut dan teratur kata-kata yang lahir dari bibir pucat wanita itu. Membuat Cassandra terkasima seketika. Tiada riak marah atau geram terpamer di wajah bersih itu. Yang terukir indah hanyalah senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Buku ini tentang apa kak?"

"Beriman kepada Allah dan mengenal erti kebaikan dalam kehidupan.”

Cassandra berkerut kening. Dia masih kurang jelas.

Soleha tergelak kecil melihat wajah comel Cassandra yang berkerut itu. “Ilmu dan kehidupan itu saling berkait. Ilmu pengetahuan itu hanya menyediakan jalan bagi manusia menjadi moden dalam kehidupannya tetapi tidak memberi arah kepada petunjuk sebenar kehidupan yang lebih punyai nilai dan maksud yang lebih tinggi. Maka di sini, imanlah yang memainkan peranannya."

Cassandra menggaru kepala. "Err.. saya tak berapa faham kak."

"Tak mengapa Cass, baca buku tu dulu. Tak faham nanti boleh tanya ya. Akak sedia membantu Cass. No charge."

Mereka berdua ketawa.

"Baiklah saya pinjam dulu ya? Dah habis baca nanti saya pulangkan semula."

"Nak simpan terus pun boleh Cass."

Soleha menjemput Cassandra minum dan makan semula. Cassandra tersenyum lalu mencapai goreng pisang yang mula hendak sejuk itu.

"Err kak, sebenarnya saya ada tujuan lain ni."

"Apa dia? Cakaplah. Kalau boleh akak bantu, akak akan cuba."

"Kakak tahu apa-apa tak pasal mimpi?"

"Mimpi?" Wajah Soleha sedikit berkerut.

Cassandra mengangguk laju. "Ya, mimpi. Sejak akhir-akhir ni, mimpi saya sungguh pelik. Sehingga membuat saya tak senang duduk. Jiwa saya tak tenang kak. Rasa macam ada kehilangan sesuatu. Macam hidup saya ni tak complete," bersungguh-sungguh Cassandra menerangkan apa yang dia rasa selama ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Soleha tentang apa yang dia alaminya ketika ini. Dia berharap sangat Soleha dapat memahaminya dengan mudah.

"Mimpi apa tu Cass?"

Tanpa berlengah Cassandra bercerita tentang mimpi yang dialaminya sejak kebelakangan ini. Dia berharap sangat Soleha pandai bab-bab mimpi.

"Erm, sejak bila Cass dapat mimpi tu?"

"Sejak dua minggu lalu. Boleh dikatakan hampir setiap malam mimpi tu datang kak."

"Mimpi yang sama?"

Cassandra mengangguk laju. "Haah, mimpi yang sama. Kakak boleh tolong saya? Saya rasa takut pula. Apa yang tak kena dengan saya kak?"

"Entahlah Cass. Akak ni bukan pentafsir mimpi. Tak pandai akak nak terangkan pada Cass maksud mimpi tu. Tapi akak percaya mimpi tu merupakan satu petunjuk."

"Petunjuk? Petunjuk apa kak?" Cassandra sedikit teruja. Petunjuk apakah yang dimaksudkan oleh Soleha?

"Entah. Mungkin akan berlaku sesuatu? Atau mungkin sesuatu akan berubah? Wallahualam bissawab."

"Berubah? Maksud akak hint untuk saya berubah? Kenapa saya kena berubah? Apa yang tak kena dengan saya?" Bertubi-tubi pula soalan yang keluar dari bibir mungil Cassandra. Dia bagaikan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Soleha itu.

"Maksud akak berubah dari baik kepada lebih baik," tutur Soleha lembut. Jelas di matanya reaksi kurang senang gadis itu.

"Saya tak fahamlah kak…"

"Tak apa Cass. Jangan pening-pening. Cass baca buku tu dulu. Mungkin ada kena-mengena? Siapa tahukan?" Soleha cuba memujuk bila suara Cassandra sedikit merengek. Bagai kecewa dengan kata-katanya sebentar tadi.

Cassandra merenung semula buku yang berada di atas ribanya itu. Dia akan membaca buku ini. Pasti ada kaitan seperti yang dikatakan oleh Soleha tadi. Wanita itu seolah-olah tahu sesuatu. Bagai bermain sembunyi-sembunyi dengannya. Mengapa tidak berterus-terang saja? Bukankah tidak memeningkan kepala? Namun segala rasa tidak puas hati itu hanya bergema di dalam hatinya saja.

"Terima kasih kak, nanti saya baca," Cassandra cuba mengukir sehabis manis senyuman agar apa yang bermain di minda dan hati tidak ketara di wajahnya.

Soleha mengangguk senang sambil membalas senyuman manis Cassandra itu. Dia tahu gadis itu tidak berpuas hati dengan kata-katanya. Biarlah dulu. Belum masanya lagi untuk dia huraikan persoalan-persoalan Cassandra itu. Baginya Cassandra harus mengenal siapa Penciptanya. Cassandra harus memilih satu agama untuk dia percaya. Jika Islam pilihan gadis itu, maka dia akan memainkan peranannya. Mungkin juga boleh minta pertolongan suaminya juga. Malah, Hanafi lebih tinggi ilmunya berbanding dirinya.

"Kalau macam tu saya balik dulu ya. Dah pukul enam pun. Maaflah menganggu akak petang-petang begini."

Suara Cassandra menyedarkan Soleha. "Eh tak ada apalah. Kalau rajin datanglah lagi ya."

"I will," Cassandra tersenyum sambil menapak menuju ke pintu utama rumah teres dua tingkat itu. Entah mengapa, tenang sungguh dia berada di rumah ini. Terasa aura rumah ini lain dari rumah dia sendiri.

Soleha menghantar Cassandra hingga ke pintu. Kebetulan kereta Hanafi masuk ke perkarangan rumah mereka. Soleha tersenyum lalu mendapatkan Hanafi. Dia melangkah agak besar untuk menyambut kepulangan suaminya itu lalu menyambut huluran tangan Hanafi dan tunduk menciumnya. Hanafi tersenyum senang dengan perbuatan Soleha. Itulah rutinnya setiap kali pulang dari bekerja. Disambut dengan senyuman manis Soleha dan kucupan salam tanda menghormatinya sebagai suami.

"Awal abang balik?"

"Hmm, kerja siap awal. Baliklah, tunggu apa lagi. Tak sabar nak jumpa sayang," Hanafi mengelus lembut pipi mulus isteri kesayangannya itu. Rindu sepanjang hari terlerai jua akhirnya. Dia merenung lembut ke mata Soleha sambil tersenyum nakal.

Soleha tergelak kecil. Memukul lembut lengan suaminya sambil tersipu. Segan diperlakukan sebegitu di luar rumah apatah lagi di hadapan tetamunya. Dia memandang Cassandra yang masih tercegat memerhati tingkah mereka.

"Mari bang ikut Leha," Soleha menuntun tangan Hanafi untuk mendapatkan Cassandra. Sambil tersenyum riang memandang gadis itu.

"Cass, kenalkan ni suami akak, Ustaz Hanafi. Abang, nilah Cassandra yang Leha beritahu malam tadi," Soleha saling memperkenalkan mereka.

"Apa khabar ustaz?" Cassandra menghulur tangan untuk berjabat disertai bunga-bunga senyuman. Dia ingat-ingat lupa, lelaki ini pernah dilihatnya tetapi di mana?

"Khabar baik. Saya Hanafi," Hanafi sekadar mengangguk dan tersenyum manis tanpa menyambut huluran salam Cassandra itu.

Perbuatan Hanafi itu memudarkan senyuman Cassandra yang mengelopak indah. Perlahan-lahan tangannya ditarik semula. Ada sebal yang bertandang di hati. Terasa dimalukan.

Soleha yang sedar akan riak perubahan wajah Cassandra lalu tersenyum manis. "Maaf Cass, dalam Islam lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan."

"Bukan muhrim? Apa tu?"

"Lelaki yang bukan suami atau yang tidak ada pertalian darah, seperti adik-beradik dan bapa saudara kepada perempuan itu, maka tidak boleh bersentuhan."

Cassandra mengangguk tanda memahaminya. Benarlah telahannya, Islam ini sangat rumit.

"Maaf, ustaz saya tak tahu."

"Tak mengapa. Err, nak balik ke baru sampai ni?"

"Oh, nak balik dah. Sudah lama saya di sini. Hari pun sudah lewat, saya patut pulang sekarang."

"Baiklah Cass, hati-hati memandu ya," Soleha menghulurkan salam. Cassandra menyambut mesra kemudian memeluk wanita itu.

"I will. Terima kasih sekali lagi kak."

Setelah berpamitan kereta Cassandra berlalu meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat itu. Hanafi meraih lembut jemari Soleha lalu menuntunnya masuk ke dalam.


Anda sudah mendapatkan kedua-dua novel saya ini? Jika belum dapatkan ia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 28hb April 2012 ini. Jumpa saya di sana pada pukul 1.00pm-2.30pm untuk sesi ramah mesra okay!



Sila klik gambar di atas untuk lebih jelas. Kita jumpa di sana!

Melankolik Cinta Cassandra 12

“What’s for breakfast today?” Tanya Cassandra sebaik melangkah ke ruang makan.

“Fried Noodles,” jawab Christina ringkas. Dia menghulurkan sebungkus mi goreng kepada Cassandra.

“Tea? Coffee? Or orange juice?” Tanya Christina pula. Sudah alang-alang hendak membancuh minumannya, apa salahnya dia tolong bancuhkan untuk Cassandra juga.

“It’s okay, I’ll do it myself,” Cassandra menolak lembut.

“No, it’s my treat and I’ll serve you. What’s your choice?” Tukas Christina sedikit memaksa.

“Erm, hot chocolate please?” Cassandra mengalah sambil tersenyum.

“Okay,” jawab Christina membalas senyuman Cassandra itu.

Cassandra hanya menjeling kelincahan Christina menyediakan minuman untuknya. Mimpi apa pula Christina ni? Mesti ada sesuatu yang diinginkan oleh temannya itu. Jika tidak, kenapa dia rajin sangat? Setahunya Christina bukanlah seorang yang rajin. Tidak mengapalah, apa salahnya sekali-sekala gadis itu rajin sedikit? Bukankah dia juga yang selalu merungut dengan tahap kemalasan Christina itu? Cassandra tergelak kecil.

“What’s up?” Soal Christina. Pelik pula dia bila Cassandra ketawa tiba-tiba.

“Ha? Oh… nothing,” Cassandra menggeleng perlahan.

“There’s something and I’m pretty sure. Wanna share?” Christina menduga.

“No, nothing. Just something crossed in my mind,” terang Cassandra bersahaja.

Christina mengangguk sambil menghulurkan minuman untuk Cassandra. Gadis itu menyambutnya seiring dengan senyuman yang terukir.

“Thanks babe.”

“Most welcome darling.”

Mereka saling tersenyum. Namun jauh di sudut hati Christina ada debar yang bergendang hebat. Selagi tidak cakap, selagi itulah dia berasa gementar. Bimbang dimarahi oleh Cassandra. Itulah kau Christina, pandai-pandai saja berjanji dengan Jimmy Yap. Sekarang bagaimana? Jika beritahu pada Cassandra ni, pasti gadis itu akan marah. Bukankah Cassandra sudah awal-awal lagi memberi amaran kepadanya jangan mendekati Jimmy Yap? Hati Christina membentak. Nampaknya dia tidak ada pilihan lain lagi. Nak tak nak, kena cakap juga.

“Err, Cass…,” Christina bersuara sedikit gugup.

“Yup?” Cassandra mengangkat kening sambil menyisip minumannya.

“There’s something I want tell you,” tutur Christina sedikit cuak.

“Okey, listening. What is it?” Cassandra tersenyum.

“Will you meet up someone who really wanted to see you?” Tanya Christina lagi. Berdegup kencang jantungnya.

“Who?” Wajah Cassandra berkerut.

“Jimmy?” Christina mengangkat kening.

Rasa hendak tersembur saja air yang diminumnya itu. Cepat-cepat dia menelannya. Mengapa mesti disebut nama itu pagi-pagi begini? Tidak semena-mena seleranya terus mati. Cassandra memanah tajam ke arah Christina.

“How could Chris! You’ve promised!” Bentak Cassandra geram.

“I’m truly sorry. I’ve been blackmailed. He wanted to see you by today or otherwise my secret will leak to Richard,” jawab Christina dengan laju. Kecut perut juga dia melihat panahan mata Cassandra itu.

Tak guna kau Jimmy! Suka sangat mengambil kesempatan. Bukankah mereka sudah berjanji akan menyimpan rahsia Christina dari teman lelakinya itu? Richard tidak boleh tahu tentang kandungan Christina yang gugur dulu akibat dari kecuaian Christina sendiri. Richard sangat panas baran orangnya. Dia juga terlibat dengan kongsi gelap. Keputusan Christina untuk merahsiakannya adalah tepat. Bimbang juga si Richard itu bertindak di luar batas. Tidak sangka pula Jimmy Yap sanggup mengugut Christina tentang ini. Cassandra mengeluh berat.

“When you guy’s meet up?” Soal Cassandra menahan geram. Giginya diketap kuat.

“Yesterday and he begging for an arrangement,” jawab Christina perlahan.

Cassandra mencebik geram. Jika bab merayu memang sudah menjadi kepakaran Jimmy Yap. Tidak tahu malukah? Apa yang patut dia lakukan sekarang? Bersetuju untuk bertemu? Tetapi untuk apa? Kalau boleh dia tidak mahu lagi bertemu muka dengan lelaki itu.

“Will you meet him up?” Soal Christina inginkan kepastian.

“Not sure yet,” Cassandra menjawab acuh tak acuh sambil menyisip minumannya semula.

“Please, he’ll leak if you refused,” suara Christina mula bertukar nada. Ada sedikit getar. Mungkin bimbang jika rahsianya terbongkar.

“Find me in gallery but not blackmailing you,” Cassandra bersungut seolah-olah tidak berpuas hati dengan sikap Jimmy Yap.

“He’s been in gallery earlier and no response from you as always right?” Christina menjeling Cassandra. Casandra tergelak sinis. Pandai pula lelaki itu mengadu.

“Give him another chance. Second chance, will you?” Christina menduga.

“Why should I?”

“For your relationship. Everybody deserved forgiveness and second chance. Maybe he’ll change?”

“Jimmy? Change? You’re dreaming Chris,” Cassandra tergelak sinis.

“I suggest an ordeal to be set,” Christina meneguk jus orennya. Wajah Cassandra yang berkerut itu dipandang.

“What do you mean?” Tanya Cassandra tidak mengerti.

“Yeah, a test would be good. You’ll never trust him right? Set up and you’ll see any progress. See whether he’s still love you or not,” cadang Christina.

“How is it?” Cassandra buat muka pelik. Hendak menduga si Jimmy? Entah apalah yang difikirkan oleh sahabatnya itu.

“Just accept him back as a friend but conditional. No more body contact, dupe, love and not more than a friend,” kata Christina memberi cadangan.

“Hmm… Sounds good but I don’t think I can,” Cassandra menggeleng perlahan.

“Why Cass? What’s wrong?” Tanya Christina kehairanan. Dia tidak nampak di mana salahnya jika Cassandra mengikut apa yang dia cadangkan itu.

“It’s about heart and feeling. I can’t accept him back even as a friend. Tried so hard but I failed. I really can’t do this. You got what I mean?” Terang Cassandra. Dia merenung tepat ke mata Christina, mengharapkan secebis pengertian.

“Yeah, I understood with your disappointment and anger. Breaking the ice and lay a lil’ forgiveness and believe or not, wrath will slowly vanished. Trust me,” pujuk Christina pula.

“Need a space to ponder. I’ll let you know later,” kata Cassandra lemah.

“But he wants the arrangement by today and that’s the big matter!” Christina bersuara sedikit keras. Matanya memanah tepat ke mata Cassandra.

“Argghh! How could covenant easily made?” Bentak Cassandra geram. Dia membalas renungan tajam Christina itu. Jika Christina geram dengan sikapnya, dia juga begitu. Geram dengan Christina dan seribu kali geram dengan Jimmy Yap.

“Because I’ve being blackmailed and I’m scared okay. Argghh! Damn hate him!” Christina merengus kasar. Bengangnya pada Jimmy Yap meluap-luap. Seenak saja mengugut dia. Tidak pasal-pasal dia dan Cassandra bertegang urat pagi-pagi begini.

Cassandra memandang Christina sambil mengangkat kening. Kemudian dia tergelak kecil. Tadi bukan main lagi memujuk dia untuk berjumpa dengan Jimmy Yap. Sekarang Christina pula yang geram bila mengenangkan sikap lelaki itu kepadanya.

Ya, itulah Jimmy Yap. Hanya mementingkan diri sendiri. Asalkan dia dapat apa yang dia mahu, yang lain-lain dia tidak peduli lagi. Dia sendiri hairan bagaimana dia boleh jatuh sayang pada lelaki itu dahulu? Mungkin agaknya dahulu dia buta menilai cintanya Jimmy Yap. Atau mungkin dia yang membutakan matanya? Demi cinta, dia tolak semua keburukan Jimmy Yap dan mempercayai lelaki itu sepenuh hati. Akhirnya dia sendiri menerima padah bila Jimmy Yap sendiri yang menghancur lumatkan hatinya.


***


Jimmy Yap tergelak kecil melihat wajah cemberut Cassandra. Dia tahu gadis itu sedang marah kepadanya. Dia kenal sangat dengan Cassandra. Gadis itu akan berang jika dipaksa-paksa begini.

“Oh, please… don’t be too harsh. Give me a sweet smile, will you?” Pujuk Jimmy Yap dengan senyuman menggoda.

“What do you want from me?” Tanya Cassandra serius. Dia langsung tidak mahu senyum. Baginya buang masa saja menghadiahkan senyuman untuk lelaki itu.

“You.” Jawab Jimmy Yap selamba.

“I beg your pardon?”

“Missed you… that’s what I mean.”

Cassandra mencebik. Terasa mual mendengar bicara manis Jimmy Yap itu. Dahulu dia amat suka bila Jimmy Yap mengungkap kata-kata indah dan romantis kepadanya. Maklumlah, semasa bercinta semuanya indah dan tiada cacat-celanya. Kini tidak lagi. Apa saja kata-kata indah yang keluar dari mulut Jimmy Yap semuanya menyakitkan hatinya.

“How are you dear?” Tanya Jimmy setelah melihat Cassandra membisu.

Bukannya dia tidak nampak cebikan bibir Cassandra itu tadi, sengaja dia buat-buat pandang ke arah lain. Terasa hati sebenarnya. Apa yang dia luahkan tadi bukannya main-main. Tidakkah Cassandra nampak keikhlasan hatinya?

Casandra terus membisu.

“Please don’t rush into things, I knew you’re still mad and deeply sorry as it is the only way to reach you,” pujuk Jimmy Yap cuba untuk berdamai. Dia tahu bukan kerja mudah untuk memujuk Cassandra.

“I repeat again, what do you want from me?” Tanya Cassandra dengan serius. Dia menyandarkan badannya sambil memeluk tubuh. Matanya memanah tajam ke mata Jimmy Yap.

“Why so serious darling?” Tanya Jimmy Yap pula. Dia membalas panahan tajam mata Cassandra itu sambil mengukir senyuman yang memikat. Buat seketika mata mereka bertentangan.

“Answer me!” Tengking Cassandra setelah penat berlawan mata. Dia bukannya apa, risau juga kecundang dengan panahan mata dari Jimmy Yap itu. Mungkin dia memandang Jimmy Yap dengan pandangan yang geram tetapi tidak bagi Jimmy Yap, panahan matanya penuh menggoda.

“I'll tell you later,” ujar Jimmy Yap acuh tak acuh.

“You’re wasting my time and I need to know by now!” Tengking Cassandra lagi. Peduli apa dia! Biar Jimmy sakit hati sebagaimana sakitnya hati dia ketika ini.

“Calm down dear, we’re not here to quarrel or fight. I only want to see you and confess how bad I missed you,” pujuk Jimmy Yap lagi tanpa berputus asa.

Baginya jika Cassandra sudah naik angin begini lebih baik dia yang beralah. Cassandra sama seperti Patrick Lau. Egonya sangat tinggi. Dia tidak akan beralah dengan mudah. Memang dia sedar sejak dulu lagi, jika hendak memujuk Cassandra memang begitu payah sekali. Hatinya sekeras kelikir.

“Is that all? I thought somethings damn important, but just missed? Why don’t just give a call?” Cassandra mempersoalkan kata-kata Jimmy Yap itu. Memang tidak masuk akal langsung!

“I tried but poor, you never answered. You’re avoiding me, am I right?” Duga Jimmy Yap.

“So, by using Christina for self importance was the best you can figured out?” Bidas Cassandra tanpa menjawab soalan Jimmy Yap itu.

“Well, I’m just asked for a favor,” jawab Jimmy Yap bersahaja.

“No, you set her! Don’t you realized what you’re doing?” Soal Cassandra lagi.

“I mean nothing and just play around, never thought she’s take it seriously,” jawab Jimmy Yap memberi alasan. Hakikatnya dia bukannya mengusik Christina, tapi memang dia benar-benar mengugut gadis itu memandangkan Christina menolak untuk menolongnya semalam.

Cassandra mencebik lagi. Ada saja alasan! Tidak pernah hendak mengaku salah sendiri. Satu-persatu sikap negatif Jimmy Yap yang baru dia perasan.

“I got a happy news to share actually. Your dad suggesting me to marry you,” kata Jimmy Yap terus ke topik asal.

Memang itulah tujuan sebenarnya untuk berjumpa Cassandra hari ini. Dia ingin melihat sendiri wajah Cassandra bila dia beritahu tentang cadangan ini.

“What?” Rasa hendak gugur saja jantungnya. Apakah benar berita yang baru dia dengar ini? Ini bukan berita gembira, ini malapetaka! Jantung Cassandra berdegup laju. Dia rasa seperti hendak menangis saja.

“No way! I don’t believe it!” Nafi Cassandra keras. Dia menggeleng tidak percaya.

“Why not?” Jimmy Yap tersenyum sinis. Sudah dapat mengagak reaksi Cassandra itu.

“Because you’re big liar! You fooled me not even once but many times! And you dare to lied again? I really-really don’t believe this!” Pekik Cassandra. Dia tidak peduli lagi di mana dia berada. Biarkan semua orang mendengarnya!

“Honey, listen. Yes it’s all true about your dad asking me to propose and I’m all ready. To marry you honey, is my dream,” pujuk Jimmy Yap. Sedaya upaya dia menahan malu kerana diherdik begitu oleh Cassandra. Jalan terbaik ialah dia harus bersikap tenang walaupun ingin sekali dia menampar mulut lancang Cassandra itu. Memang itulah perangai Cassandra jika marah, dia tidak peduli lagi di mana dia berada dan dengan siapa dia bercakap.

“Oh really? And I’ll ensure your dream will never become true!” Kata Cassandra sinis.

Jimmy Yap tergelak besar. Gelak dibuat-buat sebenarnya kerana menahan bera di muka.

Cassandra bungkam mendengar tawa Jimmy Yap itu. Seolah-olah lelaki itu sedang memperlekehkan kata-katanya sebentar tadi. Apa dia ingat segala kata-katanya tadi hanyalah gurauan semata-mata? Ternyata Jimmy Yap silap. Ayahnya juga silap. Dia akan pastikan rancangan ayahnya itu gagal. Dia tidak mahu mengahwini lelaki ini!

“I have to go now,” serentak itu juga Cassandra bangun. Jus epal kegemarannya masih berbaki. Dia tidak peduli lagi. Dia tidak sanggup hendak terus duduk menghadap wajah Jimmy Yap yang menyebalkan itu. Dia benci!

“Wait honey, why so fast? I’m not finish yet?” Jimmy Yap terpinga-pinga bila Cassandra sudah berdiri.

“But I'm done. I have work to do. Good bye!” Cassandra melangkah laju meninggal Jimmy Yap yang terkial-kial membayar di kaunter. Tidak mahu lagi dia menunggu di situ dan terus mendengar repek yang bakal keluar dari mulut Jimmy Yap.





Rajuk Sang Hati - Special Edition 10

Hujung minggu itu aku dan Hasnul Amin keluar membeli belah barang-barang perkahwinan. Nasib baik dia dapat cuti, kalau tidak entah bilalah kami akan mula membeli-belah barang-barang perkahwinan kami. Tarikhnya semakin dekat. Mengikut perancangan mak selepas bulan Syawal nanti. Hmm, tak lama tu. Lebih kurang tiga bulan saja lagi. Sekarang pun dah masuk bulan Syaaban. Hai, bukannya lama lagi aku akan bergelar isteri kepada Dr. Hasnul Amin ni. Entah bagaimanalah kehidupan aku setelah bergelar isteri nanti?

“Jauh termenung? Kau fikir apa?” Soal Hasnul Amin.

Aku mengukir senyuman sambil menggeleng. “Tak ada apalah.”

“Hmm, selalu macam tu tau. Bila tanya je, tak ada apa. Let me guess, kau berangan macam mana jadi isteri aku nanti, kan?” Teka Hasnul Amin sambil tersenyum senget. Keningnya pula terangkat-angkat. Aku bagaikan tercekik biji durian ketika itu. Hasnul Amin ni bela jin ke apa? Tepat sekali tekaannya itu sehingga membuat aku terkedu sekejap.

“Ha buat muka macam tu confirmlah kau berangan kita jadi husband and wife. Betul tak?” Duganya sekali lagi.

“Ish, mana ada! Memandai aja,” tukasku malu. Mahunya tak malu, adakah patut tanya soalan begitu di hadapan jurujual perempuan yang berada di antara kami? Agak-agaklah pun Hasnul Amin oii..

“Tak mengaku tu… muka dah merah macam biji saga masih lagi sorok-sorok,” usik Hansul Amin lagi.

“Mana adalah!” Marahku sambil menumbuk bahunya. Walaupun aku tahu tumbukan padu aku itu bukanlah apa-apa padanya. Buktinya dia tersengih macam kerang dah busuk seminggu! Ah, geramnya! Aku mengerling jurujual perempuan itu yang cuba menyembunyikan senyumnya. Terkulum-kulum macamlah aku tak tahu dia sedang menahan gelak. Gelakkan akulah tu!

“Yang ni cantik tak?” Hasnul Amin menyoal aku sambil tangannya memegang sehelai kemeja berlengan panjang yang berwarna kelabu berjalur halus. Jika sekali imbas memang tidak perasan jalur halus itu.

“Not bad. Kau berkenan ke? Nak ambillah,” ujarku sambil tersenyum manis. Hilang sudah sebalku tadi bila melihat wajah cerianya.

“Mahal sangatlah,” Hasnul Amin mencebik lalu meletakkan semula kemeja itu.

“Eh, tak apalah. Sekali-sekala pakai mahal-mahal. Yang penting kualiti dia bagus, cantik, selesa dan kau suka,” pujukku.

Hasnul merenung aku lembut. Apa yang dia fikir aku pun tak tahu. Mungkin dia tak nak menyusahkan aku agaknya. Sebenarnya memang kami sudah membuat satu pakatan sebelum mula membeli-belah. Aku akan membayar barang-barang keperluan dia dan begitulah sebaliknya. Aku tidak kisah berapakah harga yang perlu aku bayar. Sememangnya aku sudah bersedia dari awal. Lagipun apa salahnya aku berhabis sedikit pada bakal suami aku? Ish, tiba-tiba pula rasa seram sejuk memikirkan dia menjadi suami aku. Bukan kerana tak sayang, bukan kerana tak cinta, sebetulnya aku masih keliru. Apakah aku benar-benar bersedia untuk dinikahi oleh sahabat sendiri?

“Termenung lagi…,” sungutnya sambil menggelengkan kepala. “Lately aku tengok kau asyik termenung aja, ada masalah ke sayang?” soalnya kembali. Kali ni wajahnya sedikit serius.

Aku terus menggapai baju kemeja kelabu yang diletakkanya tadi. Pura-pura membelek cacat-cela baju itu. Hmm, jika sudah pakaian berjenama segalanya bagus. Kualiti dan kemas.

“Confirm ya ambil yang ini? Seluar nak tak?” Soal aku pula tanpa mengendahkan soalannya sebentar tadi.

Hasnul Amin tergelak kecil sambil menggosok lebut belakang kepalaku. Ni apa hal melayan aku macam adik-adik saja? Main-main kepala pulak. Kepala aku ni bayar zakat tau!

“Seluar tak payahlah,” ujarnya perlahan. Kemudian merapatkan mukanya ke telingaku sambil berbisik, “Pandai tukar topik ya?”

Aku tersenyum simpul. Muka mula terasa membahang. Malu pada jurujual tadi. “Jom pergi bahagian kasut pulak,” saranku dan cepat-cepat mengatur langkah. Kemudian berpatah balik ke arah jurujual tadi sambil tersenyum lalu menghulurkan kemeja yang aku pegang. “Err, saya jadi ambil yang ini ya. Nak tulis bil kan?” soalku kepadanya. Gadis itu tersenyum manis sambil mengangguk. Aku mengerling Hasnul Amin yang sudah tertawa riang.

“Tak habis-habis dengan perangai kelam-kabutnya tu.”

“Eh, suka hatilah…tak suka pergi main jauh-jauh!”

“Siapa cakap aku tak suka? Kalau tak suka, tak adalah aku ajak kau kahwin.”

Aku mencebik. Tak habis-habis nak malukan aku depan jurujual ini.

“Nissa, jom makan dulu. Laparlah….”

“Eh, tak habis lagi ni.”

“Tak apa, nanti-nanti boleh sambung.”

“Nanti bilanya? Kau tu dahlah susah nak cuti. Hari ni pun entah macam manalah boleh bernasib baik dapat cuti hari ahad. Kira first time jugalah, kan?”

“Err… sebenarnya aku mana ada dapat cuti pun.”

“Dah tu? Kau ponteng kerja? Kau ambil emergency leave?”

“Bukanlah. Aku tukar suka sama suka dengan Dr. Sherry,” dia tersengih.

“Eh? Boleh ya begitu. Nak pulak dia ya?”

“Jenuh jugak pujuk. Maklumlah dia doktor senior. Tapi nasib baik dia faham. So, kami pun tukarlah. Aku ambil cuti dia hari ni, dia pula ambil cuti aku khamis nanti. Tapi….”

“Ha ada lagi tapinya?”

Dia tersengih lagi. “Aku tetap kena standby anytime. Kalau on call, kau shopping sorang-sorang boleh?” Dia merenungku mengharap pengertian.

Aku yang pada mulanya membulatkan mata, terpaksa merelakan. Hai, beginilah kehidupan seorang doktor. Nampaknya aku kena bersedia mulai sekarang. Aku bakal ditinggalkan.

“Nissa, janganlah marah. Aku harap sangat kau faham kerja aku,” rintihnya perlahan. terselit juga getar dalam nada suaranya. Aku jadi cair tidak semena-mena.

“Hasnul, aku akan belajar memahami okay. Jangan risau aku tak marah cuma ralat sikit aja.”

“Maaf Nissa. Aku tahu, kau mahu kita jadi seperti pasangan lain. Banyak masa untuk bersama. Aku juga tahu, aku kurang beri perhatian pada kau. Itu sebab kalau ada saja peluang, aku nak sangat jumpa kau, walau penat macam mana sekalipun. Maafkan aku sekali lagi.”

“Dahlah, tak ada apa yang perlu dimaafkan. Kau bukan buat salah pun. Aku terima diri kau seadanya. Kau bertugas demi insan yang memerlukan. Aku bangga dengan kau.”

Hasnul Amin tersenyum manis. “Kau tahu, kalau aku sibuk macam mana pun, aku tetap ingatkan kau. Sentiasa rindukan kau,” ujarnya lembut dan romantis. Aku tersipu. Namun di dalam hati betapa bahagianya bila mendengar bicaranya itu.

Kami jalan beriringan setelah membayar di kaunter. Menuju ke medan selera yang terdapat di sini. Selera kami sama sahaja iatu nasi ayam sebagai juadah tengahari ini. Cuma air saja yang berlainan. Aku tetap setia dengan milo aisku sedangkan dia memesan jus epal.

“Aku sayangkan kau Nissa lebih dari segala-galanya,” sambungnya lagi sambil memandang tepat ke mataku. Aku jadi resah sendiri. Segan. “Aku harap segala-galanya akan berjalan lancar tanpa gangguan.”

Aku tersenyum manis. “InsyaAllah..”

“Nissa, aku harap sangat kau pandai jaga diri jika aku tidak bersama kau. Kalau aku sibuk dan tak boleh beri perhatian pada kau, aku harap sangat kau setia pada cinta aku.”

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Hati mula berdebar-debar.

“Aku tak harapkan sesiapa pun muncul dalam waktu terdekat ini sehingga menganggu hubungan kita.”

Aku diam. Merenung tepat ke matanya sambil mencari maksud di sebalik kata-katanya itu. Apakah dia tahu kemunculan Irfan baru-baru ini? Aku cuba menghadiahkan senyum buatnya demi meredakan perasaan gusarnya dan cuba memujuk debaran di hati.

“Dahlah, jangan merepek-repek macam ni, cepat makan sementara masih panas ni,” arahku sebaik makanan yang dipesan terhidang di depan mata.

Dia tersenyum. Namun aku dapat rasakan senyumannya itu sedikit hambar.