Akulah Cinderella 18

Petang itu, aku lihat mak Som dan pak Tam agak sibuk menyediakan bahan-bahan untuk barbeque. Pak Tam adalah suami mak Som merangkap drebar Datin Zulaikha. Mereka setia bekerja dengan Datin Zulaikha sejak sekian lama. Sejak Shafiq darjah satu. Patut saja mak Som amat menyayangi keluarga ini. Kebetulan mereka suami isteri tidak mempunyai zuriat. Jadi, secara tidak lansung Shafiqlah menjadi racun dan penawar di rumah banglo mewah itu. Ku lihat, Alia juga turut sama membantu mak Som meringankan kerjanya. Aku menghampiri Alia yang sedang memotong buah tembikai dan puding.

“Nak kak Syah tolong ke?”

“Tak payahlah kak Syah. Karang hancur buah ni terus jadi jus.”

Alia tersengih. Aku pula yang cemberut.

“Macam mana? Best tak tinggal kat sini?”

“Apalah punya soalan. Mestilah best!”

“Mana yang lain?”

Aku memandang sekeliling mencari empat orang lagi makhluk asing yang sering membuat kepalaku pusing.

“Aida tidur, dia sakit perut.”

“Sakit perut? Salah makan ke?”

“Tak, period pain.”

Aku mengangguk. Adikku yang seorang ini sudahlah pelakon airmata, badannya pun lemah sedikit, tidak lasak. Jika datang bulan, senggugutnya amat teruk sekali.

“Ain?”

Mendengar nama Ain disebut, Alia tergelak.

“Ain, tak habis-habis bergaya depan cermin. Suka sangat dengan baju-baju yang dibeli tadi.”

Aku turut tergelak.

“Aiman dan Azah main game kat atas dengan abang Shafiq.”

Aku tersenyum nipis. Shafiq Daniel, menyebut namanya saja membuat hatiku bergetar. Walaupun aku dan dia bagai anjing dan kucing, namun jika dia bisa melayan karenah adik-adikku dengan baik, aku jadi senang. Hatiku ini bagai salju yang luluh dek kehangatan mentari.

Aku menoleh bila melihat Datin Zulaikha keluar dari kamarnya. Kamar Datin Zulaikha terletak di aras bawah. Bersebelahan dengan ruang tamu kedua. Di bawah ini hanya terdapat dua bilik saja iaitu bilik Datin Zulaikha dan bilik mak Som suami isteri. Kata mak Som, mereka sudah tua jadi tidak betah untuk memanjat tangga setiap hari. Jadi bilik di tingkat atas hanya dikhaskan untuk orang-orang muda seperti kami saja.

Aku mengangkat punggung dan berlalu keluar. Berjalan-jalan di sekeliling banglo tiga tingkat ini. Di halaman rumah terdapat gazebo yang bersebelahan dengan kolam ikan hiasan. Tidak pula ku tahu apakah jenis ikan-ikan itu. Memang cantik sekali landskap di halaman rumah ini. Dengan deruan bunyi air pancutan yang terhasil dari kolam ikan, dengan kehijauan rumput karpet dan pokok-pokok palma yang berdiri tegak memagari sempadan tepi rumah, serta pokok-pokok bunga yang pelbagai rupa, warna dan bentuk. Sungguh mengasyikkan dan damai sekali. Pasti ini tugas pak Tam menjaga dan membersihkannya.

Kakiku melangkah perlahan menuju kebelakang rumah pula. Terdapat kolam renang yang boleh dilihat dari atas bilikku. Aku duduk di salah satu bangku malas yang tersedia. Tersenyum bahagia bila memikirkan nasib malangku berubah sekelip mata.

“Hai, senyum sorang-sorang nampak?”

Aku tersentak. Dia lagi?

“Kau boleh tak jangan mengacau aku? Tak boleh tengok orang senang lansung!”

“Suka hati akulah. Kau berangan apa tadi?”

Shafiq tersengih. Aku membuang pandang. Menyibuk!

“Kau dengar tak aku tanya ni?”

“Hisyy! Bising betullah kau ni! Pergi sanalah.”

“Hek eleh, halau-halau orang pulak, ini rumah aku. Kau tu yang sepatutnya pergi!”

Dup! Jantungku seakan terhenti. Bagai belati tajam menghiris perasaanku ketika ini. Sedihnya. Aku tahulah aku ini hanya menumpang saja, tak perlulah kata begitu. Aku ada di sini pun kerana mak kau tahu?

“Err, sorry. Aku tak bermaksud nak cakap macam tu. Sorry ya?”

Dari ekor mata aku dapat melihat dia sedang merenungku. Bagaimana ekpresi mukanya tidaklah ku tahu. Tapi dari suaranya saja, boleh ku bayangkan dia menyesal. Itulah cakap ikut sedap mulut saja.

“Syah?”

Aku bungkam. Lansung tidak memandang ke wajahnya.

“Syah? Sorrylah aku tak sengaja. Aku janji tak cakap lagi macam tu. Kau ni, nak jadi lelaki, tapi kuat merajuk ya? Tak macho lansung!”

Sebab aku perempuanlah aku terasa hati mangkuk!

“Okey.. okey, macam ni, aku dah penat sebenarnya bergaduh dengan kau. Dan aku tak suka. Kita dahlah tinggal sebumbung. Tak bestlah kalau asyik masam muka. So, apa kata kita berdamai nak?”

Berdamai? Aku berpaling dan merenung wajahnya. Cukup serius sekali dia memandangku.

“Tak mahu!”

“La, kenapa pulak?”

“Sebab tak mahulah!”

“Yalah, kenapa tak mahu?”

“Nanti senang kau buli aku.”

“Mana ada! Kau ni suka sangat bersangka buruk dengan aku. Cubalah sekali-sekala bersangka baik pulak.”

“Dengan kau mana boleh nak bersangka baik.”

Dia merenungku tajam.

“Aku bukan seperti yang kau fikirkan!”

“Oh ya? Then tell me, apa yang merasuk kau sampai membelasah teruk seorang budak perempuan yang tak cukup umur?”

Shafiq mengeluh berat. Lama terdiam.

“Fine! Aku pun tak mahu tahu.”

Dia berpaling semula memandangku.

“Salah kau juga, siapa suruh pakai macam lelaki?”

“Itu bukan alasanlah. Sudahlah tak usah nak ungkit-ungkit lagi.”

“Kau yang mengungkit asalnya tadi.”

“Kaulah puncanya!”

“Aku pulak? Dia punya salah tak nak mengaku.”

“Dalam kes ni, aku tak bersalah lansung!”

Dia tunduk dan mengeluh lagi. Penat agaknya melayan sikapku yang keras kepala ni.

“Syah please, aku malas nak bergaduh dengan kau. Karang mummy dengar tak pasal-pasal kena sound free. Tak apalah, sebagai abang biarlah aku beralah. Puas hati?”

Aku tersenyum lebar. Yes! Kemenangan akhirnya menjadi milikku.

“Peace?”

Dia menghulurkan tangan. Aku menyambutnya dengan senang hati.

“Peace no war.”

Kami tergelak. Mata bertentang mata. Shafiq merenungku lembut. Lama. Aku mula tidak senang duduk. Perlahan tangan ku tarik. Dia tersenyum manis melihatku. Wahai lelaki janganlah senyum begitu padaku. Boleh cair hatiku yang kononnya keras ni. Hati ni pun satu, mudah sangat tergugat!

Saya Telah Di Tag!

Hari ni tak ada n3 baru ya. Sebab hari ni sesi nak menjawab tag heehee.. saya telah di tag oleh 2 orang sekaligus.. layaanzz..

TAG FROM JELITA



1) Adakah anda happy sekarang?

~ Happy sangat!

2) Kenapa anda happy?

~ Sebab pagi2 dah dapat bunga!

3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?

~ Banyaknya soalan happy ni ya.. hmm.. saya happy bila org suka karya saya..

4) Pernahkan anda menerima tag?

~ 1st time ni..

5) Nyatakan warna yang anda suka.

~ Putih dan pink

6) Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond. (klu nak lebih pown bley, kurang pown bley..)

1. Tinta Pena
2. Moon
3. Gemersik Bicara
4. Luahan

7) Nyatakan sifat orang yang tag anda. Buat dalam bentuk esei. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

~ Owh.. saya tak pandai nak komen orang ya.. sebab diri sendiri pun masih dikomen..
(errkk.. menjawab soalan tak ni?)


8) Nie soklan cepu mas nieh. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

~ Laa.. tak habis2 lagi soalan happy ni? Hmm.. apa ya.. owh, dah tentulah saya happy sebab ada en. hasben yg sgt memahami minat menulis saya ni dan memiliki dua org hero yg sgt nakal (ya rabbi..) dan kawan2 sekeliling termasuklah di blogger dan facebook..


** Oleh kerana function di blog saya disable dan tak boleh dicopy, anda yg telah saya tag tu, sila ambil tag anda DI SINI ya..


---------------------------------------------------

TAG FROM SOFI





1) adakah anda rasa HOT?

- HOT? Hmm.. no i'm not

2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang..?




3) Cerita pasal gambar nih...

- Owh.. ok. Gambar naruto ni hero2 saya punya kerja.. fanatik naruto la katakan, so, semua benda nak bubuh gambar anime ni.. so, sbg ibu yang baik hati follow je la.. (sebenarnya saya pun suka anime naruto ni.. hehhehee..)

4) Kali terakhir makan PIZZA...?

- bulan lepas

5) Lagu terakhir anda dengar...?

- lagu korea, I WILL CRY - Lee Sang Gon. Walaupun tak faham, tapi suka sgt dengar lagu ni best! Sapa2 nk dengar klik kat player saya di bwh blog ni ya..

6) Apa anda buat selain selesaikan tag nih...?

- Layan facebook

7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?

- Dulu kini dan selamanya... NOZI..

8) Tag lagi 5 orang sape yer nak tag...?

1. Aku, Dia dan Cinta-Nya
2. Mata Pen
3. Teratak Novella Hananorisa
4. Tentang Sesuatu
5. Apple Violet


9) Siapa orang no 1 pada anda..?

Owh, nak komen org ya? Hmm.. budaknya cute dan sgt peramah.. (luv u ct!)

10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?

Owh, semua cerita anda di blog sgt2 best dan funny..

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?

eh, tak tau la saya dia ada affair dgn sapa..?? (err.. jwb soklan ke ni.. hehhee..)

12) Bagaimana pulak dengan no 2....?

Owh, dia sudah femes..dan saya suka hasil penulisannya..

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?

kata cinta? er.. saya tak bercinta dgn dia.. hehehhee..

14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?

owh, kak Sofi ya... hmm.. seorang cikgu yg sgt peramah mungkin jg baik hati.. (base on dia melayan peminat2nya di blog)


** Oleh kerana function di blog saya disable dan tak boleh dicopy, anda yg telah saya tag tu, sila ambil tag anda DI SINI ya..

Rajuk Sang Hati 21

“Along!!”

Jeritan Haikal membuatku tersentak. Along? Along dah sampai? Cepat-cepat aku melompat dari katil, terus meluru keluar bilik. Dari jauh ku lihat along sedang bersalaman dengan ayah dan mak. Along berpaling ke arahku.

“Nissa, baru bangun tidur?”

“Mana ada! Along ni suka serkap jarang tau. Orang studylah.”

Aku salam tangan along. Macam biasa along cium pipi aku.

“Busuk! Tak mandi lagilah tu.”

“Udahlah!”

“Hmm, yalah tu along, kakak ni kalau hari sabtu ahad aja memang jadi kambing.”

Kata-kata Haikal tu mengundang gelak besar along.

“Haikal, tak baik cakap macam tu kat kakak.”

Teguran ayah itu membuat aku tersengih lebar. Ada juga yang sudi jadi penyokong aku. Aku mengangkat kening pada Haikal. Adikku itu muncungkan mulutnya.

“Ha, cepat salam, minta maaf.”

Haikal membatu diri.

“Haikal…”

Sekali lagi ayah bersuara. Nak tak nak Haikal capai jemariku.

“Sorry kak.”

“Apa sorry-sorry?”

“Nissa!”

Ibu pula jegilkan mata.

“La, betullah. Apa sorry-sorry? Cakap melayu tak boleh?”

“Nissa nikan, adik dah willingly nak minta maaf, dia main-main pulak.”

“Along, kalau along nak tahu, dia ni pelakon terbaik dalam rumah ni tau. Ha, ya sangatlah willingly tu.”

“Dah, dah. Nissa pergi buat air untuk along.”

Aku jelirkan lidah pada Haikal. Suka pula aku tengok dia muncungkan mulut begitu.



****************


Aku lihat atuk berselera sekali makan tengahari ni. Mak masak banyak pulak tu. Maklumlah anak kesayangan dah balik. Hidangan di atas meja semuanya kegemaran along. Tak pasal-pasal aku jadi pembantu chef hari ni.

“Nissa, sekolah macam mana?”

“Macam mana? Macam mana apa?”

“Yalah okey ke?

“Hmm, ok kot.”

“Kot?”

Iyalah along, kotlah, apalagi yang boleh aku jawab. Takkan aku nak cerita kejadian semalam pulak, nayalah aku. Hissy, aku tak sebodoh tu! Aku buat muka selamba saja dengan pertanyaan along itu. Ayah dan mak pun diam saja, okeylah tu.

“Subjek apa yang Nissa tak boleh? Baik catch up cepat exam tak lama lagi. Bila trial?”

“September ni.”

“Hmm, dah prepare?”

Aku sengih. Along hanya menggeleng kepala.

“Sengih-sengih, itu ajalah yang kamu tahu. Suruh pergi tuisyen tak nak. Tak lulus siap! Mak kahwinkan kamu cepat-cepat.”

“Apa mak ni, sebut-sebut pasal kahwin pulak?”

“Habis tu malas belajar. Siapa masuk meminang esok, mak terima aja. Senang!”

“Mak tak baik tau ugut-ugut orang macam tu. Orang ni mak kalau nak kahwin, mesti dengan pilihan sendiri, tak mainlah orang tua aturkan. Hiii.. minta simpang.”

“Apa salahnya dengan pilihan orang tua? Orang dulu-dulu elok aja bertahan sampai ke tua. Orang sekarang sibuk nak pilihan sendiri, baru kahwin tiga empat tahun dah bercerai.”

“Tak semua macam tulah mak.”

“Nissa, cuba jangan menjawab cakap mak.”

Ayah mula bersuara. Memang ayah dah faham sangat mulut aku takkan boleh diam kalau dengan mak. Ada saja aku nak protes. Kadang-kadang kesian pula pada mak. Nasib maklah ya dapat anak dara macam ni.

“Tapikan Nissa, apa yang mak cakap tu, along rasa betul juga. Kalau Nissa tak pass exam, kahwin ajalah, kan senang. Tak adalah mak dengan ayah susah hati.”

“Along ni! Orang akan luluslah. Orang mana boleh kahwin awal-awal. Tak boleh-tak boleh.”

“Pasal apa pulak tak boleh? Kamu tu ha, mak tengok, elok aja rupa paras, kalau mak buka mulut, hmm… mak jamin tak menang tangan ayah dan mak nak handle orang masuk minang kamu nanti.”

Aku panas hati bila semua orang gelak besar. Eh, seronok pulak mereka jadikan aku topik perbualan di meja makan. Tak boleh jadi ni.

“Ala, mak kan selalu cakap orang ni anak dara pemalas, tak tahu masak nasi, tak tahu lipat kain, tak tahu menjahit, apa lagi ha? Ah, macam-macamlah mak kata orang tak tahu. So, kiranya orang ni kanak-kanak rebina lagilah, apa pun tak tahu buat. Jadi buat apa nak kahwin cepat-cepat. Kan atuk?”

Atuk tolonglah, janganlah join dia orang tuk. Kasihanlah cucu kesayangan atuk ni.

“Hmm, atuk pun sebenarnya teringin nak tengok Nissa naik pelamin.”

“Atuk..!!”

Kata-kata atuk mengundang tawa yang lebih besar lagi. Aku jeling Haikal. Dia mengulum senyum sambil mengangkat kening. Sukalah tu! Akhirnya aku mengalah. Mana aci, lima lawan satu!

Kerana Sebuah Janji 1

Dani melurut rambutnya ke belakang. Dia mengeluh lagi. Matanya kini terarah pada seraut wajah lembut ibunya.

“Apa ni mama? Apa semua ni?”

Zarina tersenyum nipis. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Dani merenung tajam pula ke arah Dahlia. Gadis itu menikus di satu sudut rumahnya. Wajahnya tunduk. Kini pandangannya beralih pula pada peguam arwah ayahnya.

“Tak boleh cancel ke?”

“Maaf encik Dani, tak boleh.”

“Kalau saya tak ikut wasiat tu?”

“Risikonya seperti yang saya sebutkan tadi.”

Dani mengeluh lagi. Kali ini tubuhnya dihempas ke sofa empuk. Jemarinya mula menggagau dahi dan memicit perlahan.

“Berapa lama tempohnya?”

“Tiada had tempoh encik Dani. Encik ambillah masa seberapa lama yang encik mahu. Cuma saya nak ingatkan kewangan keluarga ini tak stabil.”

“Okey Anuar, apa-apa hal nanti I’ll call you. At the moment, we give him some space to think about.”

“Kalau begitu saya pergi dulu puan Zarina, encik Dani…”

Anuar merenung Dahlia yang diam membisu.

“Cik Dahlia.”

Dahlia teragak-agak melemparkan senyum kepada peguam keluarga kaya itu. Dia tahu Dani sedang merenung tajam ke arahnya. Dahlia tunduk semula.


******


Dahlia melipat telekung. Solat Isya’ baru saja dia tunaikan. Perutnya mula berbunyi. Lapar. Hari ini dia tak lalu nak makan. Mendengar wasiat yang dibaca oleh peguam yang bernama Anuar itu cukup untuk membunuh seleranya hari ini. Dia tidak faham kenapa dirinya terlibat sama dalam pembahagian harta duniawi itu? Dahlia mengeluh berat. Terlintas sejenak pesanan arwah umminya supaya jangan mengeluh. Mengeluh itu tidak baik. Itu sifat orang yang tidak bersyukur. Dahlia beristighfar. Perlahan dia mengangkat punggung dan mencapai tudungnya yang sentiasa tersedia di belakang pintu bilik. Dahlia tersenyum nipis. Belum lagi kakinya melangkah ke dapur, bau masakan kak Miah sudah menusuk hidung. Kasihan kak Miah, hari ini dia tak ada mood lansung nak menolong pembantu rumah itu di dapur.

“Assalamualaikum, kak Miah.”

“Eh, Lia, walaikumsalam.”

“Kak Miah masak apa malam ni?”

“Kueytiow. Puan kata tak nak makan nasi malam ni. Lia nak makan apa? Akak masakkan.”

“Tak apalah kak, Lia tak ada selera nak makan.”

“Jangan macam tu, karang perut tu masuk angin, lain pulak ceritanya. Akak tengok dari siang tadi Lia tak lalu makan?”

Dahlia hanya tersengih.

“Nak makan apa? Akak tengah rajin ni.”

Dahlia tergelak kecil.

“Tak apalah kak, tak payah susah-susah. Kalau Lia lapar karang Lia masak sendiri ya.”

“Hmm, suka hatilah. Meh rasa kueytiow akak ni, sedap tau rugi Lia tak makan.”

Dahlia tergelak. Dia mencapai garfu dan piring untuk merasa keenakan kueytiow kak Miah. Agar pembantu rumah itu tidak berkecil hati sebenarnya.

“Ha, sedap tak? Sedap?”

“Kalau kak Miah yang masak, memanglah sedap.”

Salmiah tersenyum bangga.

“Kalau gitu, ambil lagi. Tambah.”

“Eh, tak nak, tak nak. Lia nak rasa aja. Tak nak makan banyak.”

“Kenapa?”

Tiba-tiba satu suara dari arah belakang menerjahnya. Dahlia berpaling. Dani merenung tajam gadis itu. Dahlia berpaling semula. Dia memilih untuk diam.

“Kenapa tak nak makan banyak? On diet?”

“Dia kata tak ada selera encik Dani.”

Dani menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Dahlia. Gadis itu menguis-nguis sayur kucai yang berbaki di dalam piring.

“Encik Dani nak makan? Akak ambilkan.”

“Mama mana?”

“Dalam bilik lagi. Nak akak panggilkan ke?”

Dani mengangguk perlahan. Salmiah melangkah meninggalkan Dahlia dan Dani di dapur. Suasana sepi seketika. Dahlia masih tunduk. Dia tahu Dani sedang memerhatikannya. Dia mula rasa tidak selesa. Perlahan dia mengangkat punggung membawa piringnya ke sinki.

“Duduk.”

Dahlia diam. Suara Dani seperti selalu, sentiasa keras bila bercakap dengannya. Dia sendiri tak mengerti mengapa Dani begitu membencinya. Dari saat dia menjejak kaki di rumah ini sehinggalah sekarang. Apa yang pasti, wasiat siang tadi menambah lagi kebencian lelaki itu kepadanya.

“Aku nak tanya sikit ni.”

Dahlia duduk semula. Matanya dijatuhkan pada piring yang tak jadi dibasuhnya tadi. Jemarinya perlahan menguis-nguis daun kucai yang masih bersisa.

“Kau dah dengarkan wasiat tu?”

Dahlia mengangguk perlahan.

“Kau faham ke?”

Dahlia mengangguk lagi.

“So, macam mana? Kau nak ikut ke tak nak?”

Dahlia menarik nafas dalam. Inilah yang yang membuat dia buntu. Inilah yang membuat dia hilang selera. Kenapa dia yang jadi mangsa?

“Kau dengar tak aku tanya ni?”

Suara Dani mengeras. Geram dengan perlakuan Dahlia yang suka buat orang tertanya-tanya. Inilah satu sikap Dahlia yang dia tak suka. Berdiam diri. Suka sangat berdiam diri. Ada permata ke dalam mulut dia tu? Sampai susah sangat dia nak mendengar suaranya. Namun jika difikirkan semula, Dahlia hanya berdiam diri dengan dia seorang saja. Dengan orang lain elok saja.

“Saya tak tahu.”

Dani tersentak. Jauh fikirannya tersasar. Nyaris suara lembut Dahlia menyedarkannya.

“Ke ini yang kau nak?”

Dahlia mengangkat muka. Membalas renungan tajam Dani. Apa maksud lelaki ini? Adakah Dani fikir hadirnya dia di sini hanya kerana harta keluarganya?

“Apa? Tak betul? Ini yang kau nak selama ni, kan? Buat-buat lemah, buat muka kesian, lepas tu kikis harta aku? Kau ingat aku tak tahu agenda kau masuk rumah ni? Hah?”

“Dani, awak… “

“Apa awak, awak?”

“Tak baik awak tuduh saya macam tu. Saya bukan begitu.”

Dani tersenyum sinis. Melihat muka tenang Dahlia membuat dia sakit hati. Kenapa setiap kali dia memancing kemarahan gadis ini, ada saja yang tak jadi. Seolah-olah kata-kata kesatnya tak terkesan di hati Dahlia. Gadis itu seolah-olah tiada berperasaan.

“Kalau bukan, kenapa tadi kau berdiam diri aja? Kenapa tak bersuara? Kenapa tak membantah?”

Dahlia diam. Kenapa ya? Kenapa dia tidak membantah? Dahlia menghela nafas.

“Sebab tak ada gunanya. Wasiat itu tak boleh dipertikaikan lagi.”

“Jadi kau sukalah? Kan?”

Dahlia menggeleng perlahan. Jika dia diberi pilihan bukan ini yang dia mahu. Bukan ini yang dia pilih untuk masa depannya.

“Kau tahu tak apa risikonya kalau kita ikut wasiat arwah papa?”

“Awak pun tahu apa risikonya kalau tak ikut, kan?”

Dani mencerlung. Pandai menjawab dah sekarang budak ni. Dia tak sedar ke siapa dia di rumah ini?

“Ohoo.. jadi betullah sangkaan aku, memang inilah impian kau, kan? Betul kan?”

“Tak.”

Dani tersenyum sinis. Matanya tepat merenung wajah lembut Dahlia. Sudah lama dia tertanya-tanya, kenapa setiap kali dia bercakap dengan Dahlia, gadis itu tidak mahu memandang mukanya? Selalu sangat pandang arah lain. Kalau tak tunduk, tengok tepi. Tak faham betullah.

“Pandang sini.”

Diam. Dahlia cuba mengatur nafas. Apa yang lelaki ini mahu? Nak kenakan dia seperti selalu ke?

“Aku kata pandang sini.”

“Awak nak apa?”

“Tengok muka aku.”

Ha? Nak buat apa tengok muka dia? Dahlia teragak-agak mengangkat muka. Namun mata masih dipakukan pada meja. Dani merengus. Tak mendengar kata betullah budak perempuan ni.

“Aku kata tengok aku, bukan tengok meja.”

“Awak nak apa, cakap je lah, saya dengar.”

“Eh, Dahlia! Kau faham tak arahan aku?”

Darah mula menyirap dengan kelakuan gadis itu.

“Pantang aku, kalau aku bercakap orang tak tengok aku! Tengok sini!”

Perlahan kelopak mata Dahlia bergerak mencari wajah Dani. Dua pasang mata kini bertentangan. Dani tergamam.

‘Cantiknya mata dia!’

Desis hati lelakinya. Sungguh, walaupun Dahlia sudah tiga tahun berada di rumahnya, walaupun sudah acapkali dia bertengkar, memarahi mahupun bercakap dengan elok pada Dahlia, inilah pertama kali dia bertentangan mata dengan gadis itu. Dalam diam Dani mengakui Dahlia memiliki sepasang mata yang cantik.

“Awak nak apa?”

Dani tersentak dan berdehem sekali. Sedikit gelabah bila mata Dahlia masih tepat merenungnya.

“Tak ada apa, saja.”

Dani mengangkat punggung dan berlalu begitu saja. Dahlia pula hanya terkebil-kebil memproses apa yang baru berlaku. Apa kena lelaki tu?

Wasiat Cinta 12

“Hoi betina!”

Jerit satu suara. Tihani yang sedang leka membelek barang di pasaraya itu tersentak. Seperti pernah mendengar suara perempuan itu. Dia berpaling. Alangkah terkejutnya dia bila melihat mak Jah sedang bercekak pinggang dengan muka merah padam menahan marah.

“Mak Jah, kenapa ni?”

Tihani cuba bermuka manis.

“Kenapa kau tanya? Yang kau menggatal dengan laki aku tu kenapa? Dah tak ada jantan lain ke?”

Menyinga mak Jah mendengar suara lunak merdu Tihani. Menambah sakit di hatinya.

“Saya? Saya buat apa?”

Tihani mula tidak puas hati. Senang-senang saja menuduh dia yang bukan-bukan. Dia cuba bersabar. Umminya pesan supaya sentiasa hormat kepada orang tua. Dia ingat lagi pesanan itu.

“Kau ni dasar janda tak sedar diri tahu tak? Kau ingat kau cantik sangat? Kau ingat kalau kahwin dengan laki aku, kau boleh dapat harta dia? Begitu?”

“Astaghfirullahalazim, mak Jah bawa mengucap. Kenapa cakap macam tu pada saya?”

Tihani masih berlembut. Sabarlah wahai hati. Orang ramai mula mengelilingi mereka. Mukanya mula membahang.

“Kau ni macam baik sajakan? Kau dengar sini ya! Baik kau tolak pinangan laki aku tu. Kau jangan berangan nak masuk dalam keluarga aku. Jangan kau dekati keluarga aku. Faham? Dasar betina sundal!”

Berdesing telinga Tihani mendengar perkataan sundal itu. Dan perkataan itu ditujukan kepadanya. Mahu saja dia membalas. Tetapi dia tidak mampu. Dia tiada kekuatan. Suaranya tersekat.

“Mak! Mak buat apa kat sini? Dah, jom kita balik!”
Tiba-tiba muncul suara Azwan di belakangnya. Azwan dengan pantas menarik ibunya pergi. Sempat dia mengerling ke arah Tihani. Gadis itu sudah tunduk menahan malu. Airmata jernih sudah menitis. Hati lelakinya tersentuh.

“Kau ingat pesan aku!”

Sempat lagi mak Jah menuding jari ke mukanya. Tihani segera berlari keluar dari pasaraya itu. Berlari menuju ke kawasan pakir kereta. Berlari sambil menangis. Menangis kerana sedih teramat sangat. Sedih sungguh dengan penghinaan sebegitu. Langkah kakinya dihayun laju. Sehingga dia bertembung dengan seseorang. Pantas dia mendongak melihat gerangan siapakah yang dilanggar untuk memohon maaf. Dia terpana. Lelaki yang dilanggar tadi adalah encik Saiful, bosnya sendiri. Saiful juga terkejut melihat gadis yang berlaga dengannya itu adalah Tihani, gadis pujaannya. Dia mula cuak melihat airmata Tihani yang lencun di pipi.

“Tihani? Kenapa ni? What’s wrong?”

Saiful cemas. Bimbang sekiranya Tihani sakit bila berlaga dengannya tadi. Tihani hanya menggelengkan kepala. Kesedihannya akibat serangan mak Jah sebentar tadi masih belum reda. Lalu dia membenamkan mukanya ke dada bidang Saiful. Menangis semahu-mahunya. Mahu melepaskan derita yang ditanggung.

Saiful tergamam. Kaku.

Perlahan tangannya menggosok-gosok belakang tubuh gadis itu. Cuba untuk menenangkannya. Rambut Tihani diusap dan dibelai. Dia tahu, dia cuba mengambil kesempatan, tetapi inilah masanya untuk dia membelai Tihani. Selepas ini mungkin peluang itu tiada lagi. Tangisan Tihani tidak menunjukkan reda. Teresak-esak menangis.

“Tihani, tell me what’s wrong? Awak sakit ke?”

Tihani masih menangis.

“Syy, jangan menangis. Sabar okey, sabar.”

Dia cuba membuat gadis itu selesa. Perlahan tangannya merangkul pinggang Tihani. Memeluk gadis itu. Dia membiarkan Tihani menangis sepuas-puasnya. Biar hilang duka di hati gadis itu. Dia amat pasti ada sesuatu yang berlaku. Haruman rambut Tihani, ditambah lagi dengan bau minyak wangi yang lembut membangkitkan gelora di jiwanya. Hati lelakinya berkocak hebat. Lama mereka berkeadaan begitu. Sehingga akhirnya Tihani tersedar dia berada di dalam dakapan Saiful. Segera dia meleraikan pelukan lelaki itu. Wajahnya merona merah, malu teramat sangat. Saiful merenung tepat ke matanya. Airmata Tihani disapu lembut. Tihani tergamam.

“Ceritakan pada saya apa yang berlaku, apa yang membuat awak menangis bagai nak rak ni?”

Tihani diam. Matanya beralih ke arah t-shirt Saiful. Sedikit basah dek airmatanya tadi. Dia tunduk. Tidak tahu hendak bercerita atau diamkan saja. Tidak tahu di mana hendak dia mulakan.

“Maaf, saya dah susahkan encik. Tak pasal-pasal baju encik basah.”

Dia tersenyum kelat. Kesedihannya masih bersisa.

“Saya boleh maafkan, tapi dengan syarat ceritakan pada saya apa yang berlaku.”

Ini yang dia tidak suka tentang bosnya ini, suka sangat memaksa.

“Tak ada apa-apa encik.”

“Tipu!”

“Betul, saya tak tipu.”

“Habis tu, kenapa menangis?”

“Errr… sedih.”

“Sedih? Sedih kenapa?”

“Sebab.. sebab, sedihlah.”

Saiful tergelak.

“Mana boleh tiba-tiba aja sedihkan? Mesti ada orang yang buat awak sedih ni, betulkan?”

Tihani mengangguk. Macam orang bodoh saja dia rasakan. Pelik juga dengan encik Saiful yang tiba-tiba menjadi seorang yang lembut dan penyayang. Selalunya bukan main garang lagi. Mungkin ini sifat bosnya di luar waktu pejabat kot. Tetapi anehnya, dia seperti mudah saja bercerita pada lelaki ini.

“Saya ke orang tu?”

Sambung Saiful bila melihat Tihani diam.

“Hah?”

“Saya tanya, saya ke orang yang buat awak menangis bagai nak rak ni?”

“Kenapa encik boleh terfikir begitu pulak?”

“Mana tahu, berlanggar dengan kuat tadi ke? Ingat awak sakit sampai menangis.”

“Tak adalah.”

“Tak sakit? Jadi, bukan sayalah penyebabnya?”

Saiful bersuara lembut sambil matanya memandang redup wajah Tihani.

“Bukan, orang lain.”

“Siapa?”

“Kalau saya cakap pun bukannya encik kenal.”

“Lelaki? Perempuan?”

“Asalnya lelaki, lepas tu perempuan.”

“Oh, dia bertukar jantina ya?”

“Hah? Tukar jantina?”

Tihani berkerut kening.

“Yelah, awak cakap tadi, asalnya lelaki lepas tu perempuan. Maknyah ke?”

Mendengarkan itu, Tihani tergelak besar. Saiful juga tergelak sama. Berjaya juga dia membuat gadis itu ketawa. Tidak sanggup rasanya melihat wajah mendung Tihani.

“Encik ni buat lawaklah, entah apa-apa entah.”

“La.. betullah, kan?”

Saiful tersenyum manis. Tihani membalas hambar. Hatinya masih rawan.

“Encik, err.. terima kasih ya.”

“Untuk apa?”

“Apa saja yang berlaku sebentar tadi.”

Saiful merenung wajah Tihani. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

“Kasih tidak diterima.”

“Hah? Kenapa pulak encik?”

“Sebab, hmm… saya nak ajak awak minum bersama saya.”

“Err, minum? Sekarang?”

Saiful mengangguk. Tihani berkira-kira samada mahu menerima pelawaan bosnya ini atau tidak.

“So, macam mana? Diam tandanya setuju, jomlah!”

“Err, tak apalah kot encik.”

“Rezeki tak baik ditolak. Jomlah, saya belanja don’t worry.”

“Tapi…”

“Please, sekejap pun jadilah. Temankan saya okey?”

Tihani diam.

“Okey.”

Lambat-lambat dia menyatakan persetujuannya.

“Good, kita pergi dengan kereta saya. Nanti saya hantar awak ke sini semula untuk ambil kereta awak okey?”

Tihani hanya mengangguk. Apa lagi yang boleh dikata jika bosnya ini sudah membuat keputusan.

Akulah Cinderella 17

Kami sampai di shopping complex lebih kurang pukul sebelas pagi. Adik-adikku tercengang habis-habisan. Maklumlah, ini pertama kali mereka menjejaki kaki ke shopping complex yang besar begini. Datin Zulaikha memimpin tangan Aiman. Sementara Alia memimpin tangan Azah, Aida dan Ain pula jalan beriringan seperti belangkas. Aku? Aku hanya bungkam kerana si mangkuk ayun itu hendak mengikut sekali. Menyibuk saja!

Dari satu butik ke satu butik kami masuk. Banyak sekali baju yang dibeli. Semuanya berjenama. Berapa ribulah agaknya duit Datin Zulaikha habis berbelanja begini? Aku pergi ke bahagian pakaian lelaki. Membelek t-shirt dan seluar yang terdapat di situ. Cantik-cantik belaka. Tiba-tiba bahuku ditepuk. Aku berpaling.

“Kenapa?”

Di mana aku berada, dia mesti nak menyibuk. Tak boleh ke biarkan aku buat hal sendiri?

“Kenapa beli baju lelaki? Girl punya barang sebelah sana.”

Sambil tangannya menunjuk ke arah bertentangan. Aku tahulah mangkuk! Ingat aku buta ke?

“Syah, tukarlah imej.”

Lembut suaranya selembut pandangannya yang menikam tepat ke mataku. Membuat jantungku berdegup tidak normal lagi, sama seperti waktu bersarapan pagi tadi. Aku melarikan mataku ke arah baju-baju yang tergantung. Tidak enak rasanya bertentangan mata dengan lelaki ini. Tiba-tiba dia menarik tanganku. Bagai kejutan elektrik mengalir ke seluruh tubuh, aku terkedu. Langkahnya terhenti dan berpaling melihatku semula.

“Kenapa? Jomlah!”

“Lepaskan tangan aku!”

Dia mengangkat kening lalu matanya beralih ke bawah. Kemudian melihatku semula.

“Tak nak!”

“What? Kau jangan nak ambil kesempatan tau! Lepaskan aku kata!”

Aku meronta-ronta agar tanganku dileraikannya tetapi semakin kuat aku meronta, semakin kuat genggaman tangannya.

“Sakitlah bodoh!”

Jeritanku itu membuatnya tersentak. Serta-merta tanganku itu dilepaskannya. Riak wajahnya juga sedikit terkejut. Agaknya menyesali dengan tingkah sendiri.

“Kau ni, memang suka buli perempuan ya?”

Aku menjeling geram sambil menggosok-gosok pergelangan tanganku yang sakit.

“Mana ada! Aku bukan macam tu! Jangan nak tuduh sembarangan.”

“Tuduh? Kau kata aku tuduh? Yang tadi tu apa hah? Yang dulu pun sama!”

Sekali lagi air mukanya berubah. Dia tunduk.

“Nampaknya, kau masih belum lupa ya?”

Perlahan suaranya, tapi cukup jelas di telingaku.

“Kau ingat, aku boleh lupa macam tu aja?”

“Aku kesal. Aku betul-betul kesal dengan kejadian hari tu. Aku minta maaf.”

Aku mencebik.

“Kesal konon, lepas tu buat lagi.”

“Mana ada!”

“Mana ada kau cakap? Habis tadi tu apa?”

“Kau ni, suka mengungkit ya?”

“Habis ni siapa nak jawab?”

Aku menunjukkan pergelangan tanganku yang sudah merah kebiruan akibat digenggam dengan kuat sebentar tadi. Sekali lagi air mukanya berubah.

“Aku.. aku betul-betul minta maaf.”

Kesian pulak aku mendengarnya. Kenapalah hatiku ini lembut sangat? Sudah lama rasanya aku cuba menempa hatiku ini menjadi sekeras waja, namun tetap juga gagal.

“Please..”

Shafiq merenungku lembut. Dia mencapai tanganku semula, membuat aku tersentak. Aku dapat rasakan ada getaran halus yang menyelinap di jiwaku ketika ini. Pantas saja aku merentap semula tanganku.

“Sudahlah! Aku bagi muka kat kau sebab mummy aja tau? Tapi aku warning kau, jangan nak paksa-paksa aku lagi, faham?”

“Faham sayang.”

Gulp! Mata kami bertembung. Sayang? Dia panggil aku sayang? Sayang sebab aku dah jadi adik angkat dia ke? Lain macam saja bunyi ungkapan itu. Dia berdehem sekali, cuba mengawal emosi barangkali. Atau dia juga turut merasakan apa yang ku rasa?

“Aku.. nak ajak kau.. pergi.. beli baju kat sana.”

Suaranya kedengaran gugup dan bergetar sambil tangannya sudah menunjuk ke arah pakaian wanita.

“Tak nak!”

“Kenapa?”

“Saja.”

“Mana boleh saja. Mesti ada sebab lain.”

“Tak ada sebab lain.”

“Tipu!”

“Betul!”

Dia mengeluh berat. Percubaannya untuk menukar semula imejku tidak berjaya lagi nampaknya. Aku cuba sembunyikan senyum, gelihati melihat gelagatnya.

“Mana dia orang hah?”

Lehernya dipanjangkan mencari kelibat ibunya dan adik-adikku. Aku juga sama sibuk mencari mereka. Shafiq mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar.

“Hello mummy, kat mana?”

“Fiq dengan Syah ni.”

“Alright then.”

Talian dimatikan. Aku mengangkat kening tanda bertanya.

“Dia orang kat playground, setengah jam lagi jumpa kat food court.”

“Dah habis shopping ke?”

“Dah la kot. Mummy suruh aku temankan kau beli baju., jom!”

Sekali lagi dia menarik tanganku.

“Shafiq!”

Aku memberi isyarat supaya dia melepaskan tanganku
.
“Sorry.”

Shafiq tersengih. Aku membuang pandang. Menutup gundah di hati.

“Kau nak beli baju apa? Mari aku pilihkan.”

Pelik juga aku kenapa tiba-tiba kami boleh bercakap dengan elok begini? Selalunya ada saja pertelingkahan yang berlaku.

“Kau tak nak beli ke?”

“Aku punya dah banyak. Yang tak pakai lagi pun ada.”

Amboi, seronok betul jadi orang kaya ni agaknya. Baju bertimbun, makanan berlebihan. Sambil dia membelek-belek baju untukku, aku cuba mencuri pandang melihat wajah sebenarnya. Memang benar kata Sarah, si mangkuk ayun ini kacak juga orangnya. Mempunyai sepasang mata yang cantik dan alis yang lentik. Dah macam perempuan pulak. Tetapi bila diamati matanya itu diwarisi dari Datin Zulaikha. Mata Datin Zulikha juga cantik dan alisnya lentik. Hidungnya agak besar tetapi mancung. Kumis tipis menghiasi bibirnya yang kemerahan. Tak merokok ke dia? Elok saja bibirnya itu tidak lebam seperti orang menghisap rokok. Dagunya ada sedikit lekuk. Mungkin inilah daya tarikannya kot. Kulitnya cerah lebih kurang kulitku saja dan ada kesan kehijauan bekas jambang yang telah dicukur bersih. Orangnya tinggi lampai dan lengannya sedikit berotot. Memang patut pun penumbuk dan penamparnya kuat tempoh hari. Aku yang sekecil ini memang bukan tandingannya. Baik dari segi fizikal atau pun tenaga.

Rajuk Sang Hati 20

Aku ambil angin sambil berayun di buaian besi depan rumah. Angin agak kuat juga malam ni. Pandangan ku lemparkan ke jalan raya. Kenderaan yang lalu-lalang masih segar dan tidak letih beraksi. Malam masih muda. Aku menghela nafas. Peristiwa mengaibkan diriku siang tadi betul-betul mencabar. Aku pencuri? Belum pernah ada keturunanku mendapat gelaran itu. Aku pula yang pecah tradisi. Memalukan! Sampai sekarang aku tidak boleh lupa pandangan dan senyuman sinis yang Irfan lemparkan padaku. Apa lagi renungan-renungan maut pelajar-pelajar lain. Cepat betul berita tersebar. Kenapa? Kenapa semua ni berlaku? Aku sebenarnya terluka. Irfan yang ku kasihi menuduh aku pencuri. Tanpa usul periksa, tanpa bedah siasat terlebih dahulu, Irfan bersikap prejudis. Namun aku tidak mampu membenci dia.

“WAHHHH!!”

“MAAKKK!!”

Aku mengurut dada. Darahku membuak mendengar Haikal ketawa terkekek-kekek. Aku pukul belakang dia.

“Haikal! Apa ni?”

“Apa ni kak? Sakit aahh..”

“Padan muka! Suka sangat buat akak terkejut tau. Adik nak akak kena heart attacks ya?”

“Akak tu yang kuat berangan. Adik panggil buat dek aja.”

“Bila kau panggil? Jangan nak tipu?”

“Adalah, akak tu yang pekak.”

“Mulut tu kan, hiii.. cubit karang. Ha, kau nak apa?”

“Ada call.”

“Ha? Call? Untuk akak?”

Aku bergegas masuk. Ganggang telefon ku capai.

“Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam. Nissa dah tidur?”

Hasnul Amin? Mana dia dapat nombor aku?

“Kau? Mana kau dapat nombor phone rumah aku ni?”

“Amboi, marah aja bunyinya? Aku minta kat Mai.”

“Hmm.. nak apa?”

“Tak ada apa saja nak tahu, kau okey tak?”

Tiba-tiba aku teringatkan saat didakap Hasnul Amin siang tadi. Mukaku membahang.

“Nissa, aku tahu kau sedih. Kalau aku boleh ambil kesedihan kau tu aku sanggup. Kau janganlah susah hati ya.”

Hasnul Amin menggosok-gosok belakangku. Aku rasa amat selesa. Perlahan tangannya menyentuh dagu dan mendongakkan kepalaku. Matanya lembut merenung mataku yang basah. Perlahan tangannya mengesat airmataku. Jantungku berdebar-debar saat tangannya mula mengusap perlahan pipiku. Mata bertentang mata. Aku dapat rasakan nafasnya yang hangat kerana wajahnya makin hampir padaku. Apa dia nak buat?

“Qaiii!!”

Sayup-sayup aku dengar suara Maisarah dan Azura. Cepat-cepat aku menolak dada Hasnul Amin. Kami sama-sama terkedu.

“Hello? Nissa?”

Aku tersentak. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Sempat melamun pulak. Malunya!

“Nissa? Are you still there?”

“Ha? Oh.. haah.”

“Kau kenapa? Kau tak apa-apakan?”

“Aku? Aku okey aja, okey ha.. okey tak ada apa-apa. Aku okey, haah aku okey.”

Aku gugup? Kenapa ni? Terdengar tawa Hasnul Amin di talian.

“Kot ya pun okey, tak payahlah cakap banyak kali.”

Aku tersenyum. Malu pulak rasanya. Nampak sangat aku tak pandai cover.

“Nissa, hmm.. pasal tadi..”

“Lupakanlah, lupakan ya?”

“Kenapa nak lupakan? Saat tu tadi aku takkan lupakan, Nissa.”

Alamak!

“Aku nak kau tahu yang aku sentiasa ada di saat susah senang kau, Nissa. Kau beritahu aja pada aku, kalau kau ada problem. Jangan simpan macam tadi ya?”

Aku senyum. Macamlah Hasnul Amin boleh nampak senyuman aku tu.

“Nissa, kenapa kau diam?”

“Err, tak ada apa-apa.”

“Kau dah makan?”

“Dah.”

“Baguslah, risau aku kalau kau tak lalu makan macam siang tadi.”

“Jangan risaulah pasal aku. Tahulah aku jaga diri.”

“Okeylah macam tu, kau restlah ya. Esok kita jumpa macam biasa.”

Jumpa? Alamak, tiba-tiba rasa segan pulak.

“Ok bye.”

“Bye, assalamualaikum.”

“Walaikumsalam.”

Ganggang aku letak di tempat asalnya. Nafas ku hela perlahan. Kenapa aku rasakan perhatian Hasnul Amin pada ku lebih kurang macam Azrai? Dia ada hati pada aku ke? Hisyy, Qairunissa jangan perasan! Kau tu tak ada apa yang istimewa pun. Buah hati sendiri pun menuduh kau pencuri. Buah hati? Aku tak pernah ada buah hatilah! Irfan bukan buah hati aku. Tiba-tiba aku rasa nak merajuk pada Irfan. Macamlah Irfan tu nak pujuk aku. Dia tak tahu pun yang aku sukakan dia.

RRINNGG!!

Telefon berbunyi lagi. Siapa pulak ni? Hasnul Amin lagi ke? Hissy, menyibuk betullah!

“Hello.”

“Hello, assalamualaikum.”

“Walaikumsalam.”

“Boleh saya bercakap dengan Qairunissa?”

“Ya, saya. Siapa ni?”

“Err, saya Hisham.”

Hisham? Hisham mana pulak ni? Seingat-ingat aku, aku tak ada kawan bernama Hisham.

“Err, Hisham?”

“Ya, Hisham student SMPS.”

Berderau darah aku. Budak SMPS? Bukan ini ke Hisham yang sering disebut-sebut di sekolahku? Bukan Hisham yang ini ke selalu usya-usya aku tu? Dan bukan ke Hisham ini yang diminati Azura? Alamak, mampus aku!

“Awak? Ada ke tak ada tu?”

“Ya, ada. Err, mana dapat nombor telefon rumah saya ni?”

“Adalah, rahsia. Yang penting saya tak salah rumah.”

“Hmm, ada apa yang boleh saya bantu?”

“Oh, saya sebenarnya... tahu apa yang berlaku pada awak hari ni.”

Mak! Aku rasa nak putus nafas. Sampai ke SMPS ke berita ni tersebar? Ya Allah, hebatnya dugaan! Dia pun nak labelkan aku ni pencuri juga ke?

“Mana awak tahu?”

“Ada seseorang yang beritahu saya.”

“Siapa?”

“Sepupu saya.”

“Sepupu? Siapa sepupu awak?”

“Adalah, dia budak SMAB juga.”

“Oh, gitu. So, awak pun nak tuduh saya mencuri juga ke? Itu ke tujuan awak call saya malam-malam ni? Kalau itulah tujuan awak, lebih baik saya letak, saya tak ada masa nak layan!”

“Eh, nanti-nanti. Janganlah letak lagi. Saya tak bermaksud begitu. Sikit pun tidak. Lansung tak ada niat di hati saya ni nak tuduh awak, apa lagi sakitkan hati awak, betul, percayalah.”

“Habis tu apa niat awak?”

“Saya cuma nak cakap, yang saya percayakan awak. Saya yakin awak teraniaya. Dan itulah yang cuba saya katakan pada sepupu saya tu. Saya suruh dia siasat.”

“Tak payahlah susah-susah. Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. So, tak payahlah sibuk-sibuk!”

Aku geram. Angin tidak ribut pun tidak, tiba-tiba mamat ni call dan bercerita tentang mimpi ngeri aku hari ini. Entah siapalah sepupu dia yang pandai-pandai bawa mulut tu. Busybody!

“Saya tahu awak tengah marah, awak tengah sedih dan saya seharusnya tak patut masuk campur. Tapi saya tak boleh, saya nak awak tahu, yang awak tidak keseorangan.”

Siapa cakap aku sorang? Mabuk apa mamat ni?

“Sebenarnya awak memang tak kenal saya, ataupun awak kenal tapi tak perasan atau buat-buat tak kenal. Sebaliknya, saya mengenali awak. Saya selalu mengikuti perkembangan semasa diri awak. Dan sayalah yang selalu berkirim salam melalui adik awak tu.”

Aku termangu.

“Sudahlah awak, saya dah ngantuk. Anyway, thanks for calling. Saya okey don’t worry.”

“Baiklah, kalau gitu, saya ucapkan selamat malam dan salam perkenalan buat awak. Saya harap suatu hari nanti kita akan bercakap face to face.”

Amboi, tingginya angan-angan dia. Mengharap segala!

“InsyaAllah. Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam.”

Sekali lagi aku termangu. Hisham? Aku tak perasan dia yang mana satu? Siapa pula sepupu dia ya? Ah, lantaklah!

Wasiat Cinta 11

Puan Mariam serba salah. Hendak diamkan orang itu mengharap. Hendak beritahu pada Tihani, takut pula anaknya itu tidak dapat terima. Wajah Tihani yang sedang leka menonton tv direnung lembut. Anaknya itu memiliki wajah keanak-anakan. Berkulit putih kuning, bertubuh kecil molek. Kata arwah suaminya, Tihani persis sepertinya waktu muda dahulu. Dia tersenyum kecil. Arwah suaminya itu memang sayang sangat pada Tihani. Dia mengamati lagi wajah Tihani. Anaknya itu mempunyai raut wajah tirus, seperti wajahnya. Bermata bundar sepertinya juga, bibirnya kecil dan nipis serta hidung cantik tertenggek di wajah itu, tidak besar dan tidak terlalu mancung. Yang itu mungkin mirip arwah ayahnya. Puan Mariam tersenyum lagi. Manis sungguh anaknya itu. Memang patut ramai yang terpikat. Tapi kasihan, usia semuda itu sudah menghadapi dugaan yang maha hebat.

“Ummi, kenapa?”

Tersentak puan Mariam mendengar suara Tihani. Sekuntum senyuman terukir lebar di bibir comel itu.

“Oh, ummi tengok anak ummi ni, manis orangnya.”

“La.. ummi baru tahu ke?”

Tihani tergelak bila melihat umminya itu mencebik.

“Hani, tadi ada orang datang.”

“Siapa?”

“Pak Hassan.”

“Pak Hassan? Pak Hassan mana pulak ni?”

“Ala, orang kaya kat taman nilah.”

“Orang kaya? Hmm… oh! Pak Hassan yang renovated rumah dia jadi banglo tu?”

“Yelah, pak Hassan mana lagi. Yang rumah dia kat simpang depan tulah.”

“Ha, kenapa dengan pak Hassan tu mi?”

“Dia datang merisik.”

“Merisik? Merisik ummi ke?”

Tihani tersengih.

“Baguslah tu ummi, Hani ikut aja. Lagipun ummi dah lama hidup sorang-sorang. Hani tak kisah siapa bakal bapa tiri Hani tu, asalkan dia boleh jaga ummi dengan baik.”

Tihani tersengih lagi. Seronok sangat tengok umminya itu yang sudah merah padam mukanya.

“Apa pulak merisik ummi? Dia datang merisik kamulah.”

“Hah!?”

Hampir terlompat Tihani dari sofa. Dia membetulkan duduk. Bersila menghadap umminya. Dahinya berkerut-kerut seperti tidak percaya apa yang di dengarnya sebentar tadi.

“Ha, tahu pun terkejut ya? Tadi bukan main lagi menyakat ummi.”

“Merisik Hani? Untuk anaknya si Azwan itu ke?”

Serta-merta timbul wajah Azwan anak teruna pak Hassan, si kaki rempit. Samseng di taman perumahan tempat dia tinggal itu. Yang dia tahu, anak teruna pak Hassan hanya si Azwan itu sajalah. Yang muda setahun darinya.

“Bukan, untuk diri dia sendiri.”

Jelas puan Mariam lambat-lambat. Risau dengan reaksi anaknya itu. Tihani melongo. Otaknya ligat memproses kata-kata umminya sebentar tadi. Sudahnya dia menjerit dengan kuat, membuat puan Mariam tersentak.

“Hissy, kamu ni, apalah memekik macam pontianak lapar malam-malam ni? Terkejut ummi tau. Karang jaga pulak si Mikhail tu.”

“Ummi bergurau sajakan? Ummi saja nak usik Hani, kan? Kan ummi kan? Kan?”

Tihani cemas. Minta-mintalah umminya cuma bergurau saja.

“Ummi tak bergurau sayang, tengah hari tadi dia datang. Dia tanya kamu sudah ada ke pengganti Faizal? Dia cakap dia kasihankan kamu, jadi biarlah dia saja yang menjaga kamu.”

“Habis tu, ummi jawab apa?”

“Ummi jawab, ummi kenalah tanya empunya diri. Ha, jadi macam mana?”

“Tak nak! Ummi jawab aja Hani tak sudi!”

Gatal punya orang tua! Amarahnya sudah mula meresap satu badan. Sudahlah umur sebaya dengan umminya, ada hati pulak nak berbinikan orang muda sepertinya. Geram betul dia. Mahu saja dia langgar orang tua kutuk tidak sedar diri itu dengan keretanya. Tetapi dia tahu itu tidak mungkin terjadi.

“Jadi, Hani tak naklah ya?”

“Eeii, tak naklah ummi, entah apa-apa entah. Orang tua tu dah nyanyuk agaknya.”

“Ummi pun rasa dia dah nyanyuk.”

Mereka tergelak.

“Ummi, setahu Hani bini dia tu masih hidup lagikan? Kenapa gatal sangat? Kulit pun dah berkedut. Kalau sorok duit kat celah-celah kulitnya tu mesti tak ada orang tahukan, mi.”

Sekali lagi puan Mariam tergelak besar.

“Haah, hidup lagi mak Jah tu.”

Sambungnya dengan tawa yang masih bersisa.

“Kalau dah mati pun Hani tak naklah. Eeii… tak kuasa, geli!”

“Hissy, kamu ni tak baik tau cakap macam tu.”

“Ala, ummi tolak sajalah ya. Kata aja Hani dah ada calon lain.”

“Yelah, suka hati kamulah, ummi ikut aja.”

Puan Mariam menggelengkan kepala. Benarkah anaknya itu sudah ada calon lain? Kalau betul dia bersyukur sangat-sangat.

Akulah Cinderella 16

Alamak! Dah lambat, dah lambat! Jam di meja kecil di sisi katil menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Tidak pernah aku bangun selewat ini. Semuanya gara-gara malam tadi. Aku tidak dapat tidur sehingga pukul tiga pagi. Mungkin aku tidak biasa dengan tilam empuk ini kot atau aku terbayang-bayang rumah pusaka yang ku tinggalkan semalam? Yang pastinya aku telah terlewat bangun. Pasti Datin Zulaikha bising. Ya, pasti saja di dalam rumah ini ada peraturannya tersendiri.

Aku mandi dan bersiap ala kadar. Pintu kamar ku tutup perlahan. Langkah ku atur laju hingga berlaga dengan si mangkuk ayun yang kebetulan juga baru keluar dari biliknya. Dia berpaling.

“Kau!?? Kau lagi? Apa kau buat kat rumah aku ni hah?”

Aku sudah menganggak itu reaksinya. Bukan main terkejut lagi. Aku buat muka selamba dan berlalu menuruni tangga.

“Woii! Kau pekak ke? Aku tengah cakap dengan kau ni!”

Pantas saja tangannya merentap lenganku membuat aku terdorong kebelakang semula. Aku mendongak dan merenungnya tajam.

“Kau ni kan, tak boleh cakap elok-elok ke? Pagi-pagi lagi dah merosakkan mood orang.”

“Dah aku tanya, kau tak jawab tu siapa suruh? Berapa bulan tak korek telinga?”

Kurang asam! Dia ni memang sengaja memancing kemarahanku.

“Aku ingat kau cakap dengan siapa tadi, itu sebab aku tak jawab.”

Aku masih berlagak selamba. Malas aku nak bertekak dengannya pagi-pagi begini.

“Kau tengok ada manusia lain lagi ke kat level ni?”

“Entah! Mana tahu kau nampak orang lain ke, kau kan mental.”

“Kurang ajar! Mulut kau tu memang tak pernah pergi sekolah ke hah?”

Aku terdiam. Isu sensitif sudah berbangkit. Kesabaranku juga sudah menipis. Aku menarik nafas cuba menenangkan emosiku yang sudah dijentik oleh lelaki ini.

“Woit! Aku tengah cakap dengan kau ni. Woii! Pekak!”

Aku menuruni tangga dengan laju sekali. Malas betul aku nak melayan dia. Spisis apalah lelaki ini? Menyampah betul aku!

“Woii! Pengkid!”

Langkahku terhenti. Aku berpaling. Dia tersenyum sinis. Aku merenungnya tajam. Suka hati tok nenek dia saja panggil aku pengkid!

“Berhenti pun. Jawab soalan aku tadi. Apa kau buat kat rumah aku ni hah?”

Aku membuang pandang. Berkira-kira samada mahu menjawab pertanyaannya itu atau pun tidak.

“Karang kau tahulah!”

Aku meninggalkannya terkebil-kebil dan tidak peduli dengan panggilannya yang bertali arus memanggilku pengkid. Dari jauh ku lihat adik-adikku sudah setia duduk menjamu selera. Aku mempercepatkan langkah menuju ke arah mereka. Suara bebelan si mangkuk ayun itu lansung tidakku endahkan.

“Fiq, apa yang kecoh pagi-pagi ni? Dari atas dah dengar suara kamu?”

Datin Zulaikha menoleh. Tiba-tiba si mangkuk ayun itu terdiam. Bukan dek kerana ditegur ibunya, tetapi terkasima melihat adik-adikku yang santai menjamu selera. Aku menarik kerusi duduk berhadapan Alia. Melihatkan wajah lelaki poyo itu yang sudah terpinga-pinga, membuat aku tersenyum nipis.

“What is this mummy? Who are they?”

“Surprise!”

Datin Zulaikha ketawa melihat reaksi anak bujangnya yang sudah berkerut-kerut wajahnya.

“Fiq, sini sayang. Mummy kenalkan, ini semua anak angkat mummy.”

“What? Anak angkat?”

“Ya sayang, yang ini Alia, yang ini Azah, itu Aiman. Ini pula Aida dan yang ini Ain.”

Datin Zulaikha memperkenalkan satu-persatu adik-adikku kepadanya.

“Girls and boy, ini anak mummy. Panggil abang Shafiq ya.”

Serentak itu adik-adikku bangun dan bersalam dengan lelaki itu. Aku mengulum senyum bila melihat dia terpinga-pinga menyambut salam mereka.

“Ha, yang ini, Shafiq pun dah kenalkan?”

Datin Zulaikha tersenyum padaku dan berpaling semula melihat anaknya itu. Si mangkuk ayun itu membuang pandang. Kononnya menyampah sangatlah melihat muka aku ni. Eleh! Kalau aku ni ada pilihan lain, aku pun tak teringin tahu?

“Syah, Fiq, whatever happened between both of you, mummy harap you two boleh berdamai.”

Air kopi yang ku minum hampir tersedak. Nasib baik sempatku telan. Aku berpaling melihatnya. Lelaki itu juga kelihatan terkejut dan matanya membulat.

“Syah come, abang Shafiq sekarang dah jadi abang Syah. So, mari salam.”

Bulat mataku memandang Datin Zulaikha. Abang Shafiq? Yeww! Jari telunjuk ku hala ke muka sendiri. Datin Zulaikha tersenyum manis sambil mengangguk. Mataku beralih pula kepada si mangkuk ayun itu. Dia sudah berpeluk tubuh dan tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. Suka sangatlah tu! Benci betul aku! Kenapa aku kena salam dia? Kenapa aku yang kena beralah? Nampak sangatlah aku sudah tewas di tangannya. Tanpa dibelasah pun, aku boleh kalah jugak ke?

Aku menyeringai sambil mengangkat punggung. Melangkah longlai ke arah si mangkuk ayun itu. Perlahan tangan ku hulur untuk bersalam dengannya. Dia merenungku dan senyuman lebar terukir di bibirnya. Sebal! Aku benar-benar sebal! Dia masih berpeluk tubuh dan membiarkan tanganku itu tidak bersambut. Kalau ikutkan hatiku ini, hendak saja aku menamparnya laju-laju, biar dia rasakan penangan aku pulak. Aku berpaling semula ke wajah Datin Zulaikha. Mengharap pertolongan wanita itu sebenarnya.

“Shafiq!”

Datin Zulaikha mencerlung seperti mengerti anaknya itu sedang mempermainkan aku. Akhirnya, dek teguran Datin Zulikha itu dia beralah dan menyambut huluran tanganku. Aku salam jangan tidak saja. Masih terbayang-bayang diingatanku ini, tangan kasarnya itu menyentuh pipiku sehingga aku jatuh tersungkur.

“Cium tangan!”

Arahnya kepadaku. Jangan harap! Aku tidak akan mencium tangan orang yang telah membelasahku dulu. Aku dah salam dengan hujung jariku ini, kira baiklah tahu? Itu pun sebab aku bagi muka pada Datin Zulaikha. Aku tidak mengendahkan kata-katanya, lalu berpaling dan duduk semula di kerusi. Sempat juga aku mengerling ke wajahnya itu. Renungan matanya yang tajam itu tidakku endahkan. Kerana aku mengerti cara renungannya itu adalah renungan yang geram teramat sangat kerana telah memalukan dirinya. Dia melangkah lalu menarik kerusi duduk di sebelahku. Sebaik melabuhkan punggung, kepalaku dilukunya. Aku tersentak.

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”

“Apa dia? Aku buat apa?”

Dia pura-pura tidak mengerti.

“Kau luku kepala aku tu kenapa?”

“Mana ada! Pandai-pandai aja nak tuduh orang.”

Geramnya aku! Geram betul!

“Enough!”

Suara Datin Zulaikha sedikit keras sehingga aku tidak jadi hendak membuat serangan balas kepada si mangkuk ayun itu. Dia buat muka selamba.

“Sorry mummy.”

Aku bersuara perlahan. Harap-harap Datin tak marah aku. Baru tinggal dua hari di sini dah buat perangai. Maafkan saya Datin. Bukan saya lupa daratan, cuma saya tak boleh tahan bila anak Datin ni nak cari gaduh dengan saya. Kata-kata itu hanya melantun dalam hatiku saja.

“Tak baik bergaduh depan rezeki. Fiq, cuba tunjuk teladan yang baik, supaya adik-adik boleh ikut.”

Padan muka! Aku tersenyum sinis sambil mencapai roti.

“Siap kau! Tahulah aku nak buat apa nanti.”

Dia berbisik di telingaku. Membuat darahku menyerbu ke muka. Tiba-tiba degupan jantungku berdetak laju. Apa hal pulak aku ni? Takut digertakkah? Bukan! Bukan itu rasanya. Wajahnya yang terlalu hampir dengan pipiku dan nafasnya yang hangat menyentuh kulit wajahku, membuat bulu romaku meremang. Aku menarik nafas dalam. Menguyah dengan perlahan. Segala perbualan antara Datin Zulaikha, Shafiq dan adik-adikku sudah tidak masuk ke otak. Aku hanya melayan perasaanku yang sebal dan pelik ini.

Rajuk Sang Hati 19

“Nissa oh Nissa, bangunlah dah petang ni. Kenapalah suka sangat tidur petang-petang? Bangun, bangun.”

PAP! Satu tamparan yang perit singgah di punggungku. Aku buka mata. Mak rupanya. Punggung aku ni dah lali dengan tamparan mak. Aku berkalih, mengiring menghadap mak. Aku lihat mak sibuk menyusun pakaianku.

“Apalah nak jadi dengan kamu ni Nissa, pemalas betul. Baju ni ha, berlonggok-longgok tak bersusun, hissy, naik rimas mak tengok.”

“Kalau rimas tak payahlah tengok mak.”

“Eh, budak ni menjawab pulak. Mak dah tolong susun ni bukan nak ucap terima kasih.”

“Terima kasih mak.”

Aku sengih. Seronok bila mengusik mak aku ni. Berkerut-kerut muka dia menahan geram dengan satu-satunya anak perempuan tunggalnya ini.

“Kamu ni, yang tidur sampai ke petang ni kenapa? Letih ke tak sihat?”

Letih mak. Letih hati. Letih memikirkan kejadian malang hari ini. Sampai aku tertidur sebab letih menangis. Rasa-rasa nak cerita tak dengan mak? Karang mak bagitahu ayah, takut pulak rasanya. Tak cerita kang, tiba-tiba nanti mak terdengar dari mulut orang lain, naya aku.

“Mak..”

“Hmm..”

Aku rasa keberatan pula. Tengok mak tengah asyik susun baju-baju aku, dengan penuh kasih sayang saja gayanya, takut pulak mak terkejut beruk nanti.

“Mak..”

“Apanya? Mak.. mak dari tadi. Nak cakap apa?”

“Hmm.. nak milo.”

“Eh, budak ni, pergi buat sendiri. Jangan nak jadi anak dara pemalas. Bangun dah petang, karang ayah balik tengok kamu berlengkar macam ni lagi biar kena marah.”

“Makkk… orang nak milo yang mak buat. Sedap.”

“Mak sibuk ni.”

“Mak ni rajin ya, patutlah ayah sayang mak.”

“Kalau nak suami sayang kena pandai urus rumahtangga, bukan malas macam kamu ni.”

“Mak ni, orang puji dia bukan nak ucap terima kasih. Kita balik yang kena.”

Mak jeling-jeling geram kat aku. Aku tersengih.

“Yalah, intan payung mak, terima kasih. Dah bangun pergi mandi, sembahyang. Tidur waktu asar, tak elok tahu?”

“Tahu, berapa kali mak nak cakap, dari kecil sampai besar cakap benda yang sama. Orang dah jemulah mak.”

“Tahu pun kamu jemu ya, tapi tak ikut pun. Tidur juga sampai ke asar.”

“Dah terbabas, nak buat macam mana?”

“Jam kan ada, kuncilah. Ini tak, nak tunggu mak pot-pet pot-pet baru nak bangun.”

“Ha, pot-pet pot-pet mak tulah yang best. Jam original.”

“Ada aja jawapan kamu ya?”

Aku tersengih. Hilang terus agenda aku nak bagitahu mak kes di sekolah tadi.

“Mak, atuk buat apa? Dah makan?”

“Dah. Bukan main selera lagi dia hari ni.”

“Mak masak apa?”

“Ulam jantung pisang cicah sambal belacan.”

“Hmm.. memang favorite atuklah tu mak.”

“Tapi mak risaulah juga. Jantung pisang tu sejuk, angin.”

“Yang mak bagi atuk makan tu kenapa?”

“Nissa, kalau dah jadi macam budak kecil merajuk-rajuk nak makan juga macam mana? Mak tak sampai hati tau?”

“Atuk ni pun satu, yang orang tak bagi tulah dia nak makan.”

“Hmm.. nama pun orang tua, sakit pulak tu. Esok ni mak dah tua pun macam tu la juga kot.”

“Eh, bukan sekarang memang mak dah tua ke?”

Mak jeling aku. Aku tersengih lebar.

“Mak muda lagilah!”

Aku tergelak besar. Tak boleh tahan aku tengok muka mak yang dah muncung tu. Mak aku ni kalau pasal melawa memang hebat. Sekali tengok memang rupa mak macam tiga puluhan saja. Walhal dah empat puluh lebih. Dah ada dua anak teruna dan seorang anak dara. Mak memang sangat-sangat menitik beratkan kecantikan luar dan dalamnya. Patutlah ayah setia.

“Tapi betullah mak, kawan-kawan orang pun cakap mak nampak muda. Mula-mula dulu dia orang ingat mak ni kakak orang tau.”

“Ha, tulah gelak lagi. Kan betul mak cakap.”

“Eleh, mak ni cepat perasanlah.”

“Perasan tak perasan, kamu pun belum tentu boleh jaga diri kamu tu macam mak ni tau?”

Aku mencebik. Mak pula tergelak halus melihat aksi aku.

“Dah bangun, pergi sembahyang. Anak dara pemalas.”

PAP! Satu lagi tamparan hinggap di pehaku pula. Mak ni memang sengaja tau. Sambil-sambil bangun boleh pula dia bagi sedas kat aku. Peritnya…

Wasiat Cinta 10

“Tihani, masuk bilik saya sekejap.”

Suara Saiful kedengaran melalui intercom di meja Tihani.

“Baik encik.”

Lambat-lambat dia bangun. Hati mula gundah. Kali ini apa pula silapnya? Pintu diketuk perlahan, terdengar suara Saiful mengarahnya masuk.

“Ada apa encik?”

Tihani tercegat di depan bosnya itu.

“Awak ikut saya lunch ni, kita nak jumpa client.”

Saiful bersuara lembut.

“Err, lunch ni?”

Tihani teragak-agak. Baginya sudah pastilah tak seronok keluar lunch dengan bos yang kepala angin ini.

“Kenapa, tak boleh? Awak ada date ke?”

“Err, tak! Bukan macam tu.”

“Habis macam mana? Kalau tak ada date, bolehlah keluar lunch sekali dengan saya ya? Lagipun client yang kita nak jumpa ni penting.”

“Kenapa saya pulak? Encik Amran kan ada?”

“Amran ada hal, emergency.”

Tihani diam.

“So, bolehlah ya?”

“Hah? Oh.. hmm.”

“Good, awak boleh sambung kerja awak.”

“Okey.”

Dengan longlai Tihani melangkah keluar. Geram sungguh dia dengan encik Saiful yang suka buat keputusan sendiri. Lebih baik tak payah bertanya kepadanya tadi. Wajahnya cemberut.

“Hai, monyok aja ni, kau kenapa? Kena marah lagi ke?”

Soal Nadia teman baiknya sejak lima tahun lalu. Perlahan Tihani menggeleng.

“Aku kena keluar lunch dengan encik Saiful.”

Terangnya dengan nada geram. Geram pada Saiful yang sesuka hati saja memberi arahan begitu.

“Hah? Okeylah tu. Inilah masanya nak kenal hati budi bos kau tu.”

“Hati budi? Pleaselah. Hati budi apanya? Dia ajak aku temankan dia jumpa client. Lecehlah.”

“Apa yang lecehnya? Dah bidang kau memang sentiasa kena jumpa client, macam tak biasa pulak.”

“Memanglah, tapi selalunya hanya aku aja yang pergi jumpa client, kadang-kadang aja pergi dengan encik Amran. Tapi hari ni kena pergi dengan dia, tu yang leceh tu.”

“Ala, anggap aja kau pergi dating dengan dia.”

“Kau jangan mengarut boleh tak? Aku tengah tension ni.”

“Ya Allah, sampai tension tu apa hal? Releks okey, pergi sajalah. Mungkin client tu penting. Mungkin dia nak kau belajar sesuatu ke? Think positivelah babe.”

Tihani mengeluh panjang. Keluar dengan encik Saiful membuat dia kurang selesa. Dia segan, dia tidak mahu. Kalaulah dia berbohong tadi, bukankah bagus? Lagipun dia takut timbul gossip yang dia cuba memikat encik Saiful yang kacak itu. Di dalam pejabat ini saja encik Saiful mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dia sedar siapa dirinya, apa statusnya. Dia sedar itu.