Cintaku 100% kini di pasaran!



Anda boleh membuat pembelian secara online di Penerbitan Kaki Novel atau order terus dengan saya di facebook. Dapat segera okey!

Cintaku 100% 21 (Last N3)

Cassandra memandu dengan tenang. CD ceramah agama dari Ustaz Kazim di dengar dengan teliti. Sesekali dia ketawa dengan jenaka yang diselitkan di dalam ceramah itu. Sejak kebelakangan ini dia amat gemar mendengar ceramah agama dari CD-CD yang memang sengaja dia beli. Pada awalnya dia ingin mencari muzik instrumental yang terkini, entah kenapa dia tertarik hati untuk membeli CD-CD dari tokoh-tokoh penceramah tersohor negara. Itupun dia terdengar perbualan di antara dua orang gadis yang berada di sebelahnya berbual sesama mereka. Dia menangkap setiap butir percakapan mereka dengan cekap bila perbualan itu berkisar tentang agama Islam. Tercuit hatinya ingin membeli bila salah seorang gadis itu memuji tentang ceramah Ustaz Kazim.

Cassandra tersenyum bila mengingati saat pertama kali dia membeli CD-CD agama itu. Gadis penjaga kaunter bayaran berwajah pelik dan merenungnya lama. Mungkin tidak percaya agaknya. Dia hanya menghadiahkan senyuman manis sahaja untuk gadis itu. Jika gadis itu tidak bertanya apa-apa, maka tidak perlulah dia sibuk menjelaskan tujuannya membeli CD-CD itu. Leretan senyum Cassandra tiba-tiba pudar secara perlahan-lahan saat lirikan matanya tertancap pada sebuah masjid yang berada di tepi jalan. Hatinya tiba-tiba tergerak untuk singgah.

Dia masuk ke halaman masjid nan indah itu. Setelah memakirkan keretanya, dia hanya duduk diam di dalam kereta. Cermin tingkap dibukanya untuk mendengar suara azan yang berkumandang. Entah kenapa hatinya berasa sebak secara tiba-tba. Dia berasa sangat sayu dan ingin menitiskan airmata. Cassandra menahan. Pandangan mata ditebarkan melihat suasana sekelilingnya.

Beberapa orang lelaki dan wanita memasuki kawasan masjid. Si lelaki segak berbaju Melayu. Ada yang berseluar, ada yang bersarung sahaja. Si wanita pula sudah memakai jubah sembahyang berwarna putih. Ada yang hanya menyangkutnya di tangan sahaja sambil bergegas-gegas memasuki masjid itu. Entah kenapa perasaan ingin tahunya sangat kuat. Dia ingin melihat secara dekat apa yang ada di dalam masjid itu, apa yang mereka lakukan sehinggakan kelihatan semuanya berjalan dengan pantas tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan lagi. Bagaikan mengejar sesuatu.

Cassandra membuka pintu keretanya dan menapak perlahan sambil tengkuknya dipanjangkan untuk melihat dari luar apa yang ada di dalam masjid itu. Hendak masuk tidak berani pula. Perasaannya lebih kepada ingin mengetahui bagaimana mereka bersembahyang sebenarnya.

“Adik cari siapa?” Tegur satu suara.

Bahu Cassandra sedikit terangkat kerana ditegur dari belakang. Dia menoleh lalu mengukir senyum manis kepada dua orang wanita separuh umur. Lebih kurang sebaya ibunya sahaja. Kedua-duanya memakai kaca mata. Bezanya seorang berbingkai emas dan seorang lagi berbingkai hitam.

Cassandra menghulurkan salam. Mereka menyambutnya bersama senyuman namun mata mereka memandangnya dari atas ke bawah.

“Nak sembahyang ke?” Tanya wanita yang kaca matanya berbingkai hitam itu.

Laju Cassandra menggeleng.

“Bukan, saya bukan orang Islam,” sanggah Cassandra.

Seperti diduga kedua-dua wanita itu terkejut. Mereka saling berpandangan. Kemudian pandangan mereka beralih semula ke arahnya. Mereka memandangnya dengan pelik.

“Habis tu buat apa di sini?” Tanya wanita itu lagi.

“Err, saja nak tengok,” jawab Cassandra gugup.

“Nak tengok?” Soal wanita itu hairan.

Cassandra mengangguk laju.

“Nak tengok apa?” Berkerut wajah wanita itu tidak memahami tujuan Cassandra. Apakah yang ingin dilihat oleh gadis Cina ini sebenarnya?

“Orang sembahyang?” Jawab Cassandra polos.

Kedua-dua wanita itu berkerut kening dan saling berpandangan lagi. Mereka mula curiga pada Cassandra. Sekali lagi batang tubuh Cassandra diperhati dari atas ke bawah oleh kedua-dua wanita itu.

“Nab, jomlah. Kita dah lambat ni,” sungut wanita yang kaca matanya berbingkai emas itu setelah lama berdiam diri.

Wanita yang bernama Nab itu pula mengangguk pantas.

“Jom Ton. Layan budak Cina ni, terlepas Maghrib kita nanti,” gumamnya bersahaja.

Cassandra sedikit tergamam. Dia bergerak ketepi untuk memberi laluan kepada kedua-dua wanita separuh umur yang bernama Nab dan Ton itu. Baginya mereka tidak mesra.

Cassandra menghela nafas perlahan. Bukan salah mereka pun. Dia yang salah tempat. Pastilah orang curiga dengan perbuatannya yang terhendap-hendap itu.

“Amoi!”

Cassandra berpaling bila wanita yang bernama Nab itu memanggilnya. Dia membibit senyum.
“Pergi dari masjid ini sekarang. Kamu tidak boleh berada di sini dengan mendedahkan aurat. Nak masuk masjid kena tutup aurat. Faham?” Arah Nab dengan nada yang agak keras.

Cassandra hanya berkerut tidak memahami maksud wanita yang bernama Nab itu.

“Makcik cakap apa? Aurat?” Tanyanya polos.

“Ya, aurat. Ni pakaian kamu ni tak sesuai berada di masjid. Pergi cepat!” Wanita yang bernama Nab itu berlari-lari anak memasuki masjid semula.

Cassandra merenung pakaiannya. Apa yang tidak kena? Dia hanya memakai blouse berlengan pendek dan berskirt paras lutut. Masih sopan bukan? Apa maksud perempuan itu dengan aurat?

Cassandra merenung ke dalam masjid semula. Suara seorang lelaki yang menggunakan mikrofon kuat bergema dengan bacaan yang dia tidak fahami. Pasti lelaki itu sedang membaca Quran, kitab suci orang Islam.

Cassandra tidak segera pulang. Dia masuk ke dalam keretanya semula dengan tingkap yang terbuka. Dia menghayati alunan merdu suara seorang lelaki yang membaca ayat-ayat yang dia tidak fahami. Sama seperti ceramah agama yang terdapat dalam CD yang dia beli. Ayatnya lebih kurang. Sebutannya, merdunya. Tapi satu pun dia tidak faham.

Perbualan dan pandangan kedua-dua wanita itu tadi menimbulkan rasa tidak enak di benaknya. Tiba-tiba dia berkecil hati. Ditambah pula mendengar alunan suara lelaki itu, semakin sayu hatinya. Akhirnya dia terlelap.





***


Setelah bersalam dengan para jemaah muslim, Hanafi menutup pintu masjid. Sang bayu berhembus deras menyapa kulit wajah. Terasa sedikit dingin menerjah lalu dia menyeluk tangannya ke dalam poket baju melayu. Hanafi mendongak ke langit yang gelap pekat. Tiada berbintang. Mungkinkah hujan akan menyimbah bumi malam ini? Dia tidak tahu. Kadang-kadang angin saja yang kuat tetapi hujan tidak jadi. Dia berdoa semoga Allah turunkan rahmatnya malam ini dan membuat seisi alam bergembira dengan kurniaanNya.

Hanafi melirik jam di tangan. Dia tidak boleh pulang lewat kerana Soleha keseorangan di rumah dan masih kurang sihat. Dia menjadi imam malam ini pun kerana menggantikan imam tetap yang sedang demam. Walaupun berjemaah di masjid lebih afdal dari bersolat sendirian di rumah namun dia lebih rela berada di sisi isterinya. Bimbang benar dengan kesihatan Soleha yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Dia menapak ke ruangan parkir di kawasan masjid itu. Sedikit berkerut dahinya bila terpandang sebuah kereta BMW tersadai selang beberapa langkah dari keretanya. Setahunya, dia adalah orang terakhir yang berada di sini.

Hanafi berasa tidak sedap hati lalu merapati kereta yang terbuka tingkapnya itu. Dia tersentak sedikit bila menatap wajah seorang gadis yang pulas lena. Dia kenal gadis itu. Cassandra. Apa yang dia buat di sini?

“Cik Cassandra? Cik Cassandra?” Hanafi mengetuk perlahan pintu kereta agar Cassandra tersedar dari lenanya.

Cassandra terpisat-pisat sambil menenyeh matanya beberapa kali. Dia mengecilkan matanya sambil merenung Hanafi. Terkebil-kebil sambil keningnya berkedut. Ternyata Cassandra masih mamai.

Hanafi tersenyum manis.

“Cik Cassandra, mengapa tidur di sini?” Soalnya lembut.

Bila mendengar suara lembut Hanafi itu barulah Cassandra tersedar dari mamainya. Dia tersipu.

“Kereta rosak ke?” Tanya Hanafi lagi.

Bimbang juga dia malam-malam begini hanya berduaan dengan Cassandra. Jika kereta Cassandra rosak, dia ingin segera memanggil mekanik agar dapat membaikinya secepat mungkin. Tidak mahu dia menemani gadis itu di sini, di kawasan masjid pula tu. Tanggungjawabnya yang menanti di rumah itu sepatutnya dia dahulukan.

“Eh, tak ustaz. Saya keletihan dan tertidur di sini. Maaflah,” nafi Cassandra.

“Oh ye ke, kalau begitu cik Cassandra segeralah pulang. Bimbang nanti orang tua cik Cassandra risau pula,” arah Hanafi.

Ada sayu mula menusuk di hati Cassandra mendengar arahan Hanafi itu. Ayahnya, pernahkah risau akan dirinya? Langsung tidak. Cassandra hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum hambar.

Setelah membalas ala kadar senyuman Cassandra itu, Hanafi mula mengatur tapak menuju ke keretanya.

“Tunggu dulu ustaz!” Laung Cassandra.

Langkah Hanafi terhenti. Dia berpaling ke belakang. Nampaknya Cassandra sudah keluar dari keretanya. Hanafi mula tidak sedap hati. Dia memandang sekeliling. Debarannya bukan kepalang. Dia takutkan fitnah. Dia takutkan kemurkaan Allah. Hanafi melihat Cassandra mula mengatur langkah menuju ke arahnya.

“Stop! Berhenti di situ cik Cassandra,” arah Hanafi tegas.

Langkah Cassandra terhenti serta-merta. Dia berasa pelik. Apa yang tidak kena?

“Kenapa ustaz?” Tanyanya.

“Cukup di situ saja. Bimbang timbul fitnah nanti,” terang Hanafi.

“Fitnah? Siapa yang mahu membuat fitnah sedangkan tiada sesiapa pun di sini?” Soal Cassandra lagi. Hairan sungguh dia.

“Iblis laknatullah ada. Dialah kejahatan yang nyata,” terang Hanafi lalu beristighfar beberapa kali di dalam hati.

Gementar sungguh dia. Semoga Allah teguhkan imannya. Dia merenung Cassandra semula. Gadis itu masih berkerut kening tidak memahami.

“Ada apa cik Cassandra memanggil saya?” Tanya Hanafi tegas. Dia tidak mahu berbasa-basi lagi. Dia harus segera pergi dari situ.

“Saya cuma nak tanya sikit…,” suara Cassandra melirih.

“Apa dia?” Hanafi memandang serius.

“Aurat tu apa?”

Hanafi mengangkat keningnya. Terdiam seketika. Kemudian dia tersenyum mesra.

“Kenapa?”

“Tadi ada seorang makcik menyuruh saya segera pergi dari masjid ini kerana saya tidak tutup aurat. Dia tidak benarkan saya berada di kawasan masjid ini,” niat Cassandra bukanlah untuk mengadu-domba, tetapi dia perlu tahu apakah maksud kata-kata wanita itu tadi.

Hanafi tersenyum. Fahamlah dia kini mengapa Cassandra bertanya soalan itu memandangkan gadis itu hanya memakai blouse berlengan pendek dan berskirt paras lutut. Hanafi segera mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“Aurat tu apa ustaz? Kalau urat saya tahulah,” Cassandra tersenyum manis membuat Hanafi tergelak kecil.

Lalu tanpa berlengah Hanafi menerangkan tentang aurat secara ringkas tetapi jelas dan padat. Kelihatan Cassandra terangguk-angguk menandakan dia memahami apa yang diterangkan oleh Hanafi itu. Barulah dia faham kini apa yang dimaksudkan oleh wanita yang bernama Nab itu tadi.

“Err, ustaz ada satu lagi soalan. Boleh ke?”

“Boleh apa salahnya.”

“Tadi saya mendengar suara seorang lelaki yang sangat sedap membaca ayat-ayat yang saya tidak faham. Adakah itu ayat Quran, ustaz?” Tanya Cassandra tanpa berselindung. Dia perlu tahu.
“Subhanallah… ya, itu ayat-ayat suci al-Quran,” jawab Hanafi dengan lembut.

“Siapakah lelaki yang membaca ayat-ayat itu? Ustaz kenal?” Tanya Cassandra bersungguh.

Hanafi sedikit tersentak.
“Kenapa?”

“Suaranya sungguh merdu dan sedap didengar. Bila dia membaca ayat-ayat itu, saya rasa seperti hendak menangis. So touching,” tutur Cassandra tanpa segan silu.

“Subhanallah... hanya Dia yang Maha Mengetahui. Erm, sudah lewat ni cik Cassandra, pulanglah. Tak manis kita berbual di sini,” tegur Hanafi tanpa memberitahu perkara sebenar bahawalah dia si qari itu.

Cassandra mengerti. Orang yang kuat beragama seperti Ustaz Hanafi ini pastilah ingin menjaga imej baiknya. Dia akur, walaupun ada sedikit ralat di hatinya kerana soalan terakhirnya tadi tidak dijawab secara tepat. Setelah berpamitan, perlahan dia mengatur langkah menuju ke keretanya.




Cintaku 100% 20

“Mei Hua! Mei Hua!” Laung Patrick Lau memanggil nama isterinya. Melilau matanya mencari kelibat Nyonya Mei Hua.

“Oii, wa di sinilah!” Sayup-sayup suara itu kedengaran dari arah belakang rumah.

Patrick Lau menapak laju. Tidak lain tidak bukan isterinya itu sedang membelek bunga-bunga tanamannya.

“Lu apa bikin panas-panas begini? Masuk!” Arah Patrick Lau kasar.

“Haiyaa… mana ada panas, sekarang sudah petang. Bukan lu tak tau wa memang ada di sini setiap petang,” tukas Nyonya Mei Hua.

“Masuk! Bikin air sama wa,” arah Patrick Lau tegas.

“Suruh bibiklah, wa sibuk,” jawab Nyonya Mei Hua sambil lewa.

“Eh, lu isteri wa tau, tugas lu layan wa!” Marah Patrick Lau.

Sudahlah hatinya panas dibuat Cassandra, bila balik rumah tidak dilayan oleh isterinya pula. Hati yang membara bertambah marak jadinya.

“Oh, isterikah?” Nyonya Mei Hua tergelak sinis.

“Masih ingat wa isteri lu kah? Ingatkan sudah lupa siapa wa,” sindir Nyonya Mei Hua bersahaja.

“Lu jangan bikin wa punya darah panas tau!” Patrick Lau memberi amaran.

Nyonya Mei Hua tidak mahu meneruskan perbalahan antara dia dan suaminya lalu segera masuk menyediakan minuman untuk Patrick Lau. Dia tahu tiada gunanya bertikam lidah dengan lelaki yang panas baran seperti Patrick Lau itu.

“Wa mahu tanya lu sesuatu. Lu mesti jujur sama wa tau?” Kata Patrick Lau sebaik melabuhkan punggungnya.

Nyonya Mei Hua tidak menyahut atau memberi sebarang reaksi. Dia hanya meletakkan jus oren di atas meja.

“Lu dengar tak apa wa cakap?!” Patrick Lau menyergah Nyonya Mei Hua saat melihat isterinya itu tidak memberi sebarang reaksi malah berkira-kira hendak melangkah meninggalkannya termangu sendirian.

“Haiyaa… boleh tak lu jangan tengking-tengking wa? Mahu wa mati cepatkah?” Nyonya Mei Hua mengurut perlahan dadanya kerana disergah tiba-tiba.

Patrick Lau tidak mengendahkan kata-kata isterinya itu. Dia merengus kasar.

“Lu tau anak lu bersama siapa sekarang?” Soal Patrick Lau keras.

Matanya tunak ke wajah Nyonya Mei Hua.

“Hah?” Nyonya Mei Hua terpinga.

“Lu tahukah Cassandra anak kesayangan lu itu berkawan sama siapa sekarang?” Patrick Lau menekan sedikit suaranya dan mengulangi soalannya semula.

“Sama siapa?” Tanya Nyonya Mei Hua kembali. Pelik pula soalan suaminya ini.

“Lelaki Melayu. Dia bercinta sama lelaki Melayu!” Bentak Patrick Lau geram. Terasa darahnya menyirap ke muka.

“Apa salahnya?”

“Tidak salah lu bilang? Eh, wa tidak suka tau! Lelaki itu sudah tentu beragama Islam.”

Nyonya Mei Hua terdiam seketika. Sedikit terkejut dengan berita itu. Namun sebagai ibu dia yakin dan percaya dengan pilihan hati Cassandra.

“Wa sudah suruh budak wa pergi siasat siapa lelaki itu,” sambung Patrick Lau bila melihat isterinya terdiam. Suaranya juga mula mengendur.

“Haiyaa… biarlah sama dia. Asalkan dia pandai jaga diri sudahlah. Kita tak perlu masuk campurlah,” tukas Nyonya Mei Hua.

“He’s married…,” ujar Patrick Lau perlahan seolah-olah bercakap dengan dirinya saja. Namun kata-katanya itu dapat didengar oleh Nyonya Mei Hua.

“Lu bilang apa?” Soal Nyonya Mei Hua tidak berpuas hati.

Patrick Lau merenung Nyonya Mei Hua. Pasti isterinya kecewa bila mendapat tahu akan hal ini. Dia juga turut merasakannya bila mula-mula Jimmy Yap menghantarkan laporan siasatannya pagi tadi.

“Lu bilang apa tadi?” Nyonya Mei Hua mengulang soalan yang sama dengan nada sedikit keras.

“Lelaki itu sudah berkahwin!”

Membulat mata Nyonya Mei Hua mendengarnya. Cassandra bercinta dengan suami orang? Tidak mungkin! Dia kenal sangat siapa Cassandra. Dia hadam benar dengan prinsip hidup anaknya itu. Cassandra tidak akan sekali-kali menganggu rumahtangga orang.

“Anak kesayangan lu itu sudah menjadi seorang perampas! Kacau rumahtangga orang lain!” Bentak Patrik Lau geram.

Geram dengan sikap degil anaknya itu. Sudahlah menolak untuk mewarisi perniagaannya, bercinta pula dengan lelaki Melayu yang terang-terang beragama Islam. Dia tidak suka!

“Tipulah! Cassandra tidak begitu. Lu jangan fikir bukan-bukanlah,” nafi Nyonya Mei Hua. Dia tidak percaya Cassandra bercinta dengan suami orang.

Patrick Lau tersenyum sinis.

“Suatu hari dia pasti mengikuti agama lelaki itu kerana mahu berkahwin. Lu tengoklah nanti. Itu jam, lu jangan menangis-nangis depan wa tau!”

“Lu tak baik tuduh anak kita begitu. Lu ada buktikah?” Marah Nyonya Mei Hua.

“Wa sedang kumpul bukti. Nanti wa kasi tahu sama lu.”

“Haiyaa… wa tidak percayalah,” Nyonya Mei Hua mengurut-ngurut dadanya. Perkhabaran ini benar-benar menyesakkan nafasnya.

“Lu dengar sini, wa mahu lu awasi anak kesayangan lu itu, faham?” Arah Patrick Lau dengan tegas.

“Haiyaa… bukan senanglah. Dia sudah tidak tinggal sama kita. Ini semua lu punya pasal!” Marah Nyonya Mei Hua lagi.

“Salah wa? Lu punya anak yang degil dan kurang ajar tau?” Sanggah Patrick Lau pula.

“Lu sudah pukul sama dia. Lu sangat kejam taukah? Anak kita cuma satu orang saja tau. Apa salahnya lu ikut saja kemahuan dia? Lagi lu keras, lagilah dia degil. Semua ikut lu punya perangai. Sekarang apa sudah jadi? Dia sudah tinggalkan rumah ini, tinggalkan wa. Wa sangat sunyi. Lu apa tau? Lu buat rumah ini macam hotel saja. Langsung lu tak peduli sama wa. Wa sangat sakit hati lu tau kah?” Nyonya Mei Hua menangis sambil melepaskan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Baginya Patrick Lau perlu disedarkan dari kesilapannya.

Patrick Lau terdiam mendengar curahan perasaan isterinya itu. Apa benar selama ini terlalu banyak kesalahannya? Dia berniaga, bukannya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain. Dia mengumpul harta demi kesenangan anak dan isterinya.

“Eh, wa cari duit tau? Kasi lu anak-beranak senang. Ada harta,” kata Patrick Lau cuba mempertahankan kebenaran.

“Apa guna harta kalau kita semua kurang kasih sayang hah? Apa guna duit banyak tapi hari-hari hidup sunyi? Wa tidak salahkan Cassandra memilih seni dalam hidup dia. Sekurang-kurangnya wa tau dia sangat gembira dengan apa yang dia pilih.”

“Sampai bila?”

“Lu jangan pandang rendah dengan bakat anak kita tau!” Bentak Nyonya Mei Hua lalu bangun dan melangkah kasar.

Geram dengan sikap bangga diri suaminya itu. Dia tidak mahu bertikam lidah lagi. Baginya tiada guna bercakap dengan manusia yang suka mementingkan diri seperti Patrick Lau itu.

“Oii, wa belum habis lagi!” Patrick Lau bercekak pinggang sambil membentak geram.
Geram dengan sikap isterinya yang tidak menghormati dirinya sebagai suami. Dia merengus kasar. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar. Mendail nombor Jimmy Yap.

“Hello, uncle?”

“Watch them!” Talian itu dimatikan segera. Dia tersenyum sinis.

Rajuk Sang Hati 11

Sebaik selesai mesyuarat bersama kakitangan jabatanku, aku kembali ke ruangan kerjaku semula. Aku mengeluh bila melihat timbunan dokumen yang masih belum berusik. Sempatkah aku siapkan sebelum mengambil cuti panjang nanti? Telefon bimbitku berbunyi. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Siapa agaknya? Dengan rasa ingin tahu, aku terus mencapai telefonku itu.

“Hello,”

“Assalamualaikum?”

“Walaikumusalam, siapa ni?”

“Apa khabar Qairunissa?”

Aku terdiam. Mendengar alunan suara garau di hujung talian membuat jantungku berdebar tidak semena-mena. Diakah?

“Khabar baik. Siapa ni?” Tanyaku sekali lagi untuk kepastian. Aku rasa itu dia.

“Seseorang yang dikenali dulu-dulu,” katanya masih bermain tarik tali. Semakin jelas siapa dia yang sebenarnya. Masih tidak berubah!

“Ramai yang saya kenal, masalahnya saya tak ingat siapa,” sindirku.

“Ya, memang betul. Awak memang ramai yang berkenan,” bidasnya pula.

“Macam nilah, saya sibuk sekarang. Kalau tujuan awak untuk mengarut, maaf saya tak ada masa untuk itu. Saya harap selepas ini awak….”

“Saya irfan,” katanya memotong kata-kataku. Aku kelu. Walaupun aku sudah dapat mengagak dialah orangnya dari mula tadi, tapi sebaik sebaris nama itu kudengar, entah kenapa aku jadi kelu.

“Qairunnisa?”

Aku menelan air liur. Berdebar tak usah dikata. Bagai dipalu-palu rentak jantungku ini. Ya Allah, dugaan apa ini? Kenapa dia muncul sekarang? Dan… kenapa dengan hati aku ni?

“Are you still there Qairunnisa?”

Aku berdeham. “Ya.”

“Terkejut?”

“Mana awak dapat nombor saya ni?” Tanpa menjawab soalannya, aku menyoalnya semula.

Dia tergelak kecil. “Hendak seribu daya….”

“So, ada yang boleh saya bantu?”

“Saya nak jumpa awak?”

Mak! Jumpa dia? Isy..

“Kenapa?”

“Ada hal sikit.”

“Cakap di sini sajalah.”

“Tak sesuai. Kita jumpa?”

“Err… saya rasa tak boleh kot,” tolakku lembut.

“Kenapa? Takut boyfriend marah?”

“Lebih kurang begitu,” ujarku. Selebihnya aku belum cukup kuat untuk berjumpa dengannya. Cukuplah sekali di rumah Hisyam tempoh hari.

“Saya bukan nak buat apa-apa pun. Kita jumpa tempat yang open, yang ramai orang. Boleh?”

Aku diam. Alahai, macam mana ni?

“Boleh ke tak boleh?”

“Maaf, tak boleh.”

Dia diam di talian. Marah ke pula?

“Tak apalah, maybe next time?”

“Maybe not.”

Terdengar keluhannya. “Janganlah begitu, saya berharap sangat ni.”

“Maaf, tetap tak boleh.”

“Tapi saya ada sesuatu nak bincang dengan awak Qairunissa.”

“Encik Irfan, saya rasa kita tidak pernah berhutang, berjanji apa-apa atau membuat urusan rasmi. Jadi saya rasa tidak perlu untuk saya berjumpa dengan encik Irfan jika di antara kita tiada apa untuk berurusan. Tapi jika saya terlupa sesuatu, encik Irfan boleh berterus terang saja di sini, saya dengar.”

Irfan diam. Lama.

Aku turut diam sambil mata tekun memerhati jarum jam yang berputar. Hmm, lima minit sudah berlalu. Okay, time’s up!

“Encik irfan, saya kena letak ni.”

Dia masih diam. Aik? Pengsan ke pula?

“Hello? Encik Irfan? I have to go. Assalamualaikum,”

“Wait!”

“Ya?”

“Memang saya tak ada peluang lagi?” Mendengar soalannya itu, aku berdebar semula. Alahai jantung aku ni…

“Maksud encik irfan?”

“Hisyam dah bertunang, jadi peluang untuk saya masih terbuka, kan?”

“Dah terlambat.”

“Maksud awak?”

“Saya juga dah bertunang encik Irfan,” jawabku tenang. Akhirnya…

Dia diam lagi. Terkejut agaknya.

“Dengan siapa?”

“Maaf, saya kena letak ni. Assalamualaikum,” tanpa menjawab soalannya terus aku memutuskan taliannya. Telefon bimbit aku campak ke atas meja. Sedikit menggeletar tanganku. Kenapa begini? Kenapa kau muncul di saat ini irfan? Dan… kenapa aku seolah-olah keliru? Masih adakah rasa untuk lelaki itu? Mustahil…



Cintaku 100% 19

“Abang, Leha tak tahanlah, sakit…,” rintih Soleha sayu bila Hanafi mengingatkannya tentang rawatan radioterapi yang harus dia hadiri hari ini.

“Leha, rawatan ni kan penting. Ada dua sesi saja lagi yang tinggal. Sabar ya?” Pujuk Hanafi lembut.

“Tak sanggup bang, sakit sangat.”

“Abang tahu, tapi Leha nak sembuhkan?” Hanafi terus memujuk dengan lembut.

“Abang tahu Leha tak akan sembuhkan? Jadi biarkanlah saja Leha habiskan sisa-sisa hidup Leha ni,” tukas Soleha.

“Janganlah cakap macam tu sayang. Sekurang-kurangnya kita berusaha, kan? Jangan mudah putus asa. Setiap penyakit ada penawarnya. Selebihnya kita berserah pada Allah. Dia yang memberi penyakit ni dan Dia juga yang akan menyembuhkannya.”

Hanafi mengatur nafas. Perbualannya dengan Soleha pagi tadi mengundang sebak. Dia tahu penderitaan Soleha saban hari. Sakitnya, peritnya, semua dia saksikan sendiri. Andainya boleh beralih sakit itu kepadanya sudah lama dia menerimanya. Dia tidak pernah menyalahkan takdir, apa yang tertulis untuk isteri dan dirinya dia terima dengan reda.

Hanafi merenung lembut wajah kesayangannya itu yang sedang diulit lena. Terlalu lemah dan lesu wajah itu. Hanafi membelai lembut ubun-ubun Soleha. Perlahan bibirnya diturunkan ke dahi isterinya itu lalu mengucup lembut penuh kasih. Benar, kasihnya pada Soleha tidak boleh disukat. Tidak boleh dijual beli. Dia tahu wanita sebaik Soleha hanya datang sekali sahaja dalam hidupnya. Tiada dua, tiada tiga. Hanya Soleha saja ratu di hatinya. Dia memejamkan matanya.

‘Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, berilah kekuatan kepada isteriku untuk menghadapi kesukaran ini. Berilah ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuknya demi meniti hari-hari dukanya. Aku mohon ya Rabb, berilah kesembuhan serta penawar padanya, kerana aku tahu hanya Engkau yang mengetahui atas segala-galanya dan Engkaulah penyembuh segala kedukaan,’ Hanafi merintih di dalam hati. Dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi namun secara jujurnya dia belum bersedia. Langsung tidak!

“Abang….”

Hanafi membuka kelopak matanya perlahan. Suara lemah itu tidak disahutnya. Hanya senyuman manis sebagai menyapa. Biar tenang hati Soleha melihat kuntum senyumnya. Ternyata senyuman ikhlas dari lubuk hati itu dibalas mesra isteri tercinta. Jemari Soleha digapai lalu dibawa ke bibirnya. Kucupan lembut dan hangat itu mampu membuat senyuman Soleha semakin manis.

“Dah lama ke Leha tidur bang?” Tanya Soleha perlahan.

“Ya, abang risau.”

“Abang ni, macam tak biasa pulak. Bukan ke selalunya setiap kali Leha habis treatment Leha akan tidur lama?” Soal Soleha sambil tergelak kecil.

“Abang tahu, cuma abang takut sikit.”

“Abang takut Leha tak bangun-bangun?” Soal Soleha menduga. Tepat merenung bola mata suaminya.

Hanafi mengangguk lemah.

“Abang belum bersedia Leha,” rintihnya perlahan.

Ada getar pada alunan suaranya. Terasa jemari Soleha menggenggam lemah jemarinya.

“Abang harus bersedia mulai sekarang. Leha akan pergi bila-bila masa aja bang,” serentak itu telunjuk Hanafi menyentuh bibir kering Soleha. Dia menggeleng perlahan. Terasa sebak dengan kata-kata Soleha itu. Sungguh, tika ini dia tidak mampu untuk bersuara.

“Abang tahukan, Leha tak mungkin sembuh lagi? Penyakit ni sudah berakar, sudah menjalar dalam badan Leha ni. Leha tak mampu lagi bang. Leha tak tahan. Sudah tak tertanggung dek badan Leha ni. Leha tahu waktu itu akan tiba. Jadi Leha nak abang bersedia dari sekarang. Jangan kerap sangat mendampingi Leha bang. Nanti abang akan terluka teruk.”

Akhirnya gugur jua airmata lelakinya. Dia terpaksa menelan kata-kata pilu Soleha itu.

“Kalau abang tak temankan Leha, siapa lagi sayang? Biarlah abang berada di sisi Leha selagi boleh ya?” Serak suaranya disertai sebak yang mengapung di dada.

“Abang, Leha tak apa-apa. Selagi Leha maintain makan ubat, Leha akan okey. Cuma Leha tak nak abang tertekan kerana nak jaga Leha ni. Abang ada kehidupan abang juga, kan?”

“Kehidupan abang adalah Leha. Abang tak pernah rasa tertekan, tak pernah rasa susah jaga Leha, sayang. Abang rasa bertuah dapat menemani dan melayan Leha,” ujar Hanafi. Nada suaranya bergetar.

“Yang bertuah tu Leha bang, dapat suami sebaik abang yang sanggup melayan kerenah orang sakit macam Leha ni, dapat temankan Leha di saat-saat begini. Leha yang patut bersyukur dengan rahmat Allah ni. Cuma…”

“Cuma apa sayang?” Hanafi segera memotong kata-kata Soleha itu.

“Leha tak sanggup nak susahkan abang. Leha tak sanggup nak tengok abang sedih,” tutur Soleha. Dia sebak.

“Bukan ke abang dah cakap tadi, Leha tak pernah susahkan abang?”

“Tapi, sepatutnya Leha yang menjaga abang, uruskan rumahtangga kita, ni kira dah terbalik pulak.”

“Abang faham keadaan Leha. Hal rumahtangga kita Leha tak payah nak pening-pening memikirkannya. Abang tak pernah bersungut pun, kan? Lagipun, dah memang tanggungjawab abang, kan sayang?”

Soleha menghapus lembut sisa-sisa jernih yang berada di tubir mata suaminya. Remuknya hati melihat tangisan itu hanya Allah saja yang tahu. Dia ingin mengucup pipi suaminya namun kudratnya menghalang untuk dia bergerak. Keadaannya tidak ubah seperti orang yang lumpuh. Walaupun tubuhnya dapat bergerak sedikit, tetapi terlalu lemah sehingga hendak mengangkat tangan untuk mengelap sisa airmata suaminya pun dia menggigil tiada daya.

“Abang kahwin lain ya? Leha izinkan,” bibirnya mengelopak senyum. Cuba memancing reaksi Hanafi.

Ternyata suaminya itu terkejut. Senyumannya dibalas renungan yang agak tajam.

“Apa Leha cakap ni?” Dahi Hanafi berkerut.

“Leha nak ada orang yang jaga abang. Leha tak mampu bang,” jelas Soleha.

“Abang boleh jaga diri sendiri!” Bentak Hanafi sedikit keras.

Dia tidak suka persoalan itu dibangkitkan. Di hatinya tiada ruang lagi untuk diisi dengan nama perempuan lain. Hanya Soleha yang bertakhta di hatinya.

“Abang, maafkan Leha. Janganlah marah. Leha cuma nak yang terbaik untuk abang itu aja,” pujuk Soleha semula setelah melihat muka masam Hanafi. Rasa bersalah pula kerana menjentik emosi suaminya itu.

“Lehalah yang terbaik sayang,” suara Hanafi kembali mengendur.

Kesal dengan sikapnya tidak dapat dikawal sebentar tadi. Dia sepatutnya membahagiakan Soleha bukannya melukakan hati isterinya itu. Jemari Soleha diusap lembut sambil menghadiahkan sekuntum senyuman madu.

Soleha menghela nafas perlahan. Walaupun sedikit ralat dengan tingkah Hanafi sebentar tadi namun jauh di sudut hati, dia terharu. Dia kembali memejamkan matanya dengan harapan Hanafi berfikir sejenak dengan cadangannya tadi.




Cintaku 100% 18 (Melankolik Cinta Cassandra)

Patrick Lau menghempas sampul surat berwarna coklat ke atas mejanya. Terkeluar sedikit kepingan-kepingan gambar yang telah membuat hatinya membara. Gambar Cassandra bersama dengan seorang lelaki Melayu sedang berbual-bual di kedai mamak. Kedai mamak? Cassandra kesayangannya hanya menjamu selera di kedai mamak? Itu sudah menjatuhkan air mukanya!

Tidak pernah dia membawa anaknya itu makan di tempat-tempat murah dan kotor seperti itu. Layaknya Cassandra makan di restoran eksklusif sahaja. Sebut saja hotel mana di Kuala Lumpur ini yang tidak pernah dijejaki? Tetapi dari reaksi Cassandra yang dilihatnya, seperti tidak kisah saja. Sepertinya sudah biasa. Tergamak sungguh Cassandra menjatuhkan air mukanya. Jika dilihatlah oleh rakan-rakannya bahawa anak gadisnya makan di tempat yang tiada kelas itu, di manakah hendak dia letakkan mukanya? Memang Cassandra sengaja membuat hatinya panas!

“Who is he?” Soal Patrick Lau memanah tajam ke arah Jimmy Yap.

Jimmy Yap menjungkit bahu dengan soalan keras Patrick Lau itu. Dia juga agak marah bila melihat dari jauh aksi mesra Cassandra dengan seorang lelaki Melayu semalam. Dia cemburu. Siapakah lelaki itu? Adakah teman lelaki baru Cassandra? Patutlah Cassandra tidak pedulikannya lagi. Rupa-rupanya sudah ada pengganti.

“I think I should take her home,” kata Patrick Lau setelah berfikir sejenak.

“That’s impossible, uncle. You should know your daughter better and not easy to handle her right? It’s going to be complicated and she’ll definitely rebel once forced back to you,” sanggah Jimmy Yap.

Dia kenal benar dengan Cassandra. Gadis itu akan memberontak jika dipaksa-paksa.

“That’s right. She damn stubborn!” Rengus Patrick Lau sambil mengetap kuat giginya kerana geram.

Lalu terimbas semula detik-detik pertengkaran antara dia dan Cassandra sehingga anaknya itu mengambil keputusan untuk menjauhi dirinya.

“So, what should we do then?” Tanya Jimmy Yap bila melihat Patrick Lau bagaikan sedang mengelamun.

Patrick Lau tersentak lalu membetulkan duduknya.

“Let her be. Just watch and make sure no stupid things caused Jimmy,” katanya memberi amaran.

“I will,” Jimmy Yap mengangguk tenang.

“And do inform every single thing immediately as always. Do you got me?” Arah Patrick Lau lagi. Dia mencari wajah Jimmy Yap.

“Sure uncle, don’t worry,” jawab Jimmy Yap tersenyum megah.

Besar tanggungjawab yang dipikul, besar juga harapan Jimmy Yap untuk memenangi hati Patrick Lau. Dia tahu Patrick Lau amat mempercayai dirinya. Maka amat mudah untuk dia menjadi menantu Patrick Lau nanti. Dalam keasyikan Cassandra dengan dunia seninya, sudah tentu gadis itu tidak berminat mewarisi empayar perniagaan ayahnya, oleh itu dengan mudahlah dia mengaut kesemuanya.

Jimmy Yap tersenyum lebar dengan angannya itu. Dia akan pastikan Cassandra menjadi miliknya. Maka dengan itu, segala impiannya untuk menjadi kaya dan ternama akan tercapai.

Bagi Patrick Lau pula dia bimbang Cassandra akan terpengaruh dengan lelaki Melayu itu. Dengan cara kehidupan dan anutan lelaki itu. Dari kecil hingga besar dia cuba untuk mendidik Cassandra mengikuti kepercayaannya. Begitu juga dengan isterinya. Benarlah menjaga anak gadis seorang lebih sukar dari menjaga lembu sekandang. Setelah meningkat dewasa Cassandra sudah pandai menilai sendiri dan sering memberontak. Akhirnya dia memilih untuk tidak mempercayai mana-mana agama sekalipun. Patrick Lau akur dan menghormati keputusan anaknya itu. Sekurang-kurangnya Cassandra berlaku adil pada dia dan isterinya.


***


“Babe, let’s clubbing? It’s been a long time right?” Ajak Christina sambil merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk Cassandra.

“Sorry, I’m not in the mood,” tolak Cassandra lembut.

“Come on, everybody missed you,” pujuk Christina lagi.

“Chris, I’d like to share something. I felt one kind lately and I don’t know what and why? Somethings bothering my mind and I’ve no idea what is like and where it came from,” jelas Cassandra yang turut sama merebahkan tubuhnya di sebelah Christina. Dia berharap sangat Christina memahaminya.

“Whoaa! It’s sounds serious,” kata Christina.

Dari baring terus dia duduk dan menghadap muka Cassandra.

“Indeed. I felt I’m lost, I’m lonely. You got what I mean?” Soal Cassandra kembali bersama keluhan berat. Terkebil-kebil matanya merenung siling.

“Well, that’s weird. How could you felt so and when it started?” Tanya Christina yang mula menunjukkan minatnya.

“It’s been a month,” jawab Cassandra.

Dia mengalih renungannya ke wajah Christina pula.

“And you didn’t tell me?” Soal Christina sedikit rajuk.

Masakan tidak, di antara mereka tiada rahsia, hubungan mereka sangat akrab, sedikit sebanyak tercuit juga hati kecil Christina kerana lewat mengetahui masalah sahabatnya. Terasa dirinya tidak diperlukan.

“I’ve no idea how to explain and I’m confused. I can’t even figure out what’s happening to me after all. I’m sorry Chris. Doesn’t mean to hide anything. It’s just… I don’t know how to explain. I’m sorry,” pujuk Cassandra. Rasa bersalah mula menyelinap ke kalbunya.

“Hmm, that’s you, you know that? So, this is the reason not to having fun out there, isn’t it?” Tebak Christina bersahaja.

Cassandra mengangguk lemah. Memang itulah salah satu alasannya. Selebihnya dia sendiri yang tidak mahu pergi ke tempat-tempat begitu lagi. Dia jelak. Dia tidak nampak di manakah faedahnya jika pergi ke tempat-tempat seperti itu. Apa yang dia nampak banyak buruk dari baiknya. Kini baru dia sedar akan kesilapannya dulu kerana terlalu mengikut hawa nafsu dan darah muda semata-mata.

“Erm, have you find a way to solve this matter?” Soal Christina lagi setelah melihat Cassandra termenung. Wajah temannya itu kelihatan murung.

“I hardly tried and I met someone. A married couple actually,” terang Cassandra sambil tersenyum.
Wajahnya yang mendung tadi kembali ceria. Walaupun dia tahu masalahnya belum lagi selesai namun bila teringatkan Hanafi dan Soleha, moodnya berubah. Dia sukakan mereka.

“Who are they?” Tanya Christina kehairanan.

“Muslim Malay couple,” Cassandra menjawab selamba. Ada senyum tipis terukir di bibir.

“Islam?” Christina tersenyum sumbing.

“Islam is a terror. Whose gonna believe them?” Herdik Christina sambil ketawa sinis.

“Every Muslim believed and has faith on their religion, belief and thoughts. And that’s the reason they’re strong,” ujar Cassandra cuba membidas kata-kata Christina itu. Sakit hati kerana diketawakan oleh Christina.

Christina ketawa lagi. Cassandra yang tidak percaya pada mana-mana agama itu bercakap tentang Islam? Islam yang dikenali sebagai agama yang rumit dan ekstrim? Dia benar-benar tidak percaya!

“Why you laughing? It’s not funny okay,” tanya Cassandra geram sambil menjeling Christina. Gadis itu seolah-olah cuba memperlekehkan ceritanya.

“Of course it’s funny! Cassandra, a freethinker talks about Islam? Who’s poisoning your mind my dear friend? The Malay couple?” Soal Christina lagi sambil mengangkat keningnya. Bibirnya masih tersenyum sinis.

“It’s not like you think Chris. I just want to know what I got from them. The way they toughts and solve their matters. You know what, I felt different whenever we chat. Somethings new. Some kind of freedom, peaceful mind, fresh and… the new me!”

“Proven! You’re odd and weird,” Christina menggelengkan kepala.

Kura tangannya segera mendarat ke dahi Cassandra, manalah tahu demam tiba-tiba, tetapi tidak pula.

Cassandra tersenyum.

“I’m okay.”

Christina mengeluh. Dia bimbangkan sesuatu.

“Do they asking you to convert?”

“No! Never!” Nafi Cassandra tegas.

“Swear?”

“For God sake, I swear Chris. They’re just answering my confusing. And to be frank, there’s no persuation, provocation or manipulation to convert. Don’t worry so much okay?” Jelas Cassandra sambil menepuk lembut peha Christina yang terdedah.

“Responding your confusion? What do you mean?” Christina berkerut kening lagi.

“Yeah, just find the answer for all undergo confusion,” jawab Cassandra.

“So, what is the answer?” Tanya Christina tidak sabar.

Dia mencapai bantal kecil kepunyaan Cassandra lalu memeluknya.

Cassandra bingkas duduk dan menghadap Christina yang sedang menanti jawapannya. Wajahnya jelas teruja. Cassandra tersenyum.

“Iman dan Kehidupan,” ujarnya perlahan.

“Huh? What’s that?” Tanya Christina sambil berkerut kening. Dia langsung tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu.

Cassandra tersenyum lebar. Dia bangun dan mengambil buku yang berjudul Iman dan Kehidupan hasil tulisan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Kemudian dia menyerahkan buku itu ke tangan Christina. Gadis itu terpinga-pinga menyambutnya.

“What is this?” Tanya Christina kebingungan.

“A book,” Cassandra pula menjawab selamba.

“I knew this thing but I mean, why you give me this?” Tanya Christina geram. Geram kerana Cassandra merpermainkannya di saat dia benar-benar serius.

Cassandra tergelak kecil. Gelihati melihat wajah Christina itu.

“See the title,” arahnya.

“Iman dan Kehidupan…,” perlahan Christina menuturkannya.

Kemudian dia menyelak helaian demi helaian untuk melihat sepintas lalu isi kandungan buku itu.

“They gave you this?” Tanyanya hairan.

Cassandra mengangguk sambil tersenyum.

“It’s precious.”

Christina menutup buku tersebut dan berkalih menghadap Cassandra semula. Dia merenung ke mata Cassandra dalam-dalam. Lama.

“What?” Cassandra pelik melihat tingkah Christina itu.

Christina menjungkit bahu. Tiada apa yang perlu dia persoalkan lagi jika Cassandra sudah mula cenderung ke arah Islam. Dia nampak sinar mata Cassandra yang bercahaya. Seolah-olah gadis itu sudah menemui kebahagiaan yang dia cari selama ini. Dia tidak akan membantah malah akan terus menyokong setiap tindakan Cassandra selepas ini. Baginya kebahagiaan Cassandra lebih utama. Jika Islam boleh memberikan kebahagiaan kepada sahabatnya, dia akur.

“Follow your heart dear,” Christina menepuk lembut bahu Cassandra sambil bangun dari katil. Dia melangkah perlahan ke arah pintu.

“Thanks Chris. You are my best friend ever,” ucap Cassandra setelah memahami maksud Christina itu. Matanya berkaca-kaca.

“I will always be your best friend,” Christina tersenyum lalu menutup perlahan pintu kamar Cassandra.

Fahamlah dia kini mengapa Cassandra sering memerap diri di dalam kamar. Mengapa Cassandra sudah mengurangkan aktiviti sosialnya. Sahabatnya itu sedang mengalami konflik jiwa yang hebat. Yang memerlukan masa untuk bersendiri dan berfikir. Dia tetap akan menunggu keputusannya nanti.



** Melankolik Cinta Cassandra telah bertukar tajuk menjadi Cintaku 100% atas permintaan penerbit.**

Melankolik Cinta Cassandra 17


“Manusia ni didatangkan dengan fitrah yang ingin bertuhan dan beragama. Jangan pula menjadi golongan bertuhan tanpa agama atau beragama tanpa bertuhan. Yakin adanya Allah dan percaya wujudnya Allah itu adalah iman. Agama dan iman itu satu dan tidak terasing.”

Entah kenapa serangkap kata dari Hanafi siang tadi membuat dadanya sebak tiba-tiba. Dari mana datangnya perasaan itu? Apa yang dia tahu cara Hanafi menyampaikan dan meyakinkan dirinya tentang agama Islam cukup lembut dan menyentuh hati. Sememangnya Hanafi seorang yang berlemah-lembut dan penyabar. Segala pertanyaannya dan karenahnya dilayan baik dan penuh senyuman. Bertuah sungguh Soleha mendapat suami begitu.

“Bagaimana saya ingin mengetahui dalam diri saya ini ada iman, ustaz?” Tanya Cassandra.

“Keyakinan yang larut dalam diri, yang menguasai daya kehendak dan rasa dalaman manusia. Perlu juga wujud pencapaian akal yang mampu menanggapi hakikat sesuatu yang wujud. Pencapaian akal ini mesti sampai ketahap yakin. Jika tidak yakin susahlah. Yakin itulah tanda-tanda kita orang yang beriman. Itu jugalah yang membezakan mukmin dengan yang lain,” terang Hanafi dengan lembut dan jelas.

“Bagaimana saya hendak percaya kewujudan tuhan sedangkan saya tidak nampak? Tidak dapat dipegang?” Soal Cassandra lagi.

Hanafi tersenyum.

“Cassandra percaya adanya udara?” Soalnya pula tanpa menjawab Soalan Cassandra itu.

“Udara?” Berkerut seketika wajahnya.

“Ya, udara yang kita sedut ini untuk kita bernafas dan meneruskan hidup?” Soal Hanafi lagi.

“Tentulah, jika udara tak ada kita pasti mati,” jawab Cassandra lancar.

“Jadi Cassandra boleh lihat udara?” Soal Hanafi lagi sambil memandang tepat ke wajah Cassandra.

Cassandra terdiam.

“Boleh atau tidak?” Tanya Hanafi serius.

“Tidak,” jawab Cassandra perlahan setelah menyedari dia terperangkap dengan soalannya sendiri.

“Tapi Cassandra percaya udara itu ada?”

“Ya.”

“Yakin?”

“Ya.”

“Cassandra boleh pegang udara yang Casandra percaya tu?” Hanafi terus menduga.

“Erm, tak. Mana mungkin?”

“Tapi Cassandra percaya adanya udara, kan?” Hanafi terus menguji.

Cassandra sedikit geram bila Hanafi mengulang-ulang persoalan yang sama. Dia merengus. Pandangannya dilemparkan jauh ke luar kedai mamak itu.

Hanafi tersenyum nipis melihat aksi Cassandra itu. Memang gadis ini kurang sabar.

“Percaya atau tidak?” ulangnya lagi.

Cassandra berpaling semula merenung Hanafi.

“Ya ustaz. Saya percaya udara itu ada. Jika tidak masakan kita boleh bernafas? Cuma udara itu tidak boleh dilihat atau dipegang. Itu saja,” sedikit keras kata-katanya kerana geram. Agar Hanafi mengerti jangan diulangi lagi persoalan yang memeningkan kepala itu.

Hanafi tersenyum manis lagi. Namun tidak pula dia berani memandang wajah gadis di hadapannya itu lama-lama. Hanafi melontarkan pandangannya jauh ke luar kedai mamak itu.

“Itulah iman. Setiap orang Islam akan percaya wujudnya Allah walaupun tidak dapat dilihat atau dipegang. Tapi amat yakin bahawa Allah itu memang wujud dan kami beriman kepada-Nya,” terang Hanafi penuh tertib.

Cassandra terdiam lagi. Wajah Hanafi dicari. Dia cuba mencerna setiap kata-kata Hanafi itu.

“Udara itu juga hamba Allah SWT. Semua yang wujud di alam ini semuanya milik Allah SWT. Dia Esa. Esa bermaksud satu. Dia Tuhan yang satu, tidak beranak dan diperanakkan. Dia yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia yang menjadikan semuanya. Maka memang wajib kita menyembah-Nya dengan melakukan solat lima waktu.”

“Apakah solat lima waktu itu ustaz?” Cassandra berkerut kening.

“Dalam erti kata lain, sembahyang lima kali sehari.”

“Lima kali? Satu hari? Tak penat ke?”

Hanafi tergelak kecil.

“Tidak. Malah lebih menyihatkan tubuh badan. Solat bukan saja dapat mendamaikan jiwa dengan kusyu’ dan tawadu’, solat juga merupakan senaman ringan,” jawab Hanafi sambil tersenyum manis memandang Cassandra.

Entah kenapa menyelinap sedikit debar di hati Cassandra bila dihadiahkan senyuman semanis itu. Mata mereka bertaut seketika. Kemudian dia tertunduk. Namun sempat juga bibirnya mengukir senyum tipis.

“Ada apa-apa lagi yang Cassandra nak tanya?” Tanya Hanafi sekadar berbasa-basi setelah menyedari kesalahannya merenung anak gadis orang.

Serta-merta dia mengalih pandangannya semula ke arah luar.

“Erm, betul ke tuhan ustaz yang jadikan alam ini?” Cassandra mengangkat wajahnya semula dan merenung Hanafi dengan seribu satu perasaan.

“Saya lebih senang menyebut Allah,” Hanafi tersenyum lagi.

“Ya, Tuhan Allah,” Cassandra membalas senyuman itu.

Ada getar yang mula mengetuk pintu hatinya.

“Akal manusia tidak mampu mengetahui hakikat Allah, kerana manusia masih tidak mampu mengetahui hakikat banyak alam di sekelilingnya. Allah yang Maha Berkuasa bukanlah tuhan kepada satu golongan, bangsa atau kawasan tertentu di dunia ni, tetapi tuhan sekelian alam. Bukti kesempurnaan Allah dapat dilihat pada alam jagat,” jelas Hanafi.

“Jadi benarlah semuanya ciptaan Tuhan Allah?” Cassandra menyoal lagi. Dia perlukan jawapan yang pasti.

“Cassandra rasa bagaimana? Siapakah yang menjadikan alam ini?” Tanya Hanafi semula tanpa menjawab soalan Cassandra itu.

“Saya fikir, ianya wujud sendiri,” ujar Cassandra perlahan. Sudah tahu anggapannya selama ini telah meleset.

Hanafi tersenyum.

“Allah yang Maha Besar yang menciptakan segala-galanya. Sempurna sekali. Adanya malam dan siang, matahari, bulan dan bintang. Angin, ribut dan taufan. Tanah, udara dan air. MasyaAllah, tidak terhitung banyaknya kesempurnaan yang Allah ciptakan untuk hambanya. Malang sekali, manusia tidak pernah bersyukur,” tutur Hanafi perlahan. Ada nada kesal yang terselit di dalam bicaranya.

“Maksud ustaz?” Cassandra berkerut kening.

“Melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Tidak berterima kasih kepada Allah adalah satu sifat sombong dan angkuh yang dimiliki iblis. Nah, kita sebagai manusia sudah mewarisi sifat-sifat iblis ini. Sangat menyedihkan,” jawab Hanafi sambil menggeleng perlahan.

“Apa yang nak disedihkan ustaz? Sendiri buat jahat, sendiri tanggunglah,” tutur Cassandra selamba.

“Andainya semudah itu….”

Tiba-tiba Hanafi sebak. Sebagai seorang muslim dia bertanggungjawab menegur kesilapan muslim yang lain. Tapi sayang, kemampuannya terhad. Hanafi mengerling jam di tangan. Hampir pukul lima petang. Pasti Soleha sudah pulang dari kelas agamanya.

“Err, Cassandra, boleh kita sambung lain kali? Saya terpaksa pulang sekarang,” pohon Hanafi. Serentak itu dia berdiri.

“Yes, sure ustaz. Harap-harap dapat berjumpa lagi dengan ustaz,” lalu tangan dihulur untuk berjabat.

Hanafi sekadar mengangkat tangan sambil tersenyum.

“Oh, maaf. Saya lupa. Kita tak boleh bersentuhan,” Cassandra tersipu setelah menyedari kesilapan keduanya itu.

Cassandra tersenyum-senyum. Pertemuan dia dan Hanafi siang tadi telah memberi semangat baru untuknya. Seolah-olah sesuatu yang dia cari-cari selama ini terungkai satu-persatu. Hanafi, ustaz muda yang kacak dan sasa itu mampu membuat senyumannya manis dari hari-hari biasa.


Melankolik Cinta Cassandra 16

‘Allahhu..,’ turut naik nafas Soleha menahan nyeri di bahagian ari-arinya. Manik-manik halus mula memercik di seluruh wajah. Berkerut-kerut dia menahan sakit yang maha hebat.

‘Allahhu…,’ ulanginya lagi. Dengan hanya menyebut nama Allah SWT saja yang dapat meredakan kesakitannya. Dengan berserah kepada Allah saja yang dapat menyabarkan hatinya. Sesungguhnya Allah itu Maha Belas lagi Maha Mengasihani.

Soleha terbongkok-bongkok menuju ke katilnya. Ingin segera merebahkan tubuhnya yang sudah tidak bermaya itu. Mujur sempat pulang ke rumah, jika tidak pasti dia akan menyusahkan orang lain andainya dia jatuh pengsan. Soleha meraba ubat yang terdapat di meja kecil di sebelah katil. Beberapa biji pil berjaya ditelan untuk menahan rasa sakit yang teramat, yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sempat dia mengerling ke arah jam di dinding, sudah melewati angka empat petang. Sebentar nanti pasti Hanafi pulang. Pasti suaminya yang lelah itu dahaga dan kelaparan. Soleha memejam matanya seketika. Mengatur nafas dan merehatkan diri sebelum bangkit untuk menyediakan juadah buat Hanafi.

Dadanya tiba-tiba menjadi sebak. Sampai bilakah dia dapat melayani Hanafi begini? Sekejap sangat dia menjadi isteri Hanafi. Belum puas rasanya. Dia mahukan sedikit masa lagi. Sedangkan dia tahu masa itu semakin pendek untuknya. Masih banyak yang belum dia buat untuk membahagiakan Hanafi. Sungguh, dia berasa terkilan. Perlahan titisan hangat meleleh masuk ke kupingnya.

“Ya Allah, andai ditakdirkan aku menemuiMu dalam tempoh terdekat ini, izinkan aku membuat suamiku bahagia seketika. Restuilah aku Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Kuatkan semangatku dan berilah ketabahan pada diriku, aku mohon sedikit kemanisan Ya Allah, sebelum Kau menjemputku. Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Mengetahui setiap sesuatu, hanya Engkau yang Maha Belas. Kasihani hambamu ini, Ya Allah,” rintih Soleha dalam hiba dan esak tangis yang tiada surutnya.

Sungguh-sungguh dia berharap sangat diberi kesempatan untuk menyempurnakan hajatnya yang terakhir. Dan dia amat pasti percaturannya kali ini pasti akan membahagiakan Hanafi.


***


Matanya terasa berat untuk dibuka. Namun dia terasa dahi dan rambutnya dielus lembut. Nyaman. Soleha berusaha membuka matanya perlahan-lahan. Terhidang wajah Hanafi yang sedang tersenyum lebar memandangnya.

“Sayang dah bangun?” Lembut suara suaminya itu menyapa telinga.

Soleha menelan liur yang kering sambil berusaha membalas senyuman Hanafi. Dia cuba bangkit dari pembaringan. Namun dia rebah semula kerana hilang daya.

“Jangan bangun, Leha rehat aja. Nak apa-apa cakap aja, abang ambilkan,” tegah Hanafi.

“Abang...,” seru soleha perlahan.

“Ya sayang?”

“Dah lama ke abang balik? Dah lama ke Leha tidur?”

Hanafi tersenyum sambil mengusap-ngusap anak rambut Soleha dengan penuh kasih. Luluh hatinya melihat wajah pucat Soleha. Namun terpaksa jua dia gagahkan diri mengukir senyum demi sekeping hati Soleha.

“Hmm, abang baru balik. Abang tak tahu pula dah berapa lama Leha tidur. Leha sakit ya? Kenapa tak call abang? Kalau jadi apa-apa kan susah?”

“Leha dah okey.”

“Leha kan dah janji dengan abang? Risau abang tau bila balik tadi, panggil nama Leha tapi tak menyahut. Rasa nak gugur jantung abang tau tengok Leha terbaring macam ni,” rungut Hanafi kerisauan.

Memang dia sangat bimbang bila melihat keadaan Soleha yang terbaring tadi. Berdegup kencang jantungnya bila melihat wajah Soleha yang pucat itu sedang terlena. Bimbang jika Soleha tidur untuk selamanya.

Soleha tersenyum manis. Sekadar menyedapkan hati suaminya.

“Maafkan Leha, Leha tak tahan sangat tadi, sempat capai ubat aja, yang lain-lain tak ingat dah. Maaf ya bang?”

Hanafi hanya mengangguk perlahan.

“Sakit sangat ya sayang?” Matanya tepat memanah ke dalam mata Soleha. Ingin diselaminya penderitaan isterinya itu.

“Sakit bang… Leha tak tahan,” rengek Soleha sayu.

“Sabar ya sayang. Ingat lagi tak surah Al-Anfal ayat 46?” Tanya Hanafi cuba memujuk.

Soleha tersenyum. Dia mengangguk perlahan.

“…Allah bersama orang-orang yang sabar….”

“Pandai pun isteri abang ni. Sekarang Leha rehat, abang nak masak okey?” Kata Hanafi sambil berdiri.

“Eh, tak apa biar Leha yang masak,” Soleha berusaha untuk bangun namun ditahan oleh Hanafi.

“Tak boleh! Leha berehat aja. Hari ni biar abang yang masak,” tegah Hanafi sedikit tegas.

“Tapi bang..,” rengek Soleha.

“Tak ada tapi-tapi!” Bantah Hanafi.

Soleha mengeluh lemah. Terpaksalah dia mengalah.

“Okaylah. Kalau macam tu Leha solat Asar dululah. Dah lewat ni,” ujarnya lagi.

“Larat ke ni? Solat baring sajalah,” cadang Hanafi.

Kali ini dia membantu Soleha untuk bangun. Namun dalam masa yang sama dia berasa kurang yakin dengan kemampuan Soleha. Bimbang juga isterinya itu jatuh.

“Tak apa bang, Leha masih mampu berdiri, InsyaAllah,” sanggah Soleha penuh yakin.

              “Nak abang papah ke?”
           
              “Tak apa, tak payah. Leha boleh.”

“Hmm… hati-hati,” pesan Hanafi sambil menyoroti langkah Soleha yang lemah menuju ke bilik air.

Bagaimana sayu pandangannya begitulah pilu yang menjalar di hatinya. Kasihan Soleha. Dia menunggu seketika sehingga Soleha keluar dari bilik air. Bimbang jika isterinya itu jatuh pula. Sangkaannya meleset bila Soleha keluar dari bilik sambil tersenyum memandangnya.

“Abang kata tadi nak masak?” Soal Soleha bila melihat Hanafi masih duduk di birai katil memerhatikannya.

Dia tahu, pasti suaminya itu bimbang akan dirinya. Terdetik di hati kecilnya, sampai bila dia harus membuat suaminya risau begini?

“Nak masaklah ni,” Hanafi tersenyum lalu bangun menuju ke pintu kamar.

Sekali lagi dia menoleh melihat Soleha. Yakin bahawa isterinya boleh mendirikan solat, Hanafi pun berlalu ke dapur.


…sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar…
(Al-Anfal: 46)


***


            Aroma bihun sup menusuk ke rongga hidung tatkala Soleha melangkah ke anak tangga menuju ke ruang makan. Dia tersenyum lebar bila Hanafi menghulurkan tangan untuk menuntunnya. Tanpa berfikir panjang Soleha menyambut huluran tangan suaminya itu. Perlahan-lahan dia melangkah sambil berkerut menahan nyeri.

            “Wanginya dia...,” Hanafi tersenyum nakal sambil mencubit lembut pipi Soleha. Isterinya itu tergelak kecil.

            “Leha wangi pun untuk abang juga,” giliran Soleha menjeling manja sambil memaut lengan Hanafi menuju ke meja makan.

            “Silakan duduk tuan puteri,” kata Hanafi sambil menarik kerusi untuk Soleha.

            “Terima kasih sayang,” ucap Soleha.

Kembang hatinya bila Hanafi tersenyum manis.

            “Malam ni kita makan bihun sup aja ya?” Saran Hanafi.

            “Leha tak kisah bang. Abang dah siapkan makan malam pun, Leha dah bersyukur sangat-sangat,” ujar Soleha perlahan.

            Hanafi tersenyum sambil tangannya menyediakan semangkuk bihun sup untuk Soleha.

“Cuba Leha rasa, sedap tak? Ada apa-apa yang kurang?” Arah Hanafi sambil meletakkan semangkuk bihun sup di depan Soleha.

            Soleha menyisip sedikit sup tulang itu.

“Erm, sedap! Pandai abang masak. Boleh jadi chef ni,” usik Soleha sambil tersenyum simpul.

            Hanafi tergelak.

“Betul ke sedap? Atau nak ambil hati abang aja ni, erm?” Hanafi mengecilkan matanya. Kononnya tidak percaya dengan kata-kata Soleha tadi.

            “Cuba abang rasa sendiri,” Soleha menjeling manja.

            Tanpa berlengah Hanafi menghirup sup tulang buatannya itu. Dia mengangkat muka merenung Soleha. Kening digeraknya ke atas dua kali.

Melihat aksi suaminya itu mengundang tawa besar Soleha.

            “Boleh tahan,” kata Hanafi terus membuat aksi yang sama sekali lagi.

Suka benar dia melihat tawa Soleha itu. Sudah terlalu lama rasanya tawa itu pergi. Hanafi tersenyum lebar.

            “Dah, makan cepat, boleh makan ubat,” arah Hanafi.

            Soleha mengangguk akur. Dia tidak mahu menunggu lama kerana perutnya sudah lapar sangat. Masakan tidak, sejak dari tengahari tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan lantaran menanggung kesakitan teramat sangat. Sampai bila dia harus menahan, dia sendiri tidak pasti. Dia hanya mampu berdoa semoga Allah memberi kekuatan jiwa dan sedikit ketabahan untuk dia menempuh sisa-sisa hidupnya.

            Hanafi tersenyum lebar melihat betapa berseleranya Soleha makan. Dia berasa puas hati dapat menyediakan juadah untuk mengisi perut isterinya yang kosong itu. Bukannya lama lagi dia dapat melayan Soleha begini. Kesempatan yang ada tidak akan dia sia-siakan.


…Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka  tanpa batas.

(Az-Zumar: 10)