Rajuk Sang Hati - Special Edition 10

Hujung minggu itu aku dan Hasnul Amin keluar membeli belah barang-barang perkahwinan. Nasib baik dia dapat cuti, kalau tidak entah bilalah kami akan mula membeli-belah barang-barang perkahwinan kami. Tarikhnya semakin dekat. Mengikut perancangan mak selepas bulan Syawal nanti. Hmm, tak lama tu. Lebih kurang tiga bulan saja lagi. Sekarang pun dah masuk bulan Syaaban. Hai, bukannya lama lagi aku akan bergelar isteri kepada Dr. Hasnul Amin ni. Entah bagaimanalah kehidupan aku setelah bergelar isteri nanti?

“Jauh termenung? Kau fikir apa?” Soal Hasnul Amin.

Aku mengukir senyuman sambil menggeleng. “Tak ada apalah.”

“Hmm, selalu macam tu tau. Bila tanya je, tak ada apa. Let me guess, kau berangan macam mana jadi isteri aku nanti, kan?” Teka Hasnul Amin sambil tersenyum senget. Keningnya pula terangkat-angkat. Aku bagaikan tercekik biji durian ketika itu. Hasnul Amin ni bela jin ke apa? Tepat sekali tekaannya itu sehingga membuat aku terkedu sekejap.

“Ha buat muka macam tu confirmlah kau berangan kita jadi husband and wife. Betul tak?” Duganya sekali lagi.

“Ish, mana ada! Memandai aja,” tukasku malu. Mahunya tak malu, adakah patut tanya soalan begitu di hadapan jurujual perempuan yang berada di antara kami? Agak-agaklah pun Hasnul Amin oii..

“Tak mengaku tu… muka dah merah macam biji saga masih lagi sorok-sorok,” usik Hansul Amin lagi.

“Mana adalah!” Marahku sambil menumbuk bahunya. Walaupun aku tahu tumbukan padu aku itu bukanlah apa-apa padanya. Buktinya dia tersengih macam kerang dah busuk seminggu! Ah, geramnya! Aku mengerling jurujual perempuan itu yang cuba menyembunyikan senyumnya. Terkulum-kulum macamlah aku tak tahu dia sedang menahan gelak. Gelakkan akulah tu!

“Yang ni cantik tak?” Hasnul Amin menyoal aku sambil tangannya memegang sehelai kemeja berlengan panjang yang berwarna kelabu berjalur halus. Jika sekali imbas memang tidak perasan jalur halus itu.

“Not bad. Kau berkenan ke? Nak ambillah,” ujarku sambil tersenyum manis. Hilang sudah sebalku tadi bila melihat wajah cerianya.

“Mahal sangatlah,” Hasnul Amin mencebik lalu meletakkan semula kemeja itu.

“Eh, tak apalah. Sekali-sekala pakai mahal-mahal. Yang penting kualiti dia bagus, cantik, selesa dan kau suka,” pujukku.

Hasnul merenung aku lembut. Apa yang dia fikir aku pun tak tahu. Mungkin dia tak nak menyusahkan aku agaknya. Sebenarnya memang kami sudah membuat satu pakatan sebelum mula membeli-belah. Aku akan membayar barang-barang keperluan dia dan begitulah sebaliknya. Aku tidak kisah berapakah harga yang perlu aku bayar. Sememangnya aku sudah bersedia dari awal. Lagipun apa salahnya aku berhabis sedikit pada bakal suami aku? Ish, tiba-tiba pula rasa seram sejuk memikirkan dia menjadi suami aku. Bukan kerana tak sayang, bukan kerana tak cinta, sebetulnya aku masih keliru. Apakah aku benar-benar bersedia untuk dinikahi oleh sahabat sendiri?

“Termenung lagi…,” sungutnya sambil menggelengkan kepala. “Lately aku tengok kau asyik termenung aja, ada masalah ke sayang?” soalnya kembali. Kali ni wajahnya sedikit serius.

Aku terus menggapai baju kemeja kelabu yang diletakkanya tadi. Pura-pura membelek cacat-cela baju itu. Hmm, jika sudah pakaian berjenama segalanya bagus. Kualiti dan kemas.

“Confirm ya ambil yang ini? Seluar nak tak?” Soal aku pula tanpa mengendahkan soalannya sebentar tadi.

Hasnul Amin tergelak kecil sambil menggosok lebut belakang kepalaku. Ni apa hal melayan aku macam adik-adik saja? Main-main kepala pulak. Kepala aku ni bayar zakat tau!

“Seluar tak payahlah,” ujarnya perlahan. Kemudian merapatkan mukanya ke telingaku sambil berbisik, “Pandai tukar topik ya?”

Aku tersenyum simpul. Muka mula terasa membahang. Malu pada jurujual tadi. “Jom pergi bahagian kasut pulak,” saranku dan cepat-cepat mengatur langkah. Kemudian berpatah balik ke arah jurujual tadi sambil tersenyum lalu menghulurkan kemeja yang aku pegang. “Err, saya jadi ambil yang ini ya. Nak tulis bil kan?” soalku kepadanya. Gadis itu tersenyum manis sambil mengangguk. Aku mengerling Hasnul Amin yang sudah tertawa riang.

“Tak habis-habis dengan perangai kelam-kabutnya tu.”

“Eh, suka hatilah…tak suka pergi main jauh-jauh!”

“Siapa cakap aku tak suka? Kalau tak suka, tak adalah aku ajak kau kahwin.”

Aku mencebik. Tak habis-habis nak malukan aku depan jurujual ini.

“Nissa, jom makan dulu. Laparlah….”

“Eh, tak habis lagi ni.”

“Tak apa, nanti-nanti boleh sambung.”

“Nanti bilanya? Kau tu dahlah susah nak cuti. Hari ni pun entah macam manalah boleh bernasib baik dapat cuti hari ahad. Kira first time jugalah, kan?”

“Err… sebenarnya aku mana ada dapat cuti pun.”

“Dah tu? Kau ponteng kerja? Kau ambil emergency leave?”

“Bukanlah. Aku tukar suka sama suka dengan Dr. Sherry,” dia tersengih.

“Eh? Boleh ya begitu. Nak pulak dia ya?”

“Jenuh jugak pujuk. Maklumlah dia doktor senior. Tapi nasib baik dia faham. So, kami pun tukarlah. Aku ambil cuti dia hari ni, dia pula ambil cuti aku khamis nanti. Tapi….”

“Ha ada lagi tapinya?”

Dia tersengih lagi. “Aku tetap kena standby anytime. Kalau on call, kau shopping sorang-sorang boleh?” Dia merenungku mengharap pengertian.

Aku yang pada mulanya membulatkan mata, terpaksa merelakan. Hai, beginilah kehidupan seorang doktor. Nampaknya aku kena bersedia mulai sekarang. Aku bakal ditinggalkan.

“Nissa, janganlah marah. Aku harap sangat kau faham kerja aku,” rintihnya perlahan. terselit juga getar dalam nada suaranya. Aku jadi cair tidak semena-mena.

“Hasnul, aku akan belajar memahami okay. Jangan risau aku tak marah cuma ralat sikit aja.”

“Maaf Nissa. Aku tahu, kau mahu kita jadi seperti pasangan lain. Banyak masa untuk bersama. Aku juga tahu, aku kurang beri perhatian pada kau. Itu sebab kalau ada saja peluang, aku nak sangat jumpa kau, walau penat macam mana sekalipun. Maafkan aku sekali lagi.”

“Dahlah, tak ada apa yang perlu dimaafkan. Kau bukan buat salah pun. Aku terima diri kau seadanya. Kau bertugas demi insan yang memerlukan. Aku bangga dengan kau.”

Hasnul Amin tersenyum manis. “Kau tahu, kalau aku sibuk macam mana pun, aku tetap ingatkan kau. Sentiasa rindukan kau,” ujarnya lembut dan romantis. Aku tersipu. Namun di dalam hati betapa bahagianya bila mendengar bicaranya itu.

Kami jalan beriringan setelah membayar di kaunter. Menuju ke medan selera yang terdapat di sini. Selera kami sama sahaja iatu nasi ayam sebagai juadah tengahari ini. Cuma air saja yang berlainan. Aku tetap setia dengan milo aisku sedangkan dia memesan jus epal.

“Aku sayangkan kau Nissa lebih dari segala-galanya,” sambungnya lagi sambil memandang tepat ke mataku. Aku jadi resah sendiri. Segan. “Aku harap segala-galanya akan berjalan lancar tanpa gangguan.”

Aku tersenyum manis. “InsyaAllah..”

“Nissa, aku harap sangat kau pandai jaga diri jika aku tidak bersama kau. Kalau aku sibuk dan tak boleh beri perhatian pada kau, aku harap sangat kau setia pada cinta aku.”

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Hati mula berdebar-debar.

“Aku tak harapkan sesiapa pun muncul dalam waktu terdekat ini sehingga menganggu hubungan kita.”

Aku diam. Merenung tepat ke matanya sambil mencari maksud di sebalik kata-katanya itu. Apakah dia tahu kemunculan Irfan baru-baru ini? Aku cuba menghadiahkan senyum buatnya demi meredakan perasaan gusarnya dan cuba memujuk debaran di hati.

“Dahlah, jangan merepek-repek macam ni, cepat makan sementara masih panas ni,” arahku sebaik makanan yang dipesan terhidang di depan mata.

Dia tersenyum. Namun aku dapat rasakan senyumannya itu sedikit hambar.

4 Suara Merdu Anda:

EjaQu said...

Cool... Sambung lg bley....

syahidah hamizah said...

best... bila nak sambung?

Anonymous said...

sambung lgi .. dh lma tunggu .. hehe .

Jolyn Eve said...

ala bila nak smbung ne? katakn yg irfan just watak smpingan je. xmo la kacau hasnul dan nissa pliZzZZZZzZzz...................

Post a Comment