Akulah Cinderella 15

Makan malam sungguh enak, banyak sekali menunya. Tidak pernah kami makan semewah ini. Kalau begini setiap hari, mahu saja gemuk badan kami semua.

“Esok lepas breakfast, kita pergi shopping ya.”

“Shopping?”

Aida dan Ain bersuara serentak. Mereka ini seperti kembar tidak seiras. Dari segi fizikal memang sama, cuma umur saja yang berbeza. Seorang darjah enam dan yang seorang lagi tingkatan satu.

“Ya sayang, mummy nak beli baju you all. Baju-baju lama simpan saja ya.”

“Mummy, tak payahlah susah-susah. Baju yang ada masih elok dan boleh dipakai lagi.”

Aku menolak dengan cara yang baik.

“Syah please, you all adalah anak-anak mummy sekarang. So, let me buy something for all of you. Minta apa aja mummy akan belikan. Okey sayang? Lagipun kenalah jaga air muka mummy juga ya, sebab you all semua dah jadi anak mummy. Jadi, imej you all adalah imej mummy juga. Mummy tak mahu orang mengata mummy kedekut. Understand semua?”

Sedikit tegas suara Datin Zulaikha. Dia merenung wajah kami seorang demi seorang.

“Okeylah, kalau itu kemahuan mummy, Lia ikut aja.”

“Kami pun!”

Serentak juga dijawab oleh adik-adikku yang lain. Kini semua mata tertumpu padaku.

“Well, saya terpaksa ikut suara majoritilah nampaknya.”

Kata-kataku itu mengundang riuh tawa di meja makan.

“Dah lama mummy teringinkan suasana begini. Riuh-rendah dan warming begini. Thanks Syah kerana selamatkan nyawa mummy. Dapatlah mummy merasa semua ni.”

Datin Zulaikha memandangku sayu.

“Mummy, yang selamatkan nyawa mummy tu Allah, bukan saya.”

“Mummy tau tak, cikgu Ain kata kalau seseorang itu menolong anak-anak yatim piatu, pahalanya besar tau.”

“Mummy, terima kasih kerana sudi jaga anak yatim piatu seperti kami ni. Kami doakan mummy akan mendapat balasan yang baik.”

“Amiinn!!”

Sekali lagi serentak mereka meraup muka mengaminkan kata-kata Alia itu. Datin Zulaikha tersenyum. Ku lihat matanya sudah berkaca-kaca. Menahan sebak di dada barangkali.

“Hanya Allah saja yang boleh balas budi baik mummy.”

Aku menggosok-gosok tangan Datin Zulaikha. Airmatanya yang hampir tumpah diseka.

“Err..chup, chup, tapi bukan ke mummy cakap tadi, esok nak buat makan-makan?”

Aida tersengih.

“Itu sebelah petang sayang. Kita start lepas maghrib.”

“Oh, encik Shafiq balik bila?”

“Katanya, dia ambil flight pukul sepuluh malam ni. So, dalam pukul sebelas lebih sampailah. Tak payah tunggulah. You all masuk tidur awal malam ni. Kita jumpa Shafiq esok pagi aja ya?”

“So, sampai sekarang pun dia tak tahu lagi?”

Datin Zulaikha tersenyum sambil menggelengkan kepala. Masak! Nayalah kami semua nanti. Kenyang makan maki hamun si mangkuk ayun itu.

“Shafiq tu okey Syah. Don’t worry ya. Dia selalu dengar cakap mummy.”

Aku hanya tersenyum kelat. Okey Datin kata? Sebab tak okeylah aku kecut perut sekarang. Penangan penumbuk jantannya masih terbayang-bayang di kotak fikiranku ini. Bukan sekali tetapi dua kali penumbuknya singgah di tubuhku ini. Penamparnya juga keras sekali. Hingga tersungkur aku dibuatnya. Nasib baik aku tak pekak. Bila dikenangkan semula, tiba-tiba aku jadi trauma.

Rajuk Sang Hati 18

Aku pandang muka aku sendiri di cermin. Apa yang aku dah buat pada Atikah tu? Rasanya aku tak sakitkan hati dia. Aku tahulah aku nakal kat sekolah ni. Selalu ponteng, selalu datang lambat, selalu langgar peraturan sekolah tapi aku buat sorang-sorang. Tak adalah aku melibatkan orang lain kecuali cikgu displin saja. Aku basuh muka. Rambut aku lepaskan. Terkebil-kebil aku melihat wajah sendiri. Aku cantik ke? Betul ke aku punca segala ketidakpuasan hati Nurul Atikah? Kalau aku cantik pun, salah aku ke? Salahkanlah mak ayah aku. Dah mak aku cantik, dah ayah aku handsome. Apa boleh aku buat? Aku mewarisinya saja. Aku tersengih. Cepat-cepat aku tocangkan semula rambutku tadi. Aku keluar dari tandas.

Loceng tanda tamatnya waktu rehat berbunyi. Kelam-kabutlah pelajar-pelajar masuk ke kelas semula. Aku juga berjalan cepat-cepat menyusuri koridor yang menghubungkan bangunan demi bangunan. Tiba-tiba aku teringatkan janji aku nak datang semula ke kantin. Pasti Maisarah dan Azura menunggu aku. Alamak, macam mana boleh lupa ni? Saat itu juga aku terpandang Irfan. Dia sedang asyik membaca sesuatu di papan kenyataan di block B. Aku cuba memberanikan diri menegurnya.

“Err.. Irfan.”

Dia menoleh. Memandang tepat ke mataku. Seriusnya muka dia?

“Terima kasih ya.”

Dia masih merenungku tepat dan tajam. Aku jadi serba salah.

“Awak?”

“Untuk apa? Sebab saya bersubahat dengan awak?”

“Ha?”

“Qairunissa, saya akui saya mengenali awak melalui rekod peribadi awak yang sentiasa penuh dalam buku pengawas. Tapi saya tak sangka pulak profession sambilan awak adalah mencuri.”

Sekali lagi telingaku berdesing. Tuduhan Irfan benar-benar membuatku hilang kata-kata. Aku terkedu.

“Awak… saya..”

“Sudahlah Qairunissa, awak tak perlu jelaskan apa-apa pada saya. Saya tak ada kena mengena dalam hal ni. Awak yang buat, awaklah yang tanggung. Saya ingat awak ni hanya nakal biasa aja tapi rupanya…”

Dia tidak meneruskan kata-katanya, tapi sekadar tersenyum sinis memandangku dan menggelengkan kepalanya perlahan. Irfan berlalu pergi tanpa sempat aku membela diri. Menyesal! Menyesal aku tegur dia. Dia tuduh aku mencuri jam Atikah. Si jantung hatiku itu menganggap aku pencuri! Di mana aku nak letak muka? Maruahku tercalar. Malu terpalit di muka. Aku kaku di situ.




****************


Aku masih berteleku di belakang stor tempat simpan barang-barang sukan. Aku bersembunyi di sini. Aku ponteng semua subjek selepas rehat. Tekak ku kering, namun airmata tetap ku tahan supaya jangan jatuh membasahi pipi. Sekolah Anggerik Biru sudah pun lengang. Aku tahu itu. Sebab baru sebentar tadi loceng tamatnya sesi persekolahan berbunyi. Lantaklah! Aku cuma nak bersendirian, itu saja.

“Nissa!”

Aku tersentak. Cepat-cepat berpaling ke kiri. Wajah Hasnul Amin kelihatan cemas.

“Kat sini rupanya kau. Puas aku cari.”

“Buat apa cari aku?”

“Nissa, kau tak masuk kelas lansung lepas rehat tadi, kita orang semua risaukan kaulah. Cikgu pun tanya kau.”

Biarlah cikgu nak tanya, aku tahu kesudahannya apa. Pasti aku akan didenda esok. Lantaklah! Aku dah biasa sangat. Aku tak kisah!

“Nissa, kenapa ni?”

Hasnul Amin melabuhkan punggung duduk di sebelahku.

“Pasal Atikah lagi ke ni?”

Kalau bukan dia siapa lagi? Kerana dialah punca segala-galanya! Dia membuat aku hilang harga diri, dia buat maruahku tercalar, dia buat aku sedih, dia membuat aku merajuk, merajuk pada Irfan dan buat Irfan membenci aku. Irfan benci aku! Irfan telah melabelkan aku ni pencuri. Satu sekolah melabelkan aku ni pencuri. Semuanya gara-gara jam tangan Atikah yang tak berapa sen tu. Semuanya kerana Nurul Atikah bt Sulaiman. Semuanya!

“Nissa, luahkanlah apa yang ada dalam hati kau tu. Jangan diamkan. Kan aku dah cakap aku ni pendengar yang baik.”

Aku diam. Emosiku yang membengkak menguasai akalku. Aku rasa nak balas dendam. Aku rasa nak malukan Atikah semula. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Alang-alang aku jahat, biar aku jadi jahat betul-betul!

“Nissa, nangislah kalau mahu, aku bagi kau pinjamkan bahu aku nak?”

Entah kenapa, hati aku jadi sebak tiba-tiba. Aku cuba menahan airmata dari tumpah. Aku cuba dengan kuat. Wahai airmata, janganlah kau turun time ni. Aku tak nak menangis. Aku nak jadi kuat. Tapi aku rasa macam tak bolehlah. Aku sedih. Sedih bila Atikah buat aku macam ni, sedih bila Irfan melayan aku sebegitu. Hati, sabarlah hati, sabarlah. Namun, rajuk hatiku ini tidak dapat ditahan lagi akhirnya aku tewas. Kesedihanku tak dapat dibendung, airmata meluncur laju. Aku dapat rasakan Hasnul Amin mendakap aku. Entah mengapa tangisanku menjadi kuat. Aku luahkan segalanya dalam tangisanku itu. Aku harap Hasnul Amin faham tanpa perlu menyoal lagi. Sebab aku tidak mampu untuk berkata-kata.

Wasiat Cinta 9

Seperti biasa selepas makan malam, Fendi akan melepak di pangkin halaman rumah. Dari jauh dia melihat Faizal termenung. Seperti berfikir sesuatu. Serius saja mukanya.

“Angah, kenapa ni? Ada problem ke?”

Fendi menegur sebaik melabuhkan punggung di sebelah Faizal. Faizal diam, tidak bereaksi.

“Angah? Are you ok bro?”

“Along, kalau angah tanya, along jawab dengan jujur tau.”

Akhirnya Faizal bersuara setelah lama mendiamkan diri.

“Apa dia? Macam serius aja?”

Fendi mula pelik. Jarang sekali adik kembarnya itu serius sebegini. Selalunya dialah yang paling ceria.

“Along, err.. along suka Hani?”

Lambat-lambat Faizal menyoal. Fendi tersentak. Ya Allah!

“Apa yang angah merepek ni? Teruk sangat ke along ni, sampai tak tahu hukum-hakam?”

“Jawablah dengan jujur along, angah tak marah. Jangan risau.”

“Hanikan isteri angah, tak mungkinlah.”

“Betul ke? Along pasti?”

“Astagfirullahalazim. Angah.. angah, berdosa tau haram hukumnya.”

“Tapi, along tetap sukakan Hani, kan?”

Gulp! Dia perlukan oksigen. Dia seakan tidak dapat bernafas. Faizal tahu? Bagaimana Faizal tahu? Fendi mula tidak senang duduk. Betul-betul tidak senang duduk. Kali ini dia terima saja apa yang bakal Faizal lakukan. Sekiranya penumbuk Faizal boleh menghilangkan rasa marah kepadanya, dia bersedia menadah muka. Jika dengan membelasahnya boleh menghilang rasa bersalahnya kepada Faizal, dia tidak akan melawan. Memang patut pun dia dihukum begitu. Memang tidak boleh dimaafkan!

“Kenapa along beralah pada angah? Kenapa along tak berusaha mendapatkan dia?”

“Hah?”

Fendi terpinga-pinga tidak faham dengan maksud Faizal.

“Angah terbaca diari along. Sorry.”

“Kau baca diari along?”

Oh no, no, no! Diari itu lebih banyak berkisar tentang perasaan dia kepada Tihani. Setiap ruang ada saja nama Tihani. Pasti Faizal sangat terpukul. Ini yang dia tidak mahu, ini yang dia tidak suka. Menjadi persaing adiknya itu.

“Kenapa along tak berterus-terang aja? Angah boleh cari lain, kan angah ramai awek. Along pulak hanya ada Tihani.”

Faizal kesal. Kenapa Fendi sentiasa beralah kepadanya? Dari kecil hinggalah ke besar.

“Dahlah tu, lupakanlah. Dah berlalu pun. Hani kan dah jadi milik angah.”

Mana mungkin dia akan merebut Tihani dari Faizal, jika Tihani sendiri tidak tahu tentang perasaannya. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Sedangkan gadis itu hanya nampak cinta Faizal saja.

“Mana boleh! Along selalu nak jadi hero. Sekali-sekala bagilah angah pulak.”

Faizal cuba melawak. Dia dapat merasakan aura tegang mula hadir. Mana mungkin isteri kesayangannya diminati lelaki lain. Dan lelaki itu adalah kembarnya sendiri. Dia rasa sungguh tercabar.

“Along cuma minta satu aja. Jaga Hani baik-baik, bahagiakan dia. Okey bro?”

“Kalau angah minta benda yang sama, along boleh buat?”

“Angah ni merepek apa? Along dah tak ada hati dah.”

“Along jangan tipulah. Dari cara along pandang dia dan layan dia pun dah boleh nampak.”

Fendi terkedu. Over sangatkah dia berhadapan dengan Tihani?

“La, mana ada! Along anggap dia macam adik aja. Trust me ok?”

Diam. Masing-masing cuba mengawal emosi.

“So, macam mana? Boleh ke along jaga dia? Bahagiakan dia?”

“Tak tahu.”

“Along, janji dengan angah boleh?”

Matanya tepat memandang Fendi. Fendi membalas renungan itu. Rasa bersalah menyerbu tatkala melihat mata Faizal sudah berkaca-kaca.

“Along janji, along akan ambil alih tugas angah untuk menjaga Hani dan zuriat kami. Along janji, along tak akan sia-siakan Hani. Along janji, akan besarkan anak angah seperti anak along sendiri. Along mesti bahagiakan mereka. Janji along! Janji dengan angah!”

Fendi terkasima. Airmata Faizal lencun di pipi. Faizal menangis?

“Angah! Jangan buat tindakan bodoh! Along tak dapat tunaikan janji angah dan along memang tak nak!”

Menyirap darahnya mendengar kata-kata Faizal sebentar tadi. Mana mungkin dia merampas isteri adiknya. Tidak mungkin! Kalau dia sekejam itu, sudah lama dia lakukan dulu. Sebelum Faizal cuba memikat Tihani.


Memori lapan bulan lalu seakan masih segar di kotak fikiran Fendi. Matanya dipejam rapat. Cuba mententeramkan emosinya yang bercelaru. Sedikit terganggu kebelakangan ini. Sampai kini rasa bersalah menghantui dirinya. Permintaan Faizal, sungguh berat untuk dia laksanakan. Sejak Faizal tahu perasaannya pada Tihani, sejak itu juga dia cuba menjauhkan diri dari pasangan itu. Seboleh mungkin dia mengelak. Dan rupanya itu adalah kali terakhir memorinya bersama Faizal. Kesal! Sungguh kesal dirasakan. Kesal dengan diri sendiri yang sengaja membenarkan jiwanya mencintai Tihani. Kesal kerana membiarkan hatinya selalu merindui Tihani. Kesal kerana tidak merelakan dan melepaskan Tihani dari hatinya. Kesal dengan kebodohan diri sendiri. Dan yang paling dikesali, dia tidak sempat meminta maaf kepada adiknya itu. Itulah yang membuat dia rasa bersalah sehingga kini.

Akulah Cinderella 14

Kami semua tercengang bila kereta yang dipandu Sarah berhenti di hadapan sebuah banglo mewah tiga tingkat. Mulut adik-adikku ternganga dan melopong. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

“Wah, magiknya!”

Suara Aiman mengundang riuh tawa kami bila pagar automatik terbuka dengan sendirinya. Perlahan kereta Toyota Estima itu merangkak masuk. Aku lihat ada beberapa buah kereta lagi yang tersadai di dalam garaj rumah besar ini. Ada lapan buah kesemuanya. Dan sudah pastilah kesemuanya kereta mewah. Tiada lansung kereta buatan Malaysia. Tinggi juga selera mereka ni. Kami keluar dari perut kereta dan mengambil barang masing-masing. Berjalan berhati-hati mengekori langkah Datin Zulaikha.

“Come, jangan malu-malu. Mulai hari ni, anggap aja rumah ini seperti rumah sendiri, okey?”

Adik-adikku mematung di depan pintu rumah menanti reaksi dariku. Aku tersenyum.

“Jom, sekarang inilah rumah kita.”

Sebaik mendengar bicara yang keluar dari bibirku, barulah mereka tersenyum ceria. Apabila pintu utama dikuak mata kami masing-masing membulat. Kagum dengan perhiasan mewah di setiap sudut mahligai itu. Perabotnya pasti mahal. Lantainya berkilat seperti cermin. Secalit kotor pun tidak kelihatan malah cantik sekali dihiasi jambangan bunga dan lampu-lampu kristal. Kami masih tercegat di ruang tengah menghadap tangga yang berkerawang keemasan. Aku betul-betul kagum dan aku tahu adik-adikku pasti lebih dari itu. Dari ekspresi muka mereka saja sudah menunjukkan betapa kagum dan tidak percaya bahawa mereka akan tinggal di sini. Aku sendiri pun begitu juga. Seperti bermimpi saja aku menjadi anak angkat seorang kaya. Betahkah kami semua tinggal di mahligai ini?

“Duduklah, kita minum dulu ya.”

Datin Zulaikha merenungku. Wajah keibuannya seperti tersentuh melihat telatah adik-adikku itu. Kami mengambil tempat masing-masing. Duduk di sofa empuk yang menenggelamkan punggung itu. Rasanya tilamku pun kalah. Selesa sungguh rasanya. Sarah melabuhkan punggungnya di sebelahku.

“Kak Som!”

Aku berpaling bila seorang wanita separuh abad datang sambil tersenyum manis.

“Kak Som, inilah Syah yang selamatkan nyawa saya hari tu. Ini adik-adiknya. Syah, ni mak Som. Pembantu rumah mummy yang paling setia dan yang paling baik.”

Aku dan adik-adik bangun bersalaman dan mengucup tangannya. Orang tua harus dihormati. Itu adalah pesan ibuku.

“Oh, inilah dia yang Datin selalu sebut-sebutkan tu. Manis orangnya.”

Aku tersenyum. Malu pulak bila dipuji begitu.

“Err, kak Som buatkan air ya. Bawakan makanan sekali, kesian diorang lapar ni.”

Aku hanya melemparkan senyuman manis kepada wanita itu. Sedari tadi aku masih belum mampu untuk berkata-kata. Masih terasa canggung.

“Err, Datin, saya rasa elok saya balik dulu.”

“Baiklah Sarah. Esok awak ada ke mana-mana tak?”

“I don’t know yet, Datin. Why?”

“Yalah, esok hujung minggu. Saya ingat nak buat makan-makan sikit. Shafiq pun ada, esok bolehlah kita discuss apa yang patut pasal proposal syarikat dari Jepun tu,”

“Nanti saya confirm balik ya, Datin. Sebab takut si Haziq ajak dating pula.”

Datin Zulaikha tergelak.

“Oh, saya lupa. Orang tengah darah manis, but why don’t you bring him together tomorrow. Dia pun kawan Shafiq juga, bukan?”

“Alright then, I’ll call you later Datin. So, I have to go now. Girls, akak balik dulu ya. Jangan segan tahu? Buat macam biasa aja ya. Mummy you all ni confirm baik punya. Nak makan apa-apa minta aja dekat mak Som, okey?”

Adik-adikku tersenyum senang dan mengangguk. Sekali lagi mereka bangun bersalaman dengan Sarah. Mak Som datang membawa tujuh gelas air oren dan sepinggan goreng pisang.

“Makan Syah, ini aja yang sempat mak Som buat. Makan ya.”

Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Pandangan ku lemparkan pada sesusuk tubuh wanita separuh abad itu yang berlalu ke dapur semula. Aiman dan Azah tanpa segan silu mencapai goreng pisang dan makan dengan rakus.

“Azah, Aiman!”

Aku jegilkan mata kepada mereka. Sebagai isyarat supaya menjaga adab.

“Tak apalah Syah, diorang lapar sangat agaknya. Biarlah. Girls, makan cepat. Sekejap lagi mummy tunjukkan bilik ya.”


****************


Kami meniti satu persatu anak tangga menuju ke tingkat atas. Di tingkat dua saja menempatkan enam bilik. Bilik-bilik itu berhadapan di antara satu sama lain. Terdapat ruang tamu sederhana besar menjadi pemisah di antara keenam-enam bilik itu. Di ruangan ini terdapat system home theatre dan permainan playstation. Mungkin ruangan ini untuk bersantai, kerana hiasannya juga amat simple dengan langsir yang berwarna coklat gelap.

“Yang itu bilik air ya. Semua bilik kat level ni guna bilik air yang itu.”

Jari telunjuk Datin Zulaikha menghala ke arah sebuah pintu yang tertutup rapat. Betul-betul setentang dengan muka tangga. Bilik yang pertama adalah kepunyaan Alia. Kami beramai-ramai masuk ke bilik itu. Cantik sekali hiasannya yang berwarna pink bercampur putih.

“Err, mummy, bilik ni untuk Lia ke?”

“Ya sayang, kenapa? Alia tak suka? Tak suka colour pink? Nanti mummy panggil orang tukarkan ya.”

“Eh, tak payah, tak payah. Memang Lia suka warna pink. Cuma bilik ni besar sangat.”

“Alia takut ke?”

Alia hanya tersengih. Memang adikku ini penakut sikit orangnya.

“Tak boleh berkongsi bilik ke mummy? Membazir pula bagi sorang satu bilik.”

Soalku pula.

“Nope! Hanya Azah dan Aiman aja yang berkongsi bilik, sebab mereka masih kecil.”

Aku terdiam. Kami meninggalkan Alia keseorangan di bilik barunya itu. Bilik pertamanya. Kami masuk pula ke dalam bilik kedua. Bilik ini berhadapan dengan bilik Alia.

“Bilik ni untuk Aida ya.”

Aida tersenyum senang. Lalu terus saja duduk di atas katil barunya itu. Cantik juga bilik ini. Hiasannya pun tidak keterlaluan. Menempatkan sebuah katil bujang di tepi jendela yang dihiasi warna ungu bercampur putih. Memang tenang sekali bila berada di bilik Aida ini.

“Aida suka tak?”

“Sukaaa sangat mummy! Thank you.”

Tiba-tiba Aida datang memeluk Datin Zulaikha. Pipinya basah. Adikku ini pula memang pelakon airmata. Pantang silap sikit pasti menangis.

“Hey, stop crying. Tak ada apa yang nak disedihkan. Aida bebas nak buat apa saja dalam bilik ini. Okey sayang?”

Jemari Datin Zulaikha mengesat air jernih yang menitis di pipi Aida. Adikku itu hanya mengangguk perlahan. Kami keluar menuju pula ke sebelah bilik Aida tadi. Bilik ini kecil sedikit tetapi tetap juga dihias cantik. Berwarna kuning bercampur putih. Mungkin itu tema yang menghiasi setiap bilik agaknya. Warna utama digabungkan dengan warna putih.

“Ini pula bilik Ain.”

“Wah, cantiklah!! Ain memang suka warna kuning tau mummy.”

“Iya? Baguslah kalau macam tu, tak sia-sia bilik ni mummy bagi untuk Ain. Tapi kecil sikit, tak apa ya sayang?”

“Ain okey je, tak kisah pun. Tidur di ruang tamu pun tak apa mummy.”

Ain tersengih memandang Datin Zulaikha. Wanita itu tergelak halus. Ada keruh di wajahnya. Mungkin simpati bertandang agaknya. Aku juga tersenyum melihat telatah Ain. Adikku yang ini pula memang selamba dan sangat simple. Sifatnya amat menyenangkan. Sebab itu jugalah dia mempunyai ramai kawan.

Aku mengekori langkah Datin Zulaikha diikuti oleh dua adik kecilku itu. Kami menuju ke bilik yang berhadapan dengan bilik Ain pula. Sebaik pintu bilik dibuka, mataku membulat melihat kecerian bilik ini. Seperti berada di sebuah taska pula rasanya. Bilik ini agak besar. Menempatkan dua katil bujang di kiri dan kanan. Di tengah-tengah tersedia meja kecil berwarna putih sebagai pemisah antara dua katil itu. Di sebelah kiri, cadar katil, dinding dan perabot dihiasi warna biru dan putih.

“Colour biru ini untuk Aiman.”

Aiman pula sudah melompat-lompat di atas katil. Aku menjegilkan mata sekali lagi kepadanya. Tetapi perbuatanku itu hanyalah sia-sia saja kerana Aiman buat-buat tidak nampak. Memang nakal betul adikku yang seorang ini. Memang begini perangai budak lelaki agaknya, lansung tak mahu mendengar kata.

“Yang colour merah ni untuk Azah.”

Aku menoleh melihat di sebelah kanan. Warna merah darah. Di dinding terhias bunga-bunga kecil berwarna putih. Cadar katilnya juga berwarna merah dan putih. Aku melihat sudut lain pula. Terdapat kereta-kereta kecil terhias di hujung katil Aiman dan teddy bear pelbagai bentuk tersusun cantik di hujung katil Azah. Memang ceria betul bilik ini.

“Bilik ni baru siap dihias semalam. Bau cat pun ada lagi ha, mummy saja pilih bilik ni sebelah bilik Alia. Takut-takut diorang mengingau malam-malam, bolehlah Alia dengar.”

Aku mengangguk faham.

“Come, mummy tunjukkan bilik Syah pula.”

“Aiman, Azah, jangan bergaduh tau? Lepas main nanti kemas semula faham?”

Aku menitip pesan buat mereka lalu mengekori langkah Datin Zulaikha. Berkerut keningku bila kami meniti tangga menuju ke atas. Sangkaku, bilikku juga di tingkat dua bersama dengan adik-adikku.

“Syah special sikit. So, mummy bagi bilik atas ya. Kat atas ni, ada dua bilik aja. Dua-dua bilik tu besar.”

Aku membisu. Tidak perlulah bilik besar sangat. Aku ini anak dara pemalas Datin. Bab-bab mengemas rumah bukan kepakaranku.

“Ha, yang ini bilik Shafiq. Bilik Syah sebelah bilik Shafiq ni.”

What? Bilikku sebelah bilik si mangkuk ayun itu? Habis! Masak aku dibuatnya. Sebaik pintu kamarku dikuak mataku membulat. Besarnya! Dihias cantik dengan warna pic dan sedikit warna coklat. Tidakku sangka warna ini bila digabungkan boleh membangkitkan kelainan.

“Mummy tak tahu Syah suka colour apa? So, mummy gabungkan dua colour ini sebagai simbolik imej Syah sekarang. Pic untuk perempuan dan coklat gelap ni mewakili sifat lelaki. Boleh ke macam tu?”

“Mummy, cantik sangat! Walaupun ini bukan favorite colour saya, tapi bila digabungkan begini jadi cantiklah. Thanks mummy.”

Datin Zulaikha tersenyum senang. Dia menarikku duduk di sofa berbentuk L.

“Lega rasanya Syah boleh terima idea mummy ni. Jenuh juga bertelagah dengan Sarah.”

Aku berkerut kening.

“So, memang mummy dah planlah?”

“Ya, sejak mummy tahu kisah hidup Syah pada malam tu, kat restoran Syah kerja dulu. Mummy memang nekad untuk membawa Syah dan adik-adik tinggal dengan mummy. Esoknya mummy arahkan Sarah untuk arranged semua benda ni.”

“Walaupun masa tu mummy tak pernah jumpa adik-adik saya lagi?”

“Itulah namanya mother instinct sayang.”

Aku macam tak percaya saja. Agaknya Datin Zulaikha sudah menyiasat latar belakangku. Agaknya dia mengupah penyiasat persendirian kot. Aku tersenyum nipis bila memikirkan andaian yang ku rumus sendiri.

“Syah rest dulu ya, mummy nak solat ni. Karang kita dinner sama-sama okey.”

Datin Zulaikha mengangkat punggung dan beredar dari kamarku. Aku menutup perlahan pintu kayu yang berukir cantik itu. Pintu kamar saja sudah cukup mahal. Aku memerhati setiap sudut kamarku itu. Katilku agak besar, queen size barangkali. Puaslah aku tidur malam nanti. Di kiri dan kanan katil terdapat dua meja kecil dan di atasnya terdapat lampu tidur. Permaidani yang gebu, jambangan bunga dan lampu kristal menghiasi indah ruang kamarku itu. Aroma lavender semerbak harum.

Aku melangkah ke meja solek yang terletak setentang dengan hujung katil. Besarnya meja solek ini. Apalah yang aku nak letak di atasnya? Aku hanya ada bedak talkum, deodorant dan sikat rambut saja. Minyak wangi tidak pernah merasa lansung, apa lagi alat solek beraneka warna. Wajahku ini mulus sekali tanpa secalit gincu atau pun pemerah pipi. Mataku melilau pula mencari almari pakaian. Tak akanlah tak ada?

Aku menghampiri meja tulis yang sederhana besar di sebelah meja solek tadi. Di atas meja tulis itu sudah tersedia sebuah komputer dan lampu meja. Aku beralih pandang pula pada sebuah pintu yang tertutup rapat. Pintu kaca berwarna-warni itu ku buka.Dan secara automatik lampu pun menyala. Terbeliak mataku bila melihat almari pakaian yang panjang melekat di dinding kiri. Terdapat juga cermin panjang dan penyangkut di tepi dinding sebelah kanan. Jadi, di sinilah almari pakaian rupanya. Aku membuka almari itu. Kosong. Apalah yang aku nak isi di dalam almari yang luas begini? Bukannya banyak pun bajuku.

Aku menutup semula pintu kaca yang berwarna-warni itu dan tanganku memulas tombol pintu di sebelahnya. Bilik air rupanya. Bersihnya bilik air ini, cantik sekali. Tidaklah berapa besar, tapi cukup selesa untuk seorang puteri sepertiku berlama-lama di dalamnya. Aku keluar dari kamar mandi dan menuju ke arah jendela. Dari jendela ku lihat masyhad yang indah sekali. Kesemua rumah yang berhampiran juga adalah rumah banglo mewah tiga tingkat. Mataku beralih ke bawah pula. Terdapat kolam renang sederhana besar. Cantik membiru dari atas.

Aku berpaling dan melompat di atas katil. Melantun-lantun tubuhku dek spring tilam empuk ini. Aku merebahkan badan. Letih sungguh rasanya. Bila mengenangkan di mana aku berada kini, terasa bagai mimpi pula. Hanya kerana telah menyelamatkan seorang wanita kaya, hidupku berubah. Dari kehidupan yang serba daif, menjadi selesa dalam sekelip mata. Dari seorang gadis kampung yang comot dan berpakaian lusuh, terus menjadi seorang puteri. Puteri tomboi. Aku tergelak halus. Terasa seperti sebuah cerita dongeng Cinderella pula.

Ya, akulah Cinderella itu.

Rajuk Sang Hati 17

“Dahlah Qai, tak payah nak menung-menung lagi.”

“Kau tak faham apa yang aku rasa Mai.”

“Okey bagitahu kita orang apa yang kau rasa?”

Azura menghulurkan semangkuk bihun sup padaku. Aku hanya menggeleng. Seleraku mati. Tuduhan Atikah dan pandangan sinis rakan sekelas yang lain mematikan seleraku. Mood aku terbang melayang. Aku rasa macam nak balik saja.

“Nissa? Kenapa tak makan?”

Aku menoleh. Hasnul Amin tersenyum manis sambil melabuhkan punggung di sebelahku. Aku beralih pandang pula pada Azrai yang duduk berhadapan denganku. Azura menarik semula mangkuk sup kepunyaannya.

“Zura, itu bukan Qai punya ke? Kenapa kau ambil?”

“Aku punyalah! Aku bagi dia tadi, haram tak diusiknya.”

“Azrai, kau tolong beli apa-apa makanan untuk Qai ni, dia lansung tak beli apa-apa pun tadi.”

“Qai, kau nak apa? Aku belikan.”

Aku tersenyum hambar. Perlahan aku menggeleng.

“Share mi goreng aku nak?”

Aku geleng lagi.

“Tak payah susah-susahlah Azrai, aku offer bihun sup aku pun dia tak sentuh, nak share mi goreng kau…. huh, kirim salamlah.”

“Atau Nissa nak share nasi lemak saya ni?”

Aku geleng.

“Qai janganlah macam ni, aku risaulah. Karang perut kau masuk angin macam mana?”

“Korang janganlah risau pasal aku. Aku tak mood nak makan.”

“Qai, sudah-sudahlah tu. Pedulikan si Atikah tu.”

“Aku tak faham, kenapa semua ni berlaku? Kebetulan atau memang disengajakan?”

“Aku rasa disengajakan.”

Pantas mataku menangkap raut wajah Azura.

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Cuba kau fikir Qai, dari time pj tadi dia bengang dengan kau. Tak mustahil dia perangkap kau tau.”

“Zura, tak baik tuduh-tuduh orang macam tu.”

“Bukanlah tuduh, tapi aku agak aja.”

“Tapi apa salah Qai ni?”

“Mana aku tahu. Kot-kot si Atikah tu minat kat kau, Qai yang jadi mangsanya.”

“Eh, apa pulak aku? Tak ada maknanya. Aku tak kebulurlah pompuan macam tu.”

Azrai buat aksi geli-geleman. Aku hanya terenyum kecil.

“Kau tak kebulur, tapi Atikah tu yang kebulur kat kau.”

Kata-kata Hasnul Amin itu membuat kami semua tergelak besar.

“Haah betullah. Aku sokong!”

“Eleh, cakap orang, entah-entah Atikah tu tak puas hati kat Qai sebab syok kat kau tak?”

Hasnul Amin terdiam. Aku merenungnya. Dia juga merenungku. Mata kami bertaut.

“Ada apa-apa bukti ke untuk menyokong cakap kau tu?”

“Kau tengok ya Hasnul, kalau Atikah tu nak berdengki dengan Qai sebab aku, dah lama dah tau. Sebab aku syok kat Qai ni dari form 1 lagi. Tapi kenapa selepas kau datang aja baru Atikah buat perangai?”

Kini semua mata memandang Hasnul Amin. Lelaki itu memandang tepat ke mata Azrai.

“Tak mungkin!”

“Kenapa tak mungkin?”

Kami besuara serentak.

“Sebab aku tak cakap pun aku suka kat Nissa. Kenapa dia nak jealous pulak?”

“Dia tahu ke kau tak cakap kau suka kat Qai?”

Hasnul Amin menjungkit bahu. Aku rasa lain macam. Kenapa perbincangan ini melibatkan perasaan pula? Aku jadi malu sendiri.

“Itu bermakna dia anggap kau suka kat Qai.”

Azura membuat kesimpulannya sendiri.

“Sebab?”

“Sebab sejak kau datang sini, kau rapat dengan Qai. Ya, aku rasa memang itulah puncanya.”

“Tapi aku rapat dengan korang jugakan?”

“Secara tak lansunglah, kan? Sebab kami ni bestfriend Qai, nak tak nak kau kena ngam dengan kita orang juga. Betul tak?”

Hasnul Amin diam. Topik perbualan ini dah tak menarik minatku lagi. Aku bangun.

“Nissa nak pergi mana?”

“Toilet. Nak ikut ke?”

Hasnul Amin tersengih.

“Qai, kita orang ikut sekali.”

“Tak apalah korang makanlah dulu. Karang aku datang balik. Kejap aja.”

Aku terus melangkah. Secepat yang boleh. Tak best lansung bila aku jadi bahan utama perbualan mereka.

Wasiat Cinta 8

“DUMM!”

Kuat bunyi dentuman itu. Tubuh Tihani menggigil dan kaku. Dia panik. Seakan mahu menangis saja dia di saat itu. Apa dah jadi? Apa aku dah buat? Hatinya tertanya-tanya. Otaknya seolah-olah beku, tidak dapat berfikir. Perasaan takut mula menguasai diri bila melihat seorang jejaka dengan muka berkerut keluar dari kereta yang dihentamnya. Iskandar membelek-belek belakang kereta BMWnya. Kemudian memandang tajam ke arah Tihani yang masih kaku di dalam kereta. Dia melangkah ke arah kereta Tihani. Iskandar mengetuk cermin tingkap kereta Tihani dan memberi isyarat supaya gadis itu segera keluar. Kecut hati Tihani melihat muka bengis lelaki itu. Matilah aku kali ni. Hati perempuannya kecut, tangan sudah mula sejuk. Dengan berat hati, akhirnya dia keluar juga.

“Maaf encik, saya tak sengaja.”

Tihani cuba untuk senyum, walaupun dia tahu senyuman itu tidak berapa menjadi. Iskandar diam dan merenung tajam ke arahnya. Niatnya hendak menghamburkan kemarahan tidak menjadi bila mendengar perkataan maaf dari gadis comel di depannya ini.

“Macam mana awak bawa kereta?”

Suaranya masih keras. Cuba berlagak gentleman di hadapan gadis itu.

“Encik tak apa-apa? Teruk ke rosak kereta tu?”

Sengaja dia tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Lehernya dipanjangkan cuba meninjau keadaan kereta yang dihentamnya tadi. Okey saja kereta dia ni. Hmm.. bercalar sikit aja. Matanya beralih pandang pada keretanya pula. Berkerut muka Tihani melihat ada sedikit kemek betul-betul pada lambang H keretanya. Aduh! Melayang lagilah duit aku ni nampaknya. Iskandar hanya melihat saja gelagat Tihani itu. Comelnya juga minah ni. Dia berdehem sekali untuk menarik perhatian Tihani.

“So, macam mana ni?”

“Err, macam mana ya? Kereta awak pun okey aja ni, kereta saya yang kemek.”

Tihani tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Macam mana awak tanya? Awak yang langgar saya, kereta awak kemek bukan salah saya, kan?”

“Saya betul-betul minta maaf, saya tak sengaja tadi. Tak perasan.”

Tihani buat muka kasihan. Iskandar gelihati melihat gelagat Tihani yang nampak cemas. Dia tahu gadis itu tidak bersalah. Kemalangan itu berlaku kerana dia yang berhenti mengejut secara tiba-tiba. Dan keretanya tidaklah seteruk mana pun. Tetapi sebaik melihat Tihani, dia mula panjang akal. Ini peluang yang tidak mungkin akan dilepaskan. Mungkin juga boleh menambah koleksi teman wanitanya.

“Err, macam nilah, ini kad saya. Kalau encik dah hantar repair, encik boleh hubungi saya melalui nombor tu. Saya akan jelaskan bil encik nanti. Just give me a receipt.”

Tihani menghulurkan sekeping kad perniagaan kepada Iskandar.

“Okey.”

Iskandar mengangguk dan terus berlalu masuk ke dalam keretanya semula. Macam tu je? Huh! Belagaknya, macam bagus aja. Bentak Tihani sambil berlalu. Iskandar tersenyum melihat bisnes kad Tihani di tangannya.

Tihani Annur bt Hamzah.
Sales Executive.

Hmm, sedap juga nama dia ni. Tihani Annur. Senyuman meleret di bibir Iskandar. Seolah-olah burung sudah terkena jerat.

Akulah Cinderella 13

“Tak apa ke ni makcik? Syah rasa bersalahlah.”

“Tak apalah Syah, tak usah risau pasal makcik. Ramai lagi yang nakkan kerja Syah ni.”

“Tapi lepas ni, Syah tak boleh jumpa makcik, Jaja dan abang Man.”

“Correction Syah! Bukan tak boleh jumpa, cuma jarang berjumpa.”

“Abang Man ni, buat lawak pulak orang tengah syahdu ni.”

“Jangan lupakan aku ya Syah.”

“InsyaAllah, aku tak akan lupa korang semua yang sangat baik dengan aku ni.”

“Dah berjaya nanti pun jangan lupa abang Man tau. Kalau ada orang buli Syah, cari abang ya.”

“Makcik doakan Syah berjaya. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput makcik ya.”

“Apa ni makcik! Syah muda lagilah. Lagipun siapalah nak kat Syah ni.”

“Syah, aku rasalah, kau kena tukar imej baliklah. Kau dah selamat sekarangkan?”


Memori malam tadi menggamit pilu di hati. Berpisah dengan tiga orang yang agak rapat denganku amat perit sekali. Demi masa depan ku gagahkan jua. Perlahan aku mengayuh basikal masuk ke halaman rumah. Jam di tangan hampir pukul tiga petang sebentar lagi sampailah orang dari JKM itu. Datin Zulaikha juga tidak nampak wajah. Baru hendak memanjat tangga terdengar deruman kereta masuk ke halaman rumahku. Ya, orang-orang dari JKM itu sudah sampai.

“Assalammualaikum.”

“Walaikumsalam Tok Mat. Jemputlah masuk.”

Aku bersalaman dengan puan Jamilah dan puan Hamidah.

“Bagaimana Aisyah? Dah dapat cari penjaga yang sah?”

Soal encik Borhan tanpa membuang masa.

“Ya, sekejap lagi dia sampai.”

Aku berpaling ke arah luar. Sebuah kereta Toyota Estima merangkak masuk ke halaman rumah. Siapa pulak ni? Datin Zulaikha keluar dari perut kereta diiringi oleh Sarah. Hairan kenapa mereka bawa kereta lain pula?

“Assalamualaikum.”

Sarah kelihatan simple saja hari ini. Hanya berseluar jeans dan t-shirt berlengan pendek. Tetap manis di mataku.

“Walaikumsalam.”

Kami semua menjawab serentak. Datin Zulaikha dan Sarah melabuhkan punggung.

“So, yang mana satu nak jadi penjaga yang sah kepada mereka enam beradik ni?”

Puan Jamilah memandang Datin Zulaikha dan Sarah.

“Saya Sarah, pembantu peribadi Datin Zulaikha dan dialah orangnya yang akan menjaga mereka.”

Riak wajah Tok Mat sedikit terkejut dan tiga orang manusia dari JKM itu hanya mengangguk.

“Ya, saya orangnya. Saya sanggup jadi penjaga yang sah kepada mereka semua.”

Datin Zulaikha mengesahkan persetujuannya. Aku berpaling melihat adik-adikku yang sudah berkumpul di bendul dapur mendengar perbualan orang-orang dewasa di depanku ini. Aku hanya berkerut kening mendengar penjelasan dan keterangan dari encik Borhan kepada Datin Zulaikha. Tentang tugas dan tanggungjawab menjaga kami semua. Aku lihat Datin Zulaikha hanya tersenyum sambil mengangguk tanda faham, sementara Sarah pula sibuk mencatit butiran dan maklumat yang keluar dari bibir encik Borhan itu ke dalam organizernya.

Setelah lama aku menjadi patung di depan mereka semua, akhirnya tiga orang manusia dari JKM itu beredar jua setelah hampir dua jam berbincang dengan Datin Zulaikha.

“So, macam mana sayang? Dah prepare semua?”

“Hah? Jadi jugak ke nak move out hari ni?”

“Yalah Syah, awak ni, nak tunggu apa lagi? Orang-orang tadi pun dah setuju Datin boleh bawa you all semua pergi hari ini.”

“Begitu aja? Senangnya, tanpa sain apa-apa dokumen?”

“Dokumen tu hari isnin nanti mummy settlekan di pejabat JKM. Syah tak usah risau pasal nilah.”

“So, tunggu apa lagi? Pergilah packing. Kita orang tunggu. Go!”

Sarah memberi arahan. Aku masih terkebil-kebil. Tiba-tiba dadaku sebak. Aku pandang rumah pusaka ini. Ibu, ayah, Syah akan tinggalkan kehidupan kita di sini. Syah akan tinggalkan semua kenangan kita bersama begitu saja. Dadaku terasa sempit. Airmata mula bergenang di tubir mataku. Seakan-akan aku ternampak saja ayah sedang memerun sampah, ibu pula sedang menyapu daun-daun kering. Aku naik ke rumah melihat setiap sudut pondok buruk ini. Walaupun buruk dan daif, tapi di sinilah aku membesar. Di sinilah aku mendapat kasih sayang ibu dan ayah. Walaupun aku belum puas mengecapinya. Aku sangat merindui saat itu. Aku merindui ibu dan ayah. Aku sangat sayang dengan teratakku ini.

Alia sudah menyiapkan barang-barang Aiman dan Azah. Barangnya juga sudah disiapkan. Memang aku sudah berpesan kepadanya sebelum pergi kerja pagi tadi. Dan mereka semua juga sudah maklum akan penghijrahan mereka hari ini. Ain dan Aida juga sudah meletakkan barang-barang yang mereka ingin bawa. Hanya aku saja yang belum. Hanya aku yang masih berat hati untuk meninggalkan segala kenangan di sini.

“Sudahlah kak Syah, pergi siap. Jangan biar orang tunggu lama.”

Alia seakan mengerti perasaanku di kala ini. Aku hanya bersiap ala kadar. Bukan banyak sangat barang-barangku. Aku amati lagi teratakku ini. Inginku rakamkan segalanya yang ada di sini. Esok lusa pasti jentolak datang untuk merobohkan rumahku ini. Tempoh yang diberi anak menantu Pak Haji Yahya akan tamat esok.


**************


Kereta yang kami naiki perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumahku. Kami semua berpaling ke belakang memandang sayu rumah pusaka itu. Aida sudah menitiskan airmatanya. Begitu juga Alia, matanya juga sudah berkaca-kaca. Aku tahu mereka amat menyayangi rumah itu. Sedih barangkali kerana meninggalkan segala kenangan yang telah dibina sekian lama di rumah pusaka itu. Aku hanya menahan sebak di dada melihat airmata mereka. Ngilunya di hati hanya tuhan saja yang tahu. Aku tidak boleh menangis. Aku tidak mahu menangis! Aku harus kuat.

Bumbung rumah hilang dari pandangan mata kami. Wajah Alia dan Aida masih mendung. Diam dan termenung melayan perasaan masing-masing. Sebaliknya Ain, Azah dan Aiman amat ceria sekali. Mereka masih belum mengerti lagi dan kenangan mereka pun tidak banyak di rumah itu. Yang mereka tahu keseronokan menaiki kereta yang besar ini. Amat selesa. Barulah aku mengerti, mengapa Datin Zulaikha membawa kereta ini. Wanita itu berpaling kebelakang melihat kami semua sambil tersenyum.

“Sabar ya semua.”

Lembut suaranya memberi semangat. Mungkin dia juga perasan akan keruh di wajah kami bertiga. Aku membalas hambar senyumannya itu.

Rajuk Sang Hati 16

Tiga mata pelajaran telah berlalu. Aku mengeluarkan buku agama. Sebelum ustaz Arifin masuk lebih baik aku bersedia. Doa-doa yang ustaz Arifin suruh hafal telah melekat dalam mindaku. Sudah menjadi rutin, sebelum memulakan pembelajaran ustaz Arifin akan memilih dua tiga orang pelajar untuk membaca doa-doa yang diajarnya sebagai bekalan dan pedoman hidup. Minggu lepas aku disuruh membaca doa Siti ‘Aisyah r.a., kelmarin pula ustaz Arifin suruh aku baca Ayat Seribu Dinar. Hari ini adakah aku akan disuruh lagi? Harap-harap giliran orang lain pula. Tiba-tiba cikgu Wahid dan dua orang pengawas muncul di depan pintu kelasku. Salah seorangnya adalah Irfan. Wajah mereka cukup serius. Aku tunduk. Tidak berani bertentang mata dengan Irfan si jantung hatiku itu. Sisa-sisa malu pada Irfan tempoh hari masih berbekas.

“Siapa Nurul Atikah bt Sulaiman?”

Lantang suara cikgu Wahid membaca nama pada sehelai kertas kecil. Atikah angkat tangan dan bangun.

“Saya cikgu.”

“Betul kamu yang buat aduan tentang kehilangan jam tangan?”

“Betul cikgu.”

“Baik kamu berdua periksa semua beg sekolah pelajar kelas ni. Yang lain sila beri kerjasama.”

Cikgu Wahid memberi arahan kepada Irfan dan seorang lagi pengawas. Kalau tak silap aku namanya Rizal. Mereka memeriksa satu-persatu beg kawan-kawanku. Aku melihat Maisarah, dia pula merenung Azura. Kami saling berpandangan dan mengangkat kening masing-masing sebagai isyarat bertanya. Kemudian mataku beralih kepada Atikah. Dia menjeling aku. Pelik!

Irfan sampai ke mejaku. Kami bertentang mata. Segarit senyuman pun tidak terukir di wajahnya, seperti selalu. Aku biarkan saja Irfan menyentuh barang-barangku. Biarkan. Biarkan si jantung hatiku itu menjalankan tugasnya. Dia menyeluk poket begku sebelah depan. Pergerakannya terhenti. Dia mengangkat muka merenungku. Aku buat muka selamba. Sebenarnya aku teringin nak senyum kepadanya, tapi aku tak berani. Dia masih merenungku. Lama. Kini satu kelas telah menjadi senyap-sunyi. Semua mata tertumpu pada kami. Tiba-tiba aku berdebar-debar. Kuat sekali degupan jantungku. Bukan kerana Irfan merenung aku, tapi aku dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Irfan?”

Suara cikgu Wahid menyedarkan aku dan Irfan. Dia berpaling.

“Err.. ya cikgu.”

“Kenapa?”

Irfan merenungku lagi. Macam serba salah saja muka dia?

“Err.. tak ada apa cikgu.”

“Jumpa?”

“Tak jumpa cikgu.”

“Baik cukup, kita pergi check kat kelas lain.”

“Baik cikgu.”

Irfan merenungku tajam. Dia mengeluarkan tangannya dari poket begku dan terus berlalu. Debar di dadaku masih sumbang rentaknya. Aku cuak. Perlahan jemari ku seluk ke dalam poket beg. Tanganku tersentuh sesuatu. Aku ambil dan keluarkan dari beg. Aku terkedu. Jam tangan jenama Seiko berada di dalam genggamanku. Kini, semua mata tertumpu pada aku.

“Oh, jadi kaulah yang ambil ya?”

Sergah Atikah. Aku masih terkebil-kebil melihat jam itu di genggamanku. Macam mana jam ni ada dalam beg aku? Siapa yang letak?

“Oi, pencuri! Pulangkan balik jam aku.”

Berdesing telingaku bila Atikah menggelarkan aku pencuri. Dia menghampiriku. Lalu merampas jam tangan miliknya. Mata kami bertentangan.

“Jaga sikit mulut kau, aku bukan pencuri.”

“Kalau kau tak curi, macam mana jam aku boleh ada dalam beg kau?”

“Woi! Kau jangan nak tuduh Qai sembarangan, aku kenal dia. Dia takkan mencuri.”

Atikah berpaling sambil tersenyum sinis pada Azrai.

“Of courselah kau kata dia tak mencuri, sebab dia buah hati kau kan?”

“Atikah, apa yang kau tak puas hati pada Qai hah?”

“Kau boleh diam tak Mai? Kau jangan masuk campur!”

“Masalah Qai, masalah aku juga. Jadi kau jangan nak tuduh dia sembarangan.”

“Eleh, korang ni sengaja berpakatkan?”

“Mulut jaga sikit Atikah.”

Azrai merenung tajam Atikah. Gadis itu hanya mencebik. Geramnya aku!

“Qai, lain kali kalau kau berkenan kat barang-barang aku, minta aja. Aku akan bagi, tapi janganlah mencuri macam ni!”

“Aku tak curi!”

“Dia tak akan mencuri!”

Azura dan Maisarah bersuara serentak.

“Come on guys, dah terbuktikan? Jam aku ni ada dalam beg dia?”

“Atau kau sendiri yang letak?”

Suara bersahaja Hasnul Amin membuat semua orang merenungnya dan Atikah silih berganti. Aku lihat wajah Atikah berubah.

“Woi mamat Indon! Kau jangan masuk campur boleh? Duduk diam-diam kat situ.”

“Kenapa kau tak jawab? Betul tak apa yang aku cakap tadi?”

“Oh, kau nak tuduh aku sengaja perangkap Qai begitu?”

“Tepat sekali.”

Mata mereka bertentangan. Hasnul Amin bermuka selamba. Wajah Atikah pula sudah merah padam menahan marah.

“Assalamualaikum.”

Kami semua berpaling dan menjawab salam serentak. Ustaz Arifin muncul di pintu.

“Apa yang kecoh-kecoh ni?”

“Qairunissa ustaz. Dia curi jam tangan saya.”

“Astagfirullahalazim, Qairunissa? Betul ke?”

“Saya tak curi ustaz. Demi Allah saya tak curi.”

“Dia bohong ustaz. Jam tangan ni ada dalam beg dia tadi.”

“Betul Qairunissa?”

“Betul ustaz. Tapi saya tak ambil. Saya tak tahu siapa yang letak dalam beg saya ustaz. Saya betul-betul tak tahu.”

“Dia bohong ustaz!”

“Kau yang berbohong.”

Tiba-tiba suara Hasnul Amin mencelah.

“Kau diam mamat Indon! Aku dah cakap jangan masuk campur. Qai ni memang pencuri!”

“Kau ada bukti?”

Suara Azrai pula mencelah.

“Bukti apa lagi? Jam ni dia keluarkan sendiri dari beg dia. Jelas dan nyata. Semua orang nampak.”

“Kau sendiri yang letak.”

Maisarah pula menyampuk.

“Kau cakap baik-baik sikit Mai. Kenapa pulak aku nak letak jam aku sendiri dalam beg dia?”

“Sebab kau memang tak puas hati dengan Qai. Kau sengaja nak perangkap dia.”

Azura juga sama sibuk menyokong aku. Tiba-tiba aku rasa sangat terharu. Kawan-kawanku masih percaya pada aku. Kawan-kawanku tidak berpaling tadah.

“Sudah! Astagfirullahalazim, bawa mengucap semua. Syaitan sedang bermaharajalela di antara kamu. Makhluk yang dilaknati Allah itu memang sengaja membuat kamu semua bercakaran.”

Kami semua terdiam mendengar teguran dari ustaz Arifin itu.

“Qairunissa, andai benar tuduhan Nurul Atikah itu, kamu harus meminta maaf padanya.”

Minta maaf? Jangan harap! Aku tak bersalah lansung!

“Saya diperangkap, saya dianiaya ustaz.”

“Kalau benar kamu rasa begitu, segeralah berdoa. Doa orang yang dianiaya itu Allah makbulkan. InsyaAllah.”

“Nurul Atikah, belajarlah memaafkan. Barang kamu pun sudah dijumpai, jadi tidak perlu kecoh-kecoh seperti tadi. Lain kali jangan pakai barang berharga ke sekolah. Bila hilang susah.”

Dia tu berlagaklah ustaz. Suka menunjuk-nunjuk kekayaan dia. Kata-kata itu hanya menjerit di hatiku saja.

“Baiklah, kita mulakan, dah buang masa banyak ni. Buka muka surat 45. Hari ini kita masuk bab zakat.”

Tanpa berlengah, kami semua akur dengan arahan ustaz Arifin.

Akulah Cinderella 12

Selepas kerja aku terus pulang ke rumah sebab Datin Zulaikha dan Sarah akan datang ke rumahku. Aku segan sebenarnya. Tetapi semasa Sarah telefon di pejabat tadi memang beriya-iya benar nampaknya. Katanya, Datin Zulaikha teringin sangat hendak melihat keadaanku dan adik-adik. Tapi bagiku itu hanya alasan saja. Mereka ingin mendengar keputusanku sebenarnya.

Aku menongkat basikal pada dinding papan yang sudah berlubang. Besar juga lubang itu. Patut saja kami sering diganggu oleh mata-mata gatal yang suka mengintai. Seronok agaknya rumah ini ramai anak dara. Kalau aku nampak, aku cucuk mata itu dengan garfu, biar mereka menjadi seperti Kasim Selamat. Tetapi malangnya, aku tidak pernah nampak, hanya Alia dan Ain saja yang mengadu. Sejak itu, Alia tampal lubang-lubang di dinding dengan kotak yang dipotong empat segi. Memang buruk rupanya keadaan rumah kami ini. Sangat daif.

“Kak Syah, awalnya?”

Ain tersengih di muka pintu.

“Haah, kejap lagi Datin nak datang rumah kita.”

“Oh, mak angkat kita tu ya? Bestnya!”

“Mana Azah dan Aiman?”

“Tu, tengok kartun.”

Ain muncungkan bibirnya ke arah dua orang lagi adikku yang sedang asyik menonton rancangan kartun di kaca tv yang sudah uzur itu.

“Kak Syah, tadi Tok Mat datang.”

“Hah? Dia nak apa? Dia datang dengan siapa?”

“Datang sorang aja. Dia tinggal pesan buat akak.”

Aku mengangkat kening.

“Dia kata esok orang dari JKM datang.”

“Pukul berapa dia orang datang?”

“Tok Mat kata dalam pukul 3.”


*************


Dari tingkap dapur kelihatan sebuah kereta Mercedes merangkak perlahan-lahan memasuki halaman rumahku. Aku kenal kereta itu. Ia milik Datin Zulaikha. Sekilas memori aku memecahkan cermin keretanya terlintas di kotak fikiranku. Aku tersenyum nipis lalu keluar menyambut mereka. Sarah yang tersenyum manis keluar dari perut kereta.

“Susah ke cari rumah saya?”

Aku bersalaman dengan Datin Zulaikha dan Sarah.

“Tak juga. Akak tanya sorang makcik yang jual laksa kat sana.”

Ya, itulah makcik Leha yang menjual laksa di gerai tepi jalan, lebih kurang limit saja sebelum sampai ke rumahku.

“Jemputlah masuk ke pondok saya.”

Dengan rendah hati aku mempelawa mereka. Khuatir juga aku, manalah tahu mereka geli dan jijik dengan keadaan rumahku ini.

“Duduklah. Sorry kotor sikit.”

Aku membentangkan tikar mengkuang yang memang dikhaskan untuk tetamu. Mereka hanya tersenyum manis sambil mata memandang sekeliling rumahku. Rasanya dapur Datin Zulaikha lebih cantik dari pondok burukku ini. Adik-adikku juga sudah menyibuk duduk di tepiku.

“Datin ini adik-adik saya. Yang ini Nur Ain, ini pula Mohd Aiman dan yang itu Nur Azah.”

Aku memperkenalkan mereka kepada Datin Zulaikha. Kelihatan adik-adikku masih malu-malu.

“Ini ke mak angkat kita?”

Bisik Ain, kononnya tidak mahu Datin Zulaikha mendengarnya. Padahal suaranya itu jelas amat hingga mengundang tawa Datin Zulaikha dan Sarah.

“Iya sayang, panggil mummy okey.”

Mummy pulak?

“Err, Ain pergi buat air.”

“Eh, tak payah susah-susah Syah.”

Sarah cuba menolak.

“Tak ada susahnya kalau setakat air aja. Tak sudi ke?”

Sarah tersenyum kelat. Aku memberi isyarat mata kepada Ain suruh ke dapur menyediakan minuman. Ain mengangkat punggung sambil menarik tangan Azah dan Aiman.

“Sorry Syah, bukan macam tu. Cuma tak mahu susahkan Syah itu aja.”

“It’s ok. Saya bergurau aja.”

“Mana lagi dua orang adik Syah?”

“Oh, dia orang tak balik sekolah lagi. Dalam pukul 7 karang dia orang sampailah Datin.”

Datin Zulaikha mengangguk faham.

“So, macam mana? Dah bincang?”

“Saya dah bincang dengan mereka, nampaknya mereka ikut aja keputusan saya.”

“Jadi, Syah dah buat keputusan?”

Aku mengangguk perlahan.

“Apa dia?”

“Hmm.. saya rasa, saya terima tawaran Datinlah.”

Sarah dan Datin Zulaikha tersenyum lebar. Reaksi mereka ternyata gembira.

“Alhamdulillah, terima kasih kerana memberi peluang kepada mummy, sayang.”

“Tapi.. hanya setahun aja ya?”

Mereka terdiam dan saling berpandangan.

“Kenapa pula Syah?”

“Tahun depan umur saya 18 tahun. So, saya rasa, saya akan ambil alih menjadi penjaga yang sah buat adik-adik.”

“Masa tu nak tinggal kat mana?”

“Saya akan cari rumah sewa. Dengan adanya SPM saya boleh mencari kerja yang lebih baik.”

“No! Tak boleh! Habis SPM Syah kena sambung study lagi sampai masuk U.”

Serius pulak muka Datin Zulaikha ni. Aku diam.

“Ya Syah, kalau result elok mungkin pergi overseas. Kalau masuk U kat Malaysia ni pun, mesti kena duduk kampuskan? So, adik-adik awak macam mana?”

Dup! Rentak jantungku seakan terhenti seketika. Tidak terfikir pula aku sampai ke situ. Yang ku tahu, aku cuma mahu mengambil SPM saja untuk mencari kerja yang lebih baik. Bagaimana jika keputusan SPM aku cemerlang? Tidak, tidak, aku tidak boleh terlalu tamak. Kata-kata Sarah ini membuatku cuak semula.

“Syah?”

Aku tersentak.

“Ya Datin?”

Datin Zulaikha tersenyum memandangku.

“Mummy sayang, panggil mummy.”

“Saya tak biasa.”

Aku tersengih.

“Tak biasa, dibiasakanlah.”

Aku sengih lagi. Ain sudah muncul bersama tiga cawan kopi.

“Jemputlah minum.”

“Err, Datin.. eh, mummy, encik Shafiq dah tahu ke?”

Tiba-tiba pula aku teringat pada si mangkuk ayun itu. Berkongsi bumbung dengannya pasti mengundang ribut taufan nanti.

“Belum. Mummy ingat nak buat surprise kat dia.”

What? Surprise? Gila apa? Mulut lelaki poyo itu amat berbisa sekali. Buatnya dia tidak suka dengan kami semua, habis dibahasakannya adik-adik aku kelak. Mereka ini sudahlah lemah gemalai, mahu saja berendam airmata nanti.

“Surprise? Janganlah mummy. Lebih baik beritahu dia, nanti dia marah.”

“Syah jangan bimbanglah pasal tu. Tahulah mummy nak handle dia.”

Aku tersenyum kelat. Mataku beralih kepada Sarah pula, gadis itu juga tersenyum lebar.

“So, kalau boleh hari ni juga Syah ikut mummy pulang ya?”

“Hah? Hari ini juga?”

Datin Zulaikha hanya mengangguk ceria.

“Tak bolehlah mummy, esok orang dari JKM nak datang.”

“Ha, elok sangatlah tu. Pukul berapa?”

“Dalam pukul 3 kot.”

“Okey, kalau macam itu esok mummy datang lagi. Biar mummy settlekan kes Syah ni. Then, after that you must follow me. No more excuses!”

Aku terkebil-kebil. No excuses? Tak akan esok jugak nak pindah ke rumah dia? Tak boleh ke bagi aku masa untuk berlama-lama sikit di rumah ni? Rumah pusaka orang tuaku ini? Walaupun ia hanya layak dipanggil pondok buruk saja. Bagaimana dengan makcik Senah? Aku tidak boleh berhenti begitu saja. Kasihan makcik yang baik itu. Nampaknya malam ini adalah malam terakhir aku bekerja dengan makcik Senah. Aku pasti akan merindui mereka kelak. Aku akan tinggal dan bersekolah di bandar. Ya, aku akan bersekolah semula. Aku sangat merindui saat-saat itu.

Rajuk Sang Hati 15

“Okey bahagi kepada dua kumpulan. 5A1 lawan 5A2. Pilih ketua kumpulan masing-masing.”

Cikgu Rashidah guru pendidikan jasmani memberi arahan. Mulut pelajar perempuan kedua-dua kelas soksek-soksek sesama sendiri menentukan siapa yang harus menjadi ketua kumpulan. Kelasku sebulat suara memilih Atikah. Maklumlah tubuhnya yang agak tinggi dan sedikit berisi serta lantang bersuara adalah pilihan yang paling tepat untuk mengetuai kami melawan kelas 5A1. Atikah telah memilih beberapa pemain untuk pasukan kami. Aku hanya menjadi simpanan saja. Alasannya dia susah nak handle aku. Logik ke alasan tu? Entah apa-apa entah. Lantaklah, aku pun tak ada mood nak main. Lebih baik aku melayan perasaanku yang tak keruan sejak malam tadi.

“Qai, kau tak masuk list? Hairan!”

Aku berpaling melihat Maisarah yang berkerut kening dan melabuhkan punggung di sebelahku.

“Kau pun tak masuk list?”

“Aku biasalah, lembik. Mana dia nak pandang. Lagipun aku ni kecil molek. Tak sesuailah main bola jaring. Selalunya kau join sekali, hari ni kenapa tak main?”

“Dah dia tak pilih aku.”

“Reason?”

“Susah nak handle aku. Ada ke patut? Susah sangat ke?”

Maisarah tergelak.

“Memang pun. Kau kalau dapat main, ikut kepala angin. Bukan nak ikut arahan ketua.”

“Dah arahan ketua tak betul, aku nak ikut macam mana?”

Maisarah tergelak lagi.

“Rugilah dia tak ambil kau main. Aku kerat jarilah kalau kelas kita menang.”

“Oit, kau ni apalah. Sepatutnya sokong kelas sendiri.”

“Betullah tu, Atikah tu salah strategi, sepatutnya kau pemain utama, bukannya simpanan.”

Aku pula yang tergelak.

“Aii, handal sangat ke aku ni?”

“Yalah, setiap kali kau main, kelas kita confirm menang. Bila kau tak main, hancusss..”

Gelak aku bertambah besar. Beberapa pelajar India di sebelahku yang turut jadi simpanan tersenyum mendengar celoteh Maisarah.

“Kau ni Mai ada-ada ajalah.”

“Tengok Zura tu, ada ke dia suruh jaga si Wani yang tinggi tu. Gila apa?”

Aku hanya memandang Azura yang berusaha keras mengawal Wani dari kelas 5A1. Apa yang Atikah tu fikir agaknya?

“Kenapa semua orang pilih dia jadi ketua tadi?”

“Pasal dia tinggi kot, badan dia besar.”

“Tapi tak ada otak.”

Kami tergelak. Maisarah kalau dah marah begitulah bunyinya. Bunyi wisel cikgu Rashidah selaku pengadil, membuat gelak kami terhenti. Maisarah menghulurkan air mineral kepada Azura yang tercungap-cungap menghampiri kami.

“Gila!”

Azura menjeling Atikah yang agak jauh dari tempat kami duduk.

“Releks Zura. Sabar banyak-banyak.”

“Teruklah dia jadi ketua. Hampeh!”

“Qai, masuklah wei. Kau tengoklah kita dah tertinggal jauh ni.”

“Yalah Qai, kita tertinggal dua puluh matalah.”

“Korang ni, aku mana boleh memandai-mandai nak terjah masuk macam tu aja. Lagipun dia tak nak aku join, aku nak buat macam mana.”

“Ala Qai, kau buat dek aja. Jomlah!”

“Malaslah aku.”

“Pergilah Qai. Malulah kalau kelas kita kalah.”

“Ala, relekslah. Ni bukannya game betul pun, pj aja. Kecohlah korang ni.”

Wisel berbunyi lagi. Azura masuk ke gelanggang sambil menghentak kaki. Membuat aku dan Maisarah tergelak besar.

“Kau tengok Qai, dah macam askar.”

Kami sambung gelak. Kali ni agak kuat. Hilang sekejap runsing kepala aku ni. Maisarah ni betullah pelawak antarabangsa. Permainan berlansung dengan hebat. Masing-masing tak mahu kalah. Aku pasti Atikah tak akan memanggil aku masuk ke gelanggang sehinggalah waktu pj habis. Jam tangan aku lihat seimbas. Lagi sepuluh minit masa akan tamat. Wisel di bibir cikgu Rashidah bila-bila masa saja akan berbunyi, kerana lima minit lagi akan diberi untuk kami bertukar pakaian.

“Mai, jom tukar baju.”

“Kejap lagilah, karang kena marah dengan cikgu.”

“Hek eleh, penakutnya kau ni.”

“Wei, aku tak sama dengan kau ya. Kau memang dah biasa kena dengan cikgu, aku tak mahulah. Jatuh air muka aku ni.”

“Jatuh ke mana?”

Maisarah menjeling. Aku tersengih padanya.

“Jomlah, karang berebut-rebut.”

“Sabarlah Qai. Berebut pun tak apa. Asalkan tak kena marah.”

“Hisyy, aku tak sukalah berebut-rebut ni.”

“Pergilah kau sorang, aku tunggu Zura. Karang dia merajuk pulak.”

“Ada aja alasan kau ya. Takut tu katalah takut.”

Aku bangun, menuju ke tandas. Wisel penamat berbunyi dan kemenangan berpihak kepada kelas 5A1. Betullah kata Maisarah. Aku melangkah laju menuju ke tandas yang hanya beberapa meter saja dari gelanggang bola jaring tadi. Apa yang aku takuti berlaku juga. Tandas menjadi sesak dan hingar-bingar bersama aroma yang memualkan tekak aku. Aku tak peduli lagi, cepat-cepat menukar semula ke uniform sekolah dan ingin beredar dari situ.

Wasiat Cinta 7

Dari tingkap bilik, Tihani memandang Fendi yang sedang mendukung Mikhail. Tangannya sekejap menunjuk ke arah ayam-ayam yang berkeliaran, sekejap menuding ke atas, mendongak melihat burung sambil mulutnya terkumat-kamit. Barangkali sedang bercakap dengan Mikhail. Anaknya itu pun bukan main asyik lagi melihat ayam-ayam yang mencakar tanah. Sekejap kepalanya ke kiri, sekejap kepalanya ke kanan melihat pergerakan ayam-ayam itu. Seperti faham saja apa yang paklongnya cakapkan. Tihani tergelak kecil. Mikhail memang tidak banyak ragam. Tidak menyusahkan. Seperti tahu saja dirinya itu anak yatim. Malah anaknya itu agak serasi dengan semua orang. Pantang diagah, tersengih saja. Comel sungguh!

Matanya beralih merenung Fendi pula. Wajahnya saling tidak tumpah seperti Faizal. Warna kulit, bentuk fizikal, rambut dan senyuman semuanya sama. Cuma yang berbeza, Faizal mempunyai tahi lalat di dahi dan Fendi pula mempunyai lesung pipit. Memang menawan jika bekas abang iparnya itu tersenyum. Kadang-kadang sekali lihat seperti Faizal pula yang mendukung anaknya itu. Hatinya tersayat pilu. Kalaulah itu benar-benar Faizal, pasti dialah wanita yang paling bahagia di dunia ini.

“Kak Hani, maksu panggil breakfast.”

Tihani tersentak. Dia menoleh sambil tersenyum.

“Kak Hani tengok apa?”

Tanpa meminta izin terlebih dahulu, Mimi masuk ke dalam bilik Tihani. Memanjangkan lehernya menjengah keluar jendela. Patutlah! Geram hatinya bila yang dilihat itu adalah Fendi, yang sedang mendukung Mikhail di halaman rumah.

“Cepatlah, maksu tunggu tu.”

Tihani cuak. Mimi cemburukah? Dia mengekori langkah gadis itu menuju ke dapur.

“Ha, Hani mari makan. Tapi sebelum tu pergi panggil along dulu.”

“Tak apa biar Mimi panggilkan.”

“Tak payah. Biar kak Hani yang panggil, kamu tolong maksu.”

“Tapi..,”

Mimi ingin menyambung tetapi segera berlalu ke rak pinggan mangkuk setelah melihat puan Rosnah memberi isyarat mata kepada Mimi supaya jangan membantah. Tihani yang menyaksikan adegan itu segera ke halaman rumah untuk memanggil Fendi.
Pelik pula tindakan ibu mertuanya itu. Seperti sengaja memberi ruang antara dia dan Fendi. Sudahlah kejadian semalam masih berbekas di hatinya. Sedaya mungkin dia cuba membuang jauh rasa pelik yang bertandang. Mungkin dirinya terlalu merindui Faizal.

“Mikhail cayang, buat apa tu? Tengok ayam ya? Mari kat mama.”

Tihani menghulurkan tangan mahu mengambil Mikhail. Fendi tersenyum lebar. Saat dia menghulurkan Mikhail kepada Tihani, secara tidak sengaja juga tangannya terpegang jemari Tihani. Mereka berpandangan. Kaku seketika. Mikhail yang tergantung di tengah-tengah mula menggeliat. Pantas saja Tihani menyambar Mikhail dan mendakapnya.

“Ibu panggil makan.”

Perlahan suara Tihani, menahan getar. Rasa itu datang lagi. Aneh sungguh dirasakannya. Dia berlalu meninggalkan Fendi yang terkebil-kebil menahan debar di dada. Bagai kejutan elektrik meresap ke seluruh tubuhnya. Sama seperti apa yang berlaku semalam di depan pintu kamar Tihani. Dia menarik nafas dalam, seperti semalam juga, cuba mencari kekuatan. Langkah dihayun perlahan menuju ke rumah bersama gelora di jiwa yang maha hebat.

Akulah Cinderella 11

“Macam mana? Setuju?”

Aku memandang Alia dan Aida.

“Aida ikut aja, mana yang kak Syah fikir baik, baik jugalah bagi Aida.”

“Alia?”

“Lia rasa, macam tak berapa eloklah kak Syah. Tak menyusahkan Datin tu ke?”

“Kita ada pilihan tak?”

“Kalau kita minta makcik Senah jadi penjaga yang sah macam mana?”

Alia masih berkira-kira mencari alasan.

“Itu akan menyusahkan makcik Senah. Dia sendiri pun janda. Nanti lansung tak ada orang nak kat dia kerana kita.”

Mereka berdua tergelak.

“Okey, mari kita senaraikan buruk dan baiknya nak tak?”

Aida mengambil sehelai kertas dan sebatang pen.

“Okey kak Syah senaraikan kebaikan, kak Lia senaraikan keburukan, Aida tukang tulis.”

Aku dan Alia saling berpandangan dan tersenyum melihat gelagat Aida.

“Okey, keburukan yang pertama. Dia orang kaya, kita ni miskin. Datin tu akan mendapat malu jika membela kita yang sangat daif dan naïf ni.”

Ya, ada benar juga kata-kata Alia itu. Pasti reputasi Datin Zulaikha terjejas kerana kami.

“Okey, kebaikannya pulak, kita akan mendapat tempat tinggal yang selesa, makanan berkhasiat, persekitaran yang bersih. Sihat untuk badan dan otak. Baru senang nak belajar.”

Aku mencedok idea dari kata-kata Sarah semalam.


“Okey 1-1,” Aida tersenyum.

“Keburukan yang kedua, kita tak kenal sangat siapa dia. Kalau barang berharga dia hilang ke, lepas tu dia marah kita atau dia pukul kita macam mana? Pada siapa kita nak mengadu?”

Betul juga kata Alia itu. Tapi aku tidak akan membenarkan ianya berlaku. Selagi aku hidup, tiada siapa pun boleh menjentik adik-adikku. Nak dera, deralah diriku seorang saja.

“Okey, lagi satu kebaikan, kita dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Percayalah cakap Kak Syah, setakat ini dia memang baik dan lembut. Macam ibu.”

Mereka berdua merenungku. Aku hanya tersenyum hambar. Aku tahu mereka amat merindui ibu. Terutama sekali Alia. Dialah yang paling rapat sekali dengan ibu.

“Kak Syah sure? Confirm ni?”

Alia inginkan kepastian. Sinar matanya ceria. Betullah memang dia sangat merindui ibu. Aku hanya mengangguk.

“Okey 2-2,”

“Keburukan yang ketiga ialah, macam mana kalau dia dah tak sayang kita? Dia halau kita? Mana kita nak pergi? Nak balik sini, rumah dah tak ada.”

Sekali lagi aku menelan kata-kata Alia itu. Bagaimana kalau ianya benar-benar berlaku? Mereka merenungku semula.

“Kak Syah janji itu tak akan berlaku. Kalau betul-betul berlaku pun, kita pergi mengadu kat JKM. Pasti dia kena punya.”

Jaminan itu sekadar menutup gelisah di hatiku sebenarnya. Alia dan Aida tersengih.

“Betul ni kak Syah?”

Alia sekali lagi inginkan kepastian. Aku mengangguk perlahan.

“Kebaikan lagi satu, kita ada bilik sendiri. Bukan ke itu yang kita mahu dari dulu? Kita boleh decorate bilik kita sendiri. Kita ada privacy. Rumah dia ada sepuluh bilik tau.”

“Sepuluh bilik? Banyaknya!”

Mereka bersuara serentak. Reaksi mereka sama sepertiku malam tadi.

“Okey 3-3, ada lagi?”

“Rasanya tak ada kot.”

Alia berkerut kening sedang memikir keburukan-keburukan yang lain.

“Okey, kalau macam tu keputusannya seri.”

Aida tersengih sambil menayangkan kertas yang tercatit kemas.

“Ada lagi satu kebaikan.”

Mereka menoleh dan terkebil-kebil merenungku.

“Ada lagi? Apa dia?”

“Kak Syah dapat bersekolah semula.”

“Betul ke Kak Syah? Betul ke ni? Alhamdulillah, termakbul juga doa Lia.”

“Kau doakan kak Syah ke?”

“Yalah. Akak dah banyak berkorban demi kami semua. Doa Lia, supaya kak Syah dapat belajar lagi walaupun kak Syah dah tua sikit.”

Tiba-tiba aku rasa sungguh terharu. Aku peluk Alia.

“Ehem! Bukan kak Lia seorang saja yang doakan untuk kak Syah, Aida pun ada tau.”

“Ya ke? Aida doa apa?”

“Banyak.”

“Banyak? Hmm.. apa dia tu?”

Hatiku digaru rasa ingin tahu. Apa pulak doa si Aida untukku agaknya?

“Aida doa supaya akak murah rezeki, akak dapat belajar semula, akak dapat hidup senang, akak akan tukar imej semula dan bertemu jodoh dengan orang kaya.”

Tawa kami terburai. Lucu sangat dengan gelagat Aida itu, siap dengan memek mukanya sekali. Sayang juga mereka kepadaku.

“Okey, kak Syah janji ini hanya temporary aja. Bila umur kak Syah dah 18 tahun nanti, kak Syah sendiri akan mengambil alih menjaga korang semula. Cuma kak Syah minta korang semua bersabar dan bertahan selagi boleh ya? Hanya setahun aja. Bolehkan?”

“Promise?”

Aida sudah menegakkan jari kelingkingnya.

“Promise!”

Kami mengait jari kelingking sesama sendiri. Ya, cuma setahun saja yang ku perlukan untuk menjadi penjaga yang sah. Dan cuma setahun saja aku akan tinggal bersama Datin Zulaikha. Menjadi anak angkatnya. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Rajuk Sang Hati 14

Pagi ni aku murung. Kata-kata atuk malam tadi terkesan di hati. Aku hilang mood. Jam di tangan aku renung. Enam lima puluh pagi. Awal lagi. Suasana pun masih gelap. Bunyi-bunyi burung mula kedengaran. Tiba-tiba sebuah motosikal berkuasa besar berhenti depan bus stop. Aku mula cuak. Sudahlah aku keseorangan di sini. Penunggangnya menoleh dan tersenyum padaku. Hasnul Amin?

“Hai, Nissa.”

Dia turun dari motorbikenya dan menapak ke arahku. Aku balas senyumannya.

“Bike kau?”

“Haah. Semalam sampai. Nak tumpang? Aku ada helmet extra.”

“Tak naklah. Karang kena gossip.”

“Kau takut kena gossip ke, kau tak percaya kat aku?”

“Dua-dua.”

“Nissa, aku ni classmate kaulah. Takkanlah aku nak apa-apakan kau pulak.”

“Aku tak kenal kau sangat.”

“Kes tak percayalah ni? Lantak kaulah. Aku offer kau tak nak. Karang lambat kena denda lagi.”

“Awal lagilah. Sikit lagi bas sampailah.”

“Okey, kalau macam tu aku temankan kau sampai bas datang.”

“Eh, tak payahlah Hasnul. Kau blah dululah. Aku dah biasa.”

“Bahayalah. Gelap ni. Eh, awal pulak kau hari ni ya?”

“Aku bangun awal, awallah jadinya.”

“Dah breakfast?”

“Dah.”

“Bas pukul berapa?”

“Selalunya 7.10 minit tu sampai dah.”

Hasnul Amin melihat jam di tangannya.

“Hmm.. 5 minit lagi. Tak apalah aku temankan kau.”

“Suka hati kaulah.”

“Nissa, kenapa aku tengok kau macam tak ada mood aja?”

Memanglah aku tak mood. Aku susah hati bila terfikirkan atuk sehingga lenaku terganggu. Itu sebab aku boleh bangun awal pagi ini. Sebab malam tadi aku macam tidur-tidur ayam.

“Oh, aku tahu.”

“Apa yang kau tahu?”

“Kau datang bulan ya?”

Kurang asam punya budak! Aku karate jugak si Hasnul Amin ni karang. Aku bagi renungan maut pada dia. Hasnul Amin tersengih.

“Err.. tak betul ek?”

“Tak betullah mangkuk!”

“Amboi, marah. Sorrylah aku hentam aja.”

Aku diam. Betul-betul hilang mood nak marah.

“Kau ada problem ya?”

Aku geleng. Dari jauh aku nampak wajah bas.

“Bas datang. Thanks sebab temankan aku.”

“Sama-sama. Kalau kau nak aku temankan hari-hari pun boleh.”

Aku senyum. Melangkah ke arah bas yang sudah berhenti.

“Nissa!”

Langkahku terhenti di tangga bas. Aku menoleh ke arahnya.

“Aku pendengar yang baik!”

Aku senyum dan masuk ke perut bas.