Aku Pilu

Hari ini sabtu 27/2/2010, hati aku bagai dicarik-carik mendengar berita di Buletin Utama tadi. Seorang kanak2 perempuan yang bernama Syafiah Humairah telah kembali ke rahmatullah akibat kekejaman seorang manusia yang tidak berhati perut.
Serius aku sebak, air mata aku bertakung beb. Sebagai seorang ibu, hati aku ni bagai disiat-siat pedihnya melihat wajah bersih (mcm budak tengah tidur)adik Syafiah semasa diorang nak kafankan tu. Memang jahanam jantan keparat yang bersekudukan dengan mak dia tu. Puas hati ke buat macam tu? Kalau tanya aku, perbuatan kejam itu memang tak boleh dimaafkan lansung! Dahlah buat dosa zina, sampai lahir anak luar nikah (adik kepada syafiah la kot)dah tu membunuh pulak. Siap claim anak dia accident kereta? Apa kes mak dia ni? Ayah kandung arwah tu pulak dalam penjara sebab kes dadah. Adoyai, mak dia ni... agak2 arr kalo nak pilih laki pun... tak berjenis lansung! Apalah reaksi si ayah bila dapat tahu anaknya mati akibat di belasah teruk oleh boyfriend bini dia? Wallahualam bisawab...

So, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat kanak2 malang itu. Syurga sudah menantinya di sana..

Akulah Cinderella 10

** Harap cukup panjang utk you all baca.. sorry kalau tak memuaskan.. enjoy reading!**

--------------------------------------

Aku mengeluh berat sambil tanganku meletakkan ganggang telefon. Apa pula si Sarah ini mahu? Katanya ada hal penting. Apa yang penting sangat? Aku rasa dah tiada kena-mengena lagi dengan mereka. Nak bagi hadiah ke? Tapi tadi tak pula kata nak bagi hadiah. Suaranya pun macam nak cepat saja. Sebenarnya sudah dua tiga kali Sarah menelefonku di pejabat untuk ajak ketemu. Akhirnya aku terpaksa bersetuju untuk berjumpa dengannya malam ini, di restoran makcik Senah.

Malam ini orang tidak ramai. Mungkin sebab bukan hujung minggu agaknya. Kalau hari biasa memang beginilah rezeki di restoran makcik Senah ini. Orang yang datang pun boleh dikira. Aku menolong makcik Senah memotong sayur dan bawang. Berair hidung dan mataku dek kerana bawang yang comel-comel belaka itu.

“Syah, ada customer.”

Jaja menepuk bahuku membuat aku tersentak. Leher ku panjangkan menjengah keluar. Aku tersenyum bila melihat Sarah dan… Datin? Tapi tadi Sarah tak cakap pun Datin Zulaikha ikut sekali. Aku memerhati mereka dan mencari-cari kelibat si mangkuk ayun. Dia pun ada sekali ke? Tapi, apa kena dengan aku ni? Sibuk-sibuk mencari lelaki itu pulak.

“Pergilah cepat!”

Suara Jaja membuat bahuku terangkat.

“Kau ni, aku belum pekak tahu? Tak payahlah nak pekik kat telinga aku.”

“Habis tu siapa suruh kau berangan?”

“Mana ada aku berangan. Tak baik tuduh anak yatim piatu macam aku tau.”

Aku buat-buat cemberut.

“Hmm, itu sajalah modal kau. Aku takkan terpedayalah.”

Jaja mencebik, membuat aku tergelak halus. Makcik Senah dan abang Man hanya tersenyum nipis. Aku melangkah keluar menghampiri meja Sarah dan Datin Zulaikha. Sarah melambai-lambai ke arahku. Aku juga mengangkat tangan sebagai tanda menyapanya.

“Lama tunggu?”

Soal Sarah sebaik aku datang menghampirinya.

“Lama juga, sejak dari restoran ni buka lepas maghrib tadi. Datin pun ada?”

Sudah geharu cendana pula. Saja aku bertanya sebagai muqadimah.

“Ya sayang. Sebenarnya aunty yang suruh Sarah buat appointment dengan Syah ni.”

“Oh, ya ke? Patutlah asyik called aja ajak jumpa. Dapat arahan rupanya.”

Sarah dan Datin Zulaikha tergelak.

“Duduklah Syah, kita sembang-sembang.”

“Boleh tapi sebelum tu kena order dulu.”

Aku mengeluar nota dan pen. Mereka terpinga.

“Err, Datin saya kerja di sini. Buat part time. So, nak order apa?”

“Oh, ya ke? Rajinnya Syah ni ya.”

Aku hanya tersenyum bila dipuji begitu. Kembang pulak rasanya hidungku ini. Setelah mengambil pesanan aku berlalu ke dalam. Meminta izin daripada makcik Senah untuk berbual bersama dua insan itu, tidak mahu dituduh mencuri tulang. Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Sarah.

“Lama Syah kerja sini?”

Soal Datin Zulaikha cuba mengorek qisah qasirah tentang hidupku.

“Lama jugalah, dekat dua tahun.”

“Umur Syah berapa ya?”

“17 tahun.”

“Oh muda lagi, patutlah comel saja. Sekolah kat mana?”

Aku tertunduk. Kalaulah aku ini masih bersekolah, dengan bangganya aku akan menyebut tempatku menimba ilmu itu.

“Saya dah berhenti tahun lepas.”

Datin Zulaikha dan Sarah disapu riak terkejut.

“Sayangnya, kenapa?”

“Keadaan memaksa Datin. Saya terpaksa bekerja menyara adik-adik.”

“Your parents?”

“Mereka dah tiada. Accident tahun lepas.”

Perlahan suaraku mengundang air jernih di bibir mata. Memang terhiris pedih setiap kali terpaksa membuka memori lama. Aku menahan.

“Jadi, Syah ambil keputusan berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara adik-adik?”

Aku hanya mengangguk.

“Adik-beradik ada berapa?”

“Enam beradik. Saya anak sulung.”

“Oh, saudara-mara tak ada?”

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau ada pun aku tidak mahu menyusahkan mereka.

“Jadi, Syah memang tak ada penjaga yang sahlah?”

Kata-kata Sarah itu mengingatkan aku kepada tiga orang manusia dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu. Aku mengeluh berat.

“Itulah masalahnya.”

Mereka saling berpandangan.

“Ada satu hari tu, orang-orang dari JKM datang. Nak bawa kami pergi. Mereka tak benarkan saya menjaga adik-adik, sebab saya sendiri pun masih di bawah umur. Kecuali jika ada orang yang sudi menjadi penjaga kami yang sah. Entahlah dah jem dah otak saya ni.”

“Bila mereka datang nak ambil you all?”

“Mereka bagi tempoh seminggu. Nampaknya esok lusa expiredlah. Kebetulan tempoh yang diberi oleh tuan tanah pun hampir tamat jugak.”

“Tuan tanah?”

“Ya Datin. Tuan tanah dah halau kami sebulan yang lalu.”

“Kasihannya awak.”

Sarah menggosok-gosok belakangku. Aku tersenyum kelat. Berat mata memandang berat lagi bahuku yang memikulnya, wahai cik Sarah. Entah kenapalah dengan mudahnya aku bercerita kepada manusia yang masih asing kepadaku ini. Selalunya aku boleh selesaikan sendiri. Agaknya memang otakku sudah tepu dan beku sehingga terpaksa meluahkannya. Atau kerana mereka ini terlalu ramah dan tidak mengenal pangkat dan status masing-masing? Datin Zulaikha menghela nafas yang panjang. Barangkali turut sama memikirkan masalahku ini. Maafkan aku Datin, bukan niatku untuk mengheretmu sekali di dalam masalahku yang maha hebat ini.

Aku bangun untuk mengambil pesanan yang mereka pesan sebentar tadi bila melihat isyarat dari makcik Senah. Berhati-hati aku menghidangkan kepada mereka.

“Jemput minum. Oh ya, apa yang penting sangat kak Sarah nak cakap sampai terpaksa buat appointment malam ni?”

Aku duduk semula dan memandang Sarah. Cuba untuk mengubah topik. Terlalu serius ku rasakan.

“Bukan akak. Tapi Datin yang nak cakap sesuatu dengan awak.”

Mataku beralih pula kepada Datin Zulaikha. Dia tersenyum kepadaku dengan pandangan yang amat redup. Pandangan kasih seorang ibu.

“Kebetulan pula ya Syah, apa yang aunty nak cakap ni berkaitan dengan problem Syah.”

Aku berkerut kening. Tak fahamlah aku dengan bahasa tersirat Datin Zulaikha ni. Aku resah.

“Sebenarnya, aunty sangat-sangat bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup. Dan aunty terhutang budi sangat-sangat pada orang yang telah menyelamatkan nyawa aunty. Pada Syah.”

Dia berhenti dan merenungku sayu. Tak habis-habis ke pasal mahu membalas budi ni?

“Jadi, aunty teringin sangat nak balas budi Syah. Tapi kalau aunty suruh Syah minta apa-apa, memang Syah tak nak, kan? Dan kalau aunty belikan barang idaman Syah pun, tentu Syah tak mahu juga, kan sayang?”

Aku hanya tersenyum. Memang itulah sifatku. Menolong orang tanpa mengharapkan balasan. Itu adalah pesanan yang dititip oleh orang tuaku.

“Jadi apa kata, Syah jadi anak angkat aunty? Aunty jadi ibu angkat kepada kamu adik-beradik, nak? Biar aunty saja menjadi penjaga yang sah buat kamu berenam, boleh?”

Aku melongo. Terkebil-kebil mataku memandang Datin Zulaikha. Cuba untuk memproses kata-kata wanita itu. Wajahnya jelas mengharapkan persetujuan dariku. Aku beralih pandang kepada Sarah. Ingin mendapat kepastian gadis itu pula. Dia tersenyum lebar sambil tangannya menggosok-gosok tanganku.

“Tapi..”

“Tapi apa Syah? Terima sajalah tawaran Datin ni. Anggap saja Datin membalas budi Syah.”

Senang saja bicara gadis ini. Mana boleh begitu. Ini namanya cuba mengambil kesempatan di atas budi yang ku taburkan. Ibu dan ayah tidak pernah mengajarku begitu.

“Maaf, saya tak boleh terima.”

“Syah please, give me a chance. Ini saja yang boleh aunty buat untuk Syah. Duit dan barang Syah tak nak, jadi aunty hanya boleh beri kasih sayang aunty sebagai ibu kepada you all berenam. Lagipun rumah aunty sunyi. Shafiq selalu tak lekat di rumah.”

Shafiq? Si mangkuk ayun itu? Oh tidak, tidak, aku tidak mahu menjadi adik angkatnya. Azab tubuhku nanti. Lagipun dia pasti tidak setuju lansung. Dia pasti akan menuduhku sengaja mengambil kesempatan dari ibunya. Tak mahulah aku dituduh begitu. Aku ada harga diri. Aku masih ada maruah.

“Maaf Datin, saya memang tak boleh.”

“But why Syah? You need somebody to protect you and your siblings. And I’m the right person isn’t it? I will protect all of you. Just give me a chance to prove that. To give my love to you.”

Aku tunduk diam. Tidak tahu nak jawab apa. Aku perlukan masa untuk berfikir.

“I need more time Datin. I’ll think about it.”

Datin Zulaikha tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

“Tapi masa dah tak banyak Syah, by tomorrow you must give the answer.”

Sampuk Sarah pula.

“Saya tahu. Tapi ini semua terlalu mendadak. Lagipun kita baru saja kenal tak sampai seminggu pun.”

“Jadi awak meragui Datin?”

“Bukan begitu, maaf kalau Datin tersinggung ya. Yang saya utamakan adalah adik-adik saya. Saya tidak mahu Datin rasa terbeban. Masing-masing punya ragam yang tersendiri Datin, kak Sarah.”

Aku merenung mereka silih-berganti.

“Aunty faham, Syah tak nak berpisah dengan mereka bukan? Syah jangan bimbang, Syah takkan berpisah lansung dengan mereka. Aunty akan angkut semua duduk dengan aunty. Rumah aunty besar. Ada sepuluh bilik sayang. Pilihlah bilik mana yang kamu suka. Biar meriah rumah aunty.”

Sepuluh bilik? Mak aii, kayanya! Rumahku hanya ada satu bilik saja. Itu pun boleh dipanggil stor.

“Nantilah saya bincang dengan adik-adik.”

“Ha, macam tulah. Tak payah nak pening-pening kepala. Fikir masa depan adik-adik awak Syah. Mereka perlukan makanan berkhasiat dan tempat yang selesa untuk membesar dan belajar.”

Kalau pasal menyokong bagilah pada si Sarah ni.

“And one more thing Syah, you must further study. Ambil SPM. It’s very important, you know that right?”

Aku tersentak. Ambil SPM? Inilah yang ku tunggu-tunggu selama ini. Peluang yang baik sekali!

“Tapi, dah terlambat kot Datin. Sekarang pun dah bulan empat, exam bulan sepuluh. Ada 6 bulan lagi nak catch up, saya rasa tak boleh kot.”

“Of course you can, sweety. I’ll send you to private school. Yang penting usaha Syah yang tidak putus. Okey?”

“Hendak seribu daya Syah,”

Sarah senyum meleret. Aku juga membalasnya. Hatiku berlagu riang. Impian untuk belajar kembali akan tercapai jika aku menerima tawaran Datin Zulaikha. Tetapi dalam masa yang sama, gusar pula dengan reaksi lelaki poyo itu nanti. Apalah yang akan difikirkannya? Jika setakat aku seorang okey lagi rasanya, ini siap angkut adik-adikku sekali. Memang keterlaluan!

Rajuk Sang Hati 13

Aku mengetuk-ngetuk meja tulisku dengan pen biru. Buku latihan matematik ku pandang sepi. Kepalaku berserabut. Sisa-sisa malu pada Irfan masih terlekat pada wajahku ini. Sudah Qairunissa! Lupakan saja. Aku harus fokus. Cikgu Ashikin kata minggu depan ada ujian bulanan. Jadi aku kena tumpukan perhatian pada latihan ini. Aku gigit pen. Otakku menerawang lagi. Sudah ada buah hatikah Irfan itu? Di sekolah aku tak nampak dia berdating dengan mana-mana pelajar perempuan pun. Di luar aku tak tahulah. Kalau aku jadi kekasih dia kan best. Tapi kau tak ada apa-apa keistimewaan pun Qairunissa. Hatiku menyedarkan aku. Iyalah, aku ni nakal. Selalu kena denda. Mana mungkin aku boleh berdampingan dengan Mr. Perfect macam dia. Dia kesayangan guru-guru di sekolah.

“Hoi!”

“Makkk!”

Aku mengurut dada. Dengan pantas aku menoleh, memberi renungan maut pada Haikal yang ketawa terkekek-kekek.

“Haikal! Apa ni? Terkejut akak tau. Nak bagi akak mati cepat ya?”

“Siapa suruh akak berangan?”

“Mana ada?”

“Mana ada, mana ada. Habis tu adik panggil kenapa tak menyahut?”

“Ha, adik panggil akak ke? Tipu!”

“Tipu apa pulak, dah nak berlubang pintu tu adik ketuk, buat dek aja. Tersengih-sengih gigit pen, beranganlah tu.”

Aku diam. Mukaku hangat tiba-tiba. Malulah pulak Haikal nampak aku berangan. Kalaulah dia tahu apa yang aku angankan. Hisyy, mahunya dia peras ugut aku kalau nak tutup mulut dia. Kes naya dah tu.

“Siapa yang akak angankan? Boyfriend ya?”

“Mana adalah. Akak mana ada boyfriend. Siapalah nak kat akak ni.”

“Itulahkan? Siapalah yang nak kat akak ni, malang.. malang..”

“Haikal!”

Haikal berlari keluar bila aku cuba baling dia dengan teddy bear kecilku. Kemudian menjengahkan semula kepalanya di muka pintu bilikku.

“Kak, mak suruh hidang nasi.”

“Blahlah kau!”

“La, betul. Tak percaya pulak. Mak suruh tu pergi cepatlah.”

Aku mengecilkan mata merenung Haikal yang tersengih. Boleh percaya ke ni? Bukan boleh harap ni. Budak ni kalau tak menyakat aku memang tak sah. Dah memang hobi dia agaknya.

“Nissa!”

Tiba-tiba terdengar suara nyaring mak dari dapur. Eh, betullah!

“Ha, kan dah cakap, tak caya.”

“Eh, kau blah dari sini, blahlah menyibuk aja.”

“Nissa!”

“Ya mak! Orang datang ni.”

Aku mengemas buku-buku yang berselerakan di atas meja. Melangkah laju menuju ke dapur. Panggilan ibu tidak baik ditangguh-tangguhkan.



**************


Jam di dinding aku pandang. Jarum jam menunjukkan tepat sembilan setengah malam. Daun pintu bilik atuk aku selak perlahan.

“Assalamualaikum atuk.”

“Walaikumsalam.”

“Atuk okey? Semput lagi?”

Aku lihat dada atuk berombak laju. Payahnya atuk nak bernafas. Aku jadi sedih. Kalaulah aku boleh ambil sakit atuk itu, biarlah aku yang tanggung. Biar atuk sihat dan ceria macam dulu-dulu. Selalu bercerita dan bersembang denganku.

“Mak kata atuk tak lalu makan, ya?”

Atuk senyum dan mengangguk perlahan.

“Atuk nak orang suapkan?”

“Tak payahlah Nissa, atuk memang tak ada selera. Tak payah kamu susah-susah.”

“Mana ada susah, atuk ni suka cakap macam tu. Hmm… atuk nak makan apa? Orang masakkan. Tak pun orang pergi beli, nak?”

“Tak payah, dah malam sangat ni, tak elok anak dara keluar malam.”

Atuk bercakap sepatah-sepatah.

“Ala, orang ajak Haikal temankan. Nak tak?”

Atuk geleng.

“Habis tu, atuk tak makan karang perut masuk angin.”

“Tak, atuk dah makan sikit tadi.”

“Makan apa?”

“Roti dengan telur.”

Aku senyum. Jadilah, dari atuk tak makan lansung. Roti pun bagus juga, mengandungi karbohidrat. Cukup berat untuk atuk tidak berlapar sepanjang malam ni.

“Nissa..”

“Ya tuk.”

Aku picit-picit kaki atuk. Berkerut-kerut muka atuk bila kaki yang berkedut dan kering itu aku picit-picit.

“Semalam atuk mimpikan nenek kamu.”

Darahku berderau. Tangkai jantung bagai tersentap. Apa yang atuk cuba sampaikan ni? Aku pura-pura senyum.

“Ya? Nenek cakap apa?”

Atuk gelengkan kepala. Dia tersenyum kelat. Ada sikit ralat yang terpamer di wajahnya.

“Dia tak cakap apa pun, dia cuma senyum. Dia hulur tangan pada atuk.”

“Atuk sambut?”

Atuk diam. Matanya berkaca merenung aku. Aku jadi sebak. Atuk, janganlah sedih-sedih. Orang tak suka tengok atuk sedih, sebab orang pun dah macam nak nangis ni.

“Sebenarnya Nissa, dah tiga malam atuk mimpikan nenek kamu.”

Aku bulatkan mata. Atuk, jangan cakap apa-apa orang tak nak dengarlah. Tapi tak sampai hati pulak nak cakap macam tu kat atuk. Atuk macam nak sampaikan sesuatu pada aku saja.

“Semua mimpi yang sama Nissa, cuma semalam atuk sempat bercakap dengan dia. Tapi dia tak cakap apa-apa pun. Dia senyum aja. Tiga malam macam tu Nissa.”

“Atuk cakap apa kat nenek?”

“Atuk cakap, nak bagitahu Nissa dulu sebelum atuk ikut dia.”

Aku jadi sebak. Tanganku makin perlahan memicit kaki atuk.

“Nissa, kalau atuk dah tak ada jangan nakal-nakal tahu. Dengar cakap ayah dan mak, jangan tinggal solat.”

Aku diam. Bibir mataku mula memberat. Aku hanya pandang kaki tua atuk yang berkedut dan kering.

“Dalam ramai-ramai cucu atuk, Nissalah yang paling atuk sayang. Nissalah yang rajin jaga atuk. Nanti bila mak dan ayah Nissa jatuh sakit macam atuk, Nissa jaga mereka lebih baik dari jaga atuk, ya cu?”

Perlahan air mata aku jatuh. Namun tanganku tetap juga meneruskan picitan demi picitan. Dengan penuh kasih sayang aku gosok kaki tua itu.

“Nissa belajar rajin-rajin ya? Buat kerja-kerja rumahtangga, esok ni bila dah kahwin senang, tak kekok. Suami akan sayang Nissa.”

Aku diam lagi. Airmata aku biar kering di pipi. Muka atuk tak berani aku pandang. Aku sedih. Aku capai minyak angin dan ku sapu perlahan ke tapak kaki atuk. Biar atuk rasa hangat. Biar hilang kebas-kebas di kaki atuk.

“Nissa, belajar rajin-rajin tahu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat biar seimbang. Nak cari suami nanti biar yang beriman, ya cu?”

Tercungap-cungap atuk nak mengahabiskan satu-persatu pesanannya. Perlahan aku pandang atuk. Mata atuk berkaca memandang aku. Aku cuba mengukir senyum. Perlahan aku mengesot dan merebahkan kepalaku ke dada atuk. Kepala aku turun naik mengikut rentak atuk bernafas. Ada bunyi halus yang aku dengar setiap kali nafas atuk turun naik.

“Atuk, janganlah cakap macam ni, orang sedih.”

Atuk gosok kepalaku. Esakan tidak dapat ku bendung lagi.

“Sudah cu, jangan menangis. Atuk ni pesan aja. Kalau boleh ikutlah apa yang atuk pesan tu. Kalau tak nak tak apalah. Yang rugi kamu nanti. Dah, dah jangan menangis.”

Senanglah atuk cakap. Dah pesan-pesan segala suruh aku jangan menangis pulak. Mana boleh atuk, orang sedih atuk cakap macam tu. Orang rasa macam atuk nak tinggalkan orang. Orang tak nak kehilangan atuk.

“Sudah, pergi tidur. Esok nak sekolahkan. Nanti terlambat lagi pergi sekolah.”

Perlahan aku bangun. Aku selimutkan atuk dan pasangkan ubat nyamuk elektrik. Aku tak nak atuk kena gigit nyamuk. Tubuh tua atuk tak dapat tahan dah kalau kena denggi atau chikungunya. Aku salam tangan atuk.

“Orang masuk tidur dulu ya tuk. Selamat malam. Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam.”

Lampu bilik ku padamkan, perlahan juga daun pintu ku tutup. Itulah rutinku setiap hari sebelum masuk tidur. Bagai satu kemestian bagiku. Jika tidak aku rasa tak sedap hati. Aku merebahkan diri di katilku. Teddy bear yang sebesar tubuhku aku capai. Hadiah harijadi dari ayah dan mak masa umurku empat belas tahun. Masih elok dan bersih. Aku renung teddy bear itu yang bernama Angelina Jolie.

“Hey, Angelina Jolie, kau tahu tak aku tengah sedih ni?”

Aku kuis-kuis mata Angelina Jolie yang jernih kecoklatan.

“Aku takut kehilangan atuklah Angelina Jolie. Kau tahukan aku sayang kat atuk? Apa aku nak buat hah? Cuba kau cakap kat aku.”

Terkebil-kebil aku merenung teddy bear itu. Macam orang bodoh pulak aku rasa bercakap dengan makhluk yang tak bernyawa itu. Aku mengeluh.

“Tak nak cakap sudahlah Angelina Jolie, kau memang dengki tau. Baik aku tidur lagi bagus.”

Lampu meja aku tutup dan terus memeluk Angelina Jolie.

Akulah Cinderella 9

Hari ini aku minta izin dari bosku untuk pulang awal. Dia pun tidak kisah. Katanya, dia tidak masuk ke pejabat petang ini. Tujuanku ialah untuk ke hospital menziarahi Datin yang telah aku selamatkan semalam. Sebenarnya aku dipaksa berjanji untuk datang lagi oleh Sarah, sebab semalam Datin itu masih tidak sedarkan diri. Tengah hari tadi, Sarah menghubungi aku melalui telefon di pejabat. Itu pun aku terpaksa bagi juga, sebab gadis itu beriya-iya sangat meminta nombor telefon untuk menghubungi aku. Manalah aku ada telefon bimbit. Kata Sarah, Datin sudah sedar. Dia teringin sekali berjumpa denganku. Jadi secara paksa rela aku menggagahkan diri jua untuk berjumpa dengannya.

Aku menongkat basikalku di tempat parking motorsikal. Penat juga mengayuh. Aku mengatur langkah menuju ke wad Datin. Perlahan pintu bilik ku ketuk, lalu menjengahkan kepala. Kelihatan Datin sudah boleh duduk dan di sisinya si Sarah yang tersenyum manis kepadaku.

“Assalmualaikum.”

“Walaikumsalam.”

Serentak mereka berdua menjawab. Aku melangkah ke arah mereka.

“Datin, inilah Syah. Syah ini Datin Zulaikha.”

“Datin apa khabar? Dah okey ke?”

“Alhamdulillah, dah beransur baik.”

Dia mengangguk sambil tersenyum.

“Jadi, memang betullah awak orangnya ya? Saya memang nampak awak semalam.”

Aku hanya tersenyum.

“Terima kasih Syah kerana selamatkan saya. Saya memang terhutang budi pada awak. Bukan saja budi, kira dah terhutang nyawa ni.”

Mereka berdua tertawa. Aku hanya tersenyum saja. Segan pula dipuji-puji begitu.

“Sama-sama Datin. Dah tanggungjawab saya, tak ada apa sangatlah.”

“Mana boleh tak ada apa Syah, awak ni merendah diri sangat ya.”

Aku hanya tertunduk malu. Terasa sedikit canggung.

“So Syah, mintalah apa saja kat Datin ni, dijamin mesti dapat punya.”

Sarah mula mengusikku. Datin Zulaikha tersenyum sambil mengangguk. Mesra betul pembantu peribadi dan majikannya ini.

“Syah nak apa? Aunty boleh bagi apa saja.”

Aunty? Segannya ku rasakan. Mereka ini cuba mewujudkan suasana mesra barangkali. Mungkin mereka lihat aku segan dan kekok.

“Tak payah susah-susah, saya ikhlas Datin.”

“Ala Syah, don’t be shy.”

Si Sarah masih tidak jemu mengusikku. Sikit-sikit jadilah wahai cik Sarah. Aku terdengar pintu bilik dikuak. Kami berpaling melihat siapakah yang masuk. Hah! Dia lagi? Apalah malangnya nasibku ini, asyik bertembung saja dengan si mangkuk ayun itu. Matanya membulat.

“Kau!?? Kau buat apa kat sini?”

Sergahnya dengan renungan yang amat tajam menikam anak mataku. Datin Zulaikha dan Sarah terpinga-pinga.

“Fiq? Why?”

“Both of you.. kenal ke?”

Soalan Sarah tidak mampu ku jawab. Aku kaku. Mahu saja aku pergi dari situ, tetapi kakiku ini seakan lumpuh dan dipaku kemas pada lantai sejuk hospital itu. Si mangkuk ayun menjeling tajam lalu meletakkan plastik berisi buah-buahan di atas kabinet kecil di tepi katil pesakit.

“Syah, ini anak aunty, Shafiq Daniel.”

Anak? Si mangkuk ayun ini anak Datin Zulaikha? Mustahil! Ini mesti ada silap di mana-mana. Aku merenung si mangkuk ayun itu semula. Sukar untukku percaya. Ibunya, punyalah lembut dan santun. Tetapi anaknya, macam orang tak pergi sekolah! Agaknya, lelaki itu anak angkat kot.

“Apa tengok-tengok? Ada hutang?”

“Memang kau ada hutang dengan aku pun.”

Aku bagai terlupa di mana aku berada kini. Lelaki kurang ajar sepertinya, mana boleh aku berdiam diri begitu saja.

“Hutang apa?”

“Hutang penumbuk dan penampar.”

Air muka si mangkuk ayun ini berubah serta-merta. Mengetap bibir dan merenungku tajam.

“Kau buat apa kat sini? Kau tahu tak ini hospital?”

Darahku sudah mendidih. Memang dia sedang menjentik emosiku nampaknya.

“Sudah! Sudah! Apa ni Fiq?”

Datin Zulaikha sudah bersuara keras. Geram dengan tingkah anaknya sendiri barangkali. Baran tidak kena pada tempat.

“Kamu berdua saling mengenali ya Syah?”

“Tak kenal!”

Pantas saja si mangkuk ayun ini menjawab. Aku menjelingnya geram. Dia juga merenungku tajam.

“Kalau tak kenal, tak akan boleh bertengkar begini. Di hospital pula tu.”

Datin Zulaikha merenung kami silih berganti.

“Syah, explain to me what happened between both of you.”

Si mangkuk ayun masih merenungku tajam. Sekilas ku lihat tangannya sudah mengepal penumbuk. Pantas saja terbayang peristiwa aku dibelasah teruk olehnya.

“Syah?”

Datin Zulaikha masih menagih jawapan. Aku menjeling si mangkuk ayun itu kemudian mataku beralih pula kepada Sarah. Gadis itu memberi isyarat supaya aku ceritakan apa yang berlaku di antara kami berdua. Aku menjadi serba-salah pula. Haruskah aku mengaibkan lelaki ini? Nanti teruk aku kena belasah lagi. Tapi, mengapa aku harus takut? Bukan salah aku pun, si mangkuk ayun ini yang memang kurang ajar.

“Tak ada apalah Datin. Small matter.”

Akhirnya aku putuskan untuk merahsiakannya.

“Betul ni?”

Aku mengangguk laju.

“Fiq, ini Syah. Dia yang selamatkan mummy yesterday.”

Matanya membulat. Wajah yang tegang tadi sudah bertukar redup.Aku buat muka selamba.

“Kau.. kau yang selamatkan mummy semalam? Kau yang buat cpr pada mummy?”

Aku hanya diam tidak bereaksi. Aku lihat Datin Zulaikha tersenyum senang. Si mangkuk ayun itu masih merenungku dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Yang pastinya tidak setajam tadi. Renungannya bertukar redup.

“Ya encik Shafiq. Dialah insan berhati mulia yang saya cakapkan dan dialah
budak lelaki yang hantar Datin semalam.”

Sampuk Sarah mengesahkan apa yang berlaku semalam.

“Budak lelaki?”

Si mangkuk ayun itu tersenyum sinis. Datin Zulaikha dan Sarah saling berpandangan. Aku beralih pandang. Merenung tajam lelaki itu. Monyet betul! Aku dah simpan rahsia kau, tak akan kau nak bongkar identiti aku pulak mangkuk?

“Dia ni perempuan mummy, budak perempuan.”

Lantas, cekap saja tangannya membuka cap aku dah melepaskan sanggulku. Terurai lepas rambut lurusku yang separas pinggang. Datin Zulaikha dan Sarah melongo. Mata mereka tidak berkedip. Si mangkuk ayun tergelak besar. Puas hati barangkali dapat mengenakan aku. Mukaku jangan diceritalah, membahang laksana gunung berapi yang hendak meletup saja. Nasib baiklah ini hospital.

“Jadi Syah, you’re girl?”

Sarah menyoal tidak percaya. Aku tersenyum kelat.

“Cantiknya rambut, manis betul Syah ni ya, kenapa sembunyikannya?”

Datin Zulaikha seolah-olah tahu aku sedang menanggung malu. Dia menghadiahkan senyuman manis untukku. Si mangkuk ayun itu berhenti ketawa bila ibunya memujiku.

“Kenapa tak cakap you’re girl Syah?”

Sarah ni macam tak berpuas hati aja? Aku pula, hanya mampu tersengih.

“Dah awak tak tanya?”

Jawapanku itu mengundang riuh tawa mereka. Si mangkuk ayun itu pun turut serta. Aku bukan buat lawak dengan kaulah bodoh! Sibuk saja.

“So, nama Syah yang sebenarnya apa?”

Soal Datin Zulaikha setelah tawanya reda.

“Dia saja pakai nama lelaki mummy. Konon-konon macholah tu.”

Ada jugak yang nak kena makan penampar aku ini karang. Kau boleh diam tak mangkuk? Kau Syah ke? Mak kau tanya akulah bengong!

“Nama saya Nur Aisyah bt Sulaiman Datin. Dari kecil memang orang panggil saya Syah.”

Si mangkuk ayun itu terdiam. Mukanya merona merah. Malu barangkali. Itulah suka sangat serkap jarang. Macam bagus saja!

“Oh, sedapnya nama. Syah tu shortform dari Aisyahlah ya?”

Pandai pun kau Sarah. Tak macam lelaki poyo, si majikan kau itu. Aku hanya tersenyum nipis.

“Datin, err.. saya rasa, saya kena balik dulu dah lewat ni. Sorry sebab semalam saya dah pecahkan cermin kereta Datin.”

“Tak apa Syah, cermin kereta boleh diganti. Nyawa yang penting. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan aunty ya. Kalau Syah tak pecahkan cermin tu mungkin aunty dah tak ada lagi.”

“So, Syah confirm tak nak apa-apa ni?”

Aku hanya mengangguk bila Sarah ingin kepastian.

“Dia malulah tu. Tak apalah, Syah balik, fikir dulu nanti claim kemudian ya.”

Beriya-iyanya mereka ini ingin membalas budiku. Aku tersenyum lagi.

“Saya balik dulu. Jaga diri baik-baik ya Datin. Kalau boleh jangan drive sorang-sorang lagi.”

“Baiklah sayang.”

Lembut alunan suara Datin Zulaikha membuat hatiku sayu. Tiba-tiba pula teringat pada arwah ibu. Ibuku pun selalu cakap begitu. Aku merampas cap kepunyaanku yang masih di tangan si mangkuk ayun itu, lalu melangkah keluar setelah bersalaman dengan mereka tanpa menoleh sedikit pun kepadanya.

Aku menuruni tangga hospital dengan laju. Sudah lewat petang. Aku harus cepat. Lepas maghrib nanti nak ke restoran makcik Senah pula. Sementara itu, tanganku menyanggul semula rambut yang terlepas tadi. Semuanya gara-gara si mangkuk ayun itu.

“Syah!”

Langkahku terhenti saat terdengar namaku diseru. Aku berpaling sambil menyarung semula cap di kepala. Berkerut keningku melihat si mangkuk ayun terkocoh-kocoh mengejarku. Aku berpaling semula dan terus menuruni tangga dengan laju. Malas aku nak bertengkar dengan lelaki poyo itu. Buang masa saja. Tiba-tiba lenganku disentap.

“Syah, tunggulah kejap!”

Sentapan tenaganya membuat aku terdorong ke tepi hingga aku hampir hilang keseimbangan badan. Dengan pantas tangannya merangkul pinggangku supaya aku tidak jatuh. Mata kami bertaut. Aku dapat rasakan ada getaran halus menyelinap di hatiku saat ini. Cepat-cepat aku menolak dadanya.

“Kau ni kenapa? Nak ambil kesempatan ke?”

“Hek eleh, aku dah selamatkan kau dari jatuh tergolek, bukannya nak ucap terima kasih.”

“Siapa yang buat aku terjatuh hah? Bengong!”

“Apa kau kata? Bengong? Siapa yang bengong?”

“Kaulah yang bengong pekak! Tarik-tarik aku kenapa?”

Dia diam dan merenungku tajam.

“Kau ni, mulut memang tak ada insuran ya? Karang bersepai gigi tu pulak aku bagi.”

“Kau ingat aku takut ke? Kalau berani buatlah lagi!”

“Kau jangan cabar aku! Aku tak peduli kau siapa tahu?”

“Tahu, tahu sangat! Kau memang kaki pukul. Suka pukul perempuan. Samseng!”

Dia tersentak lalu membuang pandang. Cuba mengatur nafas nampaknya.

“Okey, okey, aku tak nak bergaduh dengan kau. Kita berdamai nak?”

Berdamai? Semudah itu? Senangnya dia fikir. Aku tak akan lupa apa yang sudah dia lakukan padaku

“Jangan harap!”

Aku menjeling dan ingin berlalu segera. Alamak, dah lambat dah lambat!

“Hei, tunggulah dulu! Aku belum habis lagi ni.”

Langkahku terhenti lagi dan berpaling merenungnya dengan tajam sekali.

“Kau nak apa lagi? Aku nak cepat ni tahu tak?”

“Sorry. Aku cuma nak minta maaf pada kau pasal hari tu dan..,”

Dia terdiam sambil merenung lembut ke wajahku. Aku hanya mengangkat kening sebagai isyarat bertanya.

“Dan.. terima kasih sebab tak beritahu mummy pasal tu. Dan, terima kasih juga sebab dah selamatkan mummy aku.”

“Sama-sama.”

“Err, kau maafkan aku tak?”

“Tak!”

Amboi. Keras kepala juga aku ni. Macam tak percaya pulak.

“Kenapa?”

“Suka hati akulah!”

Aku meninggalkannya dengan cepat. Buang masa aku betul! Tiba-tiba dia menghalang jalanku. Aku mengeluh panjang.

“Nak apa lagi? Kau tahu tak aku nak cepat ni?”

Suaraku sudah mengendur. Sudah letih rasanya.

“One more thing. Err.. as I said yesterday, if you want the reward just tell me.”

Dia tersenyum memandangku. Kenapa dengan dia ini? Kena sampuk ke? Boleh pulak ya dia bercakap elok-elok dengan aku?

“Thanks, but no thanks.”

Aku meninggalkannya termangu di situ. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul enam lebih.

Rajuk Sang Hati 12

Loceng terakhir berbunyi. Semua sibuk berkemas dan kelam-kabut. Aku terpandang buku rujukan sejarah yang ku pinjam. Tarikhnya aku amati. Hari ini adalah hari terakhir. Aku harus memulangkannya hari ini juga.

“Jom!”

Maisarah mencuit aku. Azura juga sudah menghampiriku.

“Err, korang blah dulu. Aku nak pegi library kejaplah. Nak pulangkan buku ni.”

“Kalau macam tu okeylah. Kita orang blah dulu. Kau hati-hati tau.”

Aku mengangguk perlahan dan tersenyum. Haluan kami berpecah. Aku menyimpang ke kiri menyusuri koridor dan menghala ke bangunan D di mana perpustakaan terletak di situ, di tingkat tiga. Tangga ku panjat dengan hati-hati. Aku menoleh ke arah bilik surau yang terletak di tingkat dua bangunan yang sama. Banyak kasut. Pasti ada beberapa orang pelajar yang bersolat dahulu sebelum pulang. Nasib baik aku masih bercuti solat jadi tak perlulah aku tergesa-gesa untuk pulang ke rumah.

BUKK!

Aku terlanggar sesuatu. Buku di tangan terjatuh. Secepat kilat aku tunduk dan mengambilnya semula. Saat itu juga tanganku disentuh oleh tangan yang lain. Aku mendongak. Irfan! Aku berlaga dengan Irfan? Mata kami bertembung. Aku kaku di situ. Jantungku seakan mahu pecah menahan gemuruh dan debaran. Irfan tersenyum. Cukup hebat rentak jantungku saat ini. Senyuman Irfan membuatku terkedu. Irfan senyum padaku? Mimpi ke ni? Tak mungkin! Aku tidak bermimpi ketika ini. Baru aku sedar tanganku masih digenggamannya. Cepat-cepat aku tarik. Dia berdehem.

“Maaf.”

Pertama kali dalam hayat, Irfan bersuara padaku. Irfan mengucapkan kata maaf! Aku hampir tak percaya. Irfan bercakap denganku! Sesuatu yang di luar jangkaan! Aku tersenyum manis. Semanis mungkin untuk menutup gabra.

“Err.. tak apa. Saya yang salah. Tak tengok depan bila berjalan.”

Amboi, beriya-iyanya aku. Jadi ramah tiba-tiba pulak. Kesempatan ini mana mungkin aku lepaskan. Berbual dengan Irfan adalah satu impian yang menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah ini, termasuklah aku.

“Saya pun sama. Err, awak tak apa-apa ke? Sakit tak?”

Ya Allah, prihatinnya dia? Sukanya aku! Cover Qairunissa, cover sikit perangai tu. Hatiku memberi amaran supaya menjaga keayuan di depan Irfan.

“Err, tak. Tak sakit. Saya okey aja.”

“Nak pergi library ke?”

“Haah.”

“Okeylah, saya balik dulu, Qairunissa.”

Aku hampir pitam! Irfan tahu namaku? Irfan kenal aku?

“Err, awak kenal saya?”

Dia tersenyum. Mak aii.. boleh tercabut jantung aku hari ni. Senyumannya menjadi igauan setiap pelajar perempuan di sini, di sekolah ini.

“Mestilah kenal. Awak famous.”

“Ha? Famous?”

Sejak bila pulak aku jadi famous?

“Ya, famous. Famous kena denda. Dalam buku prefect banyak nama awak, tu sebab saya kenal.”

Ya Allah! Malunya aku. Macam mana aku boleh lupa Irfan adalah seorang pengawas? Pastilah dia tahu setiap kali aku kena denda. Ya Allah, malunya aku! Malunya! Mana aku nak letak muka ni? Aku pura-pura senyum. Aku pasti Irfan dah nampak perubahan air mukaku.

“Oh ya tak ya juga. Err, tak apalah saya nak pergi library, kejap lagi tutup pulak, pergi dulu ya.”

Irfan tersenyum sambil mengangguk. Cepat-cepat aku panjat tangga dengan langkah seribu. Malunya aku tuhan saja yang tahu. Aku famous sebab asyik kena denda? Nakalnya aku! Tak pasal-pasal air muka aku jatuh di depan Irfan. Lelaki yang ku puja selama ini. Dan dia mengenaliku dengan cara begitu. Sungguh memalukan! Sangkaku dia kenal aku sebab rupa paras aku ni ke atau aku dah mengharumkan nama sekolah ini ke, ini tidak sebab aku selalu kena denda? Tapi aku pernah ke mengharumkan nama sekolah? Tak ada rasanya. Aku ni bukanlah siapa-siapa di sekolah ini. Dibenci guru-guru adalah. Lainlah dia, kalau dapat reward ke, menang tournament itu ini ke, mewakili sekolah ke, memang nama dialah yang selalu disebut-sebut. Aku? Siapa aku? Juara kena denda. Huh, Memalukan betul! Sangat-sangat memalukan Qairunissa!

Wasiat Cinta 6

Selesai makan malam Fendi duduk di pangkin. Mengambil angin malam. Damai dirasakan bila bayu lembut menyapa kulit wajahnya. Dia ingat lagi, dulu-dulu bila perut sudah kenyang, dia akan melepak dengan Faizal di sini. Selalunya dia lebih suka diam dan mendengar celoteh Faizal. Adik kembarnya itu memang suka bergurau dan mengusik. Kadang-kadang tidak kena pada masa dan tempat langsung. Boleh dikatakan dia penghibur terbaik di rumah ini. Mungkin kerana sifatnya itulah membuatkan Tihani terpikat kepadanya. Fendi tersenyum sendirian. Sayu rasa hati bila Faizal sudah tiada. Sunyi. Amat sunyi. Siapa sangka lelaki semuda dan segagah Faizal boleh terkena serangan jantung? Sehingga pergi meninggalkan anak dan isteri tercinta. Anak yang tidak sempat diazankan. Apa lagi untuk mendukung dan memberi kasih sayang. Perginya Faizal secara tiba-tiba hampir membuat Tihani hilang akal, hilang pertimbangan. Jahatlah kau angah. Sampai hati buat Hani macam tu. Along tak sangka kau beralah sampai macam ni. Kau ingat kau hero ek? Kau tahu angah, Hani hampir gila tahu tak? Along rasa, along tak boleh nak buat apa yang kau suruh tu. Hati Fendi membebel sendiri.

“Jauh termenung? Ingat siapa tu?”

Suara Mimi membuatkan Fendi tersentak. Mengelamun jauh rupanya dia. Sehingga Mimi datang pun dia tidak sedar.

“Oh, Mimi. Ingat nenek kebayan mana tadi, terkejut along,”

“Along, tak baik tau cakap Mimi nenek kebayan, nak merajuklah macam ni,”

Rengek Mimi manja. Walaupun dia tahu Fendi pasti tidak akan memujuknya.

“Kak Hani mana?”

“Ada kat dalam bilik, tidurkan Mikhail kot.”

Mimi menjawab dengan muncung yang sudah sedepa panjangnya. Dia sudah agak pasti Fendi tidak endah akan rajuknya tadi. Tersinggung sungguh rasanya bila nama Tihani pula yang disebut. Tetapi dia tahu, itu bukan salah Fendi. Lelaki itu tidak tahu tentang perasaannya.

“Along ada problem ke? Termenung panjang, sampai Mimi datang pun tak sedar.”

“Along teringatkan angah, dulu along selalu lepak kat sini dengan dia.”

“Sudahlah tu along. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ini kena teruskan hidup tau. Kalau nak ikutkan sedih, memang tak akan habis sedihnya tu. Along mesti kuat, mesti tabah demi maksu.”

“Kenapa tak tidur lagi?”

Fendi cuba mengubah topik. Tidak mahu terus melayan rasa sedih. Benar kata Mimi, dia harus kuat dan dia harus tabah. Bukan saja demi ibunya malahan demi Tihani dan Mikhail.

“Belum mengantuk.”

“Kalau belum mengantuk, pergilah study. Kan final exam dah nak dekat. Suka sangat study last minute.”

Fendi menyambung tazkirahnya yang terbantut siang tadi. Dia memang tidak akan berkompromi dengan sikap malas belajar Mimi itu.

“Ala, along ni lecehlah! Orang baru nak ambil angin malam tau.”

Mimi mula panas punggung. Dia tahu telinganya pasti akan bernanah mendengar ceramah percuma Fendi. Cepat-cepat dia mengangkat punggung. Fendi tersenyum nipis. Senang saja hendak menghalau si Mimi ni.

“Okeylah, Mimi masuk dulu, good night along,”

Fendi hanya mengangguk. Memandang kosong langkah Mimi.

Him?

Semalam aku dpt satu panggilan misteri. Eceh! Tak adalah misteri mana sangat. Si pemanggil tu berulang kali call aku. Sapa pulak nak ngorat aku yang dah tua ni? (hehhehe... mcm tua sgt) Entah2 ah along ke ceti ke? (hehheheh... mcmlah byk hutang) Call, call, call. Runsing betul! Apa lagi, aku off kan la hp aku. Aman! Time maghrib tu aku on hp balik. Byk la mesej yg masuk... si pemanggil tadi tak berputus asa rupanya.. siap kata aku sombong lagi.. adoyai..

Then aku berbalas-balas sms dgnnya. Dia main tarik tali, suruh aku meneka-neka dlm kesamaran. Akhirnya dia bg hint, dia adalah seorang yg agak rapat dgn aku dulu dan menyebut beberapa nama teman2 di zmn persekolahan...Him? Serius aku gigil. Mana dia dpt no phone aku?

Aku? Terkejut cipanzi dah...


Aku suruh dia call aku sekali lagi.. eceh, wat2 merajuklah mamat tu.. finally, dia call jgk dan kami berbual agak lama sampai mcm2 cerita yg keluar.

Hmmm.. he changed a lot, agak dewasa dan semakin berani mengusik aku. (Dulu bukan main pemalu) Bila aku tanya, tak pernah ke dia melupakan? Dia jawab tak. Aku tanya lagi, sikit pun tak? Dia jawab, never!

Whatever... yg pastinya segala kenangan 18 thn sebelum itu terimbas satu-persatu. Aku tersenyum.. betapa naifnya aku masa tu...

Ya, setelah 18 thn berpisah... he still remember me.

Aku terharu...


Nota kaki : Patut tak aku adaptasikan dan olah balik cerita aku ni menjadi sebuah novel?

Akulah Cinderella 8

Hari minggu begini memang bosan kalau hanya duduk di rumah. Menonton tv tua yang sekejap okey sekejap tidak, bertambah membosankan aku. Aku tidak betah hanya duduk di rumah saja. Aku perlu tenangkan fikiranku yang kusut ini.

“Alia! Kak Syah nak keluar kejap. Ada nak pesan apa-apa ke?”

“Tak ada rasanya. Kak Syah nak pergi mana?”

“Saja nak bersendirian kejap. Kau jaga adik-adik tahu? Kunci pintu.”

Pesanku tegas. Alia hanya mengangguk. Aku mengayuh basikal tanpa arah tujuan. Sambil bernyanyi kecil mencari tempat yang strategik untuk aku berfikir. Aku singgah di taman rekreasi. Ramai pula orang, terus niatku terbatal. Ini bukan boleh menenangkan fikiran tapi menambahkan kusut lagi adalah.

Aku meneruskan kayuhanku lalu membelok ke kiri dan memintas sebuah kereta Mercedes yang berhenti di tepi jalan. Aku memandang sekilas. Kelihatan seorang wanita sedang berkerut kening dan memegang dadanya. Apa kena dengan wanita itu agaknya? Aku berhenti dan berpusing balik. Berhenti betul-betul di tepi cermin keretanya. Kelihatan dia seperti tercungap-cungap saja. Aku meninjau-ninjau ke dalam kereta yang bercermin gelap itu. Tidak nampak orang lain. Kenapa pulak makcik ni? Hah! Dia sakit agaknya. Pantas saja aku mengetuk cermin keretanya. Dia merenungku sambil memegang dadanya. Wajahnya tidak jelas. Aku cuba membuka pintu keretanya. Berkunci! Macam mana ni? Aku lihat wanita itu seperti sedang nazak. Ya Allah! Apa yang harusku lakukan? Aku meninjau-ninjau di sekeliling kawasan itu. Sunyi! Aku menggelabah. Pondok telefon pun tiada. Sedang aku terpinga-pinga begitu, terpandang seketul batu di tepi jalan. Batu itu ku ambil, besar juga. Lalu aku cuba untuk memecahkan cermin tingkap belakang kereta Mercedes itu. Dengan sekali baling cermin itu berlubang, tapi tidak pula bersepai. Agaknya inilah kelebihan kereta mewah kot. Lubang itu kecil tapi cukup untuk tangan halusku ini melepasinya. Tanganku terasa perit. Tetapi aku tidak memperdulikannya. Dengan pantas aku membuka punat kunci pintu di hadapan.

“Puan? Puan kenapa? Sakit ke?”

Dia merenungku dengan amat payah sekali. Sinar matanya cukup menjelaskan bahawa dia sedang terseksa.

“Puan? Puan dengar tak ni? Puan ada ubat?”

Dia masih merenungku dengan sayu. Wajahnya sudah pucat lesi. Ya Alllah, selamatkanlah wanita ini. Aku tidak berfikir panjang lagi, lalu mencapai tas tangannya dan menyelongkar untuk mencari ubat. Tak ada! Aku selongkar pula keretanya, tak ada juga! Aku terpandang telefon bimbit miliknya. Aku capai dan sempat berfikir sejenak. Macam mana pulak nak menggunakan telefon ni? Aku lansung tak tahu. Seumur hidup aku tidak pernah ada telefon bimbit. Tiba-tiba menyelinap rasa sayu di sanubariku. Terasa diri begitu naïf. Aku cuba untuk menghubungi ambulans. Terdengar suara di talian. Aku tersenyum senang, pandai juga aku ni.

Aku berpaling semula ke arah wanita tadi. Kaku. Aku cemas. Segera aku memeriksa nadinya. Ya Allah, wanita ini sudah tidak bernyawa! Badanku menggigil. Apa yang harusku lakukan? Pantas saja aku membuka tali pinggang keledar wanita itu dan mengheretnya keluar dari kereta. Berat juga! Sepenuh tenaga aku kumpulkan untuk membaringkan wanita ini di atas jalan raya. Aku harus cepat. Aku harus buat pertolongan cemas kepadanya. Aku menekan-nekan dadanya, tiada respon! Lantas aku mendongakkannya, terpaksalah aku buat pernafasan mulut. Ya Allah, Kau bantu aku! Kau mesti bantu aku! Berulang kali aku membuat proses yang sama. Menekan dadanya dan memberi bantuan pernafasan. Nasib baiklah aku pernah belajar semasa di tingkatan tiga dulu. Semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah sekolahku. Aku masih tidak putus asa. Kenapalah waktu begini tidak ada sebuah kereta pun yang lalu? Tiba-tiba wanita itu terbatuk-batuk.

“Puan? Puan okey ke?”

Dia membuka matanya sedikit tetapi dipejamnya semula. Aku kalut. Aku merasa nadinya. Fuh, lega! Dia masih hidup rupanya, tetapi lemah. Aku berpaling bila mendengar bunyi ambulans.



****************

Aku masih memegang telefon bimbit wanita itu dan kunci keretanya. Tiba-tiba telefon bimbit itu berbunyi sambil bergetar. Aku tersentak. Tertera sebuah nama di skrin telefon itu. Sarah?

“Hello.”

Aku menjawab lambat-lambat.

“Hello? Siapa ni? Mana Datin?”

Datin? Aku tolong seorang Datin rupanya

“Saya Syah. Datin pengsan.”

“What? Pengsan? Di mana?”

“Sekarang dia ada di hospital.”

“Baik. Awak tunggu saya datang.”

“Okey.”

Aku mengeluh panjang. Aku memerhati nusrse yang manis itu mencuci lukaku. Teruk juga luka di tanganku ini, habis calar-balar kena serpihan kaca yang bergerigi tadi. Itu adalah akibat dari balingan batu ke arah cermin tingkap kereta Mercedes wanita itu tadi. Sebenarnya aku membayangkan seolah-olah aku ni sedang membaling bola baseball, walaupun aku tidak pernah bermain permainan itu. Aku tersenyum nipis. Setelah selesai, aku keluar semula menuju ke wad tempat wanita itu ditempatkan. Aku ingin melihat keadaan dia sebentar sebelum pulang. Pasti Alia risau. Sekarang pun sudah pukul empat petang.

“Excuse me!”

Aku berpaling melihat empunya suara. Siapa pulak ni?

“Awak, Syah?”

Aku tersenyum sambil mengangguk.

“Saya Sarah, pembantu peribadi Datin.”

. Dia menghulurkan tangan tanda berjabat denganku. Cantik orangnya. Sungguh anggun dan elegan.

“Hai.”

Huluran salamnya aku sambut dengan hormat dan santun sekali.

“So, tell me what happened?”

Lalu aku menceritakan dari awal hingga ke akhirnya. Wajahnya kelihatan mendung. Susah hati barangkali.

“Terima kasih ya Syah. Awak memang berhati mulia. Akak akan pastikan awak akan mendapat ganjaran dari Datin.”

“Eh, tak payah, tak payah, saya ikhlas tak harap balasan pun. Kalau berlaku pada orang lain pun, saya akan melakukan hal yang sama juga.”

Sarah tersenyum manis. Memang cantik gadis ini. Jika aku ini lelaki pasti saja hatiku sudah cair.

“Ini barang-barang Datin. Beg dia masih dalam kereta.”

“Tak apa nanti akak suruh orang ambilkan ya.”

Aku hanya mengangguk.

“So, awak nak balik dengan apa? Nak akak hantarkan?”

Iya tak ya juga. Aku ke sini tadi pun menaiki ambulans. Macam mana aku nak balik? Bukannya aku ada duit nak naik teksi pun. Aku hanya tersengih memandang Sarah.

“Jomlah, lagipun akak boleh ambil kereta Datin tu. Kita pergi dengan drebar Datin ya.”

Aku hanya mengangguk saja. Apa nak buat sudah tiada pilihan. Sarah menekan butang di telefon bimbitnya.

“Hello, encik Shafiq.”

“Datin masuk hospital lagi.”

“Teruk juga, sampai kena buat first aid.”

“Someone yang berhati mulia encik Shafiq.”

Sarah memandangku sambil tersenyum.

“Ada sorang budak lelaki hantar dia tadi.”

“Tak tahulah, saya tak tengok lagi.”

“Ada ni, hold on.”

Sarah menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku. Aku yang dari tadi hanya mendengar perbualan gadis itu dengan majikannya barangkali, terpinga-pinga.

“Encik Shafiq, anak Datin nak cakap dengan awak.”

“Hah? Nak buat apa? Tak payahlah.”

“Jangan begitu. Dia nak ucap terima kasih sebab dah selamatkan Datin.”

Aku mencapai telefon itu. Alahai, tak payahlah beriya-iya sangat. Bukan aku buat apa pun.

“Hello.”

“Hello. I’m Shafiq, Datin’s son. Thank you for saved my mother’s life.”

“It’s ok. No big deal.”

“So, if you want the rewards just tell me ok?”

Talian telah dimatikan. Begitu saja? Sombongnya! Lantaklah bukan aku kenal pun. Aku menyerahkan semula telefon bimbit Sarah dengan senyuman kelat. Bagai dapat menebak, Sarah tertawa kecil.

“Encik Shafiq tu memang macam tu. Sekali lihat memang lagaknya sedikit sombong, tapi hatinya baik. Betul akak tak tipu. Akak dah lama kenal dia. Itu sebab akak berani cakap begitu. Orangnya pun handsome juga.”

Aku tergelak kecil.

“So, akak tak terpikat ke?”

“What? Akak? Tak mungkinlah kot. Akak dah bertunanglah.”

Aku mengangguk faham.

“So, shall we?”

“Err, saya nak jenguk Datin dulu boleh?”

“Of course dear, awakkan hero. Jomlah!”

Aku tergelak mendengar celoteh Sarah itu. Hero? Macam best saja bunyinya. Barulah macho rasanya.

“Kak Sarah, anak Datin tu tak datang tengok mak dia ke?”

“Malam nanti sampai. Dia ada dekat Sarawak sekarang. Tengah uruskan cawangan di sana. So, flight paling awal pun pukul 7.30 malam ni.”

Aku mengangguk tanda faham. Sibuk sungguh dunia orang kaya. Bahagia agaknya mereka ini dengan duit yang senantiasa penuh di bank. Kami mengatur langkah menuju ke wad Datin.

Rajuk Sang Hati 11

Milo ais kegemaranku sekelip mata saja kering. Cuaca hari ni agak panas. Aku mengacau-ngacau ais batu dengan straw. Bunyi-bunyian ais batu yang berlaga sesama sendiri itu mengasyikkan aku.

“Qai, kau kenapa hari ni?”

Aku diam. Maisarah dan Azura saling berpandangan. Aku hanya mengeluh berat.

“Kau okey ke Qai? Kau sakit ke? Ada problem?”

Aku tersenyum hambar pada Azura. Perlahan aku menggeleng. Azura tetap sahabat yang baik. Aku tidak mahu kerana perkara kecil boleh menjejaskan perhubungan kami.

“Aku okeylah.”

“Kalau okey, kenapa asyik termenung aja? Dari pagi tadi aku tengok.”

“Tulah, tak pasal-pasal kena denda dengan cikgu Rohani.”

“Ala, singa betina tu memang sengaja nak kenakan aku. Aku sendiri tak faham apa yang dia tak puas hati dengan aku ni.”

Mereka berdua tergelak.

“Boleh join?”

Satu suara menyapa telingaku dari belakang. Aku menoleh. Azrai dan Hasnul Amin tersenyum pada kami.

“Eh, boleh, boleh sangat. Duduklah Azrai, Hasnul.”

Ramah Maisarah mempelawa dua jejaka poyo itu. Dengan tak malu juga mereka melabuhkan punggung sambil meletakkan pinggan yang berisi nasi lemak. Sama saja selera mereka.

“Nissa makan apa?”

“Nissa?”

Serentak suara Maisarah, Azura dan Azrai meninggi.

“Kenapa si Hasnul boleh panggil kau Nissa?”

Azrai mula tak puas hati.

“Aku special.”

Hasnul Amin tersengih sambil mengangkat kening.

“Special tengkorak kau! Qai, kenapa kau bagi dia panggil Nissa pulak? Aku nak panggil kau tak bagi.”

“Kau tanyalah dia. Kepala batu. Aku suruh panggil Qai dia tak nak. Lantaklah tak kuasa aku nak layan.”

“Azrai, Azrai tak faham-faham lagi ke? Kau tu tak special so, tak bolehlah nak panggil dia dengan nama manja dia tu.”

Azrai merenung Maisarah dengan tepat. Kemudian pandangan dia beralih padaku. Aku buat selamba. Lelaki jenis tak faham bahasa seperti Azrai ini kena buat tak tahu saja. Sikit pun tak menggusarkan aku. Aku capai kuih karipap dan mengunyah perlahan.

“Makan kuih aja Nissa? Kenyang ke?”

“Kenyang. Perut aku bukan besar macam perut kau tu.”

“Makanlah banyak sikit, macam mana nak gemuk.”

“Siapa yang nak gemuk?”

“Qai ni Hasnul on diet. Nak jaga body. Tu sebab ramai mamat kat sekolah ni tangkap lentok tengok body dia.”

“Hoi! Tak ada kerja ke?”

Maisarah tersengih. Geram pulak aku. Body aku jadi bualan di depan lelaki bukan muhrim. Azrai masih merenung tepat ke mataku. Hasnul Amin juga tersenyum lawa.

“Nissa, sakit tak kaki kau?”

“Hah?”

“Tadi dalam makmal kau berdiri lama. Dua period tu.”

“Lenguhlah sikit.”

“Nanti balik rumah jangan lupa sapu minyak angin tau.”

Aku hanya tersenyum. Sempat juga mataku mengerling ke arah Azrai. Lelaki itu merenung Hasnul dan aku silih berganti. Maisarah dan Azura juga mengulum senyum. Hasnul Amin masih merenungku.

“Korang dah ke? Aku nak pegi toilet ni.”

Aku dah mula gelabah. Direnung oleh dua jejaka sekaligus betul-betul buat aku kurang selesa. Aku bangun, diikuti Maisarah dan Azura.

“Okeylah Hasnul, Azrai, kita orang blah dulu. Si Qai ni tiba-tiba ada butterfly in the stomach.”

“Ha? Apa tu?”

“Hai Azrai, Azrai.. bengap betul. Dah kau dan Hasnul ni usya-usya si Qai ni, nervouslah minah tu. Apalah!”

Hasnul tergelak. Aku buat selamba saja. Maisarah ni terlalu berterus-terang kenapa? Tebal muka aku. Aku menarik tangan Azura. Lagi lama aku di situ, lagi haru dibuatnya.

“Eh, korang tunggulah.”

Maisarah yang sudah ketinggalan cuba mengejar kami. Sekilas aku melihat Hasnul Amin dan Azrai masih merenungku dari jauh. Aduhai….

Ada Apa Pada Nama?

Tengah aku termenung-menung mencari ilham tadi, terlintas kisah lucu 3 tahun lepas. Masa tu aku aftif pergi gim (skrg dh malas nk pergi hehhee..). Dua pasang kawan aku ni namanya Intan Sarafina dan Adli Hafiz. Diorang berdua ni muda 10 thn dr aku. One day, masa tgh sembang2 dgn diorang, aku pujilah nama diorang ni sedap. Tiba-tiba Intan jawab..

Intan : "Hissh, saya tak sukalah nama saya kak. Saya selalu marah mak saya kenapa bubuh nama saya Intan Sarafina?"

Aku : "Kenapa lak tak suka? Kan sedap nama tu? Moden."

Intan : "Sebab modenlah saya tak suka. Cuba akak bayangkan ek, one day bila saya jadi opah, lepas tu bila org tanya cucu saya nanti, siapa nama opah kamu? Cucu saya akan jawab, nama opah saya Intan Sarafina. Tak ke pelik bunyinya tu?"

Aku : "Hahhaha.. ok what, opah moden. Cucu pun bangga."

Adli Hafiz : "Haahlah, nanti bila org tanya cucu saya pulak, siapa nama atuk kamu? Nama atuk saya Adli Hafiz, hahahhaa.. serius lawak!"

Aku : "Akak tak nampak tang mana lawaknya, ya bunyi mmg kelakar tapi cer korang fikir balik, that time semua nama-nama atuk dan opah dah jadi moden, siap ada nama org putih lagi, kan?"

Intan : "Haahlah, masa tu semua opah dan atuk nama panjang-panjang dan susah nak sebut!"

Hehehehe... bila aku teringat balik, mmg boleh tersenyum sorang2, siap memek muka diorang lagi hehehhe..

Than, aku teringat pulak kata2 adik lelaki aku yg no 4. Katanya, dia nanti tak nak bubuh nama anak panjang2. Cukuplah nama pendek dan senang nak sebut. Contohnya macam, umar, Osman, Latif, Fatimah. Persoalannya mahu ke bakal isterinya nanti dengan nama-nama yg agak klasik itu? Sedangkan nama adik saya dan tunangnya itu pun dah cukup moden bila disebut. Aku akan tunggu hari itu..

Than aku teringat pulak hubby cakap, kalo nak pilih nama anak, biar yang elok-elok. sedap didengar dan ada maksud yang baik. Bukan apa, nama2 tu ada impak pd peribadi si anak tu nanti bila kita memanggilnya dengan nama yg diberi. Kata hubby lagi, seboleh mungkin bubuhlah nama anak yg ada nama Allah macam Abdullah, Abdul Rahman, atau nama Rasulullah macam Muhammad, Ahmad dan Nur. Sebab nanti bila di padang mahsyar, anak2 kita tidak akan menunggu lama untuk dihisab amalannya. Sanggup ke biarkan anak2 kita menahan terik dan panasnya sang matahari yang khabarnya hanya sejengkal dari kepala?

Aku diam.

Akulah Cinderella 7

Aku terkebil-kebil di dalam gelap. Lebih kurang seminggu lagi genaplah tempoh yang diberi oleh anak menantu Pak Haji Yahya. Apalah yang harusku lakukan? Di manalah hendakku heret adik-adikku ini? Aku tidak mahu membebankan otak mereka. Alia dan Ain masing-masing akan menduduki peperiksaan tahun ini. Seorang PMR dan seorang lagi UPSR. Aku ingin melihat mereka berjaya. Jika tidak sia-sialah pengorbananku berhenti sekolah demi menyara mereka. Ibu, ayah kenapa secepat ini tinggalkan kami? Syah tak boleh nak pikul tugas ayah. Berat sangat ayah tahu tak? Tak tertanggung dek badan Syah ni ayah. Syah teringin nak belajar lagi. Syah nak ambil SPM. Nak masuk universiti macam ibu harapkan. Tapi kenapa tinggalkan Syah secepat ini?

Ayah tahu, anak menantu Pak Haji Yahya dah halau kami. Mana kami nak pergi ayah? Syah tak mampu nak sewa rumah. Nak makan pun kadang-kadang tak cukup. Syah sayang pondok buruk kita ini ayah. Ini hasil kerja ayah bukan? Walaupun kecil dan sempit, walaupun buruk dan hodoh ia tetap syurga bagi kami ayah. Ayah tahu, atap dapur dah bocor. Kalau hujan lebat, Alia akan tadah dengan besin. Dinding tepi pintu pun sudah reput ayah, makan dek anai-anai. Syah tak ada duit nak ganti itu semua. Duit gaji Syah hanya cukup untuk tanggung persekolahan adik-adik. Baju mereka pun Syah tak mampu nak ganti. Apa kata oranglah. Ada orang bagi dapatlah mereka merasa.

Ibu, ibu tahu tak, Syah ada simpan duit sikit. Adalah dalam RM50.00 sebulan. Itu untuk kecemasan. Tapi sebenarnya, Syah simpan duit itu untuk menampung perbelanjaan Alia nanti. Mana tahu dia dapat masuk universiti seperti ibu mahukan. Dapat juga duit itu Syah guna beli keperluan dia. Kalau ikut perkiraan Syah, duit itu tidaklah sebanyak mana kalau disimpan sampai Alia habis SPM nanti. Tapi dari tiada, lebih baik ada sikitkan ibu?

Aduhai, kenapalah nasibku begini. Sedih dan malang. Perlahan airmataku menitis di dalam gelap pekat. Hanya ini sajalah yang mampu lakukan, menangis berseorangan. Melepaskan apa yang terbuku di dada. Aku mengeluh perlahan. Cuba memejamkan mata.


*******************


Petang sabtu, aku lebih suka melepak di rumah saja. Hendak ke mana pun? Duit bukannya ada. Lebih baik tolong Alia bersihkan halaman rumah. Biar dia berehat pula. Biar dia menghabiskan masa dengan menelaah buku pelajarannya. Sedang aku asyik menyapu daun-daun kering, datang sebuah kereta berhenti di halaman rumahku. Hatiku berdebar-debar. Adakah ini anak menantu Pak Haji Yahya? Tidak mungkin. Tempoh yang diberi masih ada bersisa. Lagipun kereta yang dinaiki juga lain.

“Assalamualaikum.”

Tok Mat si ketua kampung keluar dari perut kereta bersama tiga orang manusia yang tidakku kenali. Seorang lelaki dan dua orang wanita.

“Walaikumsalam.”

“Aisyah apa khabar?”

“Baik Tok. Apa hal?”

“Oh, ada hal sikit ni Aisyah, boleh kami masuk?”

“Ya, ya silakan. Masuklah.”

Aku dengan ramah-tamahnya menjemput mereka. Penyapu lidi aku letakkan di tepi tangga kayu. Melangkah naik, diikuti keempat-empat manusia tadi.

“Duduklah.”

Mereka akur sambil mata meliar memandang sekeliling rumahku.

“Begini Aisyah, mereka ni dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.”

Aku melongo. Otakku cuba mencerna apa yang dimaksudkan oleh Tok Mat tadi. Mereka dari JKM? Adakah mereka ingin mengambil adik-adikku?

“Saya Borhan, ini puan Jamilah dan itu pula puan Hamidah,” terang lelaki separuh umur itu.

“Apa khabar? Saya Aisyah.”

Aku tersenyum manis tapi jantungku berdegup kencang. Adik-adikku yang lain juga sudah duduk di sebelahku.

“Begini ya Aisyah, kami difahamkan kamu semua ni tiada penjaga yang sah, bukan?”

Puan Hamidah bertanya lembut. Terserlah sifat keibuan wanita itu. Aku hanya mengangguk lemah. Telahanku benar belaka.

“Dan kamu semua juga masih di bawah umur, bukan?”

Aku mengangguk lagi.

“Siapa yang paling tua di sini? Aisyah ya?”

Encik Borhan pula bersuara. Aku hanya tersenyum hambar.

“Berapa umur Aisyah?”

“Tahun ini 17 tahun encik.”

Dia menganggukkan kepala lalu memandang rakan sekerjanya yang lain. Aku mengerling ke arah Tok Mat. Ketua kampung itu hanya tertunduk. Merenung tikar getah yang sudah dimamah usia.

“Jadi Aisyah juga masih di bawah umurlah?”

Soal puan Jamilah pula. Aku hanya mengangguk.

“Masih bersekolah?”

“Semua masih bersekolah kecuali saya.”

“Kamu berhenti sekolah?”

“Ya puan. Saya bekerja untuk menyara mereka.”

Mereka semua merenungku dengan pandangan sayu. Simpati barangkali.

“Begini ya Aisyah, kami terpaksa membawa kamu semua ke rumah anak-anak yatim. Ini semua untuk keselamatan dan masa depan kamu juga. Biar kami uruskan semuanya. Lagipun, Aisyah perlu bersekolah semula.”

Aku tahu, memang aku ingin belajar kembali. Tetapi keadaan telah memaksa aku melupakan hasratku itu.

“Mengikut akta kanak-kanak, wanita dan keluarga, kami tidak boleh membiarkan remaja yang masih di bawah umur seperti kamu keluar bekerja. Ini salah di sisi undang-undang.”

Terang encik Borhan pula. Apa yang harusku katakan? Bukannya aku arif sangat pasal undang-undang negara Malaysia ini.

“Tak ada alternatif lain ke encik?”

“Ada. Jika kamu boleh mencari penjaga yang sah dan mereka itu berkelayakan menjaga dan melindungi kamu semua, kamu tidak perlu mengikut kami.”

“Aisyah ada saudara-mara sebelah ibu atau ayah?”

Soal Tok Mat setelah lama berdiam diri. Aku berkira-kira. Sebelah ayah sudah tiada siapa, ayah hidup sebatang-kara. Ibu pula hanya ada maklong Salimah. Itu pun dia berada di Jakarta mengikut suaminya ke sana. Aku hanya mampu tertunduk. Airmata mula bergenang di tubir mata. Aku harus bertahan. Aku tidak boleh menunjuk kelemahanku. Biar mereka lihat aku seorang yang tabah. Aku sendiri boleh menjaga adik-adikku.

“Beginilah Aisyah, kami beri masa seminggu untuk kamu berfikir. Jika ada orang yang sanggup menjaga kamu, kami akan pertimbangkan.”

Aku hanya mengangguk tanda faham. Senyuman di bibir juga sudah tidak semanis mana. Seminggu bukannya lama. Mereka meminta diri untuk pulang. Aku menghantar mereka dengan wajah sayu dan fikiran berkecamuk. Perlahan-lahan kereta mereka itu merangkak keluar dari halaman rumah. Aku mengeluh berat. Berpaling dan memandang Alia serta adik-adiku yang lain. Jelas sekali di wajah mereka keruh dan mendung.

“Macam mana ni Kak Syah?” Soal Alia cemas.

“Kak Syah, Aida tak mahu duduk rumah anak-anak yatim. Aida nak duduk sini.”

“Best apa rumah anak yatim, ada ramai kawan,” sampuk Azah.

Aku hanya tersenyum kecil. Dia masih belum mengerti apa-apa. Aku melabuhkan punggung di atas bendul. Kalau arwah ibu nampak, pasti bising mulutnya. Anak dara tidak elok duduk atas bendul katanya. Nanti lambat ketemu jodoh. Benarkah? Tapi siapalah yang mahu padaku? Bukannya ada kelebihan pun, kekurangan banyaklah.

“Kak Syah kat mana rumah anak-anak yatim tu?”

Soalan Ain membuat lamunanku terhenti. Sempat pula aku bermenung di saat-saat genting begini.

“Entah, Kak Syah pun tak tahu.”

“Habis tu macam mana? Kak Syah setuju ke kita tinggal kat sana? Aida tak mahulah.”

“Haah Kak Syah. Buatnya ada keluarga angkat yang nak ambil Azah dan Aiman macam mana? Kita terpaksa berpisah ke?”

Soalan Alia membuatku tersentak. Tak terfikir pula aku. Ya, macam mana kalau itu yang berlaku? Sanggupkah aku berpisah dengan mereka semua? Tegakah aku membiarkan adik-adikku hidup di dalam keluarga yang asing? Jika mereka didera macam mana? Dan macam mana pula jika kami semua tidak akan bertemu lagi? Tak mahulah aku! Aimanlah yang paling kecil di sini. Dia tidak mengerti apa-apa. Percaturan hidupnya menjadi tanggungjawab aku.

“Nantilah Kak Syah fikir. Korang jangan risau. Tahulah Kak Syah nanti okey?”

Aku cuba mententeramkan hati adik-adikku yang sudah gundah-gulana. Biarlah masalah ini aku yang tanggung sendiri. Semoga nasib yang baik akan menyebelahi kami berenam. Aku akan berusaha mempertahankan nasib mereka. Itu memang tugasku.

Wasiat Cinta 5

“Ha, dah sampai pun si bucuk ibu ni.”

Puan Rosnah tersengih memandang Fendi.

“Ibu… apa ni, malulah along.”

Fendi geram. Sudahlah suara ibunya ini bagai pembesar suara, mahu saja satu kampung mendengarnya. Pantas dia mencium tangan lalu memeluk ibunya.

“Rindunya kat ibu.”

Sambil mencium pipi ibunya bertalu-talu. Namun perbuatannya itu terhenti bila terpandang Mimi yang tercegat di pintu sambil tersengih.

“Eeii, along ni tak malulah, macam budak-budak.”

Mimi tersengih sambil menghulurkan salam.

“Ala, apa salahnya. Cium mak sendiri, bukan cium anak dara orang. Kenapa, Mimi pun nak along cium jugak ke?”

Fendi tersenyum nakal sambil mengangkat kening.

“Maksu, tengok along ni. Uwekk, tak ingin!”

Mimi menjelirkan lidah tanda dia tidak suka diusik begitu. Walaupun pada hakikatnya dia teramat bahagia sekali.

“Along, cuba tak usah menyakat, dah jom masuk.”

Puan Rosnah menepuk perlahan bahu Fendi. Fendi merenung Mimi sambil tersengih lalu mengekori ibunya masuk.

“Pukul berapa Hani sampai bu?”

Soalnya sebaik melabuhkan punggung di kerusi rotan. Mendengar saja nama Tihani disebut oleh Fendi, Mimi menarik muka. Cepat-cepat dia berlalu ke dapur untuk membuat minuman.

“Entah, tadi ibu telefon dia kata on the way. Kejap lagi sampailah tu. Sabarlah sikit,”

Puan Rosnah mengulum senyum. Fendi mengerti maksud senyuman ibunya itu. Tetapi dia berpura-pura tidak nampak. Malu barang kali. Matanya beralih pula ke arah Mimi yang sedang menatang dulang minuman untuknya.

“Lama ke Mimi cuti?”

Soalnya sekadar berbasa-basi. Cuba mewujudkan suasana mesra di antara dia dan Mimi. Bukannya dia tidak nampak tadi betapa panjangnya muncung si Mimi bila nama Tihani disebutnya tadi. Cemburulah tu.

“Seminggu.”

“Oh.. so, macam mana study? Tahun ni lastkan?”

“Haah, tahun ni last. Habis cuti ni, final exam pulak.”

“So, dah prepare? Buat betul-betul tahu?”

Dia mahu melihat kejayaan Mimi yang sudah dianggap seperti adik kandungnya saja. Tetapi tidak pada gadis itu, Mimi menyimpan rasa pada dirinya. Walaupun Mimi tidak pernah meluahkan secara langsung kepadanya. Tetapi dari layanan dan sikap Mimi terhadapnya, dia dapat menebak hati gadis itu. Dan lelaki matang sepertinya dengan mudah saja dapat melihat bahasa tubuh gadis itu. Malah telahannya seolah-olah benar belaka, bila arwah kembarnya sendiri yang beritahu kepadanya tentang perasaan gadis itu.

Mimi hanya tersengih saja kepada Fendi. Masakan tidak, dia lebih suka study last minute. Tak akanlah dia nak beritahu kepada Fendi begitu caranya mengulang kaji. Jenuhlah dia hendak menadah telinga nanti. Silap haribulan mahu bernanah telinganya mendengar leteran si Fendi buah hatinya itu. Fendi hanya mampu menggelengkan kepala melihat Mimi tersengih seperti kerang busuk. Dia tahu sangat maksud sengih si Mimi itu. Nak kena bagi tazkirah sikit gayanya ni. Bisik hati Fendi. Belum sempat dia membuka mulutnya untuk mengeluar kata-kata azimat buat Mimi, pandangannya beralih ke halaman rumah bila mendengar deruan enjin kereta Honda Accord berwarna hitam milik Faizal. Kini kereta itu sudah pun bertukar tangan, sudah menjadi milik Tihani dan kereta Tihani pula sudah dijual. Itu pun atas cadangannya juga supaya Tihani tidak menanggung beban yang banyak.

“Haa.. dah sampai pun cucu nenek ni. Lama nenek tunggu tau.”

Suara ibunya itu mengganggu lamunannya. Sedar-sedar saja ibunya itu sudah berada di halaman rumah menyambut ketibaan Tihani. Mimi juga sudah berada di muka pintu. Dari dalam rumah, dia dapat melihat senyuman manis Tihani sambil mengendong Mikhail. Anak saudaranya, darah dagingnya juga. Dia dapat melihat kecerian pada wajah Tihani. Rambutnya juga sudah dipotong pendek. Nampak lebih comel. Ah, samada Tihani berambut panjang atau pendek tetap saja cantik di matanya. Wajah itu ditenungnya dari jauh. Senyuman tidak lekang di bibir. Cantik sungguh! Kali terakhir dia melihat Tihani ketika gadis itu habis berpantang. Itu pun pada kenduri tahlil buat Faizal dan sekaligus majlis cukur jambul anak buahnya itu. Waktu itu wajah Tihani mendung sekali. Luluh hatinya saat itu bila melihat kesedihan Tihani. Fendi tersenyum bila melihat Tihani menyalam tangan ibunya dan berpelukan. Melihat sketsa airmata di antara bekas mertua dan menantu itu. Sungguh, saat ini ingin saja dia berlari dan mendakap tubuh Tihani agar gadisnya itu berasa tenteram dan agar dirinya dapat meleraikan rindu yang menggunung tinggi. Tetapi dia masih waras. Masih lagi dapat mengawal tingkahnya. Segan dilihat ibunya dan Mimi.

“Ibu sihat?”

Soal Tihani saat mengakhiri adegan airmata yang spontan dilakonkan mereka berdua.

“Alhamdulillah, sihat sayang.”

Puan Rosnah mengambil Mikhail yang berada di dalam pelukan Tihani.

“Hani sihat ke?”

“Hani sihat bu, ummi kirim salam. Ini ha, buah tangan dari ummi.”

Tihani menghulurkan satu plastik buah mempelam yang dipetik umminya semalam di belakang rumah.

“Ni lagi satu.”

Tihani tersenyum sambil menunjuk bekas berisi puding yang juga dibuat umminya malam tadi. Beriya-iya sungguh umminya itu mahu mengirimkan ole-ole.

“Walaikumsalam. La, susah-susah aja kirim semua ni. Dah sihat sangat ke ummi kamu tu?”

“Ala, macam ibu tak tahu ummi tu. Kalau dah boleh sediakan semua ni, kira sihatlah tu.”

“Terima kasihlah ya. Mimi, bawa masuk barang-barang ni.”

Panggil puan Rosnah bila terpandang Mimi di muka pintu. Lambat-lambat Mimi melangkah. Malas betul dia hendak menyambut kedatangan Tihani. Nasib baiklah dia kini berada di rumah maksunya. Sambil tersenyum kelat dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Tihani.

“Apa khabar kak Hani?”

Soal Mimi sekadar berbasa-basi. Segera tangannya mencapai barang-barang yang dibawa Tihani tadi.

“Akak sihat aja, cuti ke ni?”

Tihani tersenyum lebar. Memang dia sudah tahu, jika Mimi ada di rumah mertuanya itu, pasti sedang bercuti selain mahu berjumpa Fendi bekas abang iparnya itu. Dia sudah maklum tentang perasaan Mimi kepada Fendi setelah diberitahu oleh arwah suaminya dulu.

“Haah.”

Tihani memandang sekeliling. Masih tidak berubah rumah mertuanya ini. Kali terakhir dia ke sini sewaktu kandungannya berusia tujuh bulan. Itu pun kerana mertuanya nak buat adat melenggang perut. Maklumlah cucu sulung, terujanya lain macam. Tiba-tiba pandangannya terhenti pada sebuah kereta Toyota Vios milik Fendi.

“Along ada ke bu?”

“Haah, ada kat dalam. Jomlah masuk.”

“Okey.”

Sambil tangannya mengeluarkan beg dari kereta dan mengatur langkah mengekori bekas mertuanya itu.

“Assalamualaikum.”

Fendi sudah berada di muka pintu untuk menyambut beg pakaian Tihani sambil tersenyum lebar.

“Walaikumsalam, along pun ada? Apa khabar?”

“Sihat, along pun baru setengah jam sampai.”

Fendi gementar saat melihat senyuman manis gadisnya itu.

“Hani duduklah dulu, along letak beg kat bilik ya.”

Tihani mengangguk.

“Mimi, ambil gelas satu lagi. Potong sekali puding tu.”

“Baik maksu.”

Mimi berlalu sambil mencuka. Tak pasal-pasal kena jadi pelayan kepada Tihani. Geram sungguh dia, menyibuk saja! Dasar janda tak sedar diri! Bentak hati kecilnya.

“La, patutlah nenek cium ada bau acam, melabur rupanya ya.”

Puan Rosnah tergelak besar. Tihani juga turut ketawa lucu melihat muka ibu mertuanya itu yang sudah berkerut-kerut menahan bau.

“Itu tandanya dia sayang nenek, kan cayang?”

Usik Tihani sambil mengangkat punggung.

“Kejap ya bu, Hani ambil pampers dia.”

Terus saja dia naik ke atas menuju ke bilik. Tihani melangkah laju sehingga bertembung dengan Fendi. Satu tindakan refleks terhasil dari pertembungan itu dan dengan pantas saja tangan Fendi merangkul pinggang Tihani supaya gadis itu tidak jatuh terlentang. Mata bertentang mata, mulut mereka terkunci.

Diam. Lama.

Seakan mahu pecah saja jantung Fendi dek debaran yang melanda jiwanya. Tihani juga dapat merasakan kehangatan tubuh Fendi yang sedang mendakapnya. Dia mula tersedar yang dirinya kini berada di dalam dakapan lelaki itu. Cepat-cepat dia menolak dada bidang Fendi.

“Maaf..”

Bergetar suara Fendi menahan gelora di jiwanya.

“Tak apa, Hani yang salah.”

Tihani cuba mengukir senyum yang tak berapa menjadi. Dia tahu itu. Cepat-cepat dia masuk ke bilik. Termenung sekejap di birai katil cuba mencerna apa yang berlaku sebentar tadi. Pelik. Kenapa jantungnya berdebar-debar? Malahan seakan tidak mahu surut degupan jantungnya ini. Aneh betu! Rasa apa ni?

“Astaghfirullahalazim.”

Tangannya meraup muka. Dia perhatikan sekeliling bilik itu. Bilik dia dan Faizal. Masih tidak berubah. Susun atur perabotnya tetap sama. Membangkitkan rasa rindu pada arwah suaminya itu. Dia dapat merasakan kehadiran Faizal di dalam bilik itu saat ini. Cepatnya masa berlalu. Kasih sayang Faizal masih utuh di hatinya. Dia bingkas membuka beg untuk mengambil pampers Mikhail.

Akulah Cinderella 6

Aku sampai di rumah sudah pukul tujuh malam. Alia dan Aida pun sudah pulang dari sekolah. Sengaja aku mengayuh basikal dengan perlahan. Bimbang jika plastik KFC yang aku sangkut pada handle basikal terjatuh.

“Yeaaa!! KFC! KFC!”

Kuat suara sorakan Aiman dan Azah. Tersentuh hiba hatiku ini melihat kegirangan mereka berdua. Kasihan, nak makan KFC setahun sekali pun payah. Ini yang membuat aku terus bersemangat untuk bekerja lebih keras. Demi adik-adikku. Alia tersenyum sambil menyambut plastik KFC dari tanganku. Aku melabuhkan punggung dan bersandar pada dinding kayu yang sudah pun reput, makan dek anai-anai. Letih betul rasanya. Bukannya letih bekerja sangat. Letih bergaduh dengan lelaki poyo itu tadi. Perangainya yang menyebalkan itu membuat hati dan fikiranku letih. Alia dan Aida datang menghidangkan KFC yang masih panas. Aku hanya menggelengkan kepala bila melihat tiga orang adikku yang sedang membesar itu, makan dengan lahapnya. Tiba-tiba hati dipagut rasa sayu melihat keletah mereka.


******************


Aku sampai di restoran makcik Senah agak lewat malam ini. Orang pun sudah ramai.

“Makcik sorry, Syah lambat.”

“Tak apalah. Pergi ambil order cepat, ramai dah tunggu tu.”

Makcik Senah tersenyum manis. Seorang janda anak tiga. Umurnya lebih kurang sebaya ibuku. Dialah tempatku mengadu jika hatiku ini dilanda resah, dipalu pilu. Betul-betul rasa macam ibu pula. Dia mengusahakan restoran ini hasil duit KWSP arwah suaminya. Sedang aku tekun membuat kerja, dari jauh ku lihat sekumpulan pemuda masuk ke restoran ini. Lebih kurang lima orang semuanya dan tampan-tampan belaka. Aku pergi ke arah meja mereka untuk mengambil pesanan.

“Makan apa bang?”

Soalku dengan senyuman manis.

“Err, woit! Korang nak makan apa?”

Salah seorang dari mereka yang berambut terpacak bersuara. Aku setia menunggu bersama nota kecil dan sebatang pen.

“Mee bandung satu, milo ais satu.”

Si spek mata bersuara. Wajahnya persis pelakon Korea saja.

“Kueytiow kungfu dan air tembikai ya.”

Sambung satu lagi suara. Kali ini si hitam manis pula.

“Nasi goreng dengan jus epal.”

Si badan gempal pula memesan. Aku yang kusyuk menulis, berkerut kening lalu memandangnya.

“Err, nasi goreng apa bang? Nasi goreng banyak.”

Aku menyoal kembali. Punyalah banyak jenis nasi goreng. Spesifiklah sikit.

“Oh, ni err.. nasi goreng daging merah.”

Dia tersenyum memandangku.

“Saya punya bagi char kuey tiow saja. Air pula, kopi O ais,”

Giliran si charming berlesung pipit pula tersenyum.

“Ok, itu saja ke?”

“Err, ada lagi sorang. Weii, Fiq nak makan apa?”

Si spek mata menyoal teman-temannya yang lain.

“Ah, biar dia order sendirilah. Siapa suruh lambat?”

Si gempal menjawab sambil jemarinya mengetuk meja.

“Err.. dik, yang sorang lagi tu nanti ya. Buatkan kami punya dulu. Terima kasih,” sambung si spek mata.

Aku berlalu sambil tersenyum gelihati. Selera manusia ni memang lain-lain. Tidak sama lansung. Dan yang lebih menggelikan hati ialah caraku mengecam setiap jejaka itu tadi. Boleh pula aku melabelkan mereka dengan gelaran yang entah apa-apa itu. Spontan saja terlintas di kotak fikiranku ini sebenarnya. Aku menolong Jaja, salah seorang pekerja makcik Senah, mengelap pinggan.

“Tu, datang seorang lagi.”

Jaja sudah memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah lima orang jejaka tadi. Ya, kelihatan teman yang mereka tunggu sudah sampai. Dia duduk membelakangkan aku. Aku mengangkat punggung dan mencapai nota untuk mengambil pesanannya pula.

“Oit Syah! Ni air dah siap, bawa sekali.”

Laung abang Man, tukang buat air di restoran makcik Senah ini.

“Okey.”

Pantas saja tanganku mencapai dulang yang penuh dengan lima gelas air untuk jejaka-jejaka yang tampan itu. Berhati-hati aku meletak dulang di meja sambil mengagihkannya. Aku berpaling ke arah kawan mereka yang baru sampai tadi. Wajahnya aku tidak nampak, sebab dia memakai cap dan tunduk.

“Order bang?”

Dia mendongak merenungku. Mata kami bertembung. Ah! Si mangkuk ayun ni lagi? Bukan kepalang terkejutnya aku. Dia juga menunjukkan reaksi yang sama.

“Kau?!!”

Serentak jeritan kuat dari kami berdua sambil jari telunjuk sudah menuding muka masing-masing. Reaksi jejaka-jejaka tampan tadi tidak usah dicakaplah. Mereka berpandangan sesama sendiri. Sempat pula aku mengerling meja-meja di sekeliling. Banyak mata yang memandang.

“Apa kau buat kat sini? Kat mana aku ada, mesti ada kau ya?”

Katanya dengan nada yang amat keras. Aku menahan sabar. Tidak mahu terhanyut sekali dengan emosi lelaki poyo itu. Bodoh! Tak nampakkah aku sedang bekerja?

“Order?”

Aku memandangnya kosong tanpa ekspresi. Tiada senyuman juga di bibirku. Tiba-tiba dia bangun dan mula mengorak langkah.

“Oii Fiq! Kau nak ke mana pulak ni?” Soal si spek mata.

“Aku tak ada seleralah nak makan kat sini.”

Dia menjelingku. Aku buat muka selamba. Sabar Syah, sabar, ikutkan hati memang sebakul maki dah aku bagi pada lelaki ini. Nasib baiklah kau ini pelanggan restoran makcik Senah, sebab makcik Senahlah aku bagi muka pada kau tahu?

“Woii, relekslah. Kau ni, dengan budak kecil pun nak merajuk ke?”

Si rambut terpacak pula memujuk. Hek eleh, macam perempuan siot. Kalau nak berambus tu, cepatlah sikit. Mengada-ngada!

“Dik, bagi air laici satu ya untuk cik abang kita ni.”

Si gempal memandai-mandai order minuman, mewakili si mangkuk ayun itu. Aku mengangguk dan mencatatkan dalam notaku, lantas aku berlalu sambil menjeling. Dia membalas jelinganku dengan renungan tajam. Kemudian aku lihat dia duduk semula. Si lesung pipit menepuk-nepuk bahunya.

“Apa hal tu?”

Soal abang Man. Agaknya dia nampak kejadian sebentar tadi. Aku hanya tersenyum.

“Dia orang buli kau ke Syah? Dia orang menggatal dengan kau ya? Nak abang Man belasah ke?”

“Eh, tak payah susah-susah abang Man, Syah boleh handle.”

“Betul ni?”

Aku hanya mengangguk sambil menghulurkan pesanan si gempal tadi. Abang Man ni sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak. Siang kerja kilang, malam pula buat part time sepertiku. Aku terhutang budi sebenarnya dengan abang Man ini. Dialah yang menyelamatkan aku, semasa aku hampir diperkosa oleh Zaidi si penagih dadah di kampungku itu. Malah kami sepakat mengheretnya ke balai polis. Jika tak ada abang Man, tak tahulah apa yang akan terjadi padaku sekarang ini.

“Syah! Order dah siap.”

Lamunanku berkecai. Aku mencapai gelas yang berisi air laici itu dan menghantar ke meja jejaka-jejaka tampan tadi dengan berat hati. Malas rasanya nak berjumpa si mangkuk ayun itu. Cepat-cepat aku letakkan minuman itu dan mengorak langkah.

“Dik! Kejap.”

Langkahku terhenti semula. Aku menoleh, kelihatan semua mata memandangku termasuklah si mangkuk ayun itu. Malah renungannya lebih tajam menikam. Aku melemparkan senyuman manis buat mereka berlima kecuali dia.

“Ya? Nak order lagi?”

Mereka diam. Mata mereka tekun meratah setiap inci wajahku ini. Kemudian memandangku atas bawah. Membuat aku tertanya-tanya sendiri apa yang tidak kena. Aku pun sama sibuk juga meneliti badan sendiri. Okey saja.

“Siapa nama adik?”

Soal si hitam manis. Aku mengangkat kening. Aik? Lain macam saja soalan dia ni. Nak mengurat aku ke? Tak cukup macho ke aku ni, sampai mereka terperasan siapa diriku yang sebenarnya?

“Syah.”

Si mangkuk ayun itu tersenyum sinis.

“Dah elok-elok mak bapak bubuh nama perempuan, nama lelaki jugak yang dipilihnya.”

Eh, membebel pulak mamat ni. Getusku dalam hati. Aku menjeling geram. Sebut-sebut mak bapak pulak. Aku sensitif tahu? Aku ini anak yatim piatu. Lagipun, memang nama aku Syah apa? Itulah panggilan untukku sejak azali lagi. Untuk pengetahuan kau wahai si mangkuk ayun, nama penuhku Nur Aisyah bt Sulaiman. Tapi, apa hal pulak aku nak bagi tahu pada kau kan? Huh! Sebal.

“Oh, jadi betullah Syah ni perempuan ya?”

Si lesung pipit bertanya lembut. Menghadiahkan senyum manis buatku. Mak aii, handsomenya dia. Bisa cair hatiku ini. Tapi aku peliklah mereka ni, tak akanlah tak boleh cam suara aku? Sah-sah suaraku ini, suara seorang perempuan. Atau memang suara aku ini garau?

“Tapi, tak nampak macam perempuanlah, serius! Syah memang berjaya menipu kami semua.”

Si rambut terpacak bersuara mengundang riuh tawa teman-temannya. Si mangkuk ayun itu tetap juga tersenyum sinis. Menyampah aku! Benci!

“Memanglah tak nampak, nasi lemak dia 50 sen.”

Kurang asam! Selamba badak si mangkuk ayun ini mengutuk aku. Ini sudah lebih! Api kemarahan sudah marak dalam tubuhku ini, bila tawa mereka semakin galak. Siap ada yang bersiul, ada yang mengenyitkan mata. Memang kurang ajar! Memang sama spisis dengan si mangkuk ayun itu. Aku menjeling geram ke arah lelaki itu. Dia tergelak besar. Suka sangatlah tu! Geram betul aku dibuatnya. Sesedap rasa saja dia kata nasi lemak aku 50 sen! Kau mana tahu mangkuk! Aku pakai baju dua lapis dan baju aku ni punyalah besar sebab nak cover aset aku. Dan sebab aset aku ini besarlah, aku kena cover monyet! Huh! Gatal!

Aku membuang pandang. Dari dalam restoran kelihatan abang Man sudah berpeluk tubuh memerhatikan gelagat mereka dari kejauhan. Pasti abang Man fikir mereka sedang membuli aku. Hissyy, kenapalah aku asyik kena buli saja? Dah tukar imej pun boleh kena buli lagi? Memang malang betul nasibku. Ini semua gara-gara si mangkuk ayun itu. Setiap kali dia muncul, pasti aku dapat malapetaka.

“Dah puas gelak?”

Aku merenung tajam muka masing-masing. Mereka terdiam.

“Sorry Syah.”

Si rambut terpacak cuba membuat tabik hormat. Aku membuang pandang, cuba sembunyikan senyum.

“Kalau tak nak order apa-apa, aku blah dulu.”

Aku mula mengorak langkah.

“Eh, Syah kejap.”

Si gempal pula memanggil aku. Apa lagi?

“Umur Syah berapa ya? Nampak macam budak sekolah aja?”

“Penting ke?”

“Ala, janganlah marah kita orang nak kawan aja dengan Syah, boleh?”

Aku lihat si mangkuk ayun sudah tersentak. Dia berpaling ke arah teman-temannya itu.

“Tak apalah aku tak minat.”

“La, kenapa pulak?”

“Aku takut, nanti teruk aku kena belasah. Pantang silap sikit azab badan aku nanti.”

Mereka berkerut kening. Si mangkuk ayun menjeling geram ke arahku. Kini giliranku pula tersenyum sinis. Rasakan kau mangkuk! Teman-temannya seperti dapat meneka dan mata mereka semua tertumpu kepada si mangkuk ayun itu. Dia tunduk dan menarik capnya untuk menutup muka. Menutup pekung sebenarnya. Malu jika teman-temannya tahu, yang dia pernah membelasah seorang budak perempuan. Tiada kuasa lagi aku hendak terpacak di situ, lebih baik aku beredar segera. Sebaik aku mengorak langkah terdengar riuh suara mereka bertanya itu ini begitu begini kepada si mangkuk ayun itu.

Hah! Padan dengan muka kau! Jawablah sendiri.

Rajuk Sang Hati 10

Dalam bilik makmal, aku cuba berlagak biasa. Tapi, kata-kata Maisarah pagi tadi masih terngiang-ngiang. Azura cuba menyembunyikan sesuatu dariku. Aku rasa tak sedap hati. Ya Allah, janganlah kerana perkara kecil persahabatanku dengan Azura menjadi renggang. Tak naklah aku kerana seorang lelaki kami bermasam muka.

“Qai!”

Maisarah mencuit lenganku. Aku terpinga-pinga melihatnya. Baru ku sedar, aku melayan perasaan tak kena waktu. Cikgu Rohani, guru yang mengajar subjek sains merenungku tajam. Aku dapat rasakan satu kelas sedang merenungku. Tak berani aku nak pandang mereka semua. Mukaku terasa pijar menahan malu.

“Dah sampai mana Qairunissa? Amerika? London?”

Satu kelas ketawakan aku. Aku diam mematung. Padan muka aku!

“Lain kali jangan bercinta masa belajar, bila cinta tak kesampaian mulalah termenung sana, termenung sini. Mengganggu pelajaran. Bukan pelajaran kamu sorang saja Qairunissa, tapi satu kelas terpaksa buang masa kerana kamu!”

Apa cikgu ni? Bila masa pulak aku bercinta? Geramnya aku! Cikgu Rohani ni mulutnya memang tak ada insurans lansung! Aku menarik nafas dalam. Aku rasa macam nak bela diri akulah.

“Mana ada saya bercinta cikgu. Tak baik cikgu serkap jarang macam tu.”

“Habis tu kenapa bermimpi di dalam kelas saya?”

“Saya… saya susah hati cikgu.”

“Sudah saya tak nak dengar kisah cinta Hindustan kamu tu. Terangkan pada saya apa yang berlaku selepas ujikaji yang kita buat sebentar tadi.”

Cinta Hindustan? Kurang asam punya cikgu. Aku menjeling beberapa pelajar yang duduk sebaris denganku. Ada yang mengulum senyum, ada yang tersengih. Sukalah tu!

“Qairunissa!”

“Hah? Ya, ya cikgu apa tadi ya? Err..”

Kali ini satu kelas sudah riuh-rendah gelakkan aku. Aku hanya mampu tersengih menutup malu. Apa kenalah aku hari ni?

“Kamu buat atau tidak ujikaji tadi?”

Aku tunduk merenung semula mejaku. Penunu Bunsen dan kertas suling masih tidak berusik. Berkerut-kerut keningku memikirkan ujikaji apa yang sepatutnya aku buat tadi?

“Sudah! Qairunissa kamu berdiri di situ sampai kelas saya habis. Jangan duduk!”

Ha? Kena denda ke ni? Berdiri dalam makmal ni sepanjang mata pelajaran sains? Aduh, apa boleh buat, dah salah aku. Terima sajalah.

“Class, inilah orang kata, beauty no brain. Muka saja cantik, tapi otak kosong. Jangan contohi dia. Kamu semua boleh teruskan, kita dah banyak buang masa.”

Cikgu Rohani merenung tepat ke arahku. Tak kurang juga aku. Aku bertentang mata dengan cikgu Rohani. Tak guna punya cikgu! Sesedap rasa saja dia kutuk aku beauty no brain. Seenak rasa saja dia kata aku otak kosong. Apa yang cikgu ni tak puas hati dengan aku agaknya? Aku calarkan kereta dia karang baru tahu!

Akulah Cinderella 5

Bengkak dan lebam di mukaku sudah surut. Sudah seminggu pun, memang patutlah dah semakin baik. Hari ini aku pergi kerja dengan riang dan ceria. Maklumlah hari ini gaji masuk. Bolehlah beli KFC untuk adik-adikku. Kasihan pada mereka, sudah lama sangat teringin nak makan KFC. Balik kerja nanti aku akan beli.

“Selamat pagi bos.”

Aku buat tabik hormat pada bosku yang berbangsa tionghua itu.

“Wah, Aisyah, happy nampak?”

“Mestilah happy bos, hari ni gaji.”

Aku tersengih sambil mengelap-ngelap habuk di bilik bosku itu.

“Oh, patutlah you nampak happy saja. Sudah ada plan ka?”

“Yes bos. Hari ini I nak beli KFC for my siblings.”

Bosku itu hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. Dia memang sudah maklum tentang nasib yang menimpa diriku ini. Dari A sampailah ke Z, semuanya dia tahu. Dia merenungku lama. Aku hanya mengangkat kening tanda bertanya.

“Aisyah, angkat ini.”

Dia menghulurkan not seratus kepadaku. Tanpa banyak soal aku mengambilnya.

“Bos nak I beli apa hari ni? Nak itik panggang lagi ke? Atau nak order pizza.?”

“Bukan, duit tu untuk you. Beli KFC untuk adik-adik you. Okey?”

Mataku membulat. Biar betul?

“Tapi, banyak sangat ni bos. Tak naklah.”

“Angkat saja, balance you pakailah.”

“Tak baik macam ni bos. Nanti staff lain nampak lecehlah.”

“Senang saja, you jangan kasi tahu sama merekalah.”

Bosku ini tersenyum manis. Walaupun sudah berumur empat puluhan masih nampak segak lagi.

“Betul ni bos? Tak tolak gaji I bukan?”

Dia tergelak besar.

“Nolah, you don’t worry. Itu, apa melayu selalu cakap? Sedekah ka? You angkatlah. Kira I sedekah sama you.”

“Thank you, thank you. Bos memang baik.”

Aku tersengih. Saja beli jiwa bosku ini. Aku menyambung kerja semula sambil mindaku mencongak tentang duit yang baru aku dapat tadi. Beli KFC lebih kurang RM30.00, selebihnya bolehlah aku bagi Ain untuk pergi rombongan ke Melaka nanti. Syukur alhamdulillah, rezeki adik-adikku barangkali.


*******************


Aku menongkat basikal di hadapan restoran KFC. Melangkah laju hingga bertembung dengan seorang lelaki.

“Sorry.”

Kataku tanpa melihat siapa gerangan yang aku langgar itu.

“Buta ke?”

Sergahnya. Macam pernahku dengar suaranya itu, lalu aku mendongak. Bulat mataku melihatnya. Dia lagi?

“Kau?”

Jari telunjukku menuding mukanya. Dia hanya berkerut kening tidak mengerti. Mungkin sedang berfikir agaknya.

“Aku kenal kau ke?”

“Woii mangkuk!! Kau jangan buat-buat tak kenal aku ya. Dahlah kau belasah aku malam tu, ingat aku lupa ke? Woii! Kau dengar sini, sampai kiamat pun aku tak akan lupa tahu?”

Mata lelaki itu membulat. Agaknya baru dapat cam siapa aku kot. Eleh, macam bagus saja lakonannya itu. Aku tidak akan terpedaya. Jangan harap!

“Jadi kau ni, err… aku…,”

Hek eleh, tergagap-gagap pulak, aku tampar seratus kali karang baru tahu.

“Apa? Jangan nak berlakon boleh? Meluatlah!”

“Pasal malam tu, aku tak tahu.”

Suaranya mula mengendur. Matanya memandang tepat ke mataku.

“Apa tak tahu? Kau buta ke? Tak boleh nak bezakan lawan kau?”

Suaraku masih bernada yang sama. Keras!

“Aku, aku..”

“Apa aku aku? Kau main kasar tahu tak? Kau tengok aku ada melawan kau tak masa tu? Hah? Jawablah!!”

“Aku minta maaf.”

Ujarnya perlahan. Aku terdiam. Dia minta maaf? Betul-betul ikhlaskah atau berlakon saja?

“Dahlah jangan nak pura-pura baik, aku tak akan tertipu tahu?”

“Aku tak tahu kau perempuan.”

“Oh, kalau aku ni lelaki, bolehlah kau terus belasah aku ya? Tanpa belas kasihan, begitu? Agaknya, memang perangai kau macam tu, kan? Bila marah, maki hamun orang. Bila tak puas hati, belasah orang. Mak bapak kau ajar macam tu ek?”

“Mulut kau jaga sikit. Yang melibatkan mak bapak tu kenapa pulak? Ini antara kau dan aku!”

Suaranya sudah meninggi semula. Orang yang lalu-lalang sudah merenung ke arah kami berdua. Aku tidak peduli!

“Kau ingat kau bagus sangat? Pakai kereta besar, boleh berlagak dan pukul orang sesuka hati?”

“Kan aku dah minta maaf? Apa yang kau tak puas hati lagi?”

“Memang aku tak puas hati! Senang ya kau settlekan masalah? Bila buat salah minta maaf, buat je salah minta maaf. Apa kau ingat, kau punya maaf tu laku ke? Hah?”

“Habis tu, kau nak aku buat apa? Melutut? Begitu? Jangan harap! Aku tak akan melutut pada budak pengkid macam kau!”

Menyirap darahku mendengar perkataan itu. Pengkid? Dia panggil aku pengkid? Kurang asam!

“Oii setan! Mulut kau tu jaga sikit. Tak reti-reti nak hormat orang ke? Suka hati tok nenek kau aja panggil aku pengkid.”

“Habis tu tak betul ke? Cerminlah diri kau tu sikit. Tak ayu lansung tahu!”

Ini sudah lebih. Nampaknya si mangkuk ayun ni memang nak kena bom dengan aku. Seenak rasa dia cakap aku tidak ayu. Dia belum tengok lagi keayuan aku yang sebenarnya. Aku telah menyembunyikan rupa parasku yang sebenarnyalah, bodoh!

“Engkau tu, tengok pakai kepala lutut, bukan pakai mata. Aku malas nak berlagak ayu depan kau, kang kau tangkap lentok pulak dengan aku!”

Aku menyentuh hidungku laksana samseng-samseng jalanan. Aku nak tergelak sebenarnya dengan tingkahku sendiri.

“Hahaha… perasanlah kau! Tak hingin aku! Ayu konon, ayu taik kucing!”

Pttuiihh!

Dia meludah sambil berlalu pergi. Membuat darah mudaku sudah menjulang ke tahap maksima. Memang kurang ajar! Pengotor! Selekeh!

“Woii, pengotor! Kau ni tak layak duduk di bumi tahu tak? Mencemar alam semulajadi tahu tak? Pergi berambus ke planet lain. Buat menyemak saja!”

Dia berpaling memandangku dan tersenyum sinis, lalu masuk ke dalam perut kereta. Meninggalkan aku yang terkebil-kebil pula. Ah, peperangan ini tiada kesudahan lagi! Tidak tahu siapa yang menang atau kalah. Cis, aku benci dia! Aku berlalu masuk ke dalam KFC. Hasratku sudah tertangguh dek kerana pergaduhan yang tercetus sebentar tadi. Betul-betul membuang masa.

Rajuk Sang Hati 9

Aku, Maisarah dan Azura menyusuri koridor yang menggabungkan bangunan A dan bangunan B sekolahku. Di kiri kanan papan kenyataan yang penuh dengan aktiviti sekolah dan beberapa pengumuman penting. Maisarah berhenti. Matanya tekun membaca sesuatu di papan kenyataan di sebelah kiri. Aku dan Azura turut berhenti.

“Kenapa?” Soal Azura.

“Ni, tengok ni.”

Runcing telunjuk Maisarah menunjuk sesuatu yang dibacanya. Aku turut mengecilkan mata membaca pengumuman yang tertampal.

‘PERTANDINGAN DEBAT ANTARA SEK. MEN. ANGGERIK BIRU DENGAN SEK. MEN. PUTERA SHAH.’

“Sekolah Putera Shah? Itu all boys schoolkan?”

Azura sudah mula dengan acara menggedik. Aku hanya menjeling geram. Maisarah juga tersengih-sengih.

“So what?”

“Ala Qis, SMPS tu mostly studentnya handsome tau. Nak pulak yang form 5, ramai yang famous kau tahu. Kalau dalam paper, bahagian sport tu banyaklah muka dia orang.”

“Iyalah Qis, tu yang sport, yang debat, pidato pun tak kurang juga tau. Hisyy, tak sabarnya aku nak tunggu dia orang sampai sini. Eh, bila hah?”

“26hb Ogos. Bulan depanlah, lambat lagi.”

Azura sedikit mencebik. Nak tergelak pula aku tengok dua orang sahabatku ini. Macam-macam perangai. Aku menggeleng.

“Apa?”

“Apa, apa?”

“Apa yang kau gelengkan?”

“Tak ada apa. Korang ni buat lawak.”

“Lawak apanya?”

Azura mula tak puas hati denganku. Makin besar tawaku padanya.

“Tak adalah, yang nak berdebat tu orang lain, yang korang excited sangat ni kenapa?”

“Salah ke?”

“Qai, Zura ni memang tak sabar sebab dia ada admire sorang budak SMPS.”

“Ha? Seriously?”

Maisarah mengangguk. Bertambah lebar aku tersengih. Patutlah tergedik-gedik. Dia salah seorang peminat mereka rupanya.

“Siapa?”

“Entah, kau tanyalah dia sendiri.”

“Siapa Zura?”

“Adalah. Kau sibuk kenapa?”

“Ai, lain macam aja bunyinya? Kau takut aku ke, kau tak percaya kat aku?”

“Dia risau kot Qai.”

Aku berkerut kening melihat Maisarah yang bermuka selamba. Azura tunduk.

“Risau apa?”

“Risau kau kebas mamat tu, atau pun mamat tu tangkap lentok dengan kau.”

“Ha?!!”

Aku merenung Azura yang terkebil-kebil buat muka sekupang. Hatiku tercuit gelihati. Dan tiba-tiba perasaan itu menggeletek hatiku pula. Terus saja aku tergelak besar. Mereka berdua saling berpandangan.

“Kau gelakkan aku ya?”

“Tak, tak sorry. Aku gelihati bila Mai cakap macam tu. Teruk ahh korang. Ada ke kata aku nak kebas mamat tu. Siapa mamat tu pun aku tak tahu, ni kan nak kebas. Dan bab paling best bila Mai cakap takut mamat tu tangkap lentok dengan aku. Aduh, korang ni, mahunya tak pecah perut aku.”

“Habis tu tak betul ke apa yang aku cakap?”

“Tak betul lansung! Zura, you don’t worry ok? Aku takkan curi boyfriend bestfriend aku.”

Aku lihat Azura bermuka ceria semula. Pelik, benar-benar risau ke dia? Kami menoleh serentak bila adik Azura yang baru tingkatan dua memanggilnya.

“Kejap ya korang.”

Aku dan Maisarah mengangguk serentak.

“Qai, kau tahu ke siapa mamat yang dia suka tu?”

“Siapa?”

“Ala, mamat tu selalu datang sekolah ni, kalau ada tournament apa-apa mesti dia join punya.”

“Yalah, siapa?”

“Hisham.”

Hisham? Macam aku pernah dengarlah nama tu. Eh, bukan dia tinggal satu kawasan perumahan dengan aku ke? Kalau Hisham yang tu memanglah aku biasa tengok dan kebetulan pula, lelaki tu memang bersekolah di SMPS.

“Kau kenalkan? Ala, dia selalu datang sekolah ni kalau ada event apa-apa, dan dia selalu curi pandang pada kau.”

“Ha? Eh, kau ni Mai jangan bergosip tau. Aku luku kepala kau karang. Pandai-pandai aja buat cerita.”

“La, betul tau. Tu sebab si Zura cuak.”

“Zura tu tau ke?”

“Tau, Zura pernah approach budak tu dulu, tengok-tengok mamat tu kirim salam kat kau.”

“Ha? Seriously? Kenapa aku tak tau cerita pun?”

“Masa tu kau tak ada. Kau cuti panjang. Ala, masa kau kena chicken pox dulu tu. Masa tulah. Tapi aku rasa Zura tak sampaikan pun salam tu pada kau kan? Betul tak?”

Aku mengangguk perlahan. Benar, Zura tak cakap apa-apa pun padaku.

“Ha, kan aku cakap, dia jealouslah tu. Eh, dia datang, dia datang.”

“Ok dah setteled. Jom!”

Aku hanya mengukir senyuman yang tak berapa nak jadi pada Azura. Begitu payah sekali aku nak berpura-pura bila dah tahu cerita yang sebenarnya. Perlahan aku melangkah. Otakku ligat mencernakan apa yang baru disampaikan oleh Maisarah tadi. Perlahan aku mengeluh.